Bag yang berisi beberapa helai pakaian aku masukkan kedalam kereta. Hari ni merupakan hari pertama aku melawat tapak pembinaan. Walaupun pembinaan tersebut bukan dibawah tanggungjawab aku tetapi ia telah menjadi tanggungjawab aku setelah aku dilantik berkerja di syarikat itu
"Kau nak pergi mana Lys siap bawak bag lagi. Kau nak lari eh?"
"Aku nak pergi outstation"
"Ohh. Aku fikir kau nak lari. Mana tau kau masih marah aku pasal kes hari tu. Tapi aku tak tau apa-apa and tak wajar nak marah dekat aku"
"Tak ada apa lah. Pasal hari tu sorry aku marah kau. Nanti pandai lah aku settle kan masalah aku. Aku pergi dulu"
"Okay. Hati-hati Lys. Minggu ni aku kena oncall dekat hospital so tak balik"
"Ohh, aku pon tak balik minggu ni. Kau suruh Zira keluar pergi rumah kawan dia yang lain minggu ni. Aku tak nak dia ada dekat rumah bila aku tak ada. Lagi satu amik kunci dekat dia. Bye"
"Okay"
Hilang kepercayaan aku terhadap Zira kawan kepada Syiha. Dengan perangai dia yang seperti ingin mengambil tahu tentang kekasih aku tempoh hari menjadikan aku lebih berhati-hati sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini.
Tengku Farzeeq pov
"Hello Nira, awak dah ingatkan Izz Elys tentang melawat tapak pembinaan di Kedah hari ni ke belum?"
"Sudah Tengku. Semalam saya dah pesan dekat dia jangan lewat kerana Tengku nak gerak awal"
Aku mengerling jam ditangan. Sebenarnya masih awal lagi cuma aku saja untuk bertanya sekiranya Nira terlupa untuk mengingatkan pekerja aku itu.
"Okay. Terima kasih. Nanti awak bagi saya nombor Elys. Senang saya nak hubungi dia terus"
"Baik Tengku"
Talian dimatikan dan aku masih menunggu si Elys mulut macam petah itu. Kadang perkataan dan perlakuannya yang tidak dijangka itu mengundang senyum dibibir aku.
End pov
"Bos aku ni buang tabiat ke senyum sorang-sorang. Selama aku berkerja dengan dia tak pernah aku nampak bibir dia mengukirkan senyuman"
Aku yang baru sahaja meletakkan kereta ditempat letak kereta terus memerhatikan Tengku Farzeeq yang sedang menunggu di keretanya. Boleh tahan hensem Tengku ni.
"Tengku"
Aku memanggil sambil melangkah ke arahnya. Kami sudah sepakat untuk menggunakan satu kereta sahaja ke Kedah. Aku setuju je. Jimat duit minyak aku. Hehe. Ni bukan masalah kedekut tapi kita kena sayangi alam sekitar dengan cara berkongsi kenderaan. Ehek. Kedekut tu cakap saja kedekut Lys. Bisikku sendiri dalam hati
"Aku fikir lama lagi kau nak duduk dalam kereta kau tu sambil scan muka aku yang tampan ni"
"Mana ada"
Terus gagap kau Lys. Lain kali jangan scan si gagak ni. Dia bahaya fullstop.
"Jom gerak nanti terlepas flight"
"Okay."
Aku mengambil tempat dibahagian hadapan disebelah Tengku. Kalau aku duduk belakang sia-sia je kena cop pekerja tak sedar diri. Hahaha.
" Umur kau berapa?"
"Ha?"
Terasa seperti kurang pendengaran aku bila ditanya soal umur.
"Kau bukannya tak dengar cuma kau lambat pickup. Jawab je lah. Aku malas nak ulang."
"25"
Sepatah saja aku jawab dan terus berpaling pada tingkap. Agak terasa hati dengan si gagak ni. Dah berapa bulan aku kerja dengan dia barh hari ni tanya umur aku.
"Dah kahwin?"
Ahh sudah. Apahal dia tanya soal kahwin ni.
"Belum"
"Dah ada boyfriend?"
"Tengku menyoal macam polis ni kenapa ye? Kalau saya belum kahwin sekali pun bukan masalah Tengku"
"Aku tanya je lah. Marah je kerja kau"
Aku membelek telefon ditangan dan membuka aplikasi instagram. Malas nak membalas kata dengannya. Suasana di dalam kereta mewah itu dengan sendirinya sunyi setelah aku memutuskan untuk tidak menjawab.
Tiba saja dilapangan terbang aku meminta izin untuk makan dahulu sebelum naik flight. Aku keluar awal pagi ni kerana tidak mahu terkandas dengan kesesakan lalu lintas. Kebiasaannya hari minggu memang banyak kereta yang akan keluar ke pusat bandar.
"Tengku tak makan?"
"Kau makanlah. Aku dah sarapan dirumah tadi"
"Okay. Kalau sakit perut lapar jangan bising dekat telinga saya."
"Diamlah. Tersedak nanti padan muka kau. Jangan panggil aku Tengku bila diluar waktu pejabat"
"Habistu nak saya panggil apa?. Bro?. Haha"
"Panggil aku sayang pun aku okay je"
Terus tersembur beberapa butir nasi lemak yang aku makan tadi. Aku salah dengar ke tadi?. Tengku Farzeeq dengan segera menghulurkan aku air mineral dan menepis tangan aku daripada mengambil minuman panas yang aku pesan tadi.
"Ehemm. Pardon?. Saya dah ada kekasih so should i call you like that sir?"
"Aku bergurau je. Kekasih apa kalau tak pernah menghargai kewujudan kau"
Wait. Macam mana dia boleh tau hubungan aku dengan Irjad? There must be something that i don't know about you Tengku. Nanti aku selidik. Dan sekarang cuba elakkan daripada bercakap tentang Irjad dihadapan dia.
"Saya rasa Tengku kena pergi klinik nanti. Pelik saja saya tengok perangai Tengku ni. Dekat pejabat kemain garang dengan saya. Hari ni boleh ajak bergurau."
Dia menjeling aku dan membuat tidak endah dengan kata-kata aku. Kurang asam kau gagak. Tadi bibir tu jahat sangat nak berborak dengan aku. Sekarang palaukan aku pula.
"Dah jom."
"Sabar. Saya nak beli gula-gula sekejap. Takut nanti saya mabuk dalam flight."
"Cepatlah. Kau ni menyusahkan betul. Macam budak kecik"
Kami mengambil tempat dicouple seat dalam fligt tersebut. Tengku saja memilih seat itu supaya mudah untuk berbual dengan dan mudah untuk kami berinteraksi antara satu sama lain. Tapi semuanya hanya imaginasi sahaja. Naik je flight aku terus tidur. Nasib kau lah gagak dapat pekerja yang tak tau malu macam aku ni. Depan bos pun aku bantai tidur tanpa rasa segan.
"Kapal terbang ni tak sempat nak naik lagi budak ni dan gasak membuta. Tak senonoh betul. Perangai dari dulu tak pernah berubah."
Terasa seperti ingin mengeluarkan isi perut. Pantas aku bangun dari tidur dan menekup mulut sambil mengibas tangan memberi isyarat hendak muntah.
"Kau asal ni. Bisu tak boleh bercakao dah ke?"
Aku tidak menghiraukan apa yang bos aku cakap. Aku terus bangun dan pergi ke tandas. Huh lega. Aku semula di tempat aku tadi dan mencari minyak angin didalam beg tangan aku.
"Kau cari apa? Sini aku carikan"
"Minyak angin"
Tengku terus merampas beg aku dan mencari benda yang aku sebut tadi. Dia menghulurkan minyak tersebut kepada aku.
"Bag ni lain kali jangan bawak banya sangat barang. Dah macam treasure hunt nak mencari barang dalam beg kau tu"
"Bising je lah."
Aku menjeling Tengku disebelah. Aku menyuakan gula-gula kearahnya sekadar mempelawa.
"Aku tak makan gula-gula macam kanak-kanak ribena"
"Nak kata saya kanak-kanak lah tu. Kalau Tengku tak tau saya ni macam mana jangan main serkap jarang."
"I know you better than you know"
Senyuman sinis dihadiahkan kepada aku. Fine. Aku sendiri tak tau apa yang dia cuba sampaikan. Seingat aku memang tak ada berkawan dengan anak Tengku sebelum ni. Tapi kenapa si gagak ni yakin cakap macam tu?
______________________________________
"Saya nak buat panggilan sebentar"
Aku terlupa untuk beritahu bonda yang aku outstation. Dah sampai sini baru ingat. Nombor bonda aku dail.
"Hello bonda"
"Waalaikumsalam. Sakit ke call bonda ni?"
Tertelan air liur aku tiba-tiba ditalian menjawab salam.
"Amboi bonda kasar bergurau. Haha. Lys sihat je. Nak bagitahu hari ni Lys outstation di Kedah"
"Kalau dah sampai sana tak payah bagitau pun tak apa nak. Bonda ni bukan tak tau perangai bertuah kamu tu"
"Hehe. Sorry bonda. Okaylah tu je nak bagitau. Lys tutup dulu ye. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam"
Setelah membuat panggilan kami terus bergerak ke hotel untuk berehat sebelum melawat tapak binaan esok.
Share this novel