BAB 2

Fantasy Completed 9946

"Selamat pagi bos"

"Selamat pagi Nira. Engineer baru kita semalam yang saya luluskan tu dah masuk ke belum?"

"Dah bos... Awal-awal lagi dia dah masuk"

" Suruh dia jumpa saya sekarang"

"Baik bos"

Aku awal-awal lagi dah sampai sebelum Encik gagak tu tiba. Aku diberi bilik kerja khas memandangkan pekerjaan aku sangat memerlukan ruang dan suasana yang tenang. Aku tidak perlu mengemas bilik ini kerana sudah terhias dan sangat simple. Sedang leka memerhati keadaan sekeliling tiba-tiba telefon diatas meja pejabat aku berdering.

" Miss Elys, Tengku Farzeeq ingin berjumpa dengan Cik sekarang dipejabatnya"

"Baiklah, nanti saya datang. Terima kasih"

Apalah si gagak ni nak dari aku. pagi- pagi dah panggil aku.By the way sedap juga nama dia "Tengku Farzeeq". Nasib awak lah Tengku dapat gelaran si gagak... Siapa suruh awak berlagak dengan saya tempoh hari.

Tok...Tok...Tok...

Aku masuk setelah mendengar arahan daripada dalam. Eh mamat ni panggil aku sebab nk suruh aku jadi tunggul ke dekat sini. Kau sedap lah duduk. Aku ni berdiri dekat sini lenguh kaki Encik gagak oiii.

"Kau berdiri dekat situ kenapa? Nak jadi patung kucing macam dekat sarawak tu ke?"

"Ehh maaf Tengku saya ingatkan memang Tengku nak saya jadi patung tak berbayar dekat sini sambil tengok Tengku buat kerja"

Aku terus duduk dikerusi yang disediakan.

"Baru hari pertama kerja kau dah pandai menjawabkan.. Kau nak aku pecat kau ke?

Aduh Lys kenapa mulut kau ni laju sangat menjawab. Kalau kena pecat hari ni juga kau jadi Queen of penganggur kau tau tak.

" Maaf Tengku. Ada apa Tengku panggil saya?"

" Aku nak kau amik alih projek baru ni.. Nanti kau boleh berunding dengan arkitek dari syarikat yang akan aku jelaskan sekejap lagi...kalau ada apa-apa aku nak kau terus inform aku. Faham? "

"Baiklah Tengku... Saya faham.. Ada apa-apa lagi ke Tengku? "

"Lagi satu aku tak nak kau gagal dalam projek ni...aku tak nak dengar saya tersilap pandang terkeluar dari mulut kau.. Projek ni daripada syarikat yang selalu berkerjasama dengan syarikat aku so jangan ambil remeh benda ni faham?"

"Baik Tengku.. Saya cuba bagi sepenuh komitmen dalam projek ni.. Oleh kerana ini merupakan projek pertama saya jadi saya akan buat dengan baik"

"Ingat..sebarang persoalan terus tanya aku.. Kalau aku dengar ada tersilap yang kau buat dalam projek ni nahas kau. Aku tak nak ada sebarang masalah antara syarikat aku dengan syarikat lain. Kau boleh sambung kerja kau"

"Baik Tengku... Sebarang pertayaan akan saya ajukan kepada Tengku dengan kadar segera. Saya minta diri dulu"

Lain kali projek besar-besar macm ni jangan lah bagi aku.. Dah tau aku ni baru je masuk kerja kau bagi projek juta-juta. Kalau bankrupt ni padan muka kau Tengku. Biar botak kepala kau nak bayar ganti rugi... Hahahhaha.. Nasib lah aku ni baik dan amanah serta berkaliber dalam melakukakan sebarang pekerjaan.

Sebelum sampai ke bilik aku sempat aku singgah dimeja akak Nira iaitu PA Tengku Farzeeq. Sempat lah berbual dengan dia tentang perangai bos kami itu. Tapi yang aku peliknya kenapa dari apa yang akak Nira cerita tu lain dengan apa yang aku rasa bila berdepan dengan Tengku???

"Akak saya balik bilik dulu lah.. Takut nanti si gagak tu keluar habis saya kena patuk"

"Ha? Kamu cakap apa ni Lys. Pejabat kita ni tak ada gagak dik oii. Kamu jangan macam-macam takut akak nak buat kerja nanti"

"Haha.. Tak ada apa lah kak saya pergi dulu. Bye."

Bila ingat balik muka bos tadi tak ada lah buruk. Hensem orangnya. Tapi berlagak sangat tak nak pandang aku masa temuduga tu kenapa? Haishh tak luak lah muka awak tu Encik gagak kalau saya tengok.

Aku sambung membelek fail yang diberi oleh bos tadi. Memang syarikat yang tertera dalam fail projek ini mempunyai hubungan akrab dengan syarikat gah Encik gagak ini. Aku sempat meneliti senarai syarikat yang selalu berkerjasama dengan syarikat "Zeeq Holding" ini.

Perasaan syak tiba-tiba menurjah ke dalam fikiran aku. Daripada muka si gagak tadi nampak muda saja. Tapi kalau umurnya muda bagaimana dia boleh mendirikan sebuah syarikat yang sangat dikagumi ini?. Mungkin family business. Sekadar untuk menyedapkan hati. Aku tidak mahu bekerja dibawah syarikat yang memiliki aktiviti haram.

______________________________________

"Bertuah punya anak. Dah sebulan baru nak jengguk keluarga"

"Maaflah bonda. Lys sibuk dengan kerja. Baru masuk kerja takkan lah nak minta cuti untuk balik kampung."

"Yelah. Bonda faham. Saja nak mengusik anak bonda ni."

"Bonda.. Lys sedar Lys dah sebulan tak balik tapi takkan bonda nak jemur Lys dekat luar ni bonda..tak nak bagi Lys masuk ke?"

"Amboi mulut kamu ni makin banyak makan cili sekarang ye. Pedas sampai ke dalam rasanya. Haa masuklah kalau tak malu"

Aku terus masuk ke dalam rumah. Bonda tu suka sangat berlawan kata dengan aku. Letih aku nak melayan. Selagi antara aku dengan dia tidak ada seorang pon yang mengalah memang dekat situ sajalah aku duduk sampai malam. Lebih baik aku mengalah terlebih dahulu. Malu atau tidak itu belakang kira sebab aku memang tak tau malu. Hahaha

Bonda mengikut langkah aku ke ruang tamu. Tetapi belum sempat aku nak pejam mata untuk berehat seketika, pelbagai soalan diajukan olehnya.

"Lys sampai bila nak membujang ni?"

"Ya Allah, dari mana datangnya suara itu"

Aku buat-buat seperti mencari suara itu.

"Bertuah kau Lys buat bonda macam tu. Elok sangatlah tu buat bonda macam malaikat maut tanya siapa tuhan kamu macam dekat dalam kubur sana"

"Hahaha. Sabar bonda. Tak manis marah-marah macam ni. Soalan bonda tadi tu nanti sampai masa Lys jawab ye. Lys nak masuk bilik berehat. Kesian dekat Lys ni bonda dari jauh balik dah kena berleter dengan bonda."

"Pandai sangat nak mengelak. Bonda dah dapat agak perangai kamu bila ditanya soalan macam tu. Pergilah kamu rehat"

Pintu bilik dikuak dari luar. Ya ampun rindunya aku dekat bilik ni. Aku terus mendapatkan katil yang empuk itu. Penat seharian memandu dari Kuala Lumpur ke Melaka. Mengadalah kau Lys. Berapa jam saja dari sana ke kampung ni. Hahahaha. Tapi kalau tambah dengan kesesakan lalu lintas boleh jadi berjam-jam juga lah aku terkandas dekat atas jalan.
Nak keluar dari pusat bandar tu sangat lah susah dan sesak dengan kenderaan lain.

Aku dah terbiasa bila bonda asyik bertanya soal kahwin. Alah aku bukannya dah tua nak kena digesa kahwin. Dulu bonda yang tak bagi aku kahwin awal. Sekarang sibuk bertanya bila nak kahwin. Pening aku dengan telatah bonda yang agak pelik sejak kebelakangan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience