Hari ini aku cuba untuk berbaik dengan Tengku Farzeeq setelah dua hari tidak bersemuka dengan dia sejak bertengkar isnin lalu. Aku masuk ke pejabat Tengku Farzeeq untuk memberikan fail projek yang telah aku siapkan untuk dia semak sebelum aku menyerahkannya projek manager supaya mereka dapat meneruskan kerja mereka di tapak binaan.
"Masuk."
"Ini fail projek pembinaan pusat membeli belah yang Tengku minta saya selesaikan dengan kadar segera. Saya dah buat semakan terperinci jadi tinggal semakan daripada Tengku sahaja sebelum projek ini diteruskan." Aku menghulurkan fail tersebut berserta drawing engineering kepada Tengku Farzeeq.
"Okay letak atas meja sana, nanti aku semak. Kalau ada apa-apa aku roger kau." Tengku Farzeeq tidak memandang aku dan leka menaip. Aku paham dia lagi banyak kerja daripada aku tapi tidak boleh ke dia beradab dengan aku apabila aku sedang bercakap. Walaupun aku ni kuli dia je tapi adab tu penting bos.
"Baiklah saya keluar dulu, kalau ada kesilapan atau Tengku tidak berpuas hati panggil saja saya. Saya keluar dulu." Aku terus keluar tanpa menunggu kata-kata dari Tengku.
"Eleh ingat aku nak sangat ke cakap dengan kau! Aku ni buat baik pun sebab nak minta cuti lebih untuk balik kampung je kalau tak jangan harap aku nak berbaik dengan kau hantu!" Terus menyumpah aku keluar dari bilik Tengku Farzeeq.
"Dah kenapa kamu ni Elys, berperang lagi ke dengan Tengku? " Kebetulan Kak Nira yang berada di mejanya terdengan rungutan daripada aku.
"HAha, tak ada apa-apa kak." Aku dah gari kepala. Adoi dengar pula makcik seorang ni.
"Amboi dah pandai nak berahsia dengan akak sekarang ni. Bagitau sajalah kenapa? Kamu tu dah macam adik akak dah Elys." Akak Nira yang tadinya duduk sekarang sudah berdiri dan datang kepada aku.
"Hehe, sebenarnya kak saya geram dengan bos tu. Saya ni cubalah nak berbaik dengan dia tapi dia buat dingin dia je. Saya cakap dengan dia tapi dia tak pandang pun muka saya kak. Ya Allah mendidih-didih darah saya ni kak. Ikut hati saya yang batu ni saya suruh je akak yang bagi fail tu dekat dia tadi. Nasiblah saya ni masih ada hati perut kasihankan akak tau." Sekali nafas sahaja aku melepaskan kemarahan aku. Huh lega!
"Hahahaha. Lahai akak ingat kamu bertengkar lagi dengan bos sebab keluar dari bilik tu muka ketat je, rupanya perang silent. Sabarlah Elys, bos tu memang mood dia kadang okay kadang tidak. Dia ketua kita banyak benda dia nak kena pikir. Hal pejabat, keluarga, ekonomi semua sampai tak ada masa nak pikir pasal sendiri sebab tu membujang sampai sekarang." Kak Nira cuba menenangkan aku.
"Dia membujang sampai sekarang tu saya tak kisah sangat sebab dia muda lagi kak tapi adab tu haish kalau saya bos , dia orang pertama saya pecat. Tengku Farzeeq you are fired! Padan muka dia." Aku buat lagak seperti bos depan kak Nira.
"HAHAHAHA kamu ni Elys ada-ada saja." Kemain dekah kak Nira ketawa.
"Kau nak fired siapa tadi Izz Elys?"
"Suara siapa itu ya? seperti aku pernah dengar tapi dimana? Okaylah kak saya masuk bilik dulu."
"Kau nak pergi mana?"
"Alamak! akak tolong saya ada jembalang tarik saya!"Belakang kolar baju aku ditarik menghentikan langkah aku. Aku baru sahaja nak melangkah laju masuk ke bilik aku amun terbantut.
"Kau nak fired siapa tadi?" Tengku Farzeeq memusingkan badan aku menghadap dia.
"Ehh Tengku ke? saya ingatkan jembalang mana tadi tarik saya, patutlah suara macam pernah dengar. Hehe." Aku tersengeh memandang Tengku Farzeeq. Aduh mana nak lari ni!
"Jawab soalan aku" Muka Tengku Farzeeq seposen je aku tengok. Dah pahal muka mamat ni macam ni. Jangan ketawa Elys!
"Ha? Fired? Fired apa pula Tengku ni? Tengku salah dengar rasanya, saya sebut latihan fire dah lama tak buat. Kan Kak?" Aku terus berlari ke belakang Kak Nira meminta perlindungan.
"Kau ni makin aku diam makin tak berinsurans mulut kau ni kan?" Tengku Farzeeq menunding jarinya kearah aku yang sedang menyorok belakang Kak Nira.
"Lain kali jangan diam sangat Tengku sebab saya tak belajar bahasa orang bisu selama ni. Hehe" Aku tayang sebaris gigi.
"Aduh sakitlah kak!" Tangan Kak Nira mengetam peha aku. Aduh duduk depan dia takut kena terkam dengan si gagak, duduk belakang dia kena ketam pulak!
"Maaflah Tengku, budak ni memang mulut dia nak kena makan cabai banyak-banyak biar serik sikit." Kak Nira menyalahkan aku kerana mulut terlampau laju menjawab. Masalahnya kau menjawab dengan bos kau Elys bukan dengan member lepak kedai kopi!
"Apa-apa sajalah. Akak buatkan saya air. Terima kasih." Tengku Farzeeq kembali masuk ke dalam biliknya.
"Baik Tengku." Sempat Kak Nira menjawab sebelum Tengku Farzeeq berlalu.
"Kamu pi buat air Tengku Elys. Akak nak semak jadual Tengku pagi ni." Kak Nira menolak bahu aku.
"Ehh saya pula kena, dia suruh akak kan akaklah pi buat. Byeee.Hahaha" Aku berlari masukke dalam bilik aku.
"Bertuahlah budak sorang ni. Letih aku nak melayan." Langkah kaki Kak Nira diaturkan ke pantri untuk membuat air untuk Tengku Farzeeq.
"Myy gi ane?" Ros sedang main mainan legonya mendongak memandang aku yang baru masuk.
"Mummy jumpa bos sayang." Aku mengusap kepala Ros lembut dan terus ke meja aku.
"Syape bos miy?" Ros datang ke arah aku.
"Bos mummy tu gagak, sayang jangan buat bising nanti bos mummy gigit nak?"
"Nanakk. Atut." Ros peluk tubuhnya.
"Haa kalau tak nak pergi duduk sana main diam-diam, jangan kacau mummy ye sayang." Aku menyuruh Ros kembali ke tempat mainannya.
"Okeyy" Alahai anak aku ni comel sungguh. Nasib baik mendengar kata. Tapi kalau dengan papa atau daddy dia hmm jenuh aku nak kerah dia, memang tak jalan sebab dia dengan dua lagi orang tua tu satu kepala! Nasib sayang kalau tidak aku dah humban budak kecik ni.
Kerja aku terhenti seketika kerana terasa kepala berat dan berpusing. Aduh banyak sangat nak kena pikir. Masalah dekat pejabat ni dengan masalah dekat kampung lagi. Macam manalah aku nak minta cuti dengan Tengku Farzeeq dengan perangai dingin dia sekarang ni. Tak apalah esok aku cuba lagi. Aku mencapai panadol dalam laci dan telan sebiji. Harap akan reda sedikit sakit kepala ni. Aku kena siapkan kerja supaya Tengku Farzeeq dapat meluluskan permohonan cuti aku.
"Akak nanti tolong beri surat ni pada bos boleh?" Aku menghulukan sepucuk surat kepada Kak Nira.
"Surat apa ni?' Kak NIra membelek surat aku tadi.
"Saya nak berhenti kerja."
"Ya Allah kenapa sampai nak berhenti ni? Sabarlah Elys dengan perangai Tengku tu, dia memang selalu berubah mood tapi akak yakin dia baik orangnya."
"Bukan pasal tu kak, saya faham Tengku tu orang yang macam mana. Hm....tak apa nanti akak tolong bagi surat tu dekat dia ye. Saya balik dulu. Bye." Aku terus laju keluar dari pejabat itu.
Share this novel