"Awak buat apa ni?" Iskandar melihat Syiha yang sudah memakai apron di dapur.
"Nak masak. Tu apron tergantung dekat sana, ambil dan pakai. Elys kalau nampak tak pakai apron tu bising je mulut dia." Syiha sedang berdiri dihadapan dapur masak. Iskandar pergi mengambil apron dan buat seperti apa yang Syiha katakan padanya tadi.
"Awak masak apa ni?" Iskandar periuk di atas dapur.
"Maggi Ghost Pepper." Syiha muka bangga gila kerana menyangka Iskandar tidak pandai masak.
"Untuk siapa ni?" Iskandar menahan nafasnya kerana bau maggi tersebut menusuk hudungnya sehingga menyukarkan salur pernafasannya untuk bernafas.
"Untuk makan lunch kita hari ni lah. Kau lupa ke kita ni kena jadi tukang masak si Elys seminggu!" Syiha sempat berhenti dihadapan Iskandar sebelum meneruskan niatnya untuk mengambil pinggan.
"Elys tak boleh makan pedas, awak makanlah sendiri maggi pedas tu. Saya boleh masakkan Elys makanan lain." Iskandar menuju ke peti sejuk dan mencari bahan-bahan yang boleh di masak.
"Eleh macamlah pandai masak sangat." Syiha mencebik pada Iskandar.
"Nak kata pandai tu tidaklah tapi retilah masak makanan yang bukan instant." Iskandar mengangkat bahu mengejek Syiha. Di tangannya kini sudah ada ayam dan dibawa ke sinki untuk dibersihkan.
"Hmm kau nak masak apa ayam ni?" Syiha mendekati Iskandar di sinki.
"Saya ingat nak masak ayam rendang, Elys suka ayam rendang."
"Ohh memang kena masak makanan kegemaran Elys ke? " Syiha bersilang tangan.
"Then nak masak makanan kegemaran siapa? Awak? Tapi awak suka makan makanan ringan dan tak berkhasiat macam maggie tu kan so saya tak pandai masak makanan yang macam tu. Lagi pula awak pandai masak makanan kegemaran awak jadi awak masaklah sendiri ye Cik Syiha."
"Amboi sedap mulut je kau perli aku. Kalau rasa nak makan cili padi kampung roger-rogerlah jangan main perli sebab saya ni kadang-kadang tak paham sangat bahasa sindiran okay Encik Iskandar." Syiha menjulingkan matanya ke atas sehingga bola mata putihnya terlihat.
"By the way ada apa-apa aku boleh tolong ke tidak? Kalau tak ada aku nak naik atas." Syiha ini ada saja alasannya nak mengelak.
"Bukan setakat ada tapi banyak!" Iskandar memandang Syiha disebelahnya.
"Nak saya tolong apa? Nasiblah saya berhati mulia hari ni. Cepat awak nak saya tolong apa?"
"Tolong sediakan bahan untuk masak rendang ni." Iskandar hampir sudah membersihkan ayam.
"Okay." Syiha terus bergerak ke peti sejuk.
"Wah, Cef Syiha tau ke bahan-bahan untuk masak rendang ni apa? Kalau tak tau tanya saya tau sebab saya takut nak masak ayam rendang terus jadi ayam ghost pepper pula. Hehe." Iskandai memandang Syiha yang laju sahaja pusing meninggalkannya disinki.
"Oh haha maaf ye Encik Iskandar, saya lupa hendak bertanya apakah bahan-bahan serta rempah ratus yang encik perlukan untuk memasak?" Syiha berlari anak mendapatkan Iskandar setelah kena sindir dengan jejaka itu.
"Ha macam ni lah baru betul, Malu bertanya sesat jalan paham?" Iskandar mengusap kepala Syiha.
"Tangan awak basah Iskandar! Busuk rambut saya bau ayam!" Suara Syiha sudah naik hampir bergegar satu rumah.
"Hushhh diam anak saya tengah tidur, nanti dia terbangun susah saya nak masak." Kini tangan Iskandar sudah berada di mulut Syiha untuk menekup mulut itu daripada terus menjerit.
"Busukkk tau tak?! Tadi rambut sekarang mulut. Kau memang saja ke nak kenakan aku Iskandar? " Syiha melepaskan tangan Iskandar dari mulutnya dan cuba bercakap dalam menahan marah.
"Oh ye eh? Maaf. Okay cepat pergi siapkan bahan, ayam ni saya dh sudah bersihkan." Iskandar membelek tangannya yang menekup mulus Syiha tadi sambil ketawa.
"Apa bahannya? Dari tadi aku tanya." Syiha tayang muka menyampah.
"Saya cakap ni awak salin. Kerisik, santan, daun kunyit, asam gelugor, serai, kunyit hidup, lengkuas, cili padi hijau, bawang merah, bawang putih. Haa awak siapkan je semua bahan tu dan letak atas meja tu, nanti saya ambil jumlah yang saya nak." Mulut Iskandar yang laju sama jalan dengan tangan Syiha menyalin.
"Baik Encik." Syiha memerhati bahan-bahan yang disalin atas kertas sambil ke peti sejuk.
"Nah dah siap semuanya. Apa lagi aku boleh bantu?" Syiha duduk di atas kerusi. Iskandar datang ke arah Syiha dan mereka berkerjasama mengupas bawang dan sebagainya.
"Papaaa!!!" Suara Ros dari atas menjerit.
"Alamak anak saya dah bangun. Awak tolong tumis bahan-bahan ni, saya dah kisar dalam pengisar tu." Iskandar terus berlari naik ke atas untuk mendapatkan Ros.
"Eh macam mana nak buat ni? Biar je lah Ros tu, Elyskan ada." Syiha menjerit pada Iskandar.
"Elys dah keluar." Iskandar menjawab dari atas.
"Alamak macam mana nak tumis? ah bantai je lah. Siapa suruh aku yang masak. Aku mana tau." Syiha ambil periuk dan tuang minyak lalu masukkan bahan kisar tadi.
"Assalamualaikum. Eh bau apa ni?" Aku baru sahaja balik dari berjumpa dengan client terus terhidu sesuatu.
"Apa jadi weh?" Akmal dari tadi tekun mendengar terus bertanya tanya menunggu aku habis bercerita.
"Kau sabar boleh tak?" Aku mengetuk kepala Akmal dengan kasut.
"Hehe. Okay sambung."
"Kau nak tau apa jadi dengan dapur aku?"
"Ha apa?" Khuzay pula bertanya.
"Dapur aku terbakar di kerjakan Syiha. Lepas dari kes tu aku terus batalkan denda tu. Teruk dua-dua aku marah."
"Hahaha apa lah yang Syiha tu buat sampai terbakar dapur kau."Akmal terbahak ketawa.
"Sebab kes tu ke Syiha dengan Iskandar macam anjing dengan kucing sekarang?" Giliran Hakimi pula bertanya.
"Yee sejak kes dapur aku terbakar tu dia orang asyik bergaduh je. Masing-masing menunding jari tak nak mengaku salah, itu yang bergaduh aje kerjaya." Saja aku melayan budak-budak ni sebab aku tak ada kerja sangat. Lagi pun dia orang yang paksa-paksa aku cerita kenapa Syiha dengan Iskandar tak rapat macam dulu, jadi aku pun cerita je lah.
"Haha siap ah kau orang." Muka Akmal tersirat banyak muslihat.
"Kau tengok Akmal ni Lys, ada saja akal dia nak pedajal orang." Jack mengadu kepada aku melihat perubahan muka Akmal yang bersinar-sinar seperti banyak mentol atas kepala dia.
"Kau jangan macam-macam Mal. Aku dapat tau kau buat bukan-bukan, kau tau kan aku macam mana? " Aku sekadar memberi amaran awal supaya dia tidak melampaui batasnya dalam mengenakan orang lain.
"Alah aku tau lah. Risau sangat masing-masing." Akmal menjeling Jack.
"Dah-dah semua keluar dari bilik aku, story tale dah tamat. Pergi sambung buat kerja masing-masing. Aku ni ada sehari je lagi cuti sebelum aku masuk kerja tempat aku." Aku membuka pintu bilik aku dan memandang satu-sat wajah mereka.
"Alaa nak lepak dengan bos kita ni payah betul." Akmal memuncung sedepa.
"Muncung tu kalau boleh panjang lagi, senang aku nak buat penghadang jalan. Jimat sikit duit aku daripada bayar dekat contraktor untuk buat penghadang pembahagi jalan raya sana." Aku tampar bahu Akmal apabila dia keluar dari pintu. Mereka semua keluar dari bilik aku.
"Kau masuk balik." Aku menahan Hakimi daripada melepasi pintu aku.
"Ada apa Queen?" Hakimi duduk di hadapan meja aku.
"Dah dapat ke info yang aku suruh kau cari hari tu?" Aku memandang Hakimi.
"Dah, Queen. Dari apa yang saya dapat Afham Azmil tu ada isteri bernama Fatimah Rizal yang baru sahaja gugur kandungan. Mereka menetap di sebuah rumah sewa kos rendah. Afham tu berkerja sebagai penyelia di sebuah pusat membeli belah. Manakala isterinya pula adalah seorang anak orang berada yang dibuang keluarganya setelah berkahwin dengan Afham. Tapi ada satu info ni saya tak pasti betul atau pun tidak sebab ianya melibatkan Syiha, Queen."
"Apa dia?" Saja aku bertanya walaupun aku sudah tau semuanya.
"Saya dapat tau bahawa Syiha pernah ada hubungan dengan Afham tapi saya tidak pasti hubungan apa kerana ianya sudah lama. Sekarang ni Afham ada simpan perempuan lain tanpa pengetahuan isteri dia. Itu sahaja yang saya dapat, Queen."
"Okay, bagus. aku nak esok kau kumpulkan kumpulan kau dan panggil semua 5 orang dari kumpulan serbuan kita untuk dapatkan budak tu. Aku nak kau inform Afzan dahulu untuk sediakan bilik untuk budak tu. Tapi aku tak nak benda ni sampai ke pengetahuan Syiha, Iskandar dan ahli lain. Faham?" Dah tiba masanya kau mendapatkan balasan kau Afham Azmil.
"Baik Queen. Saya pergi dulu."
"Siapkan perancangan yang teliti. Kau tau kan aku tak suka kegiatan kita dijejaki polis? Buat kerja bagi clean."
"Okay." Hakimi keluar dari billik aku. Dia ada meninggalkan aku beberapa keping gambar yang berkaitan Afham Azmil bersama isteri serta perempuan simpanannya. Aku tenung gambar-gambar itu lama.
Share this novel