BAB 30

Fantasy Completed 9946

"Elys...weekend ni kita pergi bercuti nak?" Tiba-tiba Syiha datang ke bilik aku dan baring di sebelah Ros.

"Nak pergi mana?" Aku yang sedang melipat baju terhenti apabila Syiha mengajak aku bercuti.

"Kita pergi dekat-dekat je. Yang penting dalam Malaysia."

"Boleh je tapi aku kena semak jadual kerja aku dengan Tengku Farzeeq dahulu. Aku takut tiba-tiba Tengku ajak aku pergi tapak binaan pula. Nanti aku confirmkan balik."

"Okay. Thank you Lys." Syiha memeluk Ros yang sedang lena.

"Kau janganlah kacau anak aku tu, nanti dia bangun kau jaga. Aku nak buat kerja lepas ni." Aku mengambil sehelai baju dan melibas Syiha. Geram sungguh aku dengan dia, suka sangat mengacau budak tu tidur.

"Baik bos, saya tak kacau anak bos lagi." Syiha bangun dari baringnya selepas menghadiahkan ciuman di pipi Ros.

"Syiha, kau ada apa-apa masalah ke?" Aku bertanya sambil mengemas bilik aku.

"Tak ada. Kenapa?"

"Ohh kalau tak ada baguslah. Kau jaga anak aku kejap aku nak keluar ada hal. "Aku dah bersiap dan memegang beg kerja aku.

"Kurang ajar lah dia ni. Soalan kemain prihatin tapi perbuatan pedajal orang." Syiha menjeling aku.

"Hahaha peduli pula aku. Jaga anak aku ni sekejap lagi papa dia sampai. Thank you" Aku terus berlari keluar.

"Excuse me sir, you cari siapa?" Aku menegur seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan rumah aku. Dia seperti teragak-agak ingin pusing ke arah aku setelah aku menegurnya.

"Hmm...aaa...ni rumah Syiha Hanan ke?" Lelaki itu seperti tidak yakin dengan soalanya.

"Encik ni siapa?" Aku makin ragu-ragu untuk keluar kerana bimbang akan keselamatan Syiha dan juga Ros.

"Saya kawan lama dia."

"Ohh. Encik nak jumpa dia ke? Tapi saya dah nak keluar ni. Kalau Encik nak jumpa dia saya panggil sekejap."

"Ehh tak apalah saya tiba-tiba ada panggilan kecemasan, lain kali saya datang lagi." Lelaki itu terus pergi.

"Okay." Aku malas nk pikir lebih-lebih. Ada baiknya aku pergi selesaikan kerja aku dan minta cuti kepada Tengku Farzeeq.

Weekend...

"Barang semua dah bawa?" Aku memandang Syiha yang sedang meletakkan beg pakaian ke dalam boot kereta.

"Dah."

"Okay jom gerak." Aku terpaksa memandu kerana Syiha tidak berapa nak hafal jalan ke Batu Ferringhi.

"Kita tunggu sini sekejap." Aku memberhentikan keeta dibahu jalan sebelum masuk ke highway.

"Asal? Kau nak tunggu siapa? Ada orang lain ke selain kita bertiga?" Syiha memusingkan badannya memandang ke belakang mencari siapa yang aku sedang tunggu.

"Red Rose lah." Aku membuka group whatsap kumpulan D'Rose.

"What?? Apa ni Lyss, asal dia orang kena ikut sekali?"

"Aii salah ke dia orang nak ikut? Alaa sekali-sekala aku bagi dia orang bercuti regangkan tekanan bekerja apa salahnya."

"Tak seronoklah dia orang ada. Aku nak bercuti bertiga je dengan kau dan Ros."

"Haip siapa cakap dia orang ada tak seronok? Percayalah dia orang semua okay je. Kalau dia orang ada kita akan rasa lebih selamat dan aku pon boleh merasa bercuti tanpa ragu-ragu akan kehadiran musuh. Aku takut aku kena serang lagi macam haritu. Aku kena jaga kau, Ros dan identiti aku sebagai ahli mafia." Aku cuba memujuk Syiha. Aku tahu dia tidak selesa dengan kehadiran Iskandar nanti.

"Yelaa. Kali ni aku ikut kata kau sebab aku pikirkan keselamatan Ros dan kita semua."

"Macam ni laa kawan aku." Aku mencubit pipi Syiha.

"Kau pergi naik kereta Iskandar. Tu dia dah sampai kat belakang tu." Aku memandang beberapa biji kereta yang sudah beratur dibelakang kereta aku dari cermin sisi dan cermin padangan belakang.

"Haa ni aku nak marah. Pahal aku kena naik dengan dia? Kau saja nak aniaya aku kan Elys?" Syiha naik berang tiba-tiba sahaja dia kena halau dengan aku. Aku turun dari kereta.

"Aku tak ada niat nak aniaya kau tapi aku kesian dekat Iskandar tak ada peneman. Kalau dia mengantuk masa tengah memandu macam mana? Teman dia tau. Jom aku hantar." Aku menarik Syiha keluar dari kereta dan menghantar dia ke kereta Iskandar.

"Kau jaga kawan baik aku ni baik-baik. Kalau apa-apa jadi pada dia nahas kau. Paham?" Aku memberi amaran kepada Iskandar sebelum kami semua meneruskan perjalanan.

"Alright bos." Iskandar mengagkat tabik kepada aku.

"Kelmarin awak bawa Ros pergi mana?" Iskandar memulakan perbualan.

"Mana ada pergi mana." Syiha menjawab seperti terpaksa.

"Saya datang tak ada orang pun buka pintu. Elys bagitau saya yang awak ada dengan Ros dirumah tapi kenapa saya datang tak buka pintu?"

"Tak dengar." Syiha masih marah kerana dipaksa menaiki kereta Iskandar.

"Kepala otak awak tak dengar. Awak saja nak lari dari saya kan? Sampai hati pisahkan saya berjumpa dengan anak saya. Saya datang dari jauh nak jumpa dia tapi awak halang kerana marah dengan saya." Iskandar masih fokus dengan pemanduannya walaupun terasa agak beremosi kata-kata yang dia lontarkan.

"Diamlah bising je kau ni. Aku dah cakap aku tak nak jumpa kau dan bercakap dengan kau kan? So baik kau diam sebelum aku terjun dari kereta ni." Syiha mengacah ingin membuka pintu kereta.

"Bukalah kalau boleh. Orang bodoh je masuk kereta tak lock pintu. Hahaha" Bahagia betul Iskandar dapat ketawakan Syiha.

"Ketawalah kau puas-puas. Lain kali aku balas sampai kau sujud dekat kaki aku. Kau tungu ah." Syiha senyum segaris dan terus mendiamkan diri memandang ke arah luar tingkap. Rasa sebal terhadap Iskandar semakin bertambah.

"Whatever." Iskandar menjulingkan matanya ke atas.

"Kau tu kalau dah jantan tu jangan gatal-gatal nak tiru gaya perempuan, meluat aku tengok. Ya Allah kenapalah aku kena naik satu kereta dengan jantan tiruan ni!!" Ini selalu berlaku apabila seketul Iskandar berjumpa dengan seketul Syiha. Mereka akan selalu bertekak dan ada saja yang tidak kena dimata antara satu sama lain. Bagi orang sekeliling yang rapat dengan mereka, melihat adegan perbalahan mereka adalah sesuatu perkara yang biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience