Awal pagi lagi Tengku Farzeeq sudah terpacak depan rumah aku. Takut kalau dia lambat aku akan naik dengan Iskandar. Haha.
"Ros mana? Tak ikut sama ke?" Tengku Farzeeq pelik aku keluar seorang diri dan hanya bawa beg pakaian aku.
"Tak, dia gerak dengan Syiha nanti. Saya kena gerak awal sebab nak kena bersiap. Nak pakai inai lagi." Aku menghulurkan beg pakaian aku kepada Tengku Farzeeq.
"Ohh boleh aku dating berdua je dengan kau hari ni." Tengku Farzeeq mengambil beg aku dan letak di dalam tempat penumpang di belakang. Senang nak ambil nanti.
"Dating-dating juga tapi awak kena ingat misi awak ikut saya balik kampung ni. Kalau gagal misi ni saya tak nak tengok muka awak lagi." Aku buka pintu kereta dan masuk.
"Aku tak pernah gagal dalam misi aku. Kau relax je laa sampai masa semuanya akan selesai."
Kami bertolak ke Melaka. Aku seperti biasa akan tidur apabila masuk sahaja kereta. Tengku Farzeeq terpaksa memandu seorang diri tiada peneman. Padan muka siapa suruh gatal nak sangat bawa aku balik ke kampung. Aku nak memandu dia tak bagi kononnya bakal pengantin darah manis. Haa lantakkan kau pandu sorang-sorang.
"Ros, jom siap. Kita nak balik kampung mummy." Syiha mengejutkan Ros yang sedang lena tidur.
"Ermm" Ros mengeliat.
"Mummy ane?" Ros mencari aku disekeliling bilik.
"Mummy dah jalan dulu dengan daddy pagi tadi. Ros gerak dengan aunty dan papa. Cepat bangun sekejap lagi papa datang amik kita." Syiha menarik Ros supaya bangun.
"Oteyyy." Otey pun bolehlah Ros. Janji ada bunyi okay tu. Haha. Syiha geleng kepala sahaja dengan telatah si budak kecil itu. Setelah Syiha dan Ros siap, mereka menunggu Iskandar dihalaman rumah.
"Hello anak papa." Iskandar turun dari kereta terus mendapatkan Ros.
"Heyyo papa." Ros mencium pipi papanya.
"Budak manja." Syiha mencebik.
"Ada orang jeleslah. Meh sini saya cium awak juga." Iskandar datang mendekati Syiha.
"Ehh tak payah. Aku dah besar tak ada maknanya nak jeles dengan budak kecil besar Ros ni." Syiha berganjak kebelakang. Seram pula dengan si Iskandar ni.
"Orang nak bagi dia tak nak pula. Jual mahal." Iskandar mengejek Syiha.
"Malas layan kau ah. Tu beg tu angkat letak dekat belakang." Syiha menunjukkan ke arah 3 buah beg luggage kecil. Lalu dia masuk ke dalam kereta di belakang.
"Amboi madam sila duduk di depan ye. Awak tu bukan bos saya."Setelah Iskandar meletakkan Ros dikerusi bayinya dibelakang, dia membuka pintu disebelah tempat Syiha duduk dan menyuruhnya keluar dan duduk didepan menemaninya.
"Ishh dia ni berkira betul." Syiha keluar dan beralih tempat duduk.
"Huhu." Iskandar ni memang suka betul mengejek Syiha. Hobi baru agaknya.
Mereka bertolak bersama ahli kumpulan D'Rose yang lain. Kali ini tidak terlalu ramai kerana aku malas nak mendengar mulut orang kampung mengata. Kalau ada mulut yang mengata nanti elok-elok kenduri kahwin terus jadi kenduri arwah secara besar-besaran aku buat untuk orang kampung tu. Aku hanya memerlukan Akmal, Hakimi dan Kamilia. Akmal tula gatai sangat nak Kamilia ikut.
Pada hari berlangsungnya perkahwinan.
"Weh kau rasa plan apa yang Tengku nak buat eh untuk cancelkan majlis ni?" Syiha menemani aku di dalam bilik.
"Manalah aku tau. Kita tunggu je lah." Aku sudah siap berpakaian pengantin dan duduk di atas katil menunggu sebelah lelaki tiba.
"Aku pula yang berdebar. Kau tak takut ke kalau plan ni tak jadi?" Syiha mengusap dadanya sendiri.
"Entahlah aku redha je kalau dah takdir aku kena kahwin dengan orang yang aku tidak kenali." Aku pasrah sahaja jika tiada yang dapat menyelamatkan aku daripada perkahwinan paksa ini.
"Haihh kau ni main pasrah-pasra pulaa. Sempat lagi kalau kita nak lari ni. Aku boleh tolong cover line, cepatlah tingkap sini kosong tak ada orang." Syiha meninjau ke luar tingkap bilik aku.
"Otak kau. Memanglah tak ada orang dekat tingkap tu tapi dekat depan belakang penuh manusia." Aku tepuk dahi sendiri. Aduiii member siapa ni? Tolong kutip!
"Wehh!!! Pengantin sebelah lelaki dah sampai doh tapi en pengantin tu buncit siak. Kau serius ke tak nak lari ni? Macam atuk-atuk ke bakal laki kau ni." Syiha merenung setiap orang yang keluar dari kereta rombongan sebelah lelaki.
"Kau seriuslah gila.Mana?" Aku dah bangun pergi skodeng sekali. Tapi tak nampak pun yang Syiha kata tadi.
"Dah masuk dah. Tapi weh bakal laki kau ni kiranya orang hado-hado ah. Tengok kereta semua bukan beshe-beshe kalau terlanggar bisaa nak menggantikannya. Haha." Bangang Syiha ni. Ada je lawak yang dia nak buat pagi-pagi macam ni.
"Ish kau ni bising je lah. Tak tenang aku macam ni. Kau ushar Tengku Farzeeq dah sampai ke belum." Aku kembali duduk dikatil.
"Alah kalau Tengku tak datang pun tak apa. Aku jamin kau hidup senang lepas ni. Laki kau ada harta dan perut. Aset tu." Syiha tetap setia di tingkap memerhati.
"Kau ni kalau tak bangang sehari tak boleh ke? Menyirap pulaa aku." Aku baling bantal ke arah Syiha.
"Alamak bantal salah landing lah gilaa.Keluar perginya." Bantal terbang keluar daripada tingkap kerana Syiha mengelak.
"Elys jom keluar, pengantin lelaki dah sampai." Bonda memanggil aku.
"Goodluck" Syiha sengih-sengih pandang aku. Suka sangatlah tu aku kena kahwin dengan orang yang bukan-bukan. Aku sempat menjeling Syiha sebelum keluar dari bilik.
"Aku dah kata bakal laki kau buncit kau tak percaya." Syiha menahan ketawa disebelah aku. Aku tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana aku duduk belakangnya dan jauh.
'Mana Tengku Farzeeq ni. Dia tipu aku ke? Ishh aku tak nak kahwin dengan mamat buncit ni laa!' Aku hampir meraung mengenangkan nasib aku. Si Tengku sengal tu mana entah tak datang-datang.
"Sah" "Sah" "Sah"
Uwaaaa aku dah sah jadi isteri mamat boroi ni. Adu takkan aku nak kena plan bunuh suami sendiri pula. Siapalah mamat boroi ni. Bonda dengan ayah ni pun nak cari suami untuk anak carilah elok-elok sikit. Apa rupa aku ni buruk sangat ke sampai terima lelaki boroi macam ni! Rasa nak nangis. Aku kena tahan.
"Tahniah weh dah sah jadi isteri orang." Syiha memeluk aku.
"Diamlah. Aku menyesal tak dengar cakap kau suruh lari lalu tingkap tadi." Aku ketap gigi geram. Tengku Farzeeq penipu! Menyesal aku deal dengan dia. Tak sangka dia aniaya aku macam ni. Ni soal hidup mati dan masa depan aku dia boleh buat bergurau macam ni. Kau tunggulah Queen turun padang nanti habis semua ahli kumpulan kau aku hapuskan!
"Aku nak pergi dekat Iskandar dengan Ros." Syiha bangun dan pergi pada mereka. Aku hanya menghadiahkan senyuman kelat pada Iskandar dan juga anak buah aku yang lain. Ros melambai tangan kepada aku.
Share this novel