Suasana riuh di hadapan mengejutkan aku daripada lena. Aku bangun dan membersihkan diri dahulu sebelum keluar dari bilik. Manusia mana yang buat bising pagi-pagi ni. Selalunya senyap macam dekat tanah kubur.
"Baru nak bangun?"Aku terkejut mendengar jerkahan daripada suara garau itu. Aku melihat Izz Radzen abang sulong aku bersama isterinya sedang duduk di sofa ruang tamu. Aku hanya mendiamkan diri.
"Ty Lys lam" Budak kecik berumur enam tahun berlari mendapatkan aku yang masih berdiri di hadapan pintu bilik untuk mencium tangan. Malas nak menyambut aku terus pergi ke dapur.
Haish kenapa dia balik minggu ni. Aku salah kira ke? Patutnya dia tak balik minggu ni. Aduhh bala menimpa hidup aku betubi-tubi.
Entah siapa datang dari belakang menepuk kepala aku. Aku menoleh. Mak aii sakit weh.
"Betul kata bonda kau makin biadap sekarang. Aku tanya kau tadi kau buat bodoh je. Kau pekak ke?" Ye itulah sebabnya kenapa aku sangat tidak suka jika bertembung dengan abang sulong aku.
"Kau nak aku balas apa? Suka hati aku nak bangun pukul berapa? Macam tu?. Aku diam kau kata aku biadap apa entah lagi kalau aku balas macam tu." Aku memegang kepala yang terasa sakit. Kaki laju masuk ke bilik dan aku kunci.
"Elys aku tak habis cakap lagi dengan kau. Keluar sekarang." Radzen mengetuk pintu bilik aku berkali-kali.Namun aku lincah mengemas pakaian aku masuk ke dalam beg. Tidak betah tinggal di dalam rumah yang di ketuai iblis seperti Radzen.
"Sudahlah tu Zeen. Dia baru balik semalam. Kamu baru sampai terus terjah dia kenapa. Cakap elok-elok dengan dia" Bonda memujuk dambil menarik Radzeen ke dapur.
"Dia dah melampau bonda. Semalam dia berani cakap macam tu dengan bonda. Tak hormat langsung." Radzeen masih tidak puas hati setelah mendengar luahan bondannya semalam.
Aku terus berlari masuk ke dalam kereta bersama beg pakaian aku. Enjin aku hidupkan dan terus keluar dari rumah itu. Kakak iparku, Fitri Irdina yang sedang bermain dengan anak sulongnya aku tidak pandang. Bonda yang menjerit memanggil aku hanya dipandang melalui cermin sisi sahaja.
"Maaf bonda Lys tak nak hati terluka lagi" Aku mengelap air mata dengan tisu. Aku mengambil telefon dan terus mendail nombor Irjad.
" Awak siap sekarang. Saya on the way nak amik awak. Kita balik sekarang."
Belum sempat Irjad menjawab aku dah matikan panggilan. Aku memandu kereta terus ke rumah Irjad. Di sini juga aku akan terima masalah. Tabah Elys. Aku mengelap sisa air mata supaya tidak dapat di lihat oleh orang lain.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam, kenapa datang sini?"
"Nak jemput Irjad. Saya dah kena balik aunty. Saya ada kerja untuk diselesaikan."
Terpaksa aku menipu. Tidak mahu aku menyalam wanita itu. Sudah terang-terang dia cakap tidak suka terhadap aku.
"Oh. Lain kali balik kereta asing-asing je. Tak ada menyusahkan mana-mana pihak."
"Maaflah aunty kalau menyusahkan aunty. Tapi saya rasa duit minyak dan duit tol serta duit makan sekali pun saya tak mintak dari anak makcik."
"Bagus kalau kau tak amik duit anak aku. Kau tak layak untuk jadi menantu aku pun."
"Saya pun tak hamaklah nak jadi menantu makcik. Pada pandangan makcik saya ni jahat dan tak layak untuk menjadi isteri anak makcik yang alim tu. Tapi makcik kena ingat ye saya akan pastikan makcik melutut meminta pertolongan daripada orang jahat macam saya ni."
Sungguh geram dengan budi bicara ibu kepada Irjad itu. Aku melangkah ke dalam kereta dan menunggu Irhad di situ. Hon di bunyikan selepas melihat kelibat Irjad keluar dari pintu rumahnya.
"Kurang ajar budak tu. Mak bapak tak ajar agaknya."
"Irjad balik dulu bu." Irjad menyalam tangan ibunya. Malu dengan tindakan aku yang membuat bising di laman rumahnya.
"Awak ni kenapa? Tak hormat ibu langsung" Irjad terus mencampakkan beg pakaiannya ke seat belakang dan mengambil tempat di seat penumpang.
"Tak sengaja tertekan." Aku memandu menyusuri lebuh raya. Pedal minyak aku tekan lagi untuk meningkatkan kelajuan pemanduan aku.
"Slow sikit bawak tu. Saya tak nak mati awal. Saya tak sempat nak bagi ibu cucu lagi." Irjad sudah memegang seat kereta. Nama je lelaki tapi penakut.
"Peduli apa saya. Itu urusan awak dengan ibu awak." Aku tidak mempedulikan kata-kata lelaki di sebelah dan terus menekan lagi pedal minyak.
"Betul apa ibu kata tadi. Awak memang kurang ajar. Tak boleh cakap elok-elok ke? Dah lah degil."
"Ibu awak tu yang kurang ajar. Lepas ni kalau nak balik naik kereta masing-masing. Saya malas nk jumpa ibu awak dan bertekak dengan dia" Aku masih fokus ke atas jalan raya.
"Bila awak bertekak dengan ibu? Kenapa awak bertekak dengan dia?" Suara Irjad sudah meninggi.
"Tadi. Sekarang saya malas nak cerita apa yang berlaku sebab awak akan ikut apa saja kata ibu awak. Awak anak kesayangan dia. Tapi awak kena ingat janji awak pada saya dulu."
"Kalau ada jodoh kita kahwin, kalau tak ada jodoh takkan nak paksa"
Aku mematikan perbualan dengan mendiamkan diri. Terasa hati dengan orang dikampung masih bertandang.
Flashback
*Lepak jom* -Irjad
*Jom. Parents aku keluar*
*Sekejap lagi aku sampai* - Irjad
Aku menunggu Ir di hadapan rumah. Mendengar bunyi enjin Ir dari jauh aku sudah berdiri di hadapan pagar untuk membuka pintu.
"Masuklah" Ir masuk mengikut langkah aku ke beranda rumah. Aku duduk di lantai yang terletaknya meja bulat. Beranda rumahku agak tertutup dan tidak dapat dilihat oleh orang luar. Ir menghampiri aku.
"Kau asal datang dekat dengan aku ni. Duduklah sana" Ir terus memeluk aku.
"Shh" Aku terkaku dengan tindakan Ir yang berani itu. Sebelum ini dia tidak pernah untuk mendekati aku.
"Ir" Aku makin hilang kata apabila muka dia semakin menghampiri muka aku sehingga tiada jarak antara kami. Ir memagut bibir aku dengan rakus.
"Apa kau buat ni Ir?" Aku mengelap bibir aku setelah menolak Irjad jauh dari aku.
"Wehh sorry aku tak sengaja. Aku." Irjad terus tergagap menjawab.
"Kalau parents aku tau macam mana? Kau ni!" Aku menjelingnya. Tapi aku lebih terasa ingin menangis.
"Jangan risau. Aku akan jaga kau dan lindungi kau. Aku tak akn tinggalkan kau. Aku janji" Irjad menghulurkan jari kelingkingnya.
"Janji?" Aku menyambutnya sebagai janji.
"Iyee. Dah kau jangan nangis. Aku ada"
Kata-kata janji daripada lelaki itu aku pegang sehingga ke mana sahaja aku pergi.
Tamparan yang di hadiahkan oleh Irjad ke lengan aku mengembalikan aku ke dunia sebenar. Aku berhenti di r&r kerana Irjad ingin ke tandas.
"Awak termenung apa lagi"
"Tak ada apa. Jom gerak"
Pacuan empat roda kami meneruskan perjalanan membelah lebuh raya. Tiba sahaja di rumah Irjad terus mengambil keretanya dan pulang ke rumahnya. Irjad memang tidak akan bertanya asbab aku tergesa-gesa mengajak dia pulang kerana dia sendiri tidak mahu ambil tahu tentang keluarga aku.
Share this novel