BAB 59

Fantasy Completed 9946

Hari ini aku terpaksa ke markas untuk selesaikan urusan aku yang tertangguh sejak majlis perkahwinan aku dua hari yang lepas. Aku memanggil semua anak buah aku turun ke markas untuk buat meeting tergempar pada hari ini. Ros turut aku bawa kerana dia merupakan ahli D'Rose.

"Hai semua kenalkan ini suami saya, Tengku Farzeeq." Semua yang berada didalam bilik meeting itu memandang Tengku Farzeeq tidak berkelip.

"Kenapa semua pandang laki aku macam tu?" Aku tegur semua termasuk Syiha dan juga Iskandar.

"Asal dia ikut kau?" Muka Syiha jelas terkejut.

"Saja tak nak berpisah takut rindu katanya. Kau bangun pergi duduk sebelah Iskandar sana." Aku menarik lengan Syiha supaya bangun dari kerusi sebelah aku.

"Abiy duduk sini." Tengku Farzeeq ketawa mengejek Syiha kerana dihalau oleh aku. Syiha jeling Tengku Farzeeq. Budak dua ekor ni pulak bukan boleh duduk berdekat, ada saja akal masing-masing nak menyakat antara satu sama lain.

"Awak okay ke?" Iskandar terus bertanya kepada Syiha yang muka sudah mencuka.

"Saya nak awak pukul mamat tak siuman tu, sakit hati saya dengan dia." Syiha mengadu pada Iskandar.

"Yeye nanti saya pukul okay." Iskandar memujuk Syiha.

Meeting berjalan seperti biasa. Sepanjang meeting dijalankan, wajah Tengku Farzeeq kelihatan sangat terkejut dengan apa yang setiap daripada ahli kumpulan kami bentangkan. Dia tidak menyangka kumpulan kami ini wujud dan berjaya membuka banyak empire dinegara lain.

"Okay sampai disini sahaja meeting kita hari ini. Semua boleh bersurai" Syazwina menutup meeting.

"Laporan jangan lupa letak atas meja aku." Aku memberi peringatan kepada semua sebelum mereka beredar keluar dari bilik meeting.

"Sayang nak pergi mana?" Tengku Farzeeq menahan aku daripada bangun.

"Saya ada kerja sikit, awak tunggu sini dengan Ros boleh?" Aku mengusap rambut Ros yang duduk dipangku daddynya.

"Hmm okayy. Jangan lama-lama sangat."

"Kalau awak bosan boleh pergi dekat belakang sana ada taman bunga Ros. Ros selalu main dekat belakang tu kalau saya datang sini." Aku memberi cadangan supaya dia tidak menganggu aku menyelesaikan urusan aku.

"Really ada taman bunga?" Tengku Farzeeq pula yang teruja lebih. Ros sudah bertepuk tangan gembira.

"Yee." Kami bangun dan terus ke tempat tujuan masing-masing. Tengku Farzeeq ke taman bungan manakala aku ke bilik seksaan.

"Dah settle?" Aku bertanya Syiha yang berada dihadapan pintu bilik kurungan.

"Belum. Baru nak buat kerja ni haa." Syiha membetulkan pakaiannya sebelum masuk ke bilik kurungan.

"Okayy. Apa-apa panggil aku." Aku terus masuk ke bilik seksaan aku.

"Haii Hellzira Hizard." Aku masuk hanya memakai sarung tangan tanpa topeng muka.

"Perempuan tak guna!" Helzira menjerit.

"Diam bodoh. Jangan jadi perempuan sundal kerja nak menjerit macam anjing ." Aku menghadiahkan penampar ke pipi perempuan itu. Pecah bibirnya.

"Sanggup kau buat semua tu pada Irjad?" Hellzira memperlahankan suaranya.

"Wait. Apa yang aku buat?"Aku buat-buat bertanya.

"Kau yang buat dia sampai lumpuhkan? Apa yang kau dengki sangat dengan dia? Takkan sebab dia ada curang dengan aku, kau sanggup buat dia sampai tak boleh berjalan. Kau kejam!" Hellzira meronta diatas kerusi dengan tangan diikat.

"Ouhh aku ke yang buat? Hahaha" Aku ketawa sambil memegang perut.

"Nak tau sebab apa? Pertama, dia seksa aku selama ni. Kedua, dia maki hina aku dan keluarga aku. Ketiga, curang belakang aku banyak kali. Keempat, makan darah daging sendiri. Kelima, dia memang layak terima apa yang dia sedang lalui sekarang ni. Dan sekarang giliran kau pula. Berani yee kau masuk ke kandang harimau hari tu? Padahal aku dah warning kau sebelum ni jangan muncul depan aku tapi kau degil." Aku menarik tudung Hellzira sehingga kepalanya kebelakang mendongak memandang aku.

"Welcome to the Hell Hellzira Hizard!" Aku menoreh mukanya dengan perlahan.

"Kau kejam Elyss" Dalam tangis dan perit muka ditoreh masih mampu bercakap minah ni.

"Aku tak kejam. Kau yang serah diri datang pada aku. Aku menyambut yang datang dan hantar ke neraka. Kau yang meminta dan aku memberi." Aku mengangkat bahu dan muka innocent.

"Aku benci kau!" Hellzira menyepak kaki aku. Kaki dia tidak diikat.

"Auchh sakitnyaa." Aku mengambil pistol dan terus melepaskan peluru peluru ke kaki yang menyepak aku tadi.

"Arghhhh"

"Itu makanan untuk kaki kau sebab berani sepak aku. Ini untuk kaki kau yang gatal datang majlis aku dan buat kacau." Satu lagi tembakan pada kaki kanan pula.

"Dan ini sebab mulut kau menjerit pada majlis aku hari tu." Aku sepak mulutnya dengan kuat sehingga tergolek bersama kerusinya ke lantai.

"Sakit Elyss...kenapa kau jadi kejam sampai macam ni sekali?" Hellzira menangis kesakitan.

"Sebab aku dah banyak diam selama ni. Aku terlalu baik dengan kau orang sampai kau orang tak tau nak jaga hati aku. Kau orang tak hargai aku. Aku yang kau lihat hari ini adalah aku yang kau sakiti dahulu. Selama ni aku terlalu banyak sabar dan makan hati seorang diri sehingga semua orang pijak aku. " TIba-tiba rasa sebak dihati mengenangkan kisah lalu.

"Aku minta maaf Elys, aku tak sangka Irjad buat kau macam tu selama ni sebab tu aku benci kau dan ingin balas dendam pada kau. Aku tak tau yang kau dah lalui banyak kekecewaan."

"Sudahlah. Aku dah bagi kau peluang bertaubat sebelum ni dan jangan muncul depan aku lagi tapi kau terlalu bodoh menggali lubang kubur sendiri depan aku. Itu adalah kesilapan kau bukan aku." Aku menyepak kaki Hellzira.

"Elyss.." Hellzira merayu lagi.

"Pergi mampuslah sial. Kau tak payah nak buat drama air mata kau depan aku lagi, aku dah muak dengan air mata kau ni. Aku bagi kau masa mengucap sebelum aku bunuh kau." Aku berunduk kebelakang dan mengambil sebotol air mineral dan aku minum untuk melegakan dahaga.

Beberapa tembakan aku lepaskan pada Hellzira sehingga dia tidak bernyawa lagi.

"Afzan!" Aku memanggil.

"Yee Queen."Afzan masuk ke bilik seksaan aku.

"Kemas." Aku mencabut sarung tangan aku dan meregangkan badan. Letih.

"Baik Queen." Afzan mendekati mayat Hellzira.

"Syiha dah settle ke?" Aku bertanya kepada Akmal yang baru sahaja muncul dipintu bilik seksaan aku.

"Belum"

"Jom ikut aku tengok apa jadi." Aku menarik baju Akmal supaya mengikuti aku melihat Syiha dibilik Seksaan 2.

"Assalamualaikum." Aku main terjah je masuk.

"Ehh sorry kak saya kacau. Tak apa akak teruskan je lah, saya nak tengok je." Aku mengangkat tangan kepada Syiha yang memandang aku masuk tanpa mengetuk pintu.

"Takde hal laa."Syiha menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

"Wehh mal kau pergi ambil popcorn sekejap dekat pantri. Sedap tengok sambil makan popcorn ni. Bukan selalu dapat tayangan free macam ni. Cepatlah." Aku menolak Akmal yang duduk disebelah aku.

"Ishh dia ni!" Akmal pun bangun.

"Nah. NI oren juice sekali aku bawakkan. Dah kau jangan nak minta bukan-bukan lagi, aku pun nak tengok minah senget ni marah." Satu bekas besar popcorn dan satu jug air dihulurkan kepada aku. Aku ketawa geli hati melihat gelagat si Akmal ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience