Dua tahun selepas kematian Hellzira dan Hilman...
"Abiyy, boleh tak panggil Syiha dan Iskandar datang rumah kita esok?" Aku baring di riba Tengku Farzeeq.
"Aik kenapa pula tiba-tiba ni? Kita baru je balik dari Paris tak nak berehat dulu ke baru jumpa dia orang?" Anak mata Tengku Farzeeq tertumpu pada aku.
"Tak nakk abiy. Pleasee." Haa sudah nak nangis pula dah.
"Haa yeye jangan nangis. Malam ni juga abiy telefon dia orang suruh datang esok subuh. Alang-alang tu boleh jemaah sekali." Telefon Tengku Farzeeq capai.
"Ishh tak perlulah awal subuh. Saja nak perli orang." Aku bangun dan terus duduk dihujung katil menjauhi Tengku Farzeeq.
"Halahh dia ni pun. Cenggeng betullah. Sepak kang baru tau. Meh sini." Tengku Farzeeq menarik lengan aku.
"Hmm.." Terburai air mata aku.
"Laa kenapa nangis pula ni? Abiy gurau je. Dah jangan menangis, kita tidur ye? Esok Syiha dan Iskandar datang tengok mata sayang abiy ni bengkak nanti dia orang pikr abiy buli sayang pula. Okay?" Tengku Farzeeq memegang kedua belah pipi aku.
"Hurm. Okay" Aku mengesat air mata dan terus baring.
Syiha dan Iskandar datang dengan kereta yang berasingan. Sebelum aku pergi berbulan madu mereka bergaduh tapi aku tidak tau sudah berbaik atau belum.
"Syihaaa!" Aku berlari memeluk Syiha yang terpacul dihadapan pintu.
"Dah kenapa dengan kau ni? Lain macam je..." Syiha berhati-hati dalam setiap perkataannya.
"Hehe tak ada apa jom masuk. Is, masuklah. Farzeeq ada dekat dapur." Aku mempelawa Syiha dan Iskandar masuk.
"Sorrylaa menyusahkan datang pagi-pagi macam ni. Elys ni aku pun tak tau apa yang mustahak sangat sampai tak ada waktu lain nak jumpa kau orang berdua." Tengku Farzeeq muncul dari dapur membawa dulang yang berisi air dan makanan untuk dihidangkan kepada Syiha dan Iskandar.
"Ehh tak apa." Iskandar bangun dan bersalaman dengan Tengku Farzeeq.
"Ros mana? kenapa tak ikut sekali?" Tengku Farzeeq bertanya kepada Iskandar. Kini Iskandar mengambil hak penjaan sepenuhnya keatas Ros.
"Ros ada kelas memanah hari ni so tak dapatlah nak ikut." Iskandar meminta izin daripada aku sebelum mendaftarkan apa-apa jenis kelas untuk Ros. Pada awalnya dia mahu mendaftarkan Ros ke kelas menembak tetapi aku tidak mengizinkan.
"Ouhh. Jemputlah minum." Tengku Farzeeq menghulurkan segelas air kepada Iskandar dan juga Syiha.
"Wahh kau jadi madam besar dalam rumah ni eh? Air untuk tetamu pun laki kau yang sediakan. Gila seronok hidup kau." Syiha menepuk bahu aku.
"Jeles ke? kalau jeles kahwinlah cepat." Aku memeluk lengan Tengku Farzeeq.
"Kau kalau suruh aku datang untuk tengok kau berasmara baik tak payah syaiton." Syiha menjeling aku.
"Abiyyy..." Mata aku sudah bertakung dengan air mata.
"Aduuu yang kau cakap kasar dengan dia kenapa senget??" Tengku Farzeeq sudah jeggil mata memandang Syiha. Iskandar dan Syiha terkejut melihat riaksi aku.
"Wehh kau pahal doh? Alamak sorry.."Syiha terus bangun dan duduk disebelah aku.
"Alaa janganlah nangis. Semalam kata nak jumpa Syiha, ni dia dah datang." Tengku Farzeeq masih cuba untuk memujuk aku. Tapi aku masih menangis disebalik dadanya.
"Okay-okay kau nak aku buat apa untuk kau maafkan aku?" Syiha menarik lengan baju aku. Rasa bersalah menyelubungi dirinya ketika ini.
"Betul ni?" Aku berpaling menghadap Syiha perlahan-lahan sambil mengesat air mata.
"Yee..." Syiha bersungguh.
"Aku teringin nak tengok kau dengan Iskandar naik pelamin sama-sama. Boleh tak?"
"Tak boleh!"Pantas dan lantang Syiha membangkang.
"Abiyyyyyy." Aku terus menjerit terkejut dan air mata laju sahaja turun bagai air hujan.
"Ya Allah kenapa ni? " Tengku Farzeeq pelik melihat keadaan aku.
"Sayang nak tengok Syiha dengan Is..kahwinn. Bolehlah abiyy." Aku merayu pada Tengku Farzeeq.
"Mana boleh paksa dia orang kahwin.. Kalau nak tengok abiy kahwin insyaallah abiy akan usahakan." Tengku Farzeeq tayang senyuman paling manis kepada aku.
"Abiyyy jahatt!" Aku terus berlari masuk ke bilik.
"Kau gali kubur sendiri beb. HaHa." Iskandar ketawakan Tengku Farzeeq.
"Alahai aku baru nak bergurau dia dah sentap. Haha." Steady sahaja riak wajah Tengku Farzeeq dihadapan Syiha dan Iskandar. Namun dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Salah timing bro kau nak ajak bergurau."
"Itulaaa. Mood member tu tak berapa nak baik pula." Tengku Farzeeq menggaru kepala. Syiha hanya berdiam diri setelah mendengar hasrat hati aku ingin melihat dia dan Iskandar bersatu.
Dua hari kemudian...
"Weh kau orang kena tolong aku. Aku risau Elys langsung tak nak keluar bilik sejak dua hari lepas." Tengku Farzeeq memanggil Syiha dan Iskandar datang semula.
"Kau seriuslaa? Kenapa hari ni baru kau nak bagi tau?" Syiha sudah gelabah.
"Aku ingat hari ni dia akan okay, rupanya tidak. Apa nak buat ni?" Tengku Farzeeq buntu.
"Okay macam ni. Hujung minggu ni kita nikah." Iskandar memandang Syiha.
"Kenapa pula kita kena nikah?" Syiha menolak.
"Sebab saya cintakan awak. Kalau bukan sebab Elys teringin nak tengok kita bersatu pun saya tetap akan melamar awak. Tapi bila keadaan dah jadi teruk macam ni saya terpaksa cepatkan plan saya untuk melamar awak." Iskandar memberi penjelasan yang tulus ikhlas dari hatinya.
"Saya tak nak!" Syiha masih mahu menolak kerana egonya terlalu tinggi.
"Tolonglaa Syiha setuju je dengan apa yang Iskandar cakap tu. Bini aku dekat dalam tu entah apa jadi dekat dia aku pun tak tau." Tengku Farzeeq cuba bercakap dengan Syiha.
"Haihh bini kau ni pun satu hal laa. Yang bukan-bukan je dia teringin. Yela-yela aku setuju." Akhirnya Syiha setuju menerima Iskandar.
"ELyss buka pintu ni. Minggu ni aku akan menikah dengan Iskandar. Kalau kau tak keluar macam mana kau nak tengok aku dengan Iskandar atas pelamin nanti?" Syiha memujuk disebalik pintu bilik aku.
"Betul ni kau dengan Iskandar nak menikah?" Aku cuba mendapatkan kepastian.
"Iyee sayang dia orang dah setuju tadi nak menikah minggu ni. Buka pintu ni sayang, abiy risau sangat ni." Kini giliran Tengku Farzeeq berada dihadapan Pintu bilik.
"Ya Allah sayang risaunya abiyy..." Tengku Farzeeq terus mendakap aku setelah aku membuka pintu bilik.
"Maa..aaff abiyy." Pemandangan aku tiba-tiba kelabu.
"Kau okay tak ni?" Syiha yang melihat perubahan aku terus memeluk bahu aku.
"Wehh bawa dia pergi hopital sekarang.." Iskandar memberi arahan pada Tengku Farzeeq untuk mendukung aku bawa masuk ke kereta. Tengku Farzeeq kelihatan sangat terkejut dengan keadaan yang kucar kacir ini.
Dalam perjalanan ke hospital...
"Siapa pula kereta depan ni wak?" Syiha bertanya kepada Iskandar yang sedang memandu.
"Saya tak tau."
"Cepatlaa bini aku sakit nii..." Tengku Farzeeq sudah naik hangin.
"Ada kereta block kereta kita ni." Iskadar memandang Tengku Farzeeq di belakang yang sedang memangku aku.
"Kereta bodoh mana pula yang cari pasal waktu macam ni!?" Nyaring suara Tengku Farzeeq menjerit.
"Woii bodoh ke tepilaa sial!" Tengku Farzeeq mengeluarkan kepalanya dari tingkap dan menjerit sekuatnya. Namun kereta itu tidak mempedulikan kata-katanya.
"Kau ambil pistol aku dalam dashbord tu." Tengku Farzeeq menolak bahu Syiha dari belakang.
"Nah." Syiha yang agak terkejut tetap mengikut arahan.
"Jalan." Setelah Tengku Farzeeq melepaskan beberapa tembakan dia mengarahkan Iskandar untuk meneruskan perjalanan. Tengku Farzeeq memandang kelibat seorang wanita yang berada di tepi jalan itu dengan penuh perasaan geram dan benci. Dua orang lagi orang lelaki itu sudah terbaring terkena tembakan Tengku Farzeeq.
"Isteri saya macam mana doktor?" Tengku Farzeeq terus bertanya kepada doktor yang merawat aku setelah melihat doktor itu keluar dari bilik kecemasan itu.
"Setelah pemeriksaan serta record daripada scan tadi saya dapati terdapat ketumbuhan dalam badan isteri encik." Tengku Farzeeq terduduk setelah mendengar ayat terakhir daripada doktor itu.
"Encik boleh datang ke bilik saya untuk penerangan lanjut." Doktor itu berlalu pergi.
Share this novel