BAB 34

Fantasy Completed 9946

"Hai kak Nira" Aku melangkah masuk ke pejabat.

"Hai Cik manis. Muka ada banyak cuka pagi ni kenapa?" Kak Nira selalu dapat meneka riaksi wajah aku.

"Haha mana ada akak ni. Saya masuk dulu." Aku terus masuk ke pejabat aku sambil meminpin tangan Ros yang berjalan terkedek-kedek.

"Sayang duduk sini diam-diam tau, jangan kacau mummy nak buat kerja." Aku menyuruh Ros duduk di rumah permainan yang Terngku Farzeeq sediakan untuknya supaya Ros tidak bosan datang ke pejabat dan menganggu orang lain.

"Okay Miy" Ros membuat isyarat tangan okay dan terus bermain masak-masak.

"Akak tolong bawakan saya fail projek baru yang Tengku sebut dalam meeting minggu leas tu boleh? Saya nak siapkan projek tu segera. Terima kasih." Aku menekan telekom telefon yang dihubungkan kepada Kak Nira.

'Tok' 'Tok'

"Masuk"

"Letak je atas meja fail tu kak, nanti saya ambil. Terima kasih." Aku sedang fokus menghadap kerja hanya memberi arahan tanpa memandang orang yang masuk ke pejabat aku. Aku yakin itu Kak Nira sebab baru saja tadi aku menyuruh dia ambilkan aku fail projek.

"Apa hubungan kau dengan Iskandar?"

"Oh mak kau!" Aku punya terkejut sehingga terbaling pen ke bawah. Aku sangkakan Kak Nira rupanya Tengku Farzeeq. Besar pangkat kau Elys bagi arahan dekat bos kau tadi! Malu sendiri aku.

"Aku tanya apa hubungan kau dengan dia?"Tengku Farzeeq mendekati meja aku dan duduk di kerusi hadapan meja aku.

"Kawan" Aku kembali tenang dan menjawab soalan Tengku Farzeeq.

"Aku nak jumpa kau malam ni." Tengku Farzeeq bangun dan ingin keluar dari pejabat aku.

"Tak boleh. Saya ada hal lain." Aku menjawab tanpa memandang Tengku Farzeeq.

"Aku tak peduli. Kau kenalkan aku siapa?"Tengku Farzeeq memberi ugutan kepada aku kerana dia sudah membocorkan identitinya kepada aku tempoh hari bahawa dia seorang mafia.

"Arghhhh" Aku menjerit dan mambaling pen aku ke pintu selepas Tengku Farzeeq keluar dari pintu itu dengan rasa tidak bersalah selepas menyakiti hati aku. Tuhan saja yang tahu betapa aku bersabar dengan lelaki itu.

"Miyyy. Hiks hiks hiks" Ros sudah mula hendak menagis kerana terkejut melihat aku.

"Ya Allah, sorry sayang mummy tak sengaja. Mummy tak marah sayang pon. Jangan nangis okay?" Aku berlari memeluk Ros yang berdiri tegak memandang aku.

"Huwaaa!!" Ros sudah menangis dengan kuat. Terkejut sangat agaknya. Aku memang tidak pernah marah atau meninggikan suara dihadapan dia selama ini. Oleh sebab itulah dia agak terkejut dengan apa yang terjadi hari ni.

"Sayang nak Aiskrim? Kalau nak aiskrim jangan nangis okay?" Aku cuba memujuk lagi.

"Nanak! huwaa!" Ros mengesat-ngesat air matanya yang makin lama makin banyak meleleh dengan pakej hingus.

"Okay anak mummy nak apa? Bagitau mummy cepat" Aku mendukung Ros dan bawa duduk di sofa.

"Nak papa. Hiks" Tersedu-sedu Ros menyebut nama papanya. Dia memang manja dengan papa dia. Kalau nangis mesti cari papa dia, Iskandar.

"Alright mummy call papa sekarang." Aku mencapai telefon bimbit aku di dalam beg tangan dan terus mendail nombor telefon Iskandar.

*Assalamualaikum. Is, kau dekat mana?*

*Waalaikumsalam. Saya dekat markas ni. Kenapa? Wait. Ros menangis ke?* Iskandar dapat mendengar esakan Ros dari telefon aku.

*Haah Ros menangis sekarang ni. Aku pujuk dia tak jalan. Kau datang sini sekejap boleh?* Aku mula cuak kerana Ros menangis tidak berhenti.

*Okay-okay saya datang* Panggilan terus dimatikan.

"Sekejap lagi papa datang okay?" Aku memujuk Ros lagi.

"Hmm" Kini Ros sudah mula untuk berhenti menangis setelah melihat sendiri aku menelefon Iskandar.

"Kenapa dia menangis? Dengar sampai bilik aku." Tengku Farzeeq terjah masuk ke bilik aku.

"Entah" Malas aku nak bercerita detail tentang apa yang berlaku. Aku masih sakit hati dengan dia.

"Anak daddy ni kenapa?" Tengku Farzeeq mendukung Ros.

"Nak papa" Ros masih teresak-esak menyebut mahu akan papanya.

"What!?" Tengku Farzeeq sudah meninggikan suaranya seperti tidak percaya bahawa Ros menangis kerana mahu berjumpa dengan Iskandar. Aku yang baru sahaja ingin tertawakan Tengku Farzeeq terus rasa takut kerana dia sudah memandang aku seperti harimau yang memerhatikan mangsanya.

"Huwaa!"Ok sekarang lagi kuat Ros menangis kerana baru sahaja ditengking oleh Tengku Farzeeq. Dah lah dekat dengan telinga budak tu.

"Awak ni jerit-jerit kenapa? Tengok budak ni dah menangis." Aku merampas Ros dari Tengku Farzeeq.

"Penat saya pujuk dia tadi. Dia dah nak berhenti menangis dah tadi tapi mulut awak ni! Ish!" Aku membawa Ros keluar dari pejabat aku.

"Anak papa" Tepat sahaja aku keluar dari bilik, Iskandar pula tiba dan terus mendepakan tangannya untuk mendukung Ros.

"Papa!" Ros yang sedang menangis terus meronta-ronta untuk didukung oleh papanya.

"Kenapa anak papa ni menangis? Siapa buat bagi tau papa cepat, biar papa marah dia. Berani orang tu buat princess papa yang comel ni menangis." Iskandar mengesat air mata Rose yang tersisa di pipi mulus gadis kecil itu.

"Mummy." Ros menghalakan jari telunjuk ke arah aku. Tengku Farzeeq yang dari tadi muka meluat memerhatikan adegan anak dengan papanya itu berubah air muka tidak percaya dengan aduan anak kecil itu. Aku lagilah tidak sangka Ros begitu telus dan jujur terhadap Iskandar.

"Mummy, sorry okay. Mummy tak sengaja." Aku mendekati Ros yang di dukung oleh Iskandar dan mengusap kepalanya. Bertuah punya budak. Malu aku, dia mengadu macam tu hadapan Iskandar dan juga Tengku Farzeeq. Pasti dua manusia ini akan berfikir aku mendera anak aku sendiri. Mampus aku nak menjawab dengan daddy dan juga papa kepada Seorang gadis yang bernama Ros.

"Apa? Mummy buat apa? Berani buat kesayangan papa ni." Iskandar membulatkan mata ke arah aku. Aku terpaksa berlakon seperti orang takut dengan ugutan. Heh kalau dekat markas kau bulatkan mata dengan aku memang makan peluru kau Iskandar. Nasib ni depan Ros.

"Hmm miyy wat, bab miy pa." Amboi naik lemak kau Ros suruh Iskandar pukul aku. Aku membulatkan mata memandang Ros dan Iskandar.

"Tak sayang mummy ke? sampai hati Ros suruh papa babap mummy" Aku pura-pura merajuk dan berlari ke bilik aku. Iskandar dan Tengku Farzeeq tercengang dengan lakonan aku. Betul ke tak budak ni merajuk.

"Aiyokk mummy merajuk..sekarang ni siapa yang buat siapa ni? Mummy buat Ros ke Ros yang buat mummy?" Iskandar menghayunkan jari telunjuknya seperti ingin mengacah budak kecil itu. Ros sudah mencebik kerana dipersalahkan oleh Iskandar.

"Kau okay ke tak ni?" Tengku Farzeeq juga masuk ke pejabat aku sementara Iskandar sedang memujuk Ros. Aku baru sahaja mahu menitiskan ubat mata pada mata aku terhenti. Aduh kacau line betul mamat sorang ni. Aku nak jadi drama queen of the years pun susah!

"Haih siapa suruh awak masuk ni? Kacau daun lah dia ni. Pi lah keluar balik saya tak habis lagi lakonan saya." Eye MO tadi aku simpan semula dalam laci. Aku bangun dan ingin menghalau Tengku Farzeeq namun dia lagi pantas mengunci pintu tersebut.

"Cerita pada aku apa yang terjadi antara kau dan Ros tadi? Kenapa dia melalak sampai macam tu sekali dan macam mana Iskandar boleh sampai sini? Apa hubungan Iskandar dan juga Ros sampai dia orang berdua rapat seperti seorang bapa dan juga anak?" Tengku Farzeeq memang sangat bijak dalam mengambil peluang untuk mengorek segala maklumat.

"Tak ada apa-apa.. Ros rindu Iskandar kot sebab tu dia menangis tadi. Dia memang rapat dengan Iskandar tu yang saya call suruh datang pujuk Ros. " Walaupun aku rasa agak hentar apabila berduaan dengan Tengku Farzeeq saat ini namun aku tetap perlu menjawab soalannya.

"Berani kau menipu aku Izz ELys?" Naik bulu roma aku apabla nama panjang aku dipanggil oleh Tengku Farzeeq.

"Ma..mana ada saya ti..tipu" Haa kan dah gagap kau Elys! Aku duduk di meja pejabat aku dan membuka semua fail-fail projek untuk menghilangkan gentar aku sekarang. Tapi sayang makin gementar aku dibuatnya. Tengku Farzeeq mendekati aku. Pen yang aku pegang sudah tidak terasa di tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience