"Lys aku ada benda nak tanya kau ni." Syiha masuk ke dalam pejabat aku di Teratak Red Rose.
"Apanya? cakap je lah aku banyak laporan kena semak ni sebelum aku punya cuti dekat syarikat Tengku Farzeeq tamat." Fail laporan mengenai hospital di New Zealand yang di sediakan oleh Farah aku semak teliti.
"Sebelum ni Irjad ada jumpa kau ke?"
"Ada waktu aku baru balik dari New Zealand dulu. Asal?"
"Dia datang nak apa?"
"Merayu suruh aku terima dia semula, memang taklah aku nak terima dia. Hati aku dah hancur dengan apa yang dia buat pada aku selama ni. Kenapa kau beria tanya pasal dia ni?" Aku memandang Syiha mencari jawapan dari riak wajahnya.
"Aku dapat info yang dia sekarang masuk lokap, kecoh dekat group aku ni."
"Ohh, reman ke? Berapa hari?"
"Aahh, reman atas kesalahan mencabul dan rogol. Aku tak pasti berapa hari." Syiha membelek telefon pintarnya mencari sesuatu.
"Oh biarlah dia, dah tiba masanya dia terima hukuman atas perbuatan dia. Aku harap dia tak terlepaslah kali ni, biar family dia tau siapa anak dia yang dia banggakan sangat tu. Anak dia selama ni baik je bagi dia orang so sekarang Allah nak buka mata family dia siapa anak dia tu. Mak dia kan cakap aku ni jahat, kita tengoklah sama-sama siapa yang jahat sekarang ni. Haha." Aku kembali menyemak kertas-kertas laporan.
"Betul juga apa kau cakap tu."
"Alah selama ni pun aku dengar cakap kau Syiha, kau yang cakap sabar je nanti dia akan dapat karma. Jadi sabar aku selama ni tak sia-sia." Aku mengangkat kening sebelah.
"Haha. Okaylah apa-apa info aku roger kau, aku nak balik hospital dah ni. Bye."
"Haa okay." Aku membiarkan sahaja Syiha pergi. Dia kalau lama-lama dengan aku macam-macam cerita dia buka nanti.
"Apa benda si Farah ni buat ni. Asal ringkas sangat laporan dia, buat kerja ke tak minah ni? Ni yang buat aku naik angin kerja sampah macam ni." Aku rasa nak koyak sahaja kertas laporan yang Farah buat ini.
Aku paling pantang orang buat kerja sambil lewa macam ni. Aku campak laporan tersebut ke dalam tong sampah. Nanti Syarwina kemas bilik aku tau lah dia apa yang dia nak buat. Selalunya kertas laporan yang aku humban dalam tong sampah, Syarwina akan ambil dan serahkan kepada Iskandar sebagai amaran kepada jejaka itu sebelum dia dimarahi aku.
*Darwish, siapkan kereta aku. Aku nak keluar.* Aku menelefon driver aku.
*Queen nak drive sendiri atau saya drive?* Soalan ini wajib ditanya kerana aku biasanya akan memandu sendiri.
*Aku nak kau drive hari ni*
*Baik Queen. Saya tunggu di lobi.* Aku terus mematikan telefon.
"Bawa aku pergi Balai Polis Bukit Aman." Aku memberi arahan kepada Darwish. Walaupun Syiha baru sahaja memberitahu Irjad sudah dipenjarakan namun aku lebih tau detail mengenainya.
"Baik Queen." Kereta mula membelah jalan raya menuju ke Balai Polis Bukit Aman.
"Saya nak melawat Encik Ahmad Irjad boleh?" Aku terus ke kaunter hadapan balai polis tersebut dan berjumpa dengan polis yang menjaga kaunter tersebut.
"Boleh saya tau apa hubungan Cik dengan Encik Ahmad Irjad ye?" Polis lelaki yang bernama Zakir melayan aku dengan agak tegas.
"Saya adik sepupu dia." Ah bantai je janji aku dapat jumpa dia.
"Oh okay sebentar ye cik." Encik Zakir tadi pergi ke dalam bahagian lokap untuk menyampaikan hajat aku kepada penjaga lokap.
"Cik ikut saya." Aku mengikuti Encik Zakir tadi.
Aku melihat Irjad di hadapan aku seperti tidak terurus bersama baju lokapnya. Aku mengangkat telefon yang menghubungkan aku dengan dia.
"Awak datang untuk melawat saya ke?" Mata Irjad seperti seseorang yang berharap daripada aku.
"Ye aku datang nak melawat kau dan untuk mengucapkan takziah, akhirnya kau jatuh juga. Dah berapa lama kau terselamat daripada perbuatan keji selama ni? Haha." Aku gelak sinis.
"Awak...saya tak salah, percayalah saya tak buat semua tu." Irjad merayu kepada aku untuk mempercayai dirinya.
"Aku? percaya kau? Hell no! Aku harap kau mengaku kesalahan kau kali ni. Kalau kau rasa kau tak nak bertaggungjawab atas kesalahan kau kali ni, aku sendiri akan masukkan kau dalam lokap ni semula dan aku akan pastikan hidup kau sengsara seumur hidup berada di bawah pengawasan mahkamah." Aku merenung Irjad tajam.
"Elyss, jangan buat saya macam ni please. Saya betul-betul menyesal apa yang dah berlaku tapi tak boleh ke awak tolong saya untuk kali terakhir? Lepas ni saya janji saya akan berubah dan tak akan ulang lagi. Saya janji."
"Aku tengah nak tolong kau lah ni. Kau tak nampak ke? Aku tolong pastikan kes kau kali ni dibawa ke mahkamah dan kau akan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan apa yang kau dah buat. Mungkin dengan cara tu baru kau boleh berubah."
"No, Elys. Bagilah saya peluang terakhir. Kesian pada family saya, apa saya nak jawab dengan mereka? Saya akan jatuhkan air muka mereka kalau saya betul-betul disahkan bersalah. Saya tak nak apa-apa jadi pada ibu saya, dia sakit. Awak tolong saya eh?" Irjad benar-benar merayu agar aku membantunya.
"Jangan risau pasal ibu kau, aku sendiri akan uruskan jenazah dia kalau dia mati semasa kau berada di dalam lokap ni." Aku menilik kuku aku sambil kening sebelah terangkat.
"Sampai hati awak cakap macam tu. Saya kecewa dengan awak." Irjad menundukkan kepalanya.
"Dah lah, aku nak balik. Aku datang ni untuk sampaikan pesanan tadi tu je. Ingat tau Irjad, kalau kau lepas kes kali ni aku sendiri akan heret kau semula ke sini dan buat kau mengaku kesalahan kau depan family kau termasuk makcik-pakcik kau!" Aku terus bangun dan meninggalkan Irjad. Tak berdaya aku nak berlama-lama berhadapan lelaki itu. Hati aku rasa membara dan aura membunuh aku mencanak naik.
"Elyssss!" Irjad menjerit seolah merayu untuk aku mendengar penjelasannya lagi.
"Terima kasih Encik Zakir kerana membenarkan saya berjumpa dengan Encik Irjad tadi." Aku berjumpa dengan Encik Zakir sebelum aku keluar dari balai polis.
"Sama-sama Cik."
Aku mencari telefon di dalam tas tangan aku untuk menelefon Darwish.
*Hello, ambil aku sekarang. Urusan aku dah selesai.*
*Baik Queen* Panggilan tamat.
"Auch, hey buta ke?" Seorang gadis berkaca mata bulat tiba-tiba melanggar aku dan marah-marah.
"Hello lady, I think you yang langgar I tadi." Aku membuka kaca mata hitam aku dan memerhati gadis itu yang terhegeh-hegeh nak bangun dari lantai.
"Hey perempuan! Wait, kau Elys right? " Gadis itu memandang wajah aku sehingga menelengkan kepalanya mencari kepastian.
"Yes I am Izz Elys. Can you get out from my way? My driver has arrived over there." Aku memberi isyarat mata supaya gadis itu beralih dari laluan aku.
"Kurang ajar betul perempuan ni. Memang patut kena tinggal dulu." Aku tidak mengendahkan kata-kata gadis itu dan terus menuju ke kereta.
Share this novel