"Kau cakap aku apa hari tu? Tak laku? " Syiha bertanya pada Hilman yang berada dihadapanya dengan keadaan terikat.
"Ye. Kalau kau laku kau tak akan single sampai sekarang. Betul apa aku cakapkan?" Lantak HIlman bersuara.
"Siapa cakap aku single?" Syiha tampar muka Hilman kuat.
"Kau kata kalau aku kurus baru kau pandangkan? Sekarang aku dah kurus kenapa kau hina aku? Mesti kau tak percaya yang aku boleh jadi secantik sekarang ni kan?" Syiha meletakkan sebelah kakinya diatas peha Hilman.
"Maa...mana ada"
"Amacam aku dah cantik, kurus lagi seksi sekarang ni tak tergoda ke?" Saja Syiha melentikkan badannya.
"Alamak mal ni aksi orang dewasa. Kau mana boleh tengok." Aku bangun dan menutup mata Akmal.
"Aduhh kepala otak ah dia ni. Barang baik tu." Akmal menarik tangan aku daripada menutup matanya.
"Bodoh kau ni." Aku ketuk kepala Akmal.
"HAHAHAHAHA" Berdekah aku dan Akmal dibelakang menyaksikan Syiha versi menggoda.
"Kau boleh diam tak?" Syiha menembak kaki meja yang berada disebelah aku dan akmal.
"Baik bosss!!" Serentak aku dan Akmal menjawab.
"Puihh."Hilman meludah ketepi.
"Kurang ajar. Lelaki biadap dan kedekut macam kau ni elok mati je. Mari aku hantar kau ke pintu...kau nak neraka ke syurga?" Syiha bertanya kepada Hilman dengan muka psiko dan pistolnya dioleskan ke wajah Hilman.
"Kau tak payah nak mengarutlah! Baik kau lepaskan aku sebelum polis cari kau." Hilman menendang perut Syiha sehingga Syiha terduduk.
"Ini dah lebihh. Kau pegang popcorn aku ni." Aku pula yang naik berang melihat Syiha diperlakukan seperti itu.
"Kau ni dah melampau. Tak tau nak hormat wanita." Aku ketuk kepala Hilman dari belakang menggunakan belakang pistol aku. Aku tembak kaki kanannya dan menyepak kaki itu berkali-kali sehingga Hilman berhenti merayu agar aku berhenti menyepak kakinya.
"Sakit?" Aku menarik rambutnya.
"Sakittt." Lemah Hilman bersuara.
"Bangun, kau jangan jadi lembik. Kau nak aku settlekan ke atau kau nak settle sendiri? Kau okay ke tak ni?" Aku menolong Syiha untuk bangun.
"Tak apa bagi aku settlekan."Syiha bangun memegang perutnya.
"Aku cakap berlembut dengan kau tapi kau tendang aku!" Satu tikaman menikam perut Hilman.
"Dalam saat nyawa kau diancam macam ni pun kau langsung tak nak minta maaf pada aku atas apa yang kau dah lakukan kepada aku." Satu lagi tikaman menembusi dada kiri Hilman.
"Walaupun aku dah bagi kau peluang untuk mengenali diri aku yang baharu, kau masih menghina dan keji aku!" Tikaman ketiga pada dada sebelah kanan pula.
"Urghhh" Tersembut darah keluar dari mulut Hilman.
"Jantan tak guna!!" Bertubi-tubi tikaman Syiha lepaskan pada tubuh Hilman senada dengan suaranya menjerit melepaskan tekanan dan dendam yang selama ini dia simpan terhadap lelaki itu.
"Alamak, aku rasa aku tak berani nak panggil Syiha sengel lagi lepas ni." Akmal berpaling daripada menyaksikan tingkah laku Syiha yang menamatkan riwayat hidup Hilman tadi.
"Apasal kau?" Aku menyiku belakang Akmal.
"Seram bodoh dia tu. Perempuan ke hulk tu? Takut aku."
"HAHAHAHA." Berdekah aku mendengar persoalan Akmal.
"Syihaa. Next turn." Aku menepuk baju Akmal memberi isyarat kepada Syiha bahawa kini giliran Akmal pula.
"Weyhh apahal aku pulak. Tak nak bodoh. Aku tak buat salah dekat dia pun. Dah lah aku nak cau." Berlari si Akmal keluar dari bilik seksaan itu.
"Aduhh bodohlah Akmal ni. Penakut betul.Haha" Aku memegang perut mentertawakan Akmal yang berlari nasib tak terlanggar pintu.
"Dah settle." Syiha duduk disebelah aku sambil mengelap sisa-sisa darah yang berada diwajahya.
"Nice. Nanti aku suruh budak-budak ni settlekan. Lepas ni kau gunalah bilik aku tu bersihkan diri baru kau keluar dan berjumpa dengan orang lain. Aku tak nak anak aku nampak kau dengan muka yang menyeramkan ni." Aku memberi kunci bilik pejabat aku kepada Syiha. Di dalam bilik aku lengkap seperti bilik di rumah, ada bilik air dan juga bilik tidur disebalik ruang kerja itu.
"Okay. Thanks tau bagi aku pinjam bilik seksaan kau ni." Kunci yang aku hulurkan disambut.
"No hal. Blah lu." Aku keluar dan terus mencari suami aku, Tengku Farzeeq dan Ros di taman bunga rose.
"Hai anak mummy." Aku melambai ke arah Ros yang sedang leka memerhatikan daddynya menyusun kelopak bunga rose diatas tanah.
"Mummy..tak oleh asyukk. Syuhhh." Ros berlari ke arah aku lalu menolak aku keluar dari taman itu.
"Why?" Aku duduk dan memegang kedua-dua belah tangan anak kecil itu.
"Because daddy...surprise!" Riaksi kejutan Ros itu menambat hati aku.
"Haha comel je anak mummy ni. Okay-okay mummy tunggu sini. Say to daddy jangan lama-lama sangat sebab mummy dah lapar." Aku mencebik sambil memegang perut aku.
"Oteyy. Waitt." Ros berlari berjumpa dengan daddynya. Sedang Ros dan Tengku Farzeeq berbisik aku terus masuk.
"Wahhh cantiknyaaa." Aku melihat banyak kelopak bunga rose yang disusun membentuk love berserta anak panah. Di hujung anak panah terdapat frame perkahwinan aku dan juga Tengku Farzeeq serta Ros terselit ditengah-tengah antara kami.
"Alaa sayang ni... Tak surprise dah." Tengku Farzeeq terkejut dengan jeritan aku dan terus merajuk kerana aku ingkar arahan daripada Ros tadi. Dia lupa agaknya bahawa Izz Elys ni makin ditegah makin dia suka buat. HaHa.
"Hehe."Aku garu kepala.
"Ishh dia ni tak boleh nak romantik sikit. Semuanya tak menjadi. Spoil lah." Tengku Farzeeq merajuk. Adoi laki aku ni pun kuat sangat merajuknya
"Tak nak kawan." Tengku Farzeeq berpaling daripada menghadap aku.
"Tak nak kawan sudah. Jom sayang ikut mummy kita pergi jumpa papa." Aku menarik tangan Ros supaya mengikuti aku meninggalkan Tengku Farzeeq.
"Wahh berani ye nak jumpa lelaki lain. Abiy hidup lagi tau sayang dah berani nk duakan abiy." Tengku Farzeeq menahan aku daripada meneruskan langkahku.
"Saya nak jumpa Iskandar untuk bincang pasal kerjalah. Apa pikir bukan-bukan pula ni. Iyshh macam perempuan daddy awak ni Ros." Aku jeling Tengku Farzeeq.
"Ohh yeke? hehehe saya ikut." Terus dia tingalkan bunga-bunganya itu. Siapa nak kemas? Tentulah Akmal dengan yang lain. HaHa.
"Is, masuk bilik aku sekejap ada benda aku nak bincang dengan kau." Aku menyapa Iskandar yang sedang berborak dengan Syiha di hadapan bilik aku.
"Okay."
"Ni Iskandar kuasa dua ke?" Aku meninjau ke arah Syiha yang elok berdiri di belakang Iskandar.
"Ehh kenapa awak ikut?" Iskandar turut terkejt dengan kehadiran Syiha dibelakangnya.
"Haha kau kenapa senget?" Tengku Farzeeq duduk dikerusi aku mentertawakan Syiha.
"Hehe. Okay-okay aku keluar." Syiha sengih malu dan keluar dari bilik aku.
Share this novel