BAB 19

Fantasy Completed 9946

Malam ini merupakan malam perjumpaan bagi ahli kumpulan Red Rose. Aku terlibat sama kerana di arahkan oleh Iskandar. Apa motifnya aku pun tidak tahu. Semua anak buah kumpulan itu duduk mengikut posisi mereka. Bagi yang memegang posisi orang kuat diberi tempat duduk paling hadapan seperti VIP.

"Hello. Hari ini merupakan hari yang bakal mencipta sejarah baru bagi kumpulan Red Rose. Seorang ketua baru akan dilantik kerana pewaris bagi kumpulan ini masih tidak memiliki kelayakan yang sewajarnya. Oleh itu, saya menjemput Tuan Iskandar untuk memberi ucapan dan merasmikan majlis ini sehingga penamatnya." Seorang gadis dari kumpulan Red Rose memberi ucapan aluan sekaligus memanggil Iskandar weuntuk ke pentas.

"Thanks. Okay kita lari dari formal sikit. Pada hari ni aku nak perkenalkan ahli kumpulan baru kumpulan kita." Iskandar turun dari pentas dan menarik aku untuk ke pentas bersama dia.

"Perkenalkan ini Elys ahli baru kita. Dia juga akan menjadi ketua baru kita semua. Silakan bagi ucapan sedikit Elys. " Aku memandang Iskandar tidak berkelip. Ahli yang lain tidak berkelip mata seperti tidak percaya yang aku sebagai ahli baru dilantik terus menjadi ketua. Namun Jack langsung tidak memberi apa-apa riaksi.

"Hello, aku perkenalkan diri aku semula secara lebih formal. Nama aku Izz Elys. Kau orang boleh panggil aku Queen Snake or snake je. Prinsip aku senang je. Jangan kacau hidup aku kalau kau orang nak hidup lama. Aku tak suka orang sakitkan aku serta orang-orang sekeliling aku. Hukuman bagi sesiapa yang buat sesuatu yang aku tak suka simple je. Apa yang kau buat kau akan dapat benda yang sama malah lagi teruk dari itu. Itu je dari aku buat masa ni. Sesiapa yang nak membantah dipersilakan sekarang sebelum aku dengan rasminya jadi ketua kau orang." Aku memandang seorang gadis yang sedang duduk di meja bahagian kumpulan doktor dan perawat hospital Red Rose. Gadis itu dari tadi aku dapat rasakan something dari dia. Wajahnya menampakkan riak suka namun hati seperti memberontak.

"Semua dah dengarkan?. Dengan ini secara rasminya Queen Snake adalah ketua baru kita." Aku menahan sakit apabila tangan aku ditoreh sedikit sebagai tanda aku adalah kumpulan Red Rose dan juga sumpah setia terhadap kumpulan itu. Tamat saja majlis terebut aku dan Iskandar pulang ke rumah.

"Awak naiklah dulu. Esok awak dah nak balik Malaysia. Saya hantar awak sampai airport." Iskandar membuka pintu kereta untuk aku.

"Okayy. Terima kasih." Kini aku rasa aku memegang tanggungjawab yang lebih besar. Menjaga diri sendiri, keluarga serta anak-anak buah.

"Wait. Elys, saya ada benda nk tanya sikit." Iskandar menahan aku daripada terus menaiki tangga.

"Yes. Nak tanya apa?"

"Macam mana awak tau detail tentang Danial dan apa hubungan awak dengan dia?" Akhirnya soalan yang terbuku didalam pikiran Iskandar terkeluar jua.

"Oh pasal Danial rupanya. Saya ingatkan apa tadi. Haha. Danial tu kawan saya dulu. Saya dapat semua info tentang dia bunuh parents Ros pun sebab saya cari latar belakang Ros. And saya percayakan awak sebab saya tau awak yang hantar Ros pada saya. Tak gitu Encik Iskandar?" Iskandar disebelah dijeling.

"Hehe, cekap juga awak buat kerja. Tak sia-sia saya pilih awak. Cara dan gaya awak berbeza dengan wanita lain Elys. Awak ada matlamat dan cita-cita yang tinggi. Dan api kemarahan awak tidak nampak dari luar tetapi tersimpan didalam sehingga menjadi bara yang tidak akan terpadam sampai bila-bila. Bara api awak sentiasa akan menyala dan akan menjadi api yang marak. " Agak terkejut kerana Islandar menyangka Elys seorang gadis biasa namun silap. Elys seorang yang cekap bertindak.

"Haha. Mana ada. Saya sama je dengan perempuan lain." Elys menggaru kepala.

"About Danial apa dia buat pada awak ?"

" Dia salah seorang yang telah mengalirkan air mata saya." Terlihat seperti ada api dimata Elys apabila mengingati kisah lalu.

Flashback

"Hai." Elys menoleh kearah suara yang menyapa.

"Sorry. Kita kenal ke?"

"Nope. Kita tak kenal but kita boleh berkenalankan?" menghulurkan tangan ingin berjabat.

"Sure. Nama I Elys. Just call me Lyss. Elys menyambut tangannya.

" Nice name. By the way, my name Danial. " Elys hanya membalas dengan senyuman.

"Okaylah I kena pergi dulu." Elys meminta diri.

"Wait. Can I get your phone number?"

"Here my number. Sorry I betul-betul kena pergi. Bye." Elys melajukan langkahnya selepas memberi nombor telefonnya kepada Danial.

Telefon Elys bergetar kerana dia silent phone supaya tidak mengganggunya menyiapkan tugasan. Siapa pula yang tak ada kerja kacau aku malam-malam ni. Urghh.

*Hi*

*Who are you?*

*I Danial yang minta nombor you siang tadi. Lupa ke?*

* Oh I see. Sorry bukan lupa cuma tak ingat je??*

*Boleh kita jumpa esok?*

*Where?*

*Cafe?*

*Okay*

"Kiranya awak dengan dia satu kampus dulu?" Iskandar memotong cerita Elys kerana terkejut dengan info yang baru sahaja dia terima.

"Aahh saya satu kampus dengan dia tapi lain bidang."

"Oh. Tapi kenapa awak dengan dia boleh bermusuhan? Sedangkan dia yang beria nak dekat dengan awak?"

"Saya mula bermusuh dengan dia sejak berlaku satu salah faham lepas tu dia terus hina saya.Saya benci orang hina saya." Elys mengeluh apabila terpaksa mengingati kisah lama.

"Laa kenapa dia kena menghina awak? Dia hina awak apa?"

"Dia cakap saya ni otak singkat, tak matang, macam-macam lagi lah. Padahal dia tak sedar dia tu lagi hina dari saya. Tapi saya malas nk balas. Saya sedih juga masa tu sebab saya rasa selesa sangat dengan dia. Dan saya dah mula sayang dia walaupun baru beberapa hari saya kenal dia. Saya menangis lepas je dia hina saya macam tu. Ramai yang tak tau titik kelemahan saya adalah titik kekuatan saya."

"Oh. Memang patutlah dia mampos. Mulut jahat.Kerana mulut nyawa melayang. Hahahaha"

"Amboi suka pula awak."

"Tak adalah saya buat pepatah untuk masukkan dalam kamus hidup awak. Hehe"

"Ada-ada saja lah awak ni. Okaylah Saya nak rehat. Esok nak balik Malaysia. Lagi pula kesian Ros saya tinggalkan lama-lama. Bye. Good night." Elys melangkah ke biliknya.

"Bye. Good night." Iskandar tersenyum memerhati kelibat Elys yang semakin kabur dari pandangannya.

Syiha pov (Malaysia)

"Awak, saya nak minta maaf atas kesilapan saya pada awak dulu"

"Sorry? Kau siapa? Aku tak kenal kau" Syiha sedang sibuk mengemas katil pesakit dihospital.

"Awak tipu. Awak kenal saya. Kita berkawan rapat dulu. Tolonglah maafkan saya"

"Fine! Aku maafkan kau. Sekarang kau tolong berambus dari sini. Aku benci tengok muka kau dekat sini." Syiha meninggalkan Afham Azmil.

Kau ingat semudah itu aku akan maafkan kau? Kau kira bersyukur aku dah rawat bini kau dengan baik. Ikut hati aku yang marah aku bunuh je bini kau dengan anak dalam kandungan tu sekali. Nasib baik aku masih profesional dalam menjalankan tugas. Aku sudah berjanji dan angkat ikrar untuk tidak mencampur adukkan urusan peribadi dengan kerja.

End pov

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience