BAB 51

Fantasy Completed 9946

Semalam Adam ada call aku untuk beritahu keadaan Irjad tapi tidak detail. Maka hari ni aku ambil keputusan untuk turun ke Hospital D'Rose. Lagi pula aku dah lama tak turun lawat kawasan. Dah tak ada kerja ni bolehlah buang masa lawat kawasan.

"Hello Doktor Adam." Aku main terjah je masuk dalam bilik Adam.

"Ketuk pintu dululah sebelum masuk." Adam terkejut memandang aku. Yang peliknya pahal Syiha pun ada dalam ni.

"Opss sorry sorry." Aku menutup semula pintu. Dan aku ketuk dan terus masuk.

"Kau bangun, bagi aku duduk pula." Aku tarik Syiha dan terus aku duduk dikerusi yang dia duduk tadi.

"Ehh dia ni sibuklah." Syiha tolak bahu aku.

"Ewah kau tu yang sibuk, pergi buat kerja sana. Berkepit saja. Aku report dekat Iskandar nanti baru tau." Aku saja sakat dia.

"Pahal nak mention nama Iskandar pula ni?" Syiha bersilang tangan ke dada.

"Sebab kau dengan dia dah macam laki bini yang tak ingat diri. Masing-masing ego marah lama-lama. Esok salah sorang hilang baru masing-masing ada akal." Adam hanya memerhati sahaja.

"Haa kau, aku nak tau pasal Irjad. Apa cite dia? Hidup lagi tak?" Aku ketuk meja Adam untuk menarik perhatiannya daripada melihat komputernya.

"Oh haa ingatkan nak sambung borak tadi." Adam mengalihkan pandangan dia dari komputer.

"Cepatlah, aku cepuk kepala baru tau." Aku mengacah nak cepuk kepala Adam.

"Semalam aku dah periksa keadaan dia aku tengok kaki dia injured teruk tu. nampak gayanya dia lumpuh separuh badan. Dia dah tak boleh berjalan tapi tangan masih berfungsi." Adam membaca reportnya.

"Lumpuh dia tu boleh sembuh ke tak?"

"Tengok keadaan kalau semangat dia kuat mungkin boleh sembuh. Tapi dari pandangan saya dengan situasi sekarang emosi dia tak stabil dan semangat dia tak ada agak sukar untuk dia pulih. okay itu sahaja dan dia boleh keluar esok sebab dia tak teruk mana pun. Lumpuh je."

"Esok aku nak kau suruh Darwish sediakan kereta untuk hantar dia balik rumah keluarga dia. Siapkan sekali ubat dan kelengkapan perubatan untuk dia selama setahun. Genap setahun keluarkan dia dari list pertolongan aku. Kerusi roda pun sediakan untuk dia. Okay dah aku nak balik."

"Oh yaa ini bagi dekat dia dan ucapkan salam takziah daripada aku untuk ibu dia. Dan pesan dekat dia lepas ni jangan pernah anggap aku ada dalam hidup dia. Anggap aku dengan dia tak pernah kenal. Cau." Aku menyerahkan sepucuk sampul surat yang berisi duit.

"Baiklah."

"Kau meeting malam ni jangan jadi setan hasut budak Adam tu datang lewat pula. Iskandar marah nanti baru padan muka kau. Meeting malam ni atas arahan Iskandar, jangan main-main dengan dia. Faham?" Aku memberi persanan kepada Syiha sebelum keluar dari bilik Adam.

"Weh Lys. Tunggulah kejap." Syiha belakang aku.

"Apo kau nak. Pi lah berkepit dengan anak ikan kau tu.Haha."

"Mulut kau ni aku tampar baru tau. Kuang ajo." Syiha tepuk bahu aku.

"Betullah apa aku cakap. HaHaha." Aku sambung jalan.

"Kau ikut aku ni nak pergi mana?" Aku berhenti dan memandang Syiha.

"Ikut baliklah. Kau nak balikkan?"

"Aku nak jumpa Iskandar sibuk je nak ikut. Tu adik Adam dekat dalam sana tu siapa nak jaga?"

"Kesah apa aku nak ikut juga." Ehh dia ni gatal je dengan Iskandar. Si Iskandar pun sama je dua kali lima. Menyampah pula aku.

"Haa ikutlah kau. Jom-jom. Jangan bising mata telinga berdarah bagai." Aku menarik lengan Syiha.

"Ha jom. Kita tengok mata telinga siapa yang berdarah." Syiha peluk lengan aku dan mengikut langkah aku.

Aku pergi ke kafe yang Iskandar kongsikan location.

"Hello anak mummy." Aku masuk saja kafe tersebut teru melambai ke arah Ros yang berada disebelah Iskandar.

"Mummyy!"Ros menjerit melompat-lompat. Tiba-tiba dia terdiam dan membuat muka pelik.

"Daddy?" Dia tunjuk ke arah belakang aku. Aku tak berapa nak dengar sangat dan terus berjalan menuju ke meja mereka.

"Ehh tu Tengku Farzeeq kan?"Syiha menegur aku.

"Mana?"

"Ituu." Syiha tolehkan kepala aku. Okay nampak.

"Jangan pandang. Kau duduk cepat!" Aku suruh Syiha duduk sebelah Iskandar dan kau mengambil Ros lalu letakkan dia di dalam kerusi kanak-kanak. Kerusi kosong sebelah aku letak beg.

"Tengku!!" Syiha melambai kepada Tengku Farzeeq. Aku dah tepuk dahi. Iskandar buat biasa sahaja.

"Hello minah senget. Kau ni nak panggil aku lepak sekali pun janganlah terjerit macam dekat kedai mamak." Tengku Farzeeq datang dan terus duduk disebelah aku. Beg aku tadi dia peluk di atas ribanya.

"Adoiii." Syiha menjerit. Aku pijak kaki dia. Geram sungguh aku.

"Kau asal sengal?" Aku tanya Syiha sambil buat muka tak bersalah.

"Ada anak gajah pijak kaki aku." Syiha sengih.

"Ehh awak ni dalam kafe mana ada anak gajah. Awak tu anak gajah kaki telan je 24 jam." Huhu Iskandar backup aku. Iskandar tahu aku yang pijak kaki dia. Kalau bukan aku siapa lagi yang berani sentuh si Syiha senget ni kan? Haha.

"Kau diamlah. Bising je." Syiha jeling Iskandar.

"Nak order makanan ke nak gaduh ni?" Aku garu kepala.

"Haa orderlah aku belanja. Dah lama tak jumpa kekasih lama aku ni."Tengku Farzeeq meletakkan tangannya dibelakang kerusi aku.

"Aik. Ehh orang tua ni, orang lain elok makan nasi dia makan penampar kang." Aku pandang Tengku Farzeeq atas bawah seperti orang tidak puas hati.

"Alololo janganlah marah sayang." Tengku Farzeeq mengusap belakang aku.

"Apa sayang-sayang? Is, awak tengok Tengku ni. Dia panggil saya sayang. Syiha tukar tempat duduk." Aku mencebik ke arah Iskandar seperti budak-budak mengadu kena buli. Aku bangun dan ingin menukar tempat duduk dengan Syiha.

"Tak nak. Kau duduklah mengeras dekat situ." Syiha mengeraskan badannya tidak mahu beranjak.

"Is!" Aku merengek pada Iskandar.

"Kau jangan mengada eh. Kau duduk je sini diam-diam." Tengku Farzeeq menarik lengan aku supaya duduk kembali.

"Sini merengek dekat aku ni haa. Iskandar malas nak layan kau. Dia takut Syiha merajuk lagi dengan dia." Muka aku dipalingkan memandang wajah Tengku Farzeeq.

"Ohh haahlah. Jom daddy kita duduk meja lain." Aku menarik lengan Tengku Farzeeq untuk meninggalkan meja itu.

"Weyy kau nak pergi mana gila!" Syiha dah macam nak gila kena tinggal terkulat-kulat dekat situ dengan Iskandar. Tengku Farzeeq mengangkat Ros dan kami beralih meja yang jauh daripada mereka. Haha padan muka kau. Nak kenakan aku sangatkan tadi.

"Awak nak pergi mana?" Iskandar menahan Syiha yang ingin meninggalkannya juga.

"Nak baliklah."

"Laa baru sampaikan? Kita makan dulu. Lepas tu saya hantar awak balik."

"Tak nak!" Degil juga si Syiha ni.

"Duduk okay? Kita bincang elok-elok." Iskandar berjaya membuatkan Syiha duduk.

"Ohh kemain kau merengek dekat Iskandar tadi ye? Aku picit hidung tu karang tau lah" Tengku Farzeeq mengecah ingin picit hidung aku. Cepat aku tutup.

"Hehe."

"Awak tengok mummy awak ni Ros. Berani dia nak curang dengan daddy." Tengku Farzeeq bercakap dengan Ros pula. Nak perli pandang saja sini muka aku ni ha.

"Mana ada curang. Orang beralih musim je." Aku senyum.

"Banyaklah kau beralih musim." Tengku Farzeeq menjeling aku.

"Minggu ni kan kau balik kampung?"

"Haah. Hujung minggu ni majlis akad nikah saya." Muka aku berubah sedih.

"Laa asal nak sedih pula ni?" Tengku Farzeeq perasan riak wajah aku berubah.

"Saya tak nak kahwin dengan orang yang saya tak kenal. Saya harap sangat Iskandar dapat tolong saya batalkan majlis tu nanti."

"Ehh tak payah nak minta tolong Iskandar bagai. Aku boleh tolong. Hari apa kau nak balik kampung?" Tengku Farzeeq menghalang aku meminta bantuan daripada Iskandar.

"Esoklah. Hari ni dah khamis. Majlis sabtu."

"Okay tunggu aku amik kau. Kita balik sama-sama."

"Betul ni?"

"Iyee sayang. Makan cepat." Tengku Farzeeq menghulurkan makanan aku yang baru sahaja dihantar oleh pelayan tadi.

"Terima kasih awak." Aku memeluk lengan Tengku Farzeeq. Alah nak bodek minta tolong je ni. Kalau bukan sebab aku dalam kesepitan tak ada maknanya aku nak menggeletis dengan mamat gagak ni. Heh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience