"Izz Elys masuk bilik aku sekarang!" Tengku Farzeeq awal-awal pagi sudah terjah bilik aku dengan muka ketat.
"Baik Tengku" Aku dengan lekas ke bilik Tengku.
"Surat apa ni? Apa yang pikir sampai surat ni boleh sampai dekat aku?" Sungguh beremosi wajah Tengku Farzeeq memandang aku sambil menunjukkan sepucuk surat.
"Awak dah baca surat tu kan? kenapa masih nak tanya saya itu surat apa? Atau awak nak saya tolong bacakan semula ke?" Aku duduk di hadapan Tengku Farzeeq sambil bersilang tangan di atas mejanya.
"Nira bagitau aku ini surat perletakan jawatan daripada kau, jadi aku tak perlu membazirkan masa aku untuk baca surat ni." Surat yang masih elok berlipat dicampak ke arah aku.
"Tengku Farzeeq, saya bacakan surat ini untuk awak boleh? Kesian awak masa sangat menceburui sampai nak baca surat macam ni pun tak ada masa" Aku mengambil surat itu dan membukanya dengan perlahan. Muka Tengku Farzeeq masih bengang.
"Saya simpulkan daripada sepucuk surat daripada Izz Elys ni, dia menyatakan bahawa dia memohon cuti seminggu atas urusan peribadi. Hmm, jadi macam mana Tengku? Adakah permohonan cuti Cik Elys diluluskan?" Aku menghulurkan kembali surat yang sudah aku buka kepada Tengku Farzeeq.
"Nira masuk bilik saya sekarang" Telefon bilik Tengku disambungkan kepada pembantunya, Nira Nelly.
"Kenapa Tengku panggil saya?" Muka Kak Nira pucat.
"Awak cakap pada saya ini surat perletakan jawatan tapi kenapa awak tak baca dulu sebelum serahkan pada saya?" Tengku memarahi Kak Nira untuk menutupi malunya.
"Wahh, saya faham awak bos dekat pejabat ni tapi Encik Bos tak rasa ke apa yang berlaku ni tak adil ke? Awak dah salah sebab tak baca surat ni suka-suka sahaja awak nak marah pada pembantu awak. Awak ingat dia kerja sebagai pembantu awak hanya untuk kena marah atas kecuaian awak sendiri ke? Sepatutnya awak kena baca surat ni semula walaupun pembantu awak dah bagitau ini surat apa. " Aku duduk sambil tenung Tengku Farzeeq yang sedang berdiri memarahi Kak Nira yang berada di hadapan pintu biliknya.
"Memang tugas dia untuk semak semua surat sebelum ianya sampai kepada saya." Tengku Farzeeq tidak mahu merendahkan egonya.
"Maafkan saya Tengku, memang salah saya. Saya tak sampai hati untuk buka surat itu selepas Elys beri tahu saya bahawa dia ingin berhenti kerja. Saya betul-betul minta maaf." Kak Nira menunduk beberapa kali memohon kemaafan daripada Tengku Farzeeq.
"Akak keluar dulu. Saya ada benda nak bincang dengan Tengku." Aku menolak Kak Nira keluar dari bilik itu dan aku mengunci pintu bilik itu.
"Awak ni kenapa Tengku Farzeeq? Walaupun dia tak buka semak surat tu, awak perlu tengok juga surat tu betul tak. So, sekarang cuba awak jelaskan dimana lagi kesalahan Kak Nira? Let say, awak dapat satu projek yang berharga RM10 juta tapi pembantu awak beritahu awak bahawa itu projek kecil yang berharga RM5 juta to RM 8 juta. Awak akan terus menolak projek itu atau awak akan semak semula apa yang disampaikan oleh pembantu awak tadi?" Dengan penuh semangat aku menerangkan supaya dia nampak apa yang aku cuba sampaikan. Semua fail yang ada di atas mejanya aku gunakan sebagai contoh dokumen approval projek.
"Tak apa awak tak perlu jawab. Kalau awak pilih terus menolak, awak akan terus-terusan membuat kesalahan yang sama dengan mempercayai semua kata-kata pembantu awak. Dan dari situ saya boleh simpulkan bahawa awak merupakan seorang yang mudah ditipu dan mudah untuk dijatuhkan. Awak ego Tengku. Jangan sampai ego awak ni makan diri awak."
"Awak luluskan ataupun tidak saya tetap akan cuti seminggu. Terima kasih atas ego awak yang telah memarah Kak Nira dihadapan saya tadi. Saya nak pesan pada awak satu benda sebelum awak terus melangkah jauh dengan ego awak ni, pangkat dan harta awak ni tidak boleh memberi maruah dan harga diri orang lain. Tolong jangan jatuhkan air muka pekerja lain dihadapan pekerja lain."
"Saya keluar dulu" Aku keluar meninggalkan Tengku Farzeeq dengan keadaan terkaku dengan kata-kata aku tadi.
"Akak saya minta maaf sebab saya tipu akak pasal surat tu. Akak jangan risau tentang Tengku Farzeq tau, saya dah jelaskan semuanya pada dia dan dia tak marah akak lagi." Aku memeluk Kak Nira. Terasa sebak pula melihat wanita itu kena marah tadi.
"Salah akak juga sebab tak semak surat tu dulu. Dah, pi sambung buat kerja awak nanti Tengku nampak kita berpeluk ni lagi dia naik hangin kata kita curi tulang pula."
"Berani dia hangin? Saya luku kepala dia guna siku saya ni nanti." Aku tayang siku aku dengan muka berlagak.
"HaHaHa kamu ni Lys ada-ada sajalah. Kang Tenku tu keluar akak yang jenuh nak menjawab macam hari tu. Perangai kamu ni suka betul sakat oranglah, macam manalah nanti kalau kamu batul-betul berhenti kerja. Tak ada penghiburlah akak nanti Lys. Kamu jangan bergurau dengan akak macam tu lagi tau akak ni sedih betul dapat tau kamu nak berhenti. Sabar saja akak dengan kamu ni." Kak Nira menepeuk bahu aku perlahan walaupun mata sudah berkaca menahan air mata daripada menitis.
"Hehe. Okay lepas ni saya tak main-main lagi. Saya berhenti betul-betul."
"Tengok tu budak ni dia buat lagi. Akak pukul kamu nanti baru tau. Geramlah akak dengan kamu Lys. Rasa nak picit-picit masuk dalam perut mak kamu semula. Dah jejak kaki ke bumi ni makin menjadi-jadi kamu menyakat orang." Kak Nira cubit-cubit lengan aku.
"Amboi kak geram sangat nampaknya ni. Sabar kak saya gurau je. HahaHa." Aku cuba mengelak daripada terus kena cubit.
"Dah pergi masuk buat kerja sana, kalau tidak akak call Tengku habaq kat dia hang tak mau buat kerja." Akak Nira menghalau aku.
"Yelaa. Kasar naa akak ni. Haha. Bye" Aku jalan masuk ke bilik aku.
Sejak kejadian Ros menangis tempoh hari, Iskandar dengan rela hati untuk menjaga Ros sementara aku pergi kerja. Iskandar tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi kerana tidak baik untuk emosi dan mental budak kecil yang baru berusia tiga tahun untuk melihat pergaduhan orang dewasa. Setiap pagi aku akan menunggu Iskandar untuk mengambil Ros dan bawa ke Teratak Red Rose (markas). Ros akan dihantar pulang selepas aku pulang ke rumah. Lagi pula aku rasa Ros lebih selamat berada di Teratak Red Rose kerana di sana ramai yang boleh perhatikan dia dan keselematan kawasan tersebut sangat ketat dan terjaga.
Share this novel