BAB 14

Fantasy Completed 9946

Cuti yang aku minta kepada Tengku Fareeq setelah aku baik dari sakit telah diluluskan dengan syarat Tengku Farzeeq perlu ikut ke mana Aku hendak pergi. Apabila dilarang untuk dia mengikuti nanti permohonan cuti tidak dapat diluluskan maka aku membenarkan sahaja dia ikut, lagi pula dia beri tahu aku bahawa ada outlet yang perlu dia lawat di sana. Pahi-pagi aku sudah bangun untuk bersiap takut terlewat dan Tengku Farzeeq pasti akan marah jika aku lewat.

"Elys aku hantar kau ke airport eh pagi ni" Syiha menunggu aku bersiap memecahkan sunyi antara kami.

"Kau tak kerja ke?" Aku menoleh sekilas kearah Syiha kemudian kembali menyikat rambutku.

"Hari ni aku off so bolehlah aku hantar kau. Bolehlah Lys. Nanti seminggu aku tak jumpa kau."

"Yelaa. Tak payah peluk-peluk aku. Aku nak siap ni. Aku siku kau kang." Aku sudah menolak badan gadis itu supaya melepaskan aku.

"Hahaha okay. Aku nak siap jap." Sempat dia mencium pipi aku sebelum keluar dari bilik aku.

"Minah sewel!!!!" Bergema satu bilik itu dengan jeritan aku. Syiha ni melampau betul. Macam manalah kalau dia kahwin nanti. Habis hilang muka laki dia agaknya kena cium.

"Aku dah siap. Cepatlah nanti jammed." Syiha sudah kembali dengan gaya rambut side parting, berkemeja pink kotak-kotak hitam dan seluar pants hitam.

"Alright. Dah siap. Ayuhhh." Aku menarik beg luggage merah bersama menuruni tangga.

"Sekejap. Kau amik kunci siapa tu?"

"Kunci kereta aku lah"

" No. No. No. Naik kereta aku. "

"Kenapa pula. Naik kereta aku je senang."

"Tak nak aku naik kereta jambu kau tu. Dengan Hello Kittynya bersusun dekat dashboard depan dan belakang kt bonet lagi. Lepas tu dengan stiker kepala kartun bukan main besar kau tampal dekat pintu kereta tu. Ya allah tak nak aku."

"Comel apa banyak hello kitty. Boleh jadi peneman aku time drive."

"Peneman kau tapi penghilang sabar bagi aku. Kalau nak naik kereta kau boleh tapi dengan syarat." Aku sudah menjongket kening.

"Apa benda syarat kau. Mesti akan mengecewakan aku kan?" Syiha sudah mengendur suaranya.

"Jangan marah aku kalau baby-baby pink kau tu berterabur diatas jalan raya sepanjang perjalanan ke airport nanti."

"Aku dah agak dah kepala otak kau tu tak pernah memberi keadilan pada org lain. Bagi kunci kau cepat. Dah nak berambus pun menyakitkan hati orang."

"Amboi tak sayang mulut. Aku bagi makan tahi nanti baru tau."

Perbalahan antara kami terhenti apabila telefon kepunyaan aku berdering.

"Angkatlah call tu, aku masukkan beg kau dalam kereta." Syiha terus membawa beg aku ke tempat duduk penumbang dibelakang. Enjin dihidupkan. Aku juga turut melabuhkan punggung ditempat duduk penumpang disebelah Syiha. Syiha memandu tanpa menghiraukan aku yang sedang berbual.

"Hello. Kau dah gerak ke belum?"

"Baru gerak bos."

"Cepat sikit flight kita lagi berapa jam je ni"

"Yelaa. Lagi pun rumah saya dengan airport dekat je."

"Okay. Dah sampai roger aku."

"Alright"

"One more thinngs passport semua jangan lupa bawa."

Panggilan tamat.

"Siapa call? Bos?" Syiha yang dari tadi mendengar terus menghamburkan rasa hairan.

"Aahh bos"

"Dia nak apa? Jangan cakap dia ikut kau?"

"Yee dia ikut. Dia nak uruskan syarikat dia dekat sana."

"Ohh."

Masuk sahaja pintu utama lapangan terbang itu aku terus mencari kelibat jejaka yang memakai topi berwarna hitam. Tengku cakap tadi dia pakai topi warna hitam. Tapi agak bodoh juga aku jadinya kerana bukan dia sorang saja yang memakai topi di Malaysia ni.

"Woi. Cari apa? Buta. Cari aku pun lambat." Lelaki itu sergah aku dari belakang.

"Oo meletop. Tengku pun satu cakap pakai topi hitam sahaja. Bagilah detail. Bukan awak sorang je mampi beli topi hitam tu ye Encik Tengku." Terkejut plus geram dengan si gagak itu.

"Hai" Syiha sudah menghulurkan tangan ingin berjabat tangan. Tapi sempat aku menarik tangannya.

"Tak payah hai sangat. Dia ni poyo lebih. Menyesal kau kenal dia nanti." Tengku Farzeeq menjeling aku. Syiha tersenyum kelat melihat riaksi lelaki itu. Memang poyo pun.

"Dah jom. Pasport semua bawak tak?"

"Jap nak check" Aku selongkar didalam beg tangan. Alamak mana pulak benda tu.

"Haa ada ke tak?" Tengku Farzeeq memerhati lagi pergerakan cemas aku.

"Err..alamak Syiha macam mana ni. Tak adaa" Aku berbisik.

"Whatt? Tak ada?? Are you kidding me Elyss? Aku dah pesan sebelum kau sampai sini tadi. " Keras sungguh nadanya. Aku menggaru kepala.

"Nah. Lain kali jangan cuai. Nasib baik aku nampak benda ni dekat atas meja solek kau tadi." Syiha menghulurkan passport aku dari begnya.

"Huishh lemah semangat makcik nak oii. Nasib anak ada. Kalau tidak mati makcik kena telan dengan si gagak ni." Aku mengambil passport itu lalu terus menciumnya. Penyelamat aku ni selalu ada saat genting seperti ini.

"Huhh. Jom" Tengku Farzeeq mengeluh kasar. Aku memeluk Syiha sebelum beriringan dengan lelaki itu ke pintu pelepasan.

Seperti biasa kami akan mengambil seat couple. Aku pun tak tau apa yang special sangat seat ni sedangkan kami bukan pasangan couple. Sebelum pesawat naik aku dah setting bantal kepala dan ready minyak angin disebelah. Kalau emergency mabuk senang terus capai saja minyak angin. Semua dah ready aku pun melelapkan mata. Tidak sampai lima minit aku dah lelap.

"As always." Tengku Farzeeq berbicara sendirian apabila melihat aku sudah terlena.

Tengku Farzeeq mengambil tempat disebelah tingkap. Dia mengatakan bahawa aku ni monyet tak pandai naik flight. Orang lain naik flight teruja nak duduk dekat tingkap lagi-lagi dapat tempat duduk disayap pesawat. Tapi aku naik saja apa-apa kenderaan terus tidur. Nasib baik kapal terbang ni bukan aku yang pandu kalau tidak berjemaahlah kami mati syahid. Dari gaya pertuturannya seperti aku ni teruk sangat sampai driving pun nak tidur. Sorry sikit kalau drive aku tak tidur.

Perjalanan ke Auckland begitu lama mengundang kantuk kepada lelaki disebelah aku. Ya, Tengku Farzeeq juga turut terlelap. Sejam sebelum pesawat mendarat aku terjaga. Aku memerhati Tengku Farzeeq sangat lena tidurnya.

"Dah puas tenung muka aku yang hensem ni?" Terkejut aku bila mata dia tiba-tiba terbuka.

"Mana ada. Saya tengok tingkap tadi."

"Dekat betul ye tingkap kau."

"Hehe. Awak ni kedekut betul. Saya tertengok je awak tidur. Lena betul. Tak rugi ke tidur tak dapat tengok awan kt luar sana?"

"Kalau sepuluh jam nak tengok awan yang memang tak nampak apa-apa tu baik aku tengok kau. Mana tau dapat jadi penyedap mata bangun awal pagi."

"Haha. Malas saya nak layan awak." Senada saja tawa aku lepaskan.

Aku kembali memerhati setiap orang di dalam pesawat itu. Hurm ada yang bawa anak. Bercuti mungkin. Kalau aku kahwin muda mesti aku sudah mempunyai cahaya mata. Wake up Elyssss. Kau baru saja putus cinta berangan nak ada anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience