*Hello Queen, budak yang Queen suruh saya settlekan tu dah ada dekat markas sekarang ni. Nak buat apa dengan dia.*- Hakimi
*Okay biarkan dia dulu. Nanti malam aku sampai kita settlekan dia. Pesan dekat Afzan bagi dia makan dan jaga dia elok-elok jangan sampai terlepas. Aku ada kerja lagi ni.*- Aku.
*Baik Queen.*-Hakimi.
"Weh Af, Queen suruh kau bagi dia makan dan jaga dia jangan sampai dia lari. Nanti malam Queen sampai." Hakimi menyampaikan pesanan kepada Afzan.
"Okay." Afzan terus bangun dan pergi ke arah dapur di markas untuk sediakan makanan.
"Nah, kau ke aku nak bagi dia makanan ni?" Selepas 30 minit Afzan tiba dengan dulang yang berisi makanan dan minuman.
"Kau ah. Queen kata tadi AFZAN bukan HAKIMI. " Bukan main dia tekankan namanya dan nama Afzan.
"Wah kau mentang-mentang ni job kau, besar kepala kau dengan aku eh. Aku bantai kau kang apa tak dapat tau" Afzan geram saja dengan si Hakimi.
"Ni makanan kau. Makan." Dulang tersebut dihulurkan kepada lelaki yang berada di dalam bilik kurungan itu.
"Kau siapa? Kenapa kau tangkap aku? Apa salah aku?"
"Aku sebenarnya tak tau apa salah kau. Tapi kita akan tau apa salah kau bila Queen sampai malam nanti." Afzan duduk di kerusi menghadap lelaki itu.
"Siapa Queen tu? Kenapa dia tak datang sekarang!?" Amboi marah nampak bang.
"Kau sabarlah. Nanti malam dia sampai. Aku nak pesan dekat kau jangan terlalu teruja sangat untuk berjumpa Queen. Kau tak kenal dia siapa tapi once kau dah kenal dia kau sendiri akan menyesal."
"Tapi aku tak buat salah dekat oranglah! Kenapa nak kena hukum aku sampai macam ni?!" Lelaki itu memberontak dengan tangan dan kakinya yang masih terikat.
"Selama aku kenal Queen dia tidak akan suka-suka tangkap orang dan masukkan ke dalam bilik special ni. Mungkin sebab kau antara orang-orang yang dipillih untuk masuk syurga awal. Bersyukurlah ye." Mata Afzan masih merenung memandang lelaki itu.
"Kau cakap apa ni? Aku tak faham."
"Tak payah fahamlah. Kau makan je tu. Kau nak makan ke tidak? Kalau tak nak kau bagi binatang perliharaan aku yang tidak kenang budi dekat luar tu." Binatanag yang dimaksudkan Afzan itu adalah Hakimi. Haha.
"Tak nak!" Huish kuat betul dia jerit.
"Tak nak sudah. Nanti aku bagitau Queen kau tak nak makan. Pandai-pandai kau jawab dengan dia nanti." Afzan mengambil dulang tersebut semula.
Bagi siapa yang kenal aku sahaja yang akan faham konsep kerja aku dalam kumpulan ni. Aku tidak akan kotorkan nama kumpulan ni. Nama kumpulan ini juga perlu dianggap sudah tidak beroperasi kerana kalau kami menonjolkan diri ramai musuh yang akan mengejar kami untuk mendaparkan Ros. Ros merupakan harga yang paling ternilai bagi kumpulan mafia-mafia yang mengejar nama.
"Malam ni ikut aku pergi markas." Elok sangatlah aku buka pintu terus jumpa minah ni.
"Ada apa-apa ke?" Syiha pelik.
"Masa yang aku janjikan pada kau dulu sudah tiba. Aku nak naik atas rehat kejap. Malam nanti kita gerak Akmal jemput kita sebab aku penat sangat hari ni dekat pejabat. Tak larat nak memandu." Memang terasa letih sangat tetapi letih yang berbaloi kerana banyak kerja yang tertangguh sudah siap.
"Oh okay." Dalam blur Syiha okaykan saja. Melihat dari riak wajahnya dia juga tidak pasti apa yang aku cuba sampaikan.
Tiba sahaja di markas aku berborak dengan Afzan dan Hakimi dahulu supaya Syiha tidak terasa seperti kejutan budaya sangat nanti bila aku bawa berjumpa dengan lelaki itu.
"Apa cite? Semua okay?" Aku bertanya pada Afzan.
"Dah bagi dia makan tapi dia tak nak. Teruja sangat nak jumpa Queen agaknya." Afzan memberi komen.
"Kimi, siapkan dia sekarang. Aku panggil Syiha dekat bilik Adam jap." Aku mengarahkan Hakimi untuk membuat persiapan di dalam bilik seksaan tersebut.
"Aii sempat eh dia pi jual minyak dekat sana. Lawak je lah kawan kau tu Queen." Hakimi sempat mengata Syiha.
"Nak buat macam mana ada member macam buluh susah nak jaga. Takkan nak kau ikat kaki tangan dia tak bagi bergerak pula." Aku terus mencari Syiha di bilik Adam. Hakimi dan Afzan hanya mampu ketawa sahaja.
"Woi minah, jom semua dah ready."Aku menerjah masuk bilik rawatan Adam.
"Ooo mak kau minah. Eh kau ni ketuklah pintu tu dulu." Syiha yang sedang duduk di kerusi pesakit sebelah meja Adam melatah apabila diterjah oleh aku.
"Amboii kau nak sedekah miang buluh kau tu dekat budak Adam ni kau sanggup marah aku eh?" Aku bercekak pinggang dihadapan pintu.
"Sekejaplah aku sedang dirawat ni. Tak nampak ke? Sekejap lagi awak tolong rawat mata dia tau, kesian saya tengok dia ni tak nampak saya sedang sakit."Mulut mencebik memandang Adam minta simpati.
"Dah kau tak payah acah sakit. Jom ikut aku sekarang. Dan kau Adam jangan dilayan sangat sakit budak tiga suku ni. Aku takut kau yang sakit nanti. Simptom-simptom tu dah ada." Aku menarik lengan Syiha dan berpaling semula untuk memberi pesanan khas kepada Adam.
Dihadapan bilik Seksaan.
"Siapa dalam ni weh? Apa kaitan aku dengan bilik ni?"
"Kau tunggu sini sampai Hakimi panggil kau masuk. Faham?" Aku menyuruh Syiha duduk sofa yang berada ditepi bilik itu.
"Hai Afham Azmil. Dengar khabar kau tak sabar nak jumpa aku?" Aku hanya bersuara tanpa berpaling ke arah lelaki itu. Aku mengambil topeng khas aku dan memakainya.
"Kau ke yang dia orang ni panggil Queen? "
"Yes, Kenapa terkejut ke?" Aku berpaling setelah memakai topeng.
"Aku tak kenal kau siapa. Apa kau nak dari aku?"
"Aku hanya nak melunaskan janji aku pada seseorang. Tapi sebelum tu kau nak kau be nice to her or you will die."Aku mengusap lembut pisau aku pada pipinya.
"Panggil dia masuk." Aku memberi arahan kepada Hakimi.
"See siapa aku bawa untuk kau? Kenal tak? Suprise!" Aku memandang Afham setelah Syiha muncul dihadapannya.
"Syiha?" Jelas riak wajah terkejut yang diberikan oleh Afham.
"Yeahh, Supriseeee! How your life? Great?" Syiha mengambil kerusi dan duduk betul-betul dihadapan Afham.
"Haa? Oh biasa je" Lidah Afham kelu apabila berhadapan dengan Syiha. Kini aku hanya menjadi pemerhati.
"Kenapa kau pandang aku macam tu? Tak percaya? Terkejut? Relaxlah abang senior, people changes. And now aku dah berubah. Happy tak?" Syiha berdiri dan berpusing-pusing macam puteri pakai gaun kembang. Aku pula yang rasa nak sepak si Syiha tu. Sabar Elys.
"Aa...Abang minta maaf." Afham menundukkan kepalanya tidak sanggup berhadapan dengan Syiha.
"Why minta maaf? Kau tak buat salah apa pun. Terima kasih kerana hianaa kau dulu aku dah jadi lebih baik dan cantik sekarang." Syiha mengangkat kembali kepada Afham supaya melihat wajahnya.
"Abang tahu abang salah dulu malukan awak depan semua kawan-kawan abang. Abang betul-betul minta maaf. Sekarang abang dah sedar salah abang."
"Sedar tanpa balas apa yang kau sakitkan aku selama ni tak cukup Afham. Kau hina aku hodoh, tak sedar diri sebab suka lelaki macam kau dan paling menyakitkan aku masa tu kau perlekehkan perasaan aku depan semua kawan-kawan kau. Kau buat aku tak ubah seperti perempuan yang tak ada harga diri." Syiha mengambil tali cemeti yang tergantung didinding peralatan seksaan. Muka dia jangan dibayangkan. Pontianak hilang anak pun takut nak tengok!.
Share this novel