'Ting tong'
"Siapa pula yang datang ni? Kau pergi tengok Adam." Iskandar saja menyuruh Adam pergi kerana rimas melihat belangkas betina berkepit dengan Adam sejak dari tadi.
"Biar aku pergi" Aku menawarkan diri untuk membuka pintu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja mereka. Adam hanya akur dan kembali duduk menjadi tatapan Syiha yang sedang potong sayur.
"Sia..." Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Tengku Farzeeq sudah terjah masuk ke dalam.
"Ishh tak ada adab betul orang tua ni" Aku terus masuk dan membiarkan Tengku Farzeeq.
"Kau cakap apa tadi? Ulang semula" Tengku Farzeeq menarik rambut aku.
"Sakitlah!" Aku menjerit hampir sama seperti suara hantu pontianak kehilangan anak.
"Lain kali mulut tu jaga. Lepas ni kau tak ada insurans mulut tu aku cium. Paham?" Tengku Farzeeq melepaskan rambut aku dan pergi ke halaman dimana tempat membakar bbq.
"Bodoh" Aku terus pergi ke dapur.
"Siapa Lys?" Syiha terlebih prihatin kerana terdengar suara nyaring aku tadi.
"Tu ada sekor anak babi main masuk je. Pi ah tengok anak babi terlebih adab tu. Aku nak masuk tidur. Kalau ada apa-apa kau panggil aku dekat bilik. Hilang mood aku ah!" Geram sungguh aku dengan sikap Tengku Farzeeq. Haishh nasiblah dia tak tau siapa aku kalau tidak memang dah lama picu pistol aku halakan ke kepala dia yang bangang tu.
Syiha meninggalkan kerjanya didapur dan terus ke ruangan BBQ untuk melihat gerangan yang dimaksudkan oleh Elys.
"Bagi aku jaga sini. Kau pergi buat kerja lain dekat sana." Tengku Farzeeq mengambil penyepit ditangan Akmal.
"Hangus nahas kau jawab dengan Elys." Akmal memberi amaran kepada Tengku Farzeeq. Namun lelaki berbaju t-shirt merah itu tidak mengendahkan dan membuat muka selamba saja.
"Eh, kau buat apa dekat sini?" Syiha menyergah Tengku Farzeeq yang sedang memanggang ayam.
"Panggang ayam. Tak nampak ke?" Syiha dipandang sekilas.
"Aku tanya macam mana kau boleh ada dekat sini?"
"Aku ni daddy Ros, kau lupa ke?" Dengan riak bangganya Tengku Farzeeq bersilang tangan dan mendabik dada kepada Syiha.
"Dah jom masuk, tinggalkan orang gila ni dekat sini. Poyo nak mampos. Malas aku nak layan." Syiha menarik yang lain masuk meninggalkan Tengku Farzeeq.
Setelah selesai semua hidangan disediakan mereka semua membersihkan tempat untuk makan dan menghidang makanan. Tengku Farzeeq masih tekun membakar ayam,daging,sosej dan juga daging burger. Saja dia melambat-lambatkan membakar supaya dapat dimakan panas-panas.
"Awak saya nak bahagian..." Aku mendekati Tengku Farzeeq untuk meminta bahagian ayam yang aku gemari.
"Nah, ini kau punya. Duduk sini diam-diam dan makan." Tengku Farzeeq terus memberi dua ketul bahagian drumstick, dan juga burger daging kepada aku.
"Terima kasih, awak" Aku memberi senyuman paling manis kepada Tengku Farzeeq. Tak sangka dia sudah asingkan bahagian yang aku suka terlebih dahulu.
"Kasih diterima selepas pinangan aku kau terima." Tengku Farzeeq mengenyitkan matanya lalu menyambung kerja membakar.
"Bila nak datang meminangnya? Cakap saja lebih awak ni" Saja aku bergurau.
"Esok pun boleh sayang. Sayang tak sabar nak kahwin ke?" Tengku Farzeeq memandang aku berkedip-kedip mata. Rasa diri comel agaknya.
"Kepala otak awak. Siapa nak kahwin dengan awak. Malas layanlah" Aku terus bangun dan pergi ke meja makan. Tak sangka dia lagi pandai bergurau sehingga lidah aku yang kelu.
Malam BBQ berakhir dengan gembira tanpa sebarang masalah. Tengku Farzeeq gembira dapat bersama anak kecilnya,Ros. Syiha dilanda angau dengan Adam manakala Iskandar ibarat taufan yang selalu hadir sepanjang masa. Akmal seperti biasa menjadi rakan gosip aku. Hahaha.
Esok paginya kami semua berkemas untuk pulang. Tengku Farzeeq aku suruh dia tidur dengan budak-budak yang lain diruang tamu semalam tetapi dia berkeras tidak mahu kerana dia mahu tidur bersama Iskandar dan Ros di dalam bilik. Malas aku nak bertikam lidah dengan seorang lelaki yang selalu mahu kemenangan berpihak kepadanya.
"Elys, awak okay tak tidur semalam?" Iskandar mendekati aku yang sedang mengemas dapur sebelum pulang meninggalkan resort itu.
"Ha? Kenapa pula kau cakap macam tu?" Aku sedang leka terus memberhentikan kerja aku seketika.
"Saja tanya. Mana tau awak tak okay ke sebab ada Tengku Farzeeq." Iskandar bersandar dipeti sejuk.
"Oh, pasal Tengku Farzeeq. Aku okay je, kau jangan risaulah. Pandai-pandai aku nak hadap mamat sewel tu nanti." Aku menyambung semula kerja aku.
"Kalau awak rasa tak selesa dengan dia, awak panggil je saya. Biar saya ajar dia. Tapikan awak, saya peliklah. Kenapa dia layan awak kasar eh?" Iskandar ternampak aku bergaduh dengan Tengku FArzeeq semalam.
FLASHBACK
"Awak nak apa ni?" Aku terkejut tiba-tiba sahaja ditarik ke dapur.
"Kenapa ramai sangat lelaki dalam rumah ni? Kau tau tak bahaya?" Tengku Farzeeq dari awal cuba menahan diri akhirnya terpaksa menarik aku ke dapur kerana sudah tidak tahan dengan sikap aku yang terlalu percayakan lelaki-lekai yang berada didalam resort sekarang ini.
"Kan saya dah cakap dia orang ni semua kawan saya dan juga kawan Syiha. Berapa kali saya nak kena ulang?" Aku menarik tangan aku daripada genggaman Tengku Farzeeq.
"Masalahnya muka dia orang semua tu tak boleh dipercayai kau faham tak?" Tengkku Farzeeq menghalakan tangannya ke arah luar dimana mereka semua sedang menikmati BBQ.
"Sekarang ni muka awak lebih tidak boleh dipercayai daripada mereka. Saya percaya dia orang daripada awak. Awak tu bos saya tau? Awak tak ada hak nak halang saya untuk berkawan dan percaya siapa dalam hidup saya." Aku mula naik berang apabila Tengku Farzeeq menyatakan bahawa muka-muka budak Red Rose tidak boleh dipercayai.
"Oh kalau kau dah kata macam tu aku tak boleh nak buat apa dah tapi kau kena ingat satu benda. Aku akan sentiasa awasi budak-budak tu dan juga kau. Kau jangan harap akan lepas pergi bercuti macam sekarang ni tanpa aku selepas ini. Faham!" Tengku Farzeeq meninggikan sedikit suaranya kepada aku dan membuatkan bahu aku terhinjut. Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja kerana masih terkejut.
"Awak okay ke?" Lamunan aku terhenti apabila Iskandar tiba-tiba sahaja menolak bahu aku kerana aku terdiam secara drastik ketika sedang berborak.
"Ha? oh aku okay je. Kau tanya apa tadi?" Aku mula menggelabah kerana disergah ketika sedang mengelamun tadi.
"Lupakan saja soalan saya tadi. Awak sambunglah kerja awak. Saya nak pergi periksa kereta dekat luar."
"Okay. Kunci aku ada dekat depan tu tergantung. Periksakan sekali. Thank you. Muahhh." Aku memberikan flying kiss kepada Iskandar. Dia pun sama melayan dengan acah seperti menangkap sesuatu dilangit. HAHA.
Share this novel