PROLOG

Fantasy Completed 9946

"Elys kata tadi nak call aku tapi sampai sekarang tak call"

Terlefon mendail nombor Izz Elys.

"Hello. Assalamualaikum sayang dekat mana tu? Dah sampai ke?"

"Waalaikumsalam. Dah sampai siang tadi. Sorry lupa nak call awak tadi. Saya penat."

"Laa kesian sayang saya ni penat. Lain kali bagitau saya kalau nak balik kampung. Saya boleh tolong drive untuk awak. Kampung kita sama boleh saya jumpa keluarga saya sekali"

"Tak bagitau? Awak lupa ke yang awak menghilangkan diri dari saya sudah hampir sebulan Ir. Awak bagai kapal terbang yang hilang dari rada dan tak tau terhempas dekat mana lepas tu awak pertikaikan saya balik tak bagitau awak? Seriusly Ir?"

Aku melepaskan keluh berat. Memang salah aku menghilangkan diri darinya. Silap aku juga tidak ambil peduli tentang hati kekasih aku sendiri.

"Sorry sayang, saya bukan menghilangkan diri. Saya sibuk dengan kerja. Awak tau kerja saya macam mana kan?"

"Yes i really know about your job. You are a teacher. Tapi saya tak tau pula kalau seorang cikgu sibuk sampai ke malam." Jawab Elys senada.

Aku sudah hilang kata untuk membalas. Sangat terasa dengan kata-kata gadis itu.

"Hmm. Awak pergilah rehat. Nanti saya call lagi. Maaf buat awak terasa hati dengan sikap saya. Bye sayang. Good night"

Panggilan terus terputus tanpa sebarang balasan daripada pihak lagi satu. Marah sangat dengan aku agaknya. Biarkan dia sejuk dulu nanti aku pujuk semula. Senang sahaja nak memujuk seorang gadis yang bernama Izz Elys itu. Aku tersenyum apabila membayangkan wajah mencuka kekasih aku apabila sedang marah. Elys kalau marah memang nampak dari raut wajahnya. Dia seorang gadis yang tidak pandai menyembunyikan perasaannya lebih-lebih lagi melalui raut wajahnya yang sangat mudah berubah apabila terasa hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience