"Assalamualaikum" Tengku Farzeeq memberi salam dihadapan rumah aku.
"Waalaikumsa...lam" Aku membuka pintu dan melihat Tengku Farzeeq sudah berdiri depan pintu pagar rumah aku. Dia memakai baju polo berwarna biru dan berseluar jeans hitam berkaca mata hitam.
"Ehh, Tengku. Masuklah dulu. " Aku menjemput Tengku Farzeeq masuk. Aku sebenarnya lupa bahawa dia menyuruh aku menyiapkan Ros pada hari ini kerana dia ingin membawa Ros keluar.
"Mana anak aku? Aku dah janji nak bawa dia jalan hari ni." Tengku Farzeeq masuk masuk dan mengintai ke dalam rumah.
"Ehem. Sebenarnya saya..." Aku rasa seperti ada benda tersekat di tekak aku untuk bersuara. Takut Tengku Farzeeq marah kerana lupa akan pesanannya semalam.
"Aku tau. Sekarang aku nak kau dan Ros bersiap." Tengku Farzeeq menolak dahi aku dan dia duduk di sofa hadapan televisyen ruang utama khas untuk tetamu.
"Kenapa saya pun kena siap? Saya tak nak ikut awak." Aku menolak arahan.
"Aku bagi kau 30 minit. Kalau kau tak siap aku naik aku siapkan kau." Tengku Farzeeq mengambil alat kawalan televisyen dan membuka rancangan televisyen yang diminatinya iaitu saluran yang menyiarkan tentang haiwan. Aku terus berlari keatas dan bersiap. Tengku Farzeeq kalau sudah memberi amaran maka dia akan buat seperti apa yang dia katakan. Sama seperti aku tetapi aku masih ada belas kasihan jika berhadapan dengan oarang-orang yang aku sayangi.
"Apa lambat sangat kau ni" Tengku Fazreeq berada di hadapan pintu bilik aku sambil bersandar dan bersilang tangan.
"Ehh apa awak buat dekat sini. Pergi turunlah, tak elok kalau ada orang nampak. Saya dekat dalam rumah ni bukan duduk berdua saja dengan Ros. Ada Syiha sekali dalam ni nanti apa pula dia kata." Aku menolak Tengku Farzeeq ke tangga.
"Aku dah bagi kau 30 minit tapi kau tak siap lagi so sekarang aku dah naik untuk siapkan kau." Tengku Farzeeq membelek jam tangannya.
"Ishhh saya dah siap! Awak turun sekarang!" Aku menjerit kegeraman dengan keberanian dan kedegilan Tengku Farzeeq.
"Okay-okay aku turun" Tengku Farzeeq menagguhkan niatnya untuk menyakat aku kerana hampir pekak telinganya dijerit oleh aku.
"Syiha hari ni kau dan Iskandar aku bagi cuti. Aku kena keluar dengan Tengku Farzeeq." Aku ke bilik Syiha memberi pesanan dan terus keluar. Entah dengar atau tidaklah si Syiha apa yang aku pesan. Dia kalau tidur mana nak dengar apa orang cakap walaupun kita dah kejut dia. MAmai dia boleh jadi sampai pelupa dengan perkara perkara penting.
Didalam kereta, Ros diletakkan di dalam tempat letak bayi. Aku duduk di sebelah tempat penumbang. Aku tidak mahu bercakap dengan Tengku Farzeeq kerana masih marah dengan tindakkan berani yang dia ambil di rumah aku tadi. Haihh kalaulah ada jabatan agama islam datang tadi naya je aku kena kahwin dengan dia. Tak sanggup aku.
"Kau mengumpat aku pasal apa pulak kali ni" Tengku Farzeeq menjentik dahi aku.
"Mana ada. Awak ni nak tegur orang, tangan tu jangan jalan sekali boleh tak? Sakit tau!" Aku mengangkat penumbuk ingin menumbuk Tengku Farzeeq.
"Dah tak payah marah-marah. Turun cepat, kau bukan tuan puteri nak kena buka pintu bagai. Turun cepat." Tengku Fazeeq dibelakang sedang mengangkat Ros lalu menolak aku supaya bergerak turun.
"Tak romantiklah awak ni." Aku berdengus membuka pintu sendiri.
"Tunggu kau jadi bini aku dulu baru aku beromantika dengan kau." Tengku Farzeeq meninggalkan aku dan terus msuk ke dalam pusat membeli belah bersama Ros.
"Hai Cik Izz Elys, lama tak nampak awak." Aku menoleh ke arah suara itu.
"Hai Tengku Izreen, tula nak jumpa pun macam dah tak ada apa-apa urusan sebab kerja saya dengan Tengku dah selesai. By the way Tengku buat apa dekat sini?" Aku baru saja memesan aiskrim di baskin robin. Tengku Farzeeq hilang dibawa Ros ke alam mainannya.
"Boleh je jumpa temu janji ke right? Saya saja datang sini tenangkan fikiran dan cuci mata. Hari minggu macam ni kita kena banyak berehat tenangkan fikiran. Esok dah masuk kerja tak dapat nak membuang masa macam sekarang. Haha." Sempat Tengku Izreen mengenyit mata ke arah aku.
"Betul juga tu." Saja aku tidak mahu menjawab untuk temu janji. Aku ni dah tak single seperti dulu. Aku ada anak untuk diuruskan.
"Ingat lagi tak dengan pekerja saya yang saya bawa berjumpa dengan Farzeeq first meet kita dulu?" Tengku Izreen sengaja ingin memanjangkan perbualan.
"Ingat. Kenapa ye?" Ye aku ingat muka tapi tidak ingat nama. Tapi kenapa dia tiba-tiba tanya aku pasal mamat tu. Aku bukan ada kena-mengena pun dengan budak lelaki tu.
"Adik dia hilang tempoh hari. Jadi dia tak boleh nak tumpukan perhatian pada kerja. Boleh tak awak amik alih kerja dia sementara waktu ni?" Tengku Izreen meminta pertolongan secara terus kepada aku. Kebiasaannya dia akan bertanya kepada Tengku Farzeeq dahulu kerana aku berkerja di bawah Tengku Farzeeq bukan dia.
"Oh adik hilang. Dia dah buat report polis ke? Bahayanya zaman sekarang dah besar pun boleh hilang. About amik alih kerja tu awak kena tanya Tengku Farzeeq juga sebab kerja saya dengan Tengku Farzeeq pun dah banyak tertangguh." Aku mencipta alasan bahawa aku tidak boleh beri keputusan tanpa pengetahuan Tengku Farzeeq.
"Saya tak amik tahu pula pasal adik dia. Pandai-pandailah dia uruskan.Taat sungguh awak ni dengan bos awak tu. Tak apa nanti saya tanya dia personal. Saya pergi dulu. Bye, jumpa lagi." Tengku Izreen mencuit hidung aku.
"Hehe. Okay, bye" Pergi sahaja Tengku Izreen aku terus menjeling dan mengelap hidung aku semula. Aku rasa ingin bersin. Hidung aku adalah anggota yang paling sensetif.
"Amboi kemain suka kau dia usik-usik kau. Meh sini aku pun nak usik" Tengku Farzeeq datang terus memicit hidung aku.
"Sakitlah." Aku menepis tangan Tengku Farzeeq. Alangkah malangnya nasib aku hari ni. Rasa ingin menangis apabila orang menyentuh tempat sensetif aku. Kini hidung aku dh merah. Huaa.
"Hacum" Ha kan aku dah selsema.
"Dah macam badut dah muka kau dengan hidung merahnya. Hahaha" Tengku Farzeeq menggelakkan aku.
"Saya benci awak. Tau tak hidung saya sensetif. Tak boleh sentuh!" Aku menangis di tengah-tengah pusat beli-belah itu.
"Laa yeke. Aku mana tau. Sorrylah." Tengku Farzeeq cuak kerana semua orang memandang ke arah kami.
"Aiyoo miy angis" Ros mencuakkan lagi Tengku Farzeeq.
"Okay-okay macam ni kita pergi makan aiskrim nak?" Tengku Farzeeq masih mahu memujuk.
"Tak payah saya dah order baskin robin tadi. Tapi sebab awak dah buat hidung saya macam ni awak makanlah aiskrim saya ni. Saya tak nak cakap dengan awak lagi." Aku menghulurkan aiskrim tadi kepada Tengku Farzeeq.
"Alahai kau ni tak payahlah nak merajuk dengan aku. Aku tak pandai pujuk." Tengku Farzeeq menarik lengan aku dan memberikan semula aiskrim aku.
"Tak perlu pujuk. Awak ambil aiskrim ni lepas tu awak hantar Ros balik. Saya balik sendiri." Aku berlari meninggalkan Tengku Farzeeq bersama Ros.
Share this novel