"Good morning Elys" Kak Nira seperti biasa ceria setiap hari.
"Morning kak" Aku terus ke bilik setelah menyambut sapaan akak Nira. Aku membuat kerja seperti biasa.
"Akak tolong serahkan fail ni pada bos boleh?" Aku menyerahkan fail tersebut kepada Kak Nira. Aku tak ada mood nak berjumpa dengan Tengku lagi buat masa ni.
"Okay. Nanti akak bagi pada Tengku." Akak Nira menyambut fail tersebut dan terus ke bilik Tengku Farzeeq.
*Knok*knok*knok*
"Tengku ini fail dari Elys. Dia suruh saya sampaikan pada Tengku." Dengan sopan Kak Nira menyerahkan fail tersebut.
"Okay terima kasih. Awak boleh keluar." Tengku Farzeeq hanya buat selamba seperti tiada apa-apa yang pelik.
"Okay" Kak Nira keluar dari bilik Tengku berasa sangat hairan dengan situasi yang dia alami saat ini.
"Seorang mengelak daripada bertembung, lagi seorang keras dia je macam nothing happen. Apa kena dengan dua manusia ni. Hampir seminggu dah dua manusia ni berperangai seperti orang asing" Kak Nira bermonolog sendirian sepanjang jalan ke mejanya.
"Dari planet mana agaknya dia orang ni datang eh?" Kak Nira sambung bermonolog di mejanya.
"Siapa yang datang dari planet lain kak?" Tengku Izreen yang baru sampai sempat mendengar apa yang Kak Nira cakap tadi.
"Itu bos sama engineer. Akak dah naik pening dah melayan mereka berdua. Kamu tau ke apa kes dia orang tu?" Akak Nira bertanya kepada Tengku Izreen sekiranya dia tau mengapa adiknya dan cik engineer berperangai pelik.
"Kenapa dengan dia orang kak? Gaduh kaa?" Loghat Tengku Izreen ni nak korek rahsia di pejabat orang.
"Dak gaduh laa. Cuma sekor ke utara, sekor ke selatan." Akak Nira menunjuk ke arah bilik aku dan Tengku Farzeeq.
"Ohh. Biaq pi depa kak. Kita buat kerja kita. Sok kawin baru tau. Dok heboh nak gaduh-gaduh. Hahaha" Tengku Izreen saja menghiburkan hati Kak Nira supaya tidak terlalu memikirkan hal aku dan Tengku Farzeeq.
"Apa kahwin-kahwin? Aku dengar. Kau nampak penumbuk ni? Kau datang nak apa? Kalau nak jumpa adik kau tak payah buat dosa mengutuk aku. Tu pintu bilik adik kau, kau masuk je lah sana." Aku mengepalkan penumbuk dan menghalakan ke arah Tengku Izreen. Aku juga menundingkan jari ke arah bilik Tengku Farzeeq.
"Tak apalah akak saya masuk dulu." Berlari Tengku Izreen ke bilik adiknya.
"Haa baiklah kamu masuk sana. Pergi cepat." Akak Nira segera menyuruh Tengku Izreen ke bilik Tengku Farzeeq kerana takut akan kejadian aku memukul Tengku Izreen dulu berulang kembali. Seperti lagu sejarah mungkin berulang lagi.
Jam baru pukul 4 petang aku sudah mengemas untuk pulang. Aku rasa seperti badan aku tidak berapa nak sihat. Lagi pula aku sudah tiada mood ingin meneruskan kerja aku. Ada baiknya aku berhenti untuk hari ini dan sambung esok. Kalau tidak mau bangunan elok tegak segi empat terus jadi segi tiga.
"Saya balik dulu badan rasa tak sedaplah kak." Aku memberitahu akak Nira supaya dia dapat meberitahu Tengku Farzeeq sekiranya dia mencari aku.
"Laa demam ke?" Kak Nira meletakkan tangannya ke dahi aku.
"Tak kak. Saya cuma nak berehat di rumah. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Aku terus bergerak keluar dari pejabat.
"Waalaikumsalam." Kak Nira menghantar pemulangan aku dengan pandangan mata sahaja.
Flashback
"Awak, kita nak pergi mana hari ni?" Aku masuk ke dalam kereta Irjad. Kami sudah berjanji ingin keluar temu janji hari ini.
"Rahsia. Awak duduk diam-diam. Saya nak drive ni." Irjad memakaikan aku tali pinggang kaledar. Aku hanya mendiamkan diri dan seperti biasa aku akan tertidur di dalam kereta.
"Wahh. Awak cantiknya." Sungguh aku teruja apabila Irjad membawa aku ke sebuah pantai yang sangat cantik dan bersih.
"Awak suka?" Irjad membuka pintu kereta dan menghulurkan tangannya ingin menyambut aku keluar dari kereta.
"Suka sangat. Terharunya saya awak masih ingat tempat kegemaran saya. Saya sayang awak." Aku memeluk lengan Irjad sambil berjalan beriringan dipantai.
"Mestilah saya ingat. Setiap kali ajak pergi dating mesti awak akan ajak saya pergi ke mana-mana pantai dahulu sebelum ke tempat lain. Lagi pun awak bukan nak duduk lama pun dekat pantai ni, hanya sekadar dapat melihat pemandangan dan merasai suasana pantai sahaja." Aku memandang Irjad dan memberi sepenuh perhatian dengan setiap kata-kata dia.
"Hehe. Betul tu. Saya bukan apa, saya suka sangat pantai. saya lebih mencadangkan pergi ke pantai daripada ke tempat-tempat kebiasaan pasangan bercinta pergi. Dekat pantai kita boleh tenangkan fikiran. Betul tak awak?"
"Betul. Awak ni suka sangat berjalan tapi kalau berbelanja tu kurang sikit. Kalau awak betul-betul teringin atau memerlukan sesuatu benda tu sahaja baru awak beli. Jomlah kita duduk dekat bangku sana tu, sana ada pokok rendang redup sikit." Aku hanya mengikut langkah Irjad.
"Awak saya pergi beli aiskrim dekat sana sekejap. Awak tunggu sini tau." Irjad menunjuk ke arah seorang pakcik yang sedang berdiri di bawah pokok di tengah-tengah tempat orang ramai berkumpul bersama tong aiskrim di atas motonya.
"Okay. Hati-hati. Jatuh bangun sendiri." Aku melepaskan pegangan tangan Irjad.
"Ishh dia ni ada pula cakap macam tu." Irjad berpura-pura ingin memukul aku lalu dia mengusap kepala aku dan menyerabaikan rambut aku.
"Awakk!" Aku sudah menjerit kerana rambut aku sudah serabai dibuatnya. Irjad apa lagi berlarilah dia jauh dari aku.
Sedang aku leka memandang ke arah laut dan pokok-pokok, tiba-tiba aku terdengar bunyi petikan guitar. Aku menoleh ke arah belakang dan mencari bunyi tersebut. Aku melihat seorang lelaki sedang busking.
'Aku kan menjaga cinta yang tlah kau beri
Disini aku berharap kepadamu
mencintaiku tulus dari hatimu
sampai akhir hayat ini
Walau seringkali pertengkaran terjadi
tapi ku percaya kau selalu setia
ku mencintaimu tulus apa adanya
hingga sampai saat ini
Ku berdoa cinta yang kita bina
kan abadi untuk selamanya
jangan pernah kau mengingkari janji
mencintai aku sepenuh hati
sampai kini ku selalu setia
mencintai dan menyayangimu
ku berharap ketulusan hatimu
semoga engkau takkan menduakanku'
Aku menitiskan air mata saat menyaksikan Irjad menyanyikan lagu itu kepada aku. Aku sangat tersentuh dengan setiap rangkap lagu tadi. Walaupun Irjad tidak pandai bermain guitar dan bernyanyi namun dia telah melakukannya dihadapan aku pada hari ini bersaksikan orang ramai. Aku sungguh tersentuh hati dengan sikap romantiknya yang tidak diduga itu.
"Awak..." Aku bangun dan berlari ke arah Irjad.
"Hey kenapa nangis pula ni. Jom duduk sana balik." Irjad merungkai pelukan aku.
"Kenapa awak nyanyi lagu tadi? Sayu hati saya. Awak kata nak beli aiskrim je tadi." Aku memukul lembut lengan Irjad.
"Betullah saya pergi beli aiskim. Ini aiskrim awak. Dah jangan nangis-nangis, saya sayang awak sampai bila-bila." Satu aiskrim perisa coklat yang telah dibuka plastiknya dihulurkan kepada aku.
"Terima kasih awak. Saya sayang awak juga." Aku mengambil aiskrim dari tangan Irjad.
"Elys" Aku tersentak apabila bahu aku ditolak dari belakang. Dengan serta-merta aku kembali ke dunia yang nyata.
"Yes" Aku menoleh melihat siapa yang menegur aku.
Share this novel