BAB 16

Fantasy Completed 9946

Sudah dua hari Tengku Farzeeq balik ke Malaysia. Aku menjalani kehidupan seperti biasa bersama Ros.Kami keluar bersiar-siar bersama-sama. Dengan kehadiran anak kecil ini aku tidak dapat menjalankan aktiviti lasak aku semasa berada di Auckland.

"Myy. Shu"

"Nah. Sini baring dekat mummy." Aku mengangkat Ros duduk diatas peha aku. Aku memberi susu kepada Ros dibangku yang disediakan di Taman Aucland.

"Hey. Can I sit here?" Seorang lelaki berpakaian seperti pekerja office menyapa aku.

"Yes sure can" Aku tersenyum dan berganjak ke tepi.

"Where are you from?"

"Malaysia"

"Ohh orang malaysia ke? Kalau malaysia senanglah saya nak berbual dengan awak. Nama saya Iskandar."

"Yeahh. Nama saya Elys. Just call me Lys."

"Anak awak ke?"

"Yess anak saya" Aku mengaku saja.

"Your husband?"

"Balik Malaysia ada kerja."

"Ohh"

Tiba-tiba ada dua orang lelaki berbadan besar memerhati dan cuba untuk menghampiri kami.

"Oh shit" Iskandar memandang dua lelaki itu.

"Kenapa?" Aku memandang Iskandar pelik.

"Awak boleh tak ikut saya sekarang. Kita tak selamat dekat sini."

"Ha??" Aku terkejut.

"Cepat." Iskandar sudah menarik tangan aku dan mengambil beg Ros menuju ke kereta. Aku dan Ros dimasukkan ke dalam sebuah kereta berwarna hitam. Aku rasa sangat takut. Takut lelaki itu mahu mengapa-apakan anak aku. Aku hanya mendiamkan diri.

"Ada dua orang lelaki perhatikan kita tadi. Saya rasa dia perhatikan awak." Iskandar memecahkan kebisuan di dalam kereta.

"Apa yang dia orang nak dari saya?"

"Saya rasa awak ada sesuatu yang berharga pada dia orang sebab tu dia orang perhati dan ekori awak."

"Saya takutlah Kalau macam tu Saya balik Malaysia lah esok. Saya rasa saya selamat dekat sana" Aku dapat agak mereka mahukan Ros.

"No awak tak boleh balik. Awak kena stay dekat rumah saya dulu. Nyawa awak dalam bahaya."

"Okayy." Aku tidak membantah. Aku mendiamkan diri dan memerhati sekeliling. Masuk saja di sebuah perkarangan rumah aku terpegun.

"Rumah awak ke ni?" Aku masih mendukung Ros yang sedang tidur.

"Yes. Ni rumah saya."

"Awak sebenarnya siapa? Mustahil duduk di negara orang boleh jadi kaya macam ni"

"Dekat dalam nanti saya cerita ye. Sekarang jom kita masuk." Pintu utama sudah terbuka. Aku ikut sahaja kata-kata lelaki itu.

"Ok. Now tell me." Aku terus bertanya setelah duduk di atas sofa ruang tamu.

"Saya seorang mafia." Iskandar menunduk. Tidak mahu melihat riaksi Elys.

"Ohh. Patutlah." Aku tidak rasa takut langsung.

"Awak tak takut ke dengan saya?" Kepala sudah memandang Elys tidak percaya.

"Tak. Buat apa saya nak takut? Saya suka. Haha"

"Mana tau awak takut dengan saya terus lari sebab tak ada perempuan yang suka dengan seorang mafia macam saya. Nak dekat lagilah takut nyawa mereka terancam. Kami banyak musuh dan perempuan takut untuk mendekati kami."

"Saya paham. Tapi saya rasa jadi mafia tak hina pun awak. Tak semua mafia jahat. Saya tau awak baik."

"Hmm. Terima kasih. Kami tak akan bunuh orang yang tidak bersalah. Itu prinsip kami."

"Ohh. Nanti awak ajar saya menembak boleh?"

"Seriusly??" Mata membulat.

"Ye. Saya serius." Aku memandang Iskandar penuh harapan.

"Okay. Boleh je. Saya memang dah lama nak cari perempuan macam awak."

"Terima kasih. Nanti saya dah pandai menembak bolehlah saya jadi ahli group awak kan?"

"Ehh mana boleh..saya ajar awak untuk pertahankan diri awak dan anak awak je. Awak boleh guna untuk kecemasan. Lagi pun awak perempuan tak elok ganas-ganas"

"Hehe. Yela"

"Jom saya tunjuk bilik awak. Awak berehat dulu. Lepas tu nanti kita pergi ke bilik kebal eh. Mulakan latihan." Aku ikut arah lelaki itu ke bilik.

"Okay. Terima kasih sangat-sangat awak " Aku sempat berterima kasih sekali lagi sebelum masuk ke bilik dan berehat.


??????

"Ini info lelaki yang bos minta tadi." Tidak sampai sejam semua maklumat sudah berada ditangan bosnya.

"Apa yang kau dapat?"

"Dia ni seorang mafia bos. Kumpulan dia besar dan sangat dipengaruhi bos. Mereka juga menjalankan aktiviti harian seperti orang biasa dan tidak menjalankan aktiviti haram seperti kumpulan yang lain bos."

"Lagi?"

"Dia sudah jumpa budak kecik tu bos." Konco itu menunduk kepala.

"Macam mana dia orang boleh jumpa budak tu dulu?" Ketua kumpulan Blue Arrow sudah menjerkah anak buahnya.

" Tak tau bos. Tadi kami hampir nak dapatkan budak tu bos tapi dia lebih pantas bawa lari budak tu dengan seorang budak perempuan."

"Kau orang ni tak boleh buat kerja. Semua tak boleh harap. Tak guna. Pergi matilah bodoh." Kepala dua orang konco itu disepak kuat. Tersembur darah dari mulut mereka berdua.

"Sorry bos." Mereka berdua sudah bangun dan mengelap darah ditepi mulut.

"Berambuslah." Lintang pukang dua orang konco itu lari.

??????

"Is jom berlatih. Awak dah janji nak ajar saya pagi tadi." Aku sudah siap menidurkan Ros dan siap berpakaian lengkap untuk berlatih menembak.

"Huishh semangat awak ni. Jom" Iskandar terus menyimpan telefonnya didalam poket seluar.

"Ini tempat menembak. Jack akan ajak awak menembak."

"Tapi saya nak awak"

"Boleh je. Minta cerai dengan laki awak dulu lepas tu saya masuk minang." Pakaian menembak sudah disarung oleh lelaki itu.

"Ha? Cerai?" Aku terpinga.

"Awak cakap awak dah kahwin. Takkan awak nak kawin dua pula. Mazhab mana awak pakai perempuan boleh kahwin ramai."

"Ohh... Haha. Saya cakap saya nak awak yang ajar saya menembak. Pasal suami tu saya tipu je. Hehe"

"Saya tau."

"Macam mana tau?"

"Awak lupa saya siapa?"

"Ohh. Hehe. Baik bos. Jom mulakan."

"Pilih mana kau nak" Deretan pistol yang berbagai bentuk, jenis dan saiz tersusun diatas meja.

"Saya nak yang ni boleh?" Aku tertarik dengan pistol yang mempunyai ukiran seorang gadis yang memegang pisau.

"Memang tak ada orang yang guna pistol tu sebelum ni. Kau amiklah. Hadiah untuk kau."

"Terima kasih."

Bilik itu bising dengan bunyi tembakan. Nasib baik bilik tu kedap bunyi. Ros dijaga oleh seorang pembantu rumah Iskandar sementara aku berlatih. Hampir dua jam bertarung dalam bilik menembak buatkan aku terlupa dengan kehadiran Ros beberapa hari yang lalu.

"Awak kita stop dulu boleh?" Aku memandang Islandar.

"Kenapa?"

"Saya nak tengok Ros. Kesian dia lama saya tinggalkan. Takut dia cari saya."

"Okay. Awak dah tak payah berlatih menembak lagi lepas ni. Awak cepat belajar. Awak dah mahir dengan senjata api. Awak lain sangat Elys."

"Yeke? Hehe."

"Awak ada masalah ke Elys?"

"Ha? Tak ada"

"Awak tipu. Awak kena selalu ingat saya ni siapa. Bagitau saya kenapa awak boleh jadi sekuat ini."

"Saya ada janji yang perlu saya tuntut. Dan awaklah sumber saya untuk saya lunaskan janji saya."

"Saya sokong semua keputusan awak."

"Terima kasih untuk hari ni ajar saya dan sokong saya."

" Tak ada hal lah awak. Lusa saya ada buat perhimpunan dengan anak-anak buah saya. Saya nak awak join sekali."

"Kenapa saya kena join awak? Saya kan perempuan."

"Adalah. Awak ikut saja cakap saya okay."

"Yela." Aku keluar dari bilik menembak dan terus mencari Ros.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience