Nada dering lagu Love the way you lie menyentakkan aku dari merenung Ros yang sedang lena tidur.
"Hello"
"Yes Tengku, awak nak apa?"
"Nak kau."
"Gila. Malas saya nak layan awaklah."
"Aku nak tengok anak aku. Mana anak aku?"
"Anak awak tido."
"Myy" Tiba-tiba Ros terjaga dan memeluk aku.
"Haa tu aku dengar suara dia. Jap aku video call." Tengku Farzeeq teruja mendengar suara Ros.
"Dyyy." Ros sudah menjerit apabila melihat muka Tengku Farzeeq diskrin telefon.
"Hello anak daddy. Anak daddy buat apa tu?"
"Dyy" itu je Ros mampu cakap. Aku dah tergelak.
"Awak ingat dia enam tahun ke nak ajak borak tanya macam tu. Haha"
"Seboklah mummy awak tu sayang. Daddy nak cakap dengan awak je. Dia sebok menyampuk yee" Tengku Farzeeq bengang aku tertawakan dia. Ros turut tertawa seperti memahami apa yang dikatakan oleh daddynya.
"Oh nak cakap dengan Ros? Tapi asal call saya. Dah saya nak tutup. Bye"
"Berani kau tutup. Aku potong habis gaji kau bulan ni." Sudah mengugut.
"Potonglah. Saya balik Malaysia nanti awak yang saya potong-potong macam potong buah." Aku menjeling. Rasa rindu untuk bergaduh dengan bos poyo aku sorang tu.
"Baru berapa hari aku tinggalkan kau dekat sana dah ganas kau eh." Terjengkil mata Tengku Farzeeq.
"Saya akan jadi lagi ganas kalau orang sakitkan saya. Berani cubalah." Aku kenyit mata.
"Ros mummy goda daddy sayang." Dada dipegang.
"Gatal" Aku menutup telinga Ros. Tak nak bagi budak kecil dengar loyar biruk daddy dia.
"Hahahaha"
"Okaylah saya ada kerja nak buat. Nanti bila-bila free saya bagi awak cakap dengan Ros lagi. Bye"
"Okay. Bye" Talian dimatikan. Ros sempat berbalas lambaian dan flying kiss dengan Tengku Farzeeq. Aku menuruni anak tangga untuk ke dapur. Saja tak nak guna lift.
"Hai. Dah makan?" Aku menegur Iskandar yang sedang duduk minum air di meja makan.
"Eh, hai. Belum. Pembantu rumah saya belum sampai" Iskandar membetulkan duduknya dan mengambil Ros dari aku.
"Oh. Tak apa awak call dia tak payah datang. Saya ada biar saya masak."
"Ehh mana boleh. Awak tetamu. Mana tau nanti bakal jadi puan rumah ni pula."
"Ehh ke situ pula dia. Dah-dah call dia tak payah datang saya masak. Awak degil siap awak." Aku memakai apron.
"Hehe. Baik Madam." Iskandar tidak mahu ingkar. Takut jika Elys membelasahnya. Sudah beberapa hari dia tinggal bersama gadis itu macam-macam perangai yang tidak dijangka dari gadis itu. Garang!!.
"Ros nanti jangan jadi macam mummy tau. Nampak lembut tapi garang." Iskandar memesan kepada Ros dan mencium pipi merah itu.
"Saya dengar!!!" Aku menjerit dari dapur.
"Alamak mummy dengarlah. Jom kita pergi depan. Papa takut kena terkam dengan mummy nanti. " Iskandar berbisik kepada Ros dan perlahan-lahan pergi ke ruang tamu.
Iskandar bermain dengan Ros sehingga dia tertidur di sofa.
"Awak bangun. Saya dah siap masak."
"Hmm." Iskandar mengeliat. Penat sangat agaknya.
"Ros mana?" Aku memandang sekeliling ruang tamu. Mainan saja yang bersepah tapi orangnya tiada.
"Tadi ada dekat sini main."
"Awak!!!! Anak saya mana? Saya tinggalkan dia dekat awak suruh awak jaga bukan tidur!"
"Sorrylah saya tak sedar tertidur." Iskandar menggaru kepalanya.
"Kepala otak awak sorry. Bangun cari dia sekarang!"
"Sekejap saya tengok cctv dekat atas"
"Saya ikut"
"Hmm" Aku memerhati rakaman cctv. Pada asalnya Ros elok saja bermain permainannya. Tapi lama-lama dia berjalan ke arah pintu yang terbuka. Aku dah terbuntang biji mata melihat Ros keluar dari pintu utama. Aku memerhati rakaman luar rumah pula. Ada sebuah van hitam membawa Ros keluar dari perkarangan rumah Iskandar. Aku rasa seperti tidak boleh bernafas lagi.
"Ya allah anak aku. Awak anak saya" Aku menekup mulut seperti tidak percaya kejadian seperti itu berlaku.
"Bawa bertenang. Saya call orang-orang saya cari maklumat Ros sekarang." Iskandar terus memanggil semua orang penting Group Red Dragon. Aku terduduk dan memikirkan keadaan Ros. Dia budak tiga tahun. Tak tau apa-apa.
"Saya dah dapat lokasi Ros. Blue Arrow yang culik dia. Saya pergi sekarang."
"Saya ikut"
"No"
"Saya tak kira. Saya nak ikut juga. Itu anak saya. Biar saya yang ajar orang yang berani sentuh hak saya" Aku nekad untuk menyelamatkan Ros walau apa pun terjadi.
"Haish awak ni degillah. Cepatlah siap." Iskandar tidak dapat membantah keputusan aku. Iskandar memakai suit hitamnya seperti biasa. Manakala aku pula memakai jaket hitam dan memakai topeng separuh muka. Aku tidak mahu identiti aku didedahkan. Bahaya untuk keselamatan aku dan orang sekeliling aku. Lagi pula aku perempuan. Kudrat perempuan tidak sama dengan lelaki. Rambut aku ikat kuda dan pistol istimewa aku selitkan di tepi seluar. Pisau diselitkan di tepi boots.
Sebuah gudang lama telah dikepung oleh anak-anak buah Iskandar. Aku dan Ismandar menaiki kereta yang sama supaya dapat melindungi antara satu sama lain.
"Iskandar awak masuk dulu. Nanti saya backup belakang." Aku mengarahkan Iskandar masuk melalui pintu hadapan dahulu.
"Awak gila ke masuk ikut pintu depan? Tu serah diri namanya" Iskandar tidak puas hati.
"Masuk rumah orang kena beradab bang. Kat sekolah tak belajar adab ke?"
"Kepala otak awak beradab. Ni bukan masa nak jaga adab" Iskandar sudah menepuk dahi.
"Kau masuk je lah. Aku tau apa aku buat. Apa-apa jadi kat kau tanggungjawab aku."
"Siapa ketua dekat sini? Suka hati awak je" Iskandar menjeling aku.
"Kau lupa ke ketua kumpulan kau dah mati? So sekarang ni aku nak selamatkan anak aku. Kau dengar je arahan aku. Kalau tak nyawa kau yang aku amik." Elys mengacukan pistol ke dahi Iskandar kerana sudah bengang dengan kedegilan lelaki mafia itu.
"Okay-okay" Iskandar terus masuk mengikut arahan Elys. Takut-takut nyawanya juga terancam sama.
"Wow orang kuat Red Rose menyerah diri" Ketua Blue Arrow sudah tersenyum sumbing.
"Mana budak kecik tu?"
"Pantas juga kau buat keje. Bagus. Walaupun group nama bunga macam perempuan tapi cekap dan berbisa. Aku suka." Danial menepuk tangan dengan kuat sehingga bergema.
"Aku tanya mana budak tu.?" Iskandar mendekati Danial tanpa rasa takut walaupun lelaki itu dikelilingi oleh bodyguard. Didalam gudang penuh dengan anak buah Danial.
"Relax bro. Kita borak-borak dulu. Budak tu ada dengan aku. So sekarang kau apa cerita? Dah ada ketua baru? "
"Aku tak ada masa nak berborak dengan mafia lembik macam kau ni. Pengecut. Nak dapatkan budak kecik pun kau main cara kotor sampai kena culik budak tu. Apa sebenarnya kau nak?"
"Kasar bahasa bro. Kau dah masuk tempat aku." Danial memandang anak buahnya seperti memberi isyarat mata. Dua orang kanannya bergerak mendapatkan Iskandar. Tapi langkah mereka terhenti apabila sebilah pisau mengenai dada tepat pada jantung kedua-duanya. Danial terkejut kerana dengan sebilah pisau sahaja anak buahnya tumbang dan mati macam tu je.
"Berani kau sentuhlah dia. Tu baru sikit" Elys yang berada di atas bumbung gudang bersuara. Iskandar melopong mulut melihat Elys.
"Kau siapa ha?" Danial memandang ke arah Elys yang sedang elok duduk berjuntai kaki di bumbung yang dikopak dari atas sambil membelek pisau ditangan.
"Lepaskan budak tu atau kau aku bakar hidup-hidup."Elys tidak menjawab soalan Danial.
"Kalau aku tak nak?" Danial mencabar.
"Okay." Elys sudah terjun dan sekelip mata semua anak buah Danial mati ditembak dengan sniper Elys. Elys mendarat sahaja anak buah Danial sudah mengepung. Mudah baginya untuk menyasarkan peluru pada semua anak buah Danial.
"I think we know each other Danial Ferhad" Elys berdiri sebelah Iskandar yang sedang kaku. Danial berkerut dahi. Apa hubungan dia dengan Elys?Mereka pernah berjumpa ke sebelum ni?Wajah Elys tidak dapat dilihat sepenuhnya kerana terlindung oleh topengnya.
Share this novel