'Tok' Tok' 'Tok'
"Tengku, semua kerja saya dah selesaikan seperti yang dijanjikan dalam surat perletakan jawatan saya bahawa saya akan selesaikan semua kerja saya sebelum saya berhenti. Sekarang saya dah boleh kemas right?" Aku berjumpa dengan Tengku Farzeeq sebelum berangkat pulang. Barang dah kemas dah sebenarnya. Hehe. Saja nak sedapkan ayat je.
"Tak sabarnya kau nak keluar dari pejabar aku. Aku taulah bakal suami kau hebat boleh jamin masa depan dan keselamatan kau. Kalau dah selesai kerja kau macam yang dijanjikan, kau boleh pergi. Terima kasih kerana sudah berkhidmat untuk syarikat dan juga aku selama ni. Nanti ada aku buat jamuan perpisahan untuk kau dan aku nak kau datang. Boleh ke tak?" Tengku farzeeq tidak lagi menghalang aku untuk pergi kerana aku sudah memberi dia amara awal-awal untuk menghormati keputusan aku.
"Ehh bab makan-makan ni mestilah boleh. Bukan Elyslah kalau menolak. Hehe. Okay terima kasih juga pada Tengku dah jaga saya dan beri tunjuk ajar selama ni. Saya pergi dulu." Aku menunduk hormat kepada Tengku Farzeeq.
"Hmm, Keluar-keluar. Aku banyak kerja ni." Tengku Farzeeq sikit pun tidak mahu memandang aku.
"Okay" Sedikit rasa kecewa terlahir dilubuk hati aku. Aku keluar dari bilik Tengku Farzeeq.
"Akak saya balik dulu." Aku menyapa akak Nira di mejanya.
"Kenapa awal sangat nak balik ni? Tak sihat ke? NI kotak-kotak ni nak buat apa?" Akak Nira membelek isi didalam kotak yang aku sedang gendong.
"Saya dah berhenti kerja. Tengku dah approvekan surat saya dan kerja saya semua saya dah settlekan. Esok pekerja baru yang saya carikan tu akan masuk. Akak tolong beri tunjuk ajar pada dia tau." Aku meletakkan kotak itu kebawah.
"Elyss, Sedih akak tak dapat jumpa kamu lagi lepas ni. Pasal pekerja baru tu jangan risau, akak akan uruskan. Kamu jaga diri elok-elok dekat luar sana." Akak Nira peluk aku.
"Iyee saya tau jaga diri. Saya nak minta tolong akak something bole?" Aku melepaskan pelukan Akak Nira.
"Apa dia?" Air mata dipipinya dilap dengan lengan baju.
"Tolong saya jagakan Tengku Farzeeq. Kalau apa-apa jadi pada dia inform saya boleh? Dia tak sihat atau ada masalah akak mesti kena bagitau saya boleh tak kak?"
"Boleh Lys. Kamu jangan risau pasal Tengku, apa-apa akak mesti akan inform punya. Dia tu laki kamu mestilah kamu kena ambil tau pasal dia. Betul tak?"
"Eh akak ni ke situ pulaa. Saya cakap macam tu bukan sebab dia laki saya. Saya cuma risau je kalau apa-apa jadi pada dia. Lagi pun selama ni dia ambil berat pada saya, saya tak dapat balas lagi jasa baik dia menjaga saya. Itu je." Aku menampar lengan kak Nira perlahan.
"Ohh, hahaha. Yelaa."
"Bye kak."
"Bye"
Aku dan Kak Nira bersalaman dan berpelukan seketika sebelum aku meninggalkan Pejabat itu.
*Darwish ambil aku dekat pejabat aku sekarang* Aku menelefon darwish untuk menjemput aku kerana Iskandar sudah bawa kereta aku balik tadi semasa dia menjemput Ros. Kereta dia rosak katanya.
*Alright Queen.* Ringkas sahaja jawapannya. Talian dimatikan.
"Nak saya hantar Queen balik rumah atau tempat lain?" Nasib baik Darwish bawa laju. Cepat sampai.
"Aku nak pergi D'Meriz Hotel." Aku memandang keluar tingkap.
"Nak jumpa Cik Amee ke?" Darwish bertanya.
"Haah. Ada benda aku nak bincang dengan dia. Hmm aku pun dah lama tak jumpa dia. Bolehlah borak lama sikit dengan dia.Dia dah balik dari luar negara ke belum?"
"Dah rasanya sebab hari tu saya hantar Iskandar pergi meeting Persahabatan Mafia, saya ada nampak Cik Amee dengan Jad dan Had." Walaupun fokus memandu, Darwish tetap boleh jawab soalan aku.
"Ohh eloklah tu dua mangkuk tu pon ada sekali. Senang sikit aku nak bagi dia orang kerja."
"Ohh ada kerja lagi ke bos? Kenapa tak bagi kumpulan kita je settlekan?"
"Aku nak jaga kesucian kau orang semua sebab tu aku sanggup bayar dekat group orang lain."
"Ohh okay faham." Darwish mengangguk perlahan.
Suasana sepi sehingga kereta berhenti di hadapan pintu hotel.
"Ehh tu macam kenal." Jad siku lengan abang kembarnya.
"Mana?" Had mencari gerangan yang dimaksudkan oleh adiknya.
"Itu...Awek yang baju merah kod hitam pakai skirt paras lutut tu. Sanalah." Jad terus memusingkan kepala Had kearah yang dia sedang pandang.
"Wehhh itu Queen, gile. Cepat-cepat kejar dia." Had menolak adiknya.
"Ehh hai Queen. Lama tak datang, apa hajat?" Jad yang muncul dari mana entah menegur aku.
"Aku ni selalunya kalau datang mengejut ni satu je sebabnya. Nak tau tak apa sebabnya?" Aku turun dari kereta dan membuka spek mata memandang Jad.
"Apa hajatnya tu? Hehe." Jad menyiku lengan aku.
"Nak bunuh kau!" Aku membulatkan mata.
"Cik Amee!!" Had menjerit memanggil nama Bosnya yang berada di seberang jalan sambil melambai kearahnya.
"Pahal kau memekik panggil Cik Amee?" Aku memandang Had.
"Sebab aku nak kau tau yang Cik Amee tak mati lagi dan kau jangan suka-suka je nak bunuh budak-budak kami." Had menunjukkan riak wajah garang. Bahu Jad ditarik supaya menjauhi aku.
"Kau apahal teriak nama aku dari jauh?" Cik Amee datang pada Had.
"Queen datang." Had menunjukkan aku pada Cik Amee.
"Laaa kenapa kau tak bentang red carpet? Tetamu special ni." Cik Amee menjegil mata kepada anak buahnya.
"Kau tak payah nak perli aku sangatlah. Aku cepuk kepala kau apa pun tak dapat nanti. Jom masuk aku lapar dan dahaga. Suruh tukang masak hotel kau sediaka aku makanan dan minuman yang paling mahal dan sedap." Aku menarik tangan Cik Amee berjalan masuk ke dalam hotelnya. Jad dan Had dibiarkan terpinga-pinga dekat luar. Lantak kaulah. Yang sorang tergamam, lagi sorang serius sangat dengan apa yang aku cakap. Haha.
"Amboi banyak duit kau nak yang mahal-mahal. Dah maju sekarang." Cik Amee menjeling aku sekilas.
"Member aku banyak duit sebab tu aku tak kesah order yang mahal-mahal. Free." Aku kenyit mata pada Cik Amee.
"Haih nasiblah kau ni datang setahun sekali je. Kalau hari-hari kau bertapa dekat hotel aku ni mau bankrap aku."
"HAHAHAHA" Aku dah dekah. Pasrah sangat ayat Cik Amee.
"Jad, Had. Kau nak aku headshoot kepala otak kau bagi bersepai otak kau ke? Kau tercegat apa lagi dekat situ? Masuk!" Cik Amee memberhentikan langkahnya dan pusing kebelakang memandang Jad dan Had yang macam patung memerhati kami.
"Ha?Baik CIk Amee." Terus berlari dua kembar tu mendapatkan bosnya.
Usai makan bersama Cik Amee serta dua orang kembar itu, aku dibawa ke bilik pejabat Cik Amee. Jad dan Had tunggu bilik sahaja. Wanita memerlukan privasi apabila sudah berjumpa depan-depan.
"Aku ada benda nak minta tolong kau. Kau masih berbisa dan nakal macam dulu tak?" Aku memulakan perbicaraan.
"Wahh soalan kau tak kena ah. Aku muda lagi, gila tak bisa dan nakal? Haruslah! Job apa?" Cik Amee angkat kening sebelah terpikat ingin mengetahui.
"Haa eloklah tu kalau kau kata begitu. Okay plannya macam ni..." Aku menceritakan semua plan aku dan meminta persetujuan Cik Amee sama ada dia mampu buat atau tidak.
"Takde hal ah. Aku dengan budak-budak aku boleh buat. Nanti aku uruskan budak-budak aku. Bila nak operasi?" Cik Amee sudah bersetuju. Kalau bos dah okay anak buah pasti okay juga. Mereka semua sama je otak nakal.
"Malam ni amacam? Boleh?" Aku menunggu kepastian.
"Cun. Jumpa malam ni dekat lobi hotel aku."
"Okay."
Share this novel