BAB 24

Fantasy Completed 9946

"Syiha bangun pergi siap-siap sekarang aku nak bawa kau ke satu tempat." Awal pagi lagi aku dah mengejutkan Syiha untuk ke suatu tempat yang tidak pernah dia ketahui kewujudan tempat itu.

"Pergi mana? Mall ke?" Dalam mengeliat masih sempat Syiha membayangkan novel-novel yang tersusun cantik di kedai popular lalu dia tersenyum sendirian bahagia.

"Kepala otak kau ni tak habis-habis dengan novel je kan? Minggu ni kita tak pergi mall. Kita pergi tempat lain. Cepat siap sebelum aku yang siapkan kau." Aku menarik tangan Syiha supaya bangun dari baringnya.

"Macam mana kau tau dalam kepala aku terbayangkan novel? Sejak bila kau jadi ahli nujum ni weh? Semalam kau jadi gangster hari ni jadi mak nujum pula." Syiha memandang aku dengan rambut serabainya itu.

"Jangan banyak tanyalah Syiha! Pergi mandi!" Menjerit terus aku apabila otak tiga suku Syiha sudah keluar awal pagi. Bukannya aku tidak mahu melayan kerenah anak kecil Syiha yang satu ini tapi aku rasa bukan masanya untuk bermain dengan dia pada waktu seperti ini. Aku ada urusan yang lebih penting. Lebih-lebih lagi aku sudah mempunyai satu tanggungjawab untuk di uruskan iaitu Ros.

"Okay-okay" Syiha terus berlari ke bilik mandi tanpa sempat mengambil kain tuala mandinya. Di depan bilik mandi Syiha hampir tergelincir namun sempat dia memegang pintu menahan dirinya daripada terjatuh tersembam ke lantai.

"Kalau jatuh tadi padan muka kau. Aku biarkan kau kejung kat situ jadi batu sebab degil cakap aku tadi. Hahaha." Aku keluar dari bilik Syiha lalu ke bilik aku untuk mengejutkan Ros dan menyiapkannya untuk keluar.

"Myy nak gi ane?" Ros bertanya kerana hairan hari minnu seperti ini dia terpaksa bersiap awal pagi.

"KIta nak pergi Work sayang." Aku mengenakan Ros gaun hitam di sebelah kanan gaunnya ada sekuntum bunga ros merah yang bersulam serta tangkai berduri.

"Yeayy gi work!" Ros melompat kegirangan.

"Sayang pergi bilik aunty Syiha and duduk dengan dia. Mummy nak mandi. Alright?" Aku memakaikan Ros cekak rambut yang berhiaskan Bunga ros merah juga. Comel sungguh Ros dengan gaun kembang itu.

"Okay myy" Ros menerjah bilik Syiha tanpa mengetuk pintu. Aku hanya tersenyum melihat telatah selamba anak kecil itu. Nasib kaulah Syiha terpaksa melayan seorang lagi manusia yang perangai sama macam kita. Kebal!

Aku mengambil masa setengah jam sahaja untuk bersiap. Aku mengenakan baju kemeja lengan pendek berwarna putih bersulam bunga ros merah di bahagian dada sebelah kanan serta seluar berwarna hitam. Baju aku hampir serupa dengan baju Ros tetapi warna berbeza. Aku mengambil alat untuk curl rambut kerana mood aku hari ini seperti ingin berdandan lain daripada hari biasa. Aku mengambil sehelai lagi baju yang sama dan terus menuju ke bilik Syiha.

"Amik baju ni" Aku mencampakkan baju tadi kepada Syiha.

"Asal kau bagi aku baju ni?" Syiha menyambut baju tersebut.

"Aku nak kau pakai baju ni hari ni. Pakai seluar warna hitam sekali. Faham?" Aku ke bilik aku semula untuk menyambung mengemaskan rambut aku. Syiha tanpa banyak soal memakai baju tersebut. Ros di atas katil Syiha sedang bermain ipad yang Tengku Farzeeq hadiahkan kepadanya.

Tepat jam sembilan pagi kami bertolak dengan menaiki kereta Chevrolet Blazer putih aku yamg dihadiahkan oleh Iskandar. Kereta ini aku khaskan hanya untuk ke markas atau melakukan aktiviti luar aku selain daripada aktiviti harian aku tidak akan menggunakan kereta ini. Kereta ini akan disimpan didalan garaj kereta automatik. Jika cap jari atau kod kata laluan yang aku telah sediakan sahaja yang membolehkan garaj ini terbuka.Kereta ini juga telah diubahsuai dengan pelbagai teknologi yang boleh digunakan ketika waktu-waktu yang tertentu atau waktu kecemasan. Kalau aku terangkan lebih terperinci keistimewaan kereta ni alamatnya tidak sampailah aku ke markas. Haha.

"Tempat apa ni Lys?" Syiha memandang sekeliling markas aku.

"Kau duduk diam-diam. Jangan bising selagi aku tak suruh kau bercakap." Aku terus memarkingkan kereta di dalam sebuah garaj kereta yang dikelilingi dinding kaca tebal dan bertinted hanya orang dalam sahaja yang boleh melihat luar. Garaj kereta ini juga tersedia dengan banyak kamera litar tertutup yang tersembunyi dari setiap penjuru. Keselamatan di tempat ini juga dikawal rapi.

"Dah mpai!" Ros menjerit gembira kerana sudah sampai. Dia sudah biasa ke markas ini. Markas Red Rose ini sudah menjadi rumah kedua bagi aku dan juga Ros. Ahli-ahli Red Rose pula seperti keluarga bagi kami mahupun ahli yang berada di New Zealand.

"Eh budak kau dah biasa datang sini ke?" Syiha menolak lengan Ros yang berada di pangkunya.

"Papa alu atang ini" Ros memberitahu bahawa dia selalu berjumpa dengan papanya iaitu Iskandar disini. Ye Iskandar sebenarnya selalu saja datang ke Malaysia untuk menguruskan syarikat dan mengawasi ahli kumpulan Red Rose disini.

"Dah jom turun" Aku mengarahkan mereka untuk turun dan kami ke tempat berhimpunnya semua ahli Red Rose. Iskandar juga turun kerana aku sudah mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan pada hari ini. Semua ahli memakai baju berwarna merah serta terdapat sulaman tangkai ros berduri di sebelah kanan dada setiap daripada mereka.

"Duduk" Aku mengarahkan semua ahli aku duduk kerana aku tidak selesa apabila mereka terlalu memberi penghormatan kepada aku. Aku tidak suka membezakan darjat aku dengan orang bawahan aku. Bagi aku kami semua adalah satu keluarga jadi tidak perlu untuk terlalu memberi penghormatan sebegitu.

"Hai Elys" Iskandar yang duduk disebelah aku menegur. Sudah lama tidak berjumpa dengan jejaka seorang itu.

"Hai" Aku memberi senyuman kepada Iskandar.

"Hello anak papa. Mari sini dekat papa." Iskandar mendepakan tangannya.

"Paa!" Ros melepaskan tangan Syiha lalu terus berlalu ke arah papanya. Manja betul dia dengan papa Iskandar dia tu.

"Syiha, sini duduk sebelah aku." Aku menarik Syiha duduk sebelah tempat duduk aku.

"Hari ni kita mulakan perhimpunan kita dengan bacaan doa daripada Iskandar." Aku memandang Iskandar yang sedang memangku Ros.

"Bismillah.. Amin." Iskandar duduk selepas membaca doa. Manakali Syiha memandang Iskandar tidak lepas daripada awal masuk lagi.

"Aku panggil semua berkumpul mengejut hari ini untuk memperkenalkan kau orang dengan seorang ahli baru kita. Aku akan menempatkan dia di bahagian perubatan. Dia akan jadi ketua perubatan serta ketua doktor di Hospital kita. Sebarang pertanyaan dan kebenaran yang hendak dipersetujui di hospital tersebut perlu dipersetujui oleh aku, Iskandar dan juga dia. Perkenalkan ini Syiha." Aku menarik Syiha supaya bangun berdiri bersama aku. Syiha terkaku.

"Kau ada apa-apa nak cakap ke?" Aku memandang Syiha.

"Tak ada" Sangat jelas muka tidak bersedia dan terkejut Syiha dengan apa yang aku umumkan sebentar tadi. Syiha terus duduk.

"Okay sekarang aku bagi Iskandar untuk buka fail aktiviti syarikat serta aktiviti-aktiviti bulanan kita. Sebarang pertanyaan boleh terus tanya selepas ini." Aku duduk semula dan memberi Iskandar peluang membentangkan kerjanya di Malaysia dan New Zealand. Menjadi orang kanan Qeen Snake bukan mudah ye. Aku tidak akan selalu turun padang untuk mengawasi semua benda tetapi aku memberi tugas itu kepada Iskandar. Aku harus menyembunyikan diri aku untuk kepentingan dan keselamatan aku dan juga Ros.

"Awak jangan risau Syiha kami tidak melakukan aktiviti dan perniagaan haram. Muka tu jangan cuak sangat. Cover sikit." Iskandar menegur Syiha yang sudah pucat. Aku hanya tersenyum.

"Mana ada. Bisinglah. Cepatlah bentangkan hujah kau." Syiha menjeling. Ha kan dah kene dengan Syiha .

"Semua syarikat kita di sini mahupun di New Zealand berjalan dengan lancar. Soal kewangan juga tiada masalah. Tetapi ada beberapa kumpulan lain yang tiba-tiba muncul mencari Ros kerana mereka mendapat khabar angin bahawa Ros masih hidup. Jadi aku nak semua orang perketatkan kawalan keselamatan terhadap Ros dan juga Queen Snake. Walaupun kau orang aku tugaskan untuk mengawasi mereka tugas kau orang terhadap syarikat jangan diabaikan. Merudum syarikat kita nanti makan batu minum air longkanglah kita semua. Aku harap kau orang semua faham. Ada apa-apa persoalan?" Iskandar agak tegas dalam menjalankan tugasnya. Dia seorang yang sangat teliti dalam kerjanya.

"Baru-baru ni kami dapat tahu bahawa satu kumpulan telah tumpas di markas Black Arrow kerana mencari Ros. Tetapi bukan ahli daripada kumpulan itu yang membunuh musuh tersebut. Aku dengar ada seorang sosok tubuh wanita yang muncul dan membunuh mereka semua. Dia juga ada sebut bahawa dia juga mencari Ros. Jadi aku rasa mereka sudah tau bahawa Ros sudah dipindahkan ke Malaysia." Aku memandang soarang pemberi maklumat kumpulan Red Rose iaitu Khuzay.

"Tak apa selagi Ros berada dibawah jagaan kita dia selamat. Aku cuma nak kerjasama dan kesetiaan daripada kau orang untuk menjaga keselamatan Ros. Kalau masing-masing menjalankan kerja dengan berhati-hati dan teliti kita akan dapat menjaga Ros dan juga sesama kita." Aku menyakinkan semua ahli kumpulan untuk terus bersemangat dan lebih berdedikasi dalam tugas masing-masing.

*PANG*PANG*PANG* Bunyi pintu besi diketuk menarik perhatian semua ahli. Masing-masing terdiam dan memandang sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience