"Wait, awak nak buat apa dengan cemeti tu? Abang dah minta maafkan? Susah sangat ke nak maafkan orang? Besar sangat ke salah yang abang dah buat tu? Dulu abang tak matang, abang mengaku tu." Afham cuba berganjak kebelakng namun dia terjatuh kerana kakinya masih terikat pada kerusi yang dia duduk.
"Kata maaf yang keluar dari mulut aku ni belum tentu dapat padam perlakuan keji kau terhadap aku. Dulu mulut in yang menghina aku kan?" Syiha melibas cemeti itu tepat kena mulut Afham. Afham tidak dapat mengelak kerana kaki dan tangannya terikat.
"Kaki ini dulu yang sepak aku lepas aku terjatuh kau tolak?" Kini giliran kaki Afham pula menjadi mangsa. Libasan cemeti pada kaki Afham yang bertalu-talu dan kuat itu menyebabkan seluarnya terkoyak dan kakinya berdarah. Setelah puas melibat sehingga tangannya sendiri merah memegang cemeti itu, dia mencampakkan cemeti itu ke tepi.
"Sakit ke?" Syiha maju kearah Afham yang yang sudah menunduk kesakitan.
"Sakittt" Lemah dan tidak bermaya sahaja suara Afham.
"Sakit lagi hati aku ni kau malukan aku dulu kau tau tak!" Penampar Syiha sudah mendarat ke pipi Afham.
"Maaff." Kepalanya sudah tidak mampu diangkat.
"Oh yee aku lupa. Tangan ni yang tolak aku sampai aku jatuh masuk longkang yang besar dulu." Syiha ambil parang dan ingin tetak tangan Afham. Aku, Hakimi dan Afzan makin ngeri melihat Syiha yang selama ni otak tak centre menjadi pemarah yang amat sangat ketika ini. Siapa sangka orang yang ceria boleh menjadi begitu baran ketika ini.
"Aku lepaskan kau kali ni sebab aku pikir bini kau yang baik tu je." Parang tadi Syiha pakuk atas meja sikit sahaja lagi ingin memotong tangan Afham. Syiha melangkah perlahan keluar dari bilik seksaan.
"Kau bernasib baik sebab Syiha masih ada belas kasihan pada bini kau. Dan aku nak kau berubah jadi suami yang baik untuk dia. Kalau aku dapat tau kau masih berhubung dengan skandal-skandal kau, kau akan berhadapan dengan aku. Aku paling benci lelaki tak berguna macam kau ni. Kau Faham?" Aku menghampiri Ahfam setelah Syiha keluar.
"Ingat pesan aku ni. Akan ada ramai mata-mata yang akan memerhati kau selepas ni jadi hati-hati. Once kau tertangkap lagi lepas ni, aku tak akan bagi kau peluang untuk berjumpa dengan family kau lagi." Aku membuka ikatan pada tangan dan kaki Afham.
"Afzan,Kimi bawa dia pergi bilik rawatan. Bersihkan luka dia dan hantar dia ke hospital kita bagi dia rehat sehingga dia sembuh." Hakimi dan Afzan memapah Afham Azmil keluar dari bilik seksaan.
"Weh kau buat apa dekat sini?" Hakimi menegur Syiha yang duduk bercangkung menutup mukanya dihadapan pintu bilik seksaan.
"Kau jalan pergi buat apa yang aku suruh cepat. Biar aku settelkan Syiha." Aku menolak Hakimi.
"Kau okay ke tak ni?" Aku memeluk Syiha.
"Teruk sangat ke apa aku buat dekat dia tadi?" Syiha sudah menangis.
"Tak, itu baru sikit. Kalau aku tadi lagi teruk dia kena. Dahlah tu, semuanya dah selesai. Lepas ni jangan berdendam lagi. Semuanya telah terbalaskan? Kau dah boleh hidup dengan aman." Aku cuba memujuk. Tapi memang betul pun apa yang aku cakap. Sikit je pun apa yang Syiha buat tu walaupun nampak mengerikan.
"Hurm, thanks Elys." Syiha mengesat air matanya.
"Apalah dia ni,nampak ganas je kat dalam tadi. Sekali keluar berterabur air mata . Haha. Hati tisu juga kau ni eh?" Aku ketawa.
"Diamlah kau. Jom balik. " Syiha menumbuk bahu aku.
"Aduh, Aku nak kena jumpa Adam. Aku sakit ni kau tumbuk." Aku memegang bahu.
"Kau tak payah gatal dengan Adam aku. Jom balik sekarang."Syiha menarik lengan aku.
"Hahaha. Amboi kemain marah. Jap aku cari Akmal." Aku melepaskan tangan Syiha daripada terus menarik lengan aku.
*Hello Mal, Cerok mana kau menyorok? Hantar aku balik cepat. Kerja aku dah settle. Aku tunggu kau dekat lobi*- Aku menelefon Akmal. Hampir seluruh lubang dekat markas ni aku cari dia tak jumpa.
*Haa saya datang sekarang juga Queen.*- Talian dimatikan.
"Hi akak Syiha. Kenapa muka merah-merah ni? Nak cendol ke?" Akmal menegur Syiha.
"Kau apahal panggil aku akak? Tak payah nak cendol-cendol sangat dengan aku. Ni sekali aku hembus aku sumbat dalam mulut kau terus bisu kau." Syiha mengalihkan jarinya menunjukkan ke arah hidung yang meleleh hingus.
"Kepala otak dia ah. Pengotor doh dia ni. Eee geli aku." Berlari Akmal menjauhi Syiha.
"Haha padan muka kau. Lain kali jangan kerja nak menyakat orang saja. Jalan cepat." Kereta terus membelah jalan. Dah lewat malam baru nak balik. Nasib anak aku Tengku Farzeeq nak tolong jagakan.
"Baik Queen." Sempat lagi dia menjeling Syiha dibelakang melalui cermin pandang belakang.
Esoknya aku menjalani kehidupan harian seperti biasa. Awal pagi bertolak ke pejabat.
"Akak mana suis televisyen ni? Saya rasa bosan pula dalam bilik ni." Aku menjenguk Kak Nira diluar dari pintu bilik aku.
"Ada kat belakang televisyen tu Lys." Akak Nira hanya menjawab dari tempat duduknya sahaja.
"Ooo, Okay dah nampak. Thanks." Aku terus masuk setelah nampak wayar-wayar yang terserok belakang televisyen itu.
[KES GURU YANG DIDAKWA MENCABUL SERTA MEMPERKOSA ANAK MURIDNYA YANG DIREMAN 7 HARI YANG LEPAS DIDAPATI TIDAK BERSALAH DAN AKAN DILEPASKAN DALAM JANGKA MASA TERDEKAT]
"Wow, amazing news. Tak sia-sia aku buka tv hari ni. Terlepas juga kau ye walaupun aku dah bagi kau amaran. Wait and see Irjad, " Aku kembali duduk dan tekun melihat berita itu. Tiba-tiba teringat ada urusan yang aku belum selesaikan. Aku mencapai telefon bimbit.
*Akmal, aku ada job untuk kau.*
*Job apa tu? Fun tak fun?* Akmal ni nak kerja yang fun aje.
*Pernah ke aku bagi kau job tak fun?*
*Banyak kali* Wajah Akmal apabila cakap ayat ni buat aku terbayang muka dia dengan mata menjuling ke atas. Haha.
*Haha. Cepatlah nak ke tak ni?*
*Kalau aku cakap tak nak, kau tetap bagi juga. Haa cepatlah job apa?*
*Aku nak kau hack kereta polis yang bawa banduan bernama Ahmad Irjad. Kereta tu baru lepas habis perbicaraan hari ni so kau masih ada masa untuk hack sebelum dia sampai ke balai polis.*
*Haa macam ni lah yang dikatakan fun. HuHu. Okay lepas tu nak aku buat apa dengan banduan tu?* Akmal bersorak seronok kerana kali ni aku bagi kerja yang menggunakan bidang kepakarannya.
*Aku nak kau suruh Kamilia pukau polis tu dan bawa banduan tu ke markas dan kurung dia.*
*Wahh jarang-jarang aku digandingkan dengan Kamy ni. Rezeki. Haha* Ketawa besar Akmal.
* Sampai markas nanti kau serahkan saja banduan tu pada Afzan. Then cakap Elys suruh buat macam biasa lepas tu kau dah boleh pergi dating dengan Kamy kesayangan kau tu.*
*Alright bos. Betul eh boleh pergi dating?* Dah macam kerang busuk budak Akmal ni sengeh.
*Kau ingat aku main-main ke? Aku bagi kau pelepasan hari ni je.* Naik geram pula aku dengan Akmal ni. Aku dah bagi peluang lagi nak tanya banyak kali.
*Okay-okay. Thanks Queen. Muahhh.* Amboi budak ni!
*Dah pergi buat kerja kau cepat tak payah nak muah sangat. Aku dah nak kahwin. Cau.* Aku mematikan talian. Akmal ni makin dilayan makin gila!
Share this novel