BAB 38

Fantasy Completed 9946

"Dua minggu lepas ada satu rombongan datang meminang kamu." Bonda bersuara selepas semua ahli keluarga aku berkumpul.

"Siapa? Wah kak kau dah nak kahwin. Patutlah bonda panggil semua balik. Tahniah kak. " Aku memendang Kak Elfy disebelah aku.

"Orang datang minang kaulah gila, apa aku pula. Aku dah ada buah hati takkanlah bonda nak terima lamaran orang lain untuk aku." Kak Elfy menolak kepala aku perlahan.

"Ha? Untuk Lys ke bonda?" Rasa nak gugur jantung aku.

"Elysssss, bangunnnnn" Aku terjaga daripada mimpi ngeri dengan suara nyaring adik aku, Izz Eyra.

"Huhhh nasib baik kau kejut aku." Aku duduk tegak dari perbaringan.

"Kau asal? Macam mimpi hantu pula. Bangun bonda panggil makan sama-sama. Semua tengah tunggu kau je ni.

"Aku mimpi ada orang datang minang aku kira ngeri ah juga mimpi tu. Keluarlah aku nak mandi. Suruh yang lain makan dulu nanti aku makan kemudian." Aku halau Eyra keluar dari bilik aku sebelum budak tu mula bersuara dan melambatkan pergerakan aku untuk mandi.

"Morning ayah, bonda" Sudah mandi aku menyapa bonda dan ayah di meja makan ceria.

"Morning, duduk makan ni." Ayah pelawa aku makan bersama walaupun dia lebih tua tidak ada salahnya jika anak beranak menghormati antara satu sama lain bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Bonda masak ke nasi lemak ni?" Aku mencapai nasi sepinggan nasi lemak yang sudah di senduk tetapi masih tidak berusik.

"Taklah bonda minta jiran sebelah tadi kebetulan dia ada masak lebih hari ni. Apa punya soalanlah anak dara awak ni bang. Dahlah bangun pun matahari terbit baru celik biji matanya lagi tanya soalan budak enam tahun." Bonda menyambung suapan nasi lemaknya setelah bagi aku makan kata-kata pedasnya bertubi-tubi.

"Pandai bonda berjenaka sekarang ye." Malas aku nak berlawan dengan bonda nanti sampai ke sudah aku tak makan. Suasana di meja makan kembali sepi dan hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga.

"Elys, ayah ada benda nak bincang dengan kamu usai makan ni." Ayah bersuara setelah habis makan.

"Pasal apa ayah?" Aku bingung.

"Tentang perkara yang bonda cakap semalam. Ayah tunggu semua di ruang tamu. Sudah makan semua berkumpul di sana." Ayah bangun meninggalkan kami semua di meja makan. Aku masih dalam kekeliruan dengan apa yang ayah baru sahaja katakan tadi.

"Hmm ayah nak bincang tentang apa tadi? Macam serius sangat je bunyinya. Hehe" Aku duduk di sofa berhadapan dengan ayah dan sebelah Kak Elfy. Bonda dengan yang lain turut serta dengan berbincangan aku dan ayah.

"Kamu ni okay ke tak ni Lys?" Bonda merenung aku lama.

"Okay sangat bonda. Apa yang tak okaynya?" Aduh makin sakit kepala aku dengan semua orang ni. Ada apa-apa yang jadi ke? Eh apa semua ni?!

" Ayah dengan bonda dah bincang untuk terima lamaran anak kawan ayah yang datang tempoh hari."

"What?!" Aku tercengang.

"Kau jangan nak pengsan lagi hari ni. Aku campak kau dalam kolam kat kebun tu nanti." Kak Elfy ketuk kepala aku perlahan.

"Wait! jadi aku tak mimpilah yang bonda kata ada orang datang meminang aku dua minggu lepas?" Aku memandang adik perempuan aku,Izz Eyra.

"Tak kak, belum sempat kau nak mimpi kau dah pengsan. Baru orang datang merisik kau dah pengsan, macam apa je lah kau ni." Eyra tepuk dahinya dan menjeling aku halus.

"Lys tak nak kahwin dengan orang yang Lys tak kenal ayah, bonda" Suara aku seakan merengek meminta simpati.

"Kami bukannya nak suruh kamu buat keputusan tapi kami nak bagitau kamu akan menikah bulan hadapan. Bonda tak kira kamu nak atau tidak, kenal atau tidak, kamu tetap kena kahwin dengan anak kawan ayah bulan depan." Bonda sudah keluarkan arahan tegas.

"Ayah, Lys tak nak!" Aku sudah menitiskan air mata. Sayu sungguh hati aku kena paksa seolah ada hati yang perlu aku jaga.

"Kau kahwin jelah Lys, kau bukannya ada buah hati pun. Kalau kau ada buah hati mesti bonda dengan ayah tolak lamaran tu." Izz Elfy cuba memujuk.

"Kahwinkan je dia dengan budak tu ayah, sampai bila dia nak membujang. Dia ni bukan boleh percaya sangat kang budak Irjad tu yang dicarinya. Letihlah ayah bonda nak menjaga dia sorang ni." Abang aku, Izz Radzen menyampuk sambil menonton televisyen.

"Suka hati ayah dan bonda nak buat apa. Selama Lys hidup ni memang Lys suka menyusahkan semua orang. Mungkin dengan pertaruhkan hidup Lys dengan orang yang Lys tidak kenali dan sayangi dapat membuat semua orang bahagia teruskan. Tapi Lys nak pesan pada semua yang ada dekat sini, jangan salahkan Lys kalau Lys terpaksa pertaruhkan nyawa keluarga Lys sendiri demi kebahagiaan Lys. Lys sedar apa yang Lys baru cakap ni agak biadap bunyinya tapi Lys minta maaf kalau apa-apa berlaku kerana Lys."

"Memang makin biadap kau ni. Berani kau cakap macam tu dengan mak bapak kau?" Izz Radzen bangun dan terus menghadiahkan aku satu tamparan dipipi kanan.

"Terima kasih juga ye Radz selama ni kau telah membuat dendam aku semakin menebal ke atas kau. Kau juga tolong hati-hati dan jaga family kau baik-baik." Aku memegang pipi kanan aku yang terasa sangat perit.

"Lys balik KL hari ni. Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah balik untuk membincangkan soal kehidupan Lys." Aku bangun dan masuk ke bilik mengemas pakaian.

Selama ini bonda tidak pernah memaksa anak-anaknya buat perkara yang kami tidak suka lebih-lebih lagi soal jodoh tapi aku tak tau kenapa dengan bonda kali ini. Apalah yang membuatkan bonda dan ayah begitu mudah menerima orang lain untuk menjaga anaknya.

"Kau ni suka melawanlah kak, kau ikut jelah apa yang ayah dan bonda suruh." Razim dan Eyra masuk ke bilik menghampiri aku yang sedang mengemas baju masuk ke dalam beg pakaian aku.

"Kau bukan dekat tempat aku senanglah kau cakap suruh aku dengar je kata bonda. Kau, Razim semua yang kau nak bonda dan ayan ikut je kan? Celah mana kau nak claim diri kau anak mithali yang mendengar kata ibu bapa?"

"Ehekk haha, lain kali nak nasihatkan orang bagi signal berhenti tepi jalan dulu tengok cermin sisi tak pasal je kena diri sendiri."Eyra mentertawakan Razim yang cuba memberi nasihat pada aku.

"Pergi keluarlah kau berdua ni, semak. Aku nak kemas baju kau orang bising je."

"Tak apa lah kita orang nak teman kau." Eyra barinng atas katil aku sambil mengiring menghadap aku di bucu katil menghadap almari pakaian.

"Ni bagi pada ayah dan bonda. Aku nak balik dah ni. Bye." Aku menghulurkan sepucuk sampul surat berisi sedikit duit belanja untuk kedua-dua ibubapa aku.

Aku hidupkan enjin kereta dan terus pergi meninggalkan kampung. Maafkan Lys, ayah bonda kerana biadap harini. Lys terpaksa pergi bawa diri lagi supaya tidak menyakiti bonda dan ayah lagi. Setitis demi setitis air mata aku jatuh.Sungguh pedih dengan apa yang dah berlaku hari ni. Namun aku yakin apa yang berlaku hari ini pasti ada hikmahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience