3 tahun kemudian...
"Ammam kenapa ni?" Tanya seorang gadis.
"Ammam nak.."
"Cuba cakap nak apa? Amani tak tau Ammam nak apa."
"Ammam nak naik bukit tu..." Hammam menunjukkan ke arah bukit yang dapat dilihat dari pemandangan mata mereka.
"Hmm kita masuk dulu yee...mummy panggil." Hammani menarik tangan Hammam.
"Ishraq Hammam...Ishraq Hamani...mari minum petang." Aku memanggil kedua-dua anakku yang bermain di halaman rumah.
"Why abang muncung ni?" Tengku Farzeeq bertanya kepada mereka.
"Ammam nak sangat naik bukit dekat luar tu." Hammam menyuarakan hasratnya.
"Hammam..kan amani dah cakap tempat tu jauh. Nanti kalau kita dah besar kita pergi sama-sama okay?" Hamani cuba memujuk Hammam, abangnya.
"Betul ni?" Hamman kembali ceria.
"Iyaa Amani janji akan temankan Hamman." Hamani memeluk abangnya.
"Yeayyy" Hamman melompat kegirangan.
"Dah duduk makan cepat."Tengku Farzeeq dan aku hanya tersenyum melihat mereka.
"Okayyy daddy!" Serentak kedua kembar itu menyahut dan duduk di meja makan.
"Elok-elok sayang." Tengku Farzeeq menarik kerusi untuk aku duduk.
"Iyee saya tau.." Aku pun duduk.
"Esok checkup pukul berapa?"Tengku Farzeeq menyendukkan mee goreng ke pinggan aku dan juga anak-anak.
"Pagi, dalam pukul 10 macam tu." Aku menyambut huluran pinggan dari tangan Tengku Farzeeq.
"Ouhh..abiy masuk office petang la kalau macam tu. Haa lagi satu, Ros bila balik sini?"
"Saya pun tak pasti biyy.. Ros tu dari kecik memang manja dengan papa dia. Kalau dia nak ballik nanti dia call lah kita."
"Hmm okayy." Kami menjamu minuman petang dengan gembira sambil melihat gelagat kembar yang manja antara satu sama lain.
Di Hospital..
"Assalamualaikum doktor.." Aku masuk ke bilik doktor.
"Duduk situ. Aku nak pergi ambil alat scan sekejap." Syiha bangun.
"Ehh tak payah.. Tu aku dah suruh jururawat dekat luar ambilkan semua alat yang kau perlukan untuk check aku tadi." Aku menarik lengan Syiha untuk duduk semula.
"Wahh pandai-pandai je kau sekarang ni." Syiha kembali duduk.
"Hospital ni aku punya. Kau tu pun tak payah nak tunjuk kuat sangat. Perut tu tunggu masa je nak meletop. Haha." Aku melihat perut Syiha yang menunggu hari.
"Kita sama-sama nak meletop." Syiha selamba sahaja menjawab. Usia kandungan kami sudah 7 bulan.
"Ehh kau apa buat dekat sini?" Terkejut aku melihat Iskandar yang keluar dari sebalik tirai tempat pemeriksaan pesakit.
"Ni bilik bini siapa? Lupa ke?" Iskandar buat muka selamba. Dia dah tak macam dulu yang agak lemah lembut. Dah kena training dengan Si Senget Syiha ni agaknya.
"Kau ni pun nak keluar dari situ bagi salam laa dulu bro. Terkejut bini aku ni." Tengku Farzeeq menegur.
"Halah ingat eh bini kau ni dah banyak buat hal dengan aku dengan bini aku." Iskandar mengecilkan mata memandang aku.
"Hal apa?" Aku membulat mata.
"Pertama, kau punya mengidam anak first kemain melalak suruh aku kahwin dengan Iskandar." Syiha yang menjawab.
"Kedua, majlis aku tertangguh sebab anak kau nak keluar. Nasib baik Syiha dapat jangaka perangai pelik kau tu. Kalau tidak terberanaklah kau dekat atas pelamin aku."
"Hehe."Adu kan dah malu sendiri.
"Cepatlah check baby aku ni sihat ke tak?" Aku cuba berdalih.
"Baby sihat..tapi tak nampak muka laa. Jantina pun tak nampak, dia pemalu." Syiha memandang screen scan.
"Aik macam mana boleh pemalu pula ni?? Mummy dia ni tak tau malu langsung. Perangai siapa yang dia ikut?" Kata-kata yang keluar secara tidak langsung dari mulut Tengku Farzeeq memecahkan tawa Syiha dan Iskandar.
"Abiyyyy!" Bergema bilik Syiha dengan jeritan aku. Malu aku dia kata macam tu.
"Ehh sorry sayang. Abiy rasa macam cakap dalam hati je tadi, tak sangka sayang dengar pula." Lagi sekali semua ketawa.
"Meh sini aku scan perut kau pula." Aku merampas alat scan dari tangan Syiha.
"Wahh baby gemuk." Selamba.
"Tu bukan baby bengong. Ini la jadinya apabila bekas engineer berangan nak jadi doktor." Kepala aku ditolak oleh Syiha.
"Habis tu apa?"Aku garu kepala pelik.
"Tu perut. Kau scan perut bukan rahim. Dah bak sini." Syiha merampas kembali alat scan itu.
"HAHAHAA. Dua-dua sama bengong. Dah jom keluar, kang tak pasal-pasal kita pun jadi bengong macam dia orang ni." Iskandar menarik Tengku Farzeeq untuk keluar dan membiarkan kami berdua sahaja. Tengku Farzeeq hanya menurut.
2 bulan kemudian.
"Ros..tolong mummy tengokkan adik boleh?"
"Boleh mummy." Ros meninggalkan buku lukisannya. Ros baru berusia 6 tahun.
"Terima kasih sayang."Aku duduk disofa melihat buku lukisan Ros.
"Mummy..mama dengan papa datang." Ros kembali kepada aku.
"Buka pintu.."
"Masuklah mama, papa." Ros mempelawa Syiha dengan Iskandar masuk.
"Mummy ada dekat ruang tamu. Ros nak pergi tengok Ammam dengan Amani sekejap." Ros pergi ke halaman rumah dimana adik kembarnya bermain.
"Kakk. Ammam nak bukit tu boleh?" Amman bertanya kepada Ros.
"Tak boleh. Jauhlaa."
"Nakkk...huaa huaa." Hammam menangis apabila Ros membantah kata-katanya.
"Kenapa ni?" Aku dan Syiha bertanya kepada mereka.
"Ammam nak bukit tu mummy.." Ammam menjawab sambil menangis.
"HaHa. Aku dah nampak dah sorang ni ikut perangai siapa." Syiha geli hati melihat gelagat dan keinginan Hammam yang tidak tumpah seperti mummynya.
"Aduiii pening kepala aku. Ros panggil daddy dekat atas sayang." Aku menyuruh Ros untuk memanggil Tengku Farzeeq yang sedang menyidai pakaian di koridor atas.
"Kenapa ni?" Tengku Farzeeq mendukung Ros.
"Anak awak ni nak bukit tu." Aku mengadu.
"Pulak dah. Itu laa awak punya perangai pelik dah turun dekat anak." Tengku Farzeeq tenang sahaja menjawab sambil mencium pipi Ros.
"HaHaHa." Ros, Syiha dan juga Iskandar ketawa.
"Hammam..meh sini." Tengku Farzeeq menurunkan Ros dan menyambut Hamman dalam dukungannya.
"Hari tu Hamani cakap apa?"Bermulalah sesi pemujukan Tengku Farzeeq.
"Hmm yelaa. Hammam tunggu."Akhirnya dia mengalah.
"Good boy." Tengku Farzeeq mengusap kepala Ishaq Hammam.
"Myy ada air." Hamani menegur.
"Ha? Mana?" Aku melihat sekeliling.
"Weh air ketuban kau pecah laa."
"Ehh jom pergi hospital sekarang." Iskandar memimpin Syiha ke keretanya.
"Sayang, awak kencing dalam kain ke?" Tengku Farzeeq bertanya kepada aku.
"Kencing?"Haa sudah kain aku pula yang basah.
"Abiy, kita kena pergi hospital juga. Saya rasa dah sampai masa anak awak nak keluar." Aku cuba tenangkan diri.
"Seriuslaa sayang?" Tengku Farzeeq mula gelabah.
"Hamani, Ros pimpin mummy masuk kereta jom. Nak tunggu daddy awak tu angkat mummy, lambat lagi." Ros dan Hamani memimpin aku ke kereta.
Di dalam wad VIP
"Wah mana adil macam ni. Anak kau dah lima termasuk Ros. Aku baru tiga termasuk Ros." Iskandar memandang sepasang anak kembar aku dan Tengku Farzeeq yang sama lahir dengan kembarnya.
"Habis senget pantang kau kena usaha keras untuk sama dengan aku. Kita lawan." Tengku Farzeeq sudah mula perangai budak-budaknya.
"Abiyy.. sini sekejap." Aku memanggil.
"Iyee sayang."
"Awak ni dari dulu sampai sekarang tak pernah berubahkan? Awak ingat saya ni kilang ke siap nak lawan-lawan." Aku pintal telinga Tengku Farzeeq.
"Abiy gurau jee."
"Tahniah Syiha." Aku menegur Syiha yang berada di sebelah katil aku.
"Tahniah untuk kita berdua sebab dapat kembar hero."Syiha muka pasrah. Kami sudah melihat apa akan jadi kepada kami berdua pada masa akan datang dalam membesarkan anak-anak.
Pasukan D'Rose aku serahkan sepenuhnya kepada Iskandar dan aku menjadi Queen dalam kumpulan mafia Tengku Farzeeq. Aku hanya akan turun padang sekiranya kumpulan Tengku Farzeeq terpaksa bertembung dengan kumpulan yang berbahaya dan melibatkan Nyawa Ros. Anak-anak aku dan juga Syiha dihantar ke pusat latihan memanah dan menembak yang diketuai oleh kumpulan D'Rose.
TAMAT
Share this novel