BAB 62

Fantasy Completed 9946

"Bangun, tenangkan diri dulu. Sekejap lagi kau pergi jumpa doktor tu balik." Iskandar bantu Tengku Farzeeq bangun.

"Aku tak sangka selama ni dia boleh menghidap penyakit macam tu sebab aku tengok dia normal je." Tengku Farzeeq cuba meluahkan perasaannya.

"Ye, kita semua tak sangka Elys boleh menghidap penyakit ni. Tapi kau kena sabar dan pergi jumpa doktor tu semula dan bincang apa yang patut. Kalau ada apa-apa bantuan yang kau perlukan panggil je aku. Ni hospital kami yang punya. Semua keutamaan akan diberikan kepada Elys jika dia memerlukan pembedahan segera." Iskandar menyalurkan sedikit keyakinan kepada Tengku Farzeeq yang nyata sedang buntu.

"Terima kasih bro sebab ada dengan aku atasi masalah ni. Aku pergi jumpa doktor tadi sekejap."

"Okay. No problem." Iskandar memandang sahaja pemergian Tengku Farzeeq.

"Awak okay tak ni?" Iskandar merapati Syiha.

"Saya takut wak.." Syiha sejak tadi terkaku mendengar berita yang disampaikan oleh doktor tadi.

"Awak jangan risau nanti saya cuba cari doktor yang terbaik untuk selamatkan Elys. Kalau saya terpaksa import doktor dari negara lain sekali pun saya akan buat untuk selamatkan dia." Iskandar cuba memberi semangat kepada Syiha pula.

"Terima kasih awak sebab selalu ada dengan saya dan banyak bantu Elys selama ni." Syiha mengalirkan air mata.

"Doktor cakap apa tadi?" Syiha dan Iskandar serentak bangun dan bertanya kepada Tengku Farzeeq apabila Tengku Farzeeq kembali.

"Doktor tu kalau aku bawa pistol tadi..." Tengku Farzeeq duduk.

"Dia orang pertama aku bunuh." Dia menyambung ayatnya.

"Kau asal ni? Doktor tu cakap apa?" Syiha pelik.

"Doktor tu kuat drama. Cakap je lah bini aku mengandung. Kepala otak dia ah ketumbuhan. Ehhh aku pikir dia budak-budak kau orang je tadi, kalau tidak memang dah kena hentak dah doktor tu tadi." Tengku Farzeeq melepaskan kemarahannya.

"Laa kau sabar jap biar aku settlekan minah tadi tu." Syiha menyinsing lengan bajunya dan berlalu pergi untuk mencari doktor tadi.

"Serius ah Elys mengandung?" Iskandar bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Yee.."

"Kau tak nak masuk tengok dia ke?" Iskandar pelik melihat Tengku Farzeeq yang duduk disebelahnya.

"Jap lagi laa..aku geram lagi ni dengan doktor bodoh tu tadi. Dia pikir lawak ke sampaikan berita buruk macam tu."

"Haa kau tenangkan laa diri dulu. Biar aku je jumpa dia dulu." Iskandar bangun.

"Wahh kau..." Tengku Farzeeq menahan bahu Iskandar.

"Apa?"

"Aku kalau tumbuk muka kau tak jadi kau kahwin minggu ni tau. Aku suami dia, biar aku yang masuk dulu." Tengku Farzeeq terus masuk. Iskandar saja mengusik Tengku Farzeeq.

"Assalamualaikum sayang." Aku memandang Tengku Farzeeq.

"Waalaikumsalam abiyy. Nak buah?" Aku menghulurkan buah naga yang sudah dipotong kepada Tengku Farzeeq.

"Tak nak laa. Sayang makanlah. Meh sini abiy suapkan." Tengku Farzeeq mengambil garfu dan mangkuk buah ditangan aku.

"Kenapa abiy baik sangat ni? Saya dah nak mati ke?" Aku pelik.

"Ehh cium mulut tu nanti baru tau. Tak baik cakap macam tu. Abiy memang baik cuma sayang tu je tak bagi abiy peluang jadi sweet macam ni." Sepotong buah disuakan ke mulut aku.

"Hehehe. Sayang abiyy." AKu mencium pipi Tengku Farzeeq.

"Abiy pun sayangg sayang juga."

"Amboi bukan main lagi kau yee. Kau punya mengidam menyusahkan orang." Syiha yang baru sahaja masuk terus menarik telinga aku.

"Abiyy sakitt." Aku mengadu pada Tengku Farzeeq.

"Woii aku bayar zakat kat bini aku ni. Kau suka-suka je nak tarik telinga dia. " Tengku Farzeeq menampar tangan Syiha supaya melepaskan telinga aku.

"Bini kau ni dah tak betul. Tak ada benda lain dia nak mengidam ke selain tengok aku kahwin? Kau pun satu asal eh? Aku juga jadi mangsa." Syiha memandang aku tajam.

"Kau tak teringin nak makan penumbuk aku ni ke? Aku dengan berbesar hati nak bagi. Setitis air mata pun kau tak perlu keluarkan untuk dapatkan penumbuk aku ni." Geram Syiha dengan aku.

"Manalah aku tau. Baby aku yang pelik bukan aku. Abiyy dia nak marah baby kita." Aku mendapatkan backup.

"Kepala otak kau laa nak salahkan baby. Kau tu memang pelik sejak azali jangan nak salahkan baby lepas tu cari backup." Syiha tarik rambut aku.

"Huk huk abiyy sakit." aku menarik lengan baju Tengku Farzeeq.

"Is baik kau jauhkan si senget ni dari bini aku sebelum aku letak dia dalam keranda." Tengku Farzeeq memberi amaran kepada Iskandar.

"Haa eloklah tu laki bini sama-sama tak betul." Syiha bengkak berhadapan dengan aku dan Tengku Farzeeq. Kami buat muka mengejek. HaHa.

"Dah-dah jangan bergaduh kesian Elys dan baby dia. Kita balik dulu. Esok kita pergi cari barang untuk majlis minggu ni." Iskandar merengangkan keadaan Syiha yang sedang marah.

"Kau siaplaa. Tunggu time aku mengidam pula. Aku akan pastikan kau laki bini sengsara" Syiha memberi amaran kepada aku sebelum dia dan Iskandar pulang.

"HAHAHA" Aku, Tengku Farzeeq dan juga Iskandar berdekah ketawa. Lawaklaa Syiha ni bila marah.

"Kalau mengidam nak suruh aku tambah kawan baru untuk anak kau tak ada masalah pun. Tak sengsara sangatlaa. Aku suka menambah umat Nabi." Tengku Farzeeq menyambung.

"Kau baru sehari tahu bini kau ni mengandung. Kau bersiap sedialah untuk 9 bulan ni. Haha. Nak tambah kaum adam yee?? Kita tengok sama-sama apa jadi dengan ketua mafia ni. HaHa." Kata-kata Syiha berbau amaran buat Tengku Farzeeq.

"Hehehe" Aku dapat agak apa yang Syiha cuba katakan kerana dia sangat mengenali aku dengan perangai mengidam perkara yang pelik. Muka Tengku Farzeeq berubah pucat.

"Goodluck bro." Iskandar menepuk bahu Tengku Farzeeq. Dalam kepala Tengku Farzeeq sedang menghadam ayat yang baru sahaja Syiha lontarkan sebentar tadi. Apakah dugaan yang bakal diterima oleh dirinya. Hahaha.

Tiga bulan kemudian...

"Sayangg seriuslaaa?" Tengku Farzeeq menelah liur.

"Iyeee cepatlaa abiyy.."

"Ya Allah kau selamatlah Isteri aku yang kepala batu ini dengan anak aku yang tidak berdosa di dalam perutnya ini." Tengku Farzeeq menadah tangan berdoa selepas itu meniup ke perut aku.

"Cepatlaa dah ready ni. Pegang kuat-kuat tau."

"Yee elok-elok...abiy bagi seminit je duduk atas tu, lepas seminit tak turun aku naik." Tengku Farzeeq memegang tangga.

"Yelaa seminit pun jadi asalkan dapat naik." Aku mula memanjat bumbung homestay yang kami sewa di kedah ini semata-mata untuk melihat pemandangan sawah padi dari atas.

"Hati-hati sayangg jangan langgar benda tajam perut tu kang bocor pula.. risaulah dapat isteri pelik ni.." Tengku Farzeeq mengeluh melayan karenah aku. Kini baru dia fahami apa yang Syiha maksudkan di hospital hari tu.

"Abiy diam je la. Duduk bawah tu ontok-ontok, tak mau bising-bising macam mak nenek. Bingitlah telinga orang." Bising sungguh mulut Tengku Farzeeq ini. Aku sudah berada diatas bumbung.

"Wahhh cantiknyaaa abiyyy" Aku melompat teruja.

"JANGAN MELOMPAT! TURUN SEKARANG!" Suara Tengku Farzeeq sudah naik seoktaf.

"Huwaaa tak nak turunnn...sampai hati abiy tengkingg" Aku menyangkung menangis di atas bumbung itu.

"TURUN SEKARANG ABIY KATA!" Keras dan tegas.

"Yee sayang tu..runn" Dalam sedu menangis aku turun kerana dimarahi oleh suami sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience