BAB 58

Fantasy Completed 9946

"Siapa tu? Siapa yang dia maksudkan tak guna?" Tengku farzeeq berbisik ditelinga aku.

"Ha? Sekejap saya rasa saya tau tu siapa. Biar saya settlekan." Aku mencapai walkie talkie daripada salah seorang penjaga aturcara majlis yang lalu disebelah aku.

"Kumpul semua dan tangkap sampah ni simpan dalam bilik kurungan. Nanti aku settlekan." Aku mencari tempat yang jauh daripada orang ramai untuk memberi arahan dalam walkie talkie itu.

"Dah settle." Aku kembali kepada Tengku Farzeeq. Haih nasib baik ramai orang dah balik sebab majlis dah tamat.

"Haih macam mana orang tu boleh lepas masuk eh? Abiy dah pasang pengawasan yang ketat." Tengku Farzeeq bengang.

"Manalah saya tau." Aku menjulingkan mata ke atas.

"Dah jomlah balik. Penat." Tengku Farzeeq memimpin tangan aku untuk balik ke rumah kami.

"Tadi kawan awak cakap saya kawan lama awak?" Hilman menarik lengan Syiha semasa Syiha cuba untuk beredar dari mejanya . Syiha hanya senyum dan melepaskan tangannya dari genggaman Hilman.

"Kawan? Excuse me! Siapa kawan kau?" Syiha menunjukkan muka gelinya.

"Wait kenapa awak tiba-tiba berubah macam ni?" Hilman masih pelik dengan perengai Syiha yang pada awalnya baik sahaja dengannya.

"Berubah? Yeahh people change but look at you. Aku tengok langsung tak berubah dari dulu sampai sekarang sama saja.Haji bakhil setiap kali makan mesti aku yang bayar untill now. Oh my god! Apa nak jadi dengan kau ni??"

"Apa kau cakap? Haji bakhil?" Hilman sudah naik berang.

"Yess haji bakhil kedekut taik hidung masin. Makan duit perempuan tanpa rasa segan. Kau lupa aku ke? Tak sangkanya aku dapat jumpa kau semula and the best things is kau yang ushar aku dulu. HAHAHA. Karma is real. Dah lama sangat aku tunggu saat ni. Okayy let we actting like first meet." Syiha mengibas rambut curlnya ke belakang.

"Hello my name is SYIHA HANAN" Part namanya saja ditekankan supaya Hilam sedar siapa Syiha sebenarnya. Terus berubah muka Hilman. Tidak percaya.

"Your name Sir?" Syiha masih menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"Ohh Syiha? Hmm aku pun bukan nak sangat dekat kau ni. Saja nak test market je. Haha tak sangka pula terTest market dengan Ex girlfriend sendiri. Funny." Hilman sedaya upaya untuk menghamburkan ketawanya walaupun payah.

"Aku kesian je tengok kau awal-awal dulu macam tak ada boyfriend. Haha. Masih single ke?" Sinis sungguh gelak Hilman.

"Jap." Syiha memberi isyarat supaya Hilman berhenti ketawa sebentar.

PAP!

"Ini untuk mulut kau yang tak ada insurans." Satu tumbukan melayang ke muka Hilman.

"Oiii ini dalam dewanlah gilaa. Kau nak bergusti pun bawalah dia keluar dari dewan ni." Aku yang dari tadi perhatikan Syiha dan Hilman terus menarik Syiha.

"Haa last ah sebab member aku dah datang." Satu tendangan dilepaskan dicelah kangkang Hilman. Terus terduduk Hilman tidak terkata menahan sakit. Bukan sikit-sikit weh tendangan minah ni. Sekali kena memang padu!

"Mal, settle macam biasa." Aku berbisik pada Akmal disebelah aku.

"Orite beres boss." Akmal terus mengangkat Hilam dan bawa keluar dari dewan.

Dalam perjalanan pulang ke rumah aku dan Tengku Farzeeq dikepung oleh beberapa kereta. Dua orang berpistol keluar dari kereta itu.

"Aduhh apa lagi ni." Aku mengeluh penat.

"Wait here. Jangan keluar. Faham?" Tengku Farzeeq memberi arahan kepada aku dan dia keluar. Aku hanya mengangguk faham.

"Darwish bagi pistol dengan topeng aku." Aku meminta barang aku daripada Darwish. Darwish pemandu aku.

"Nah." Darwish menghulurkan pistol dan topeng aku yang disorokkan di bawah seat tempat duduknya.

"Aku settel depan, kau settle belakang. Jom gerak." Aku terus keluar dari kereta setelah memakai topeng. Aku tak gila nak duduk diam dalam kereta saat kepala suami aku di hujung mata pistol kiri dan kanan.

"Cerita sini settle sini je lah. Kau orang nak apa dan siapa bos kau?" Aku duduk dihadapan kereta dan bersilang tangan bertanya kepada dua lelaki yang menahan Tengku Farzeeq.

"Kami datang hanya untuk ambil Tengku Farzeeq. Dan kau boleh pergi sebab kau bukan urusan aku." Salah seorang daripada mereka menjawab angkuh.

"Hoo..Tengku Farzeeq yang kau pegang tu SUAMI aku." Satu tembakan aku lepaskan pada tangan lelaki yang mengacukan pistol disebelah kanan Tengku Farzeeq.

"Oleh sebab itu dia adalah urusan aku juga." Satu lagi tembakan pada tangan lelaki sebelah kiri Tengku Farzeeq. Apabila kedua-dua pistol jatuh dari tangan mereka, Tengku Farzeeq terus menyepak kaki mereka berdua dan melepaskan diri dari mereka.

"Kau siapa haa?" Mereka menjerit kesakitan.

"Kau sebut nama Aku D'Rose dekat bos kau. Welcome and visit me if your life can refill. Blah!" Berlari semua balik. Darwish dibelakang juga sudah selesaikan mereka.

"Sayangggg????" Tengku Farzeeq terkaku.

"Apa? Dah jom balik. Saya penat ni." Aku terus masuk ke dalam kereta. Dalam kereta aku terus cabut topeng. Nasib baik kereta ni gelap tak boleh nampak luar.

"Keluar macam tu je? Are you crazy tengku?" Aku terus memarahi Tengku Farzeeq apabila dia masuk ke dalam kereta.

"I don't expect that they are my enemy. And also I don't expect that you are mafia too. Spicy you know?" Tengku Farzeeq senyum mengenangkan apa yang baru sahaja berlaku tadi.

"Shut up you!" Aku menjeling Tengku Farzeeq. Aku tengah marah dia boleh main-main pula.

"Okay" Tengku Farzeeq terus mengunci mulutnya.

"Aku nak kau inform Khuzay suruh cari Tengku Natasha sampai dapat." Aku memberi arahan dengan nada serius kepada Darwish. Tengku Farzeeq membulat mata memandang aku.

"Wait. Dia ni siapa?" Tengku Farzeeq memandang Darwish.

"My Driver and D'Rose's driver." Ringkas aku menjawab. Haha. Dia tidak tahu sepanjang majlis tadi semuanya budak-budak aku yang take over. Nak harapkan budak-budak dia ramai yang cuai!

"Ohh okay." Tengku Farzeeq memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu adanya kejutan lagi. Sudah cukup apa yang dia tahu setakat ini memberi kejutan yang tidak dijangka.

Keesokkannya...

"Sayang, we need to talk." Tengku Farzeeq memanggil aku diruang tamu.

"Yes? Talk about what?" Aku duduk disisinya.

"Since when you jadi mafia and why?" Muka Tengku Farzeeq penuh tanda tanya.

"Since I balik dari New Zealand. I jadi mafia because I want to protect Ros." Hmm sebut pasal Ros tiba-tiba rasa rindu akan anak dara seorang itu.

"Abiyy cuti berapa lama?" Aku cuba menukar topik perbualan.

"Kenapa tanya?" Tengku Farzeeq memandang aku pelik.

"Saya ada kerja nak uruskan esok. Boleh saya keluar?" Aku meminta izin agar Tengku Farzeeq tidak berasa curiga terhadap aku.

"Nak pergi mana?" Tengku Farzeeq sangat protective ye sejak dah kahwin ni. Actually before kahwin pun dia memang protective terhadap aku sehingga sanggup menemani aku ke New Zealand.

"Hehe. Rahsia, boleh ke tak?" Takkan aku nak bagi tau aku nak pergi bantai orang pula? Haih Tengku Farzeeq ni pulaa banyak sangat soalan.

"Boleh tapi dengan syarat abiy ikut." Selamba sahaja muka dia. Aku pula yang menganga dengan sikap suami aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience