Syiha pov
"Kenapa dengan pesakit tu?" Aku memandang kearah seorang lelaki yang terbaring di atas katil.
"Dia terlibat dengan kemalangan bersama isterinya." Jururawat yang menjaga wad tersebut memberi penerangan ringkas lalu menyambung kerjanya.
"Oh" Susuk tubuh itu seperti aku kenal. Tidak mungkin itu dia. Aku dah lama lupakan dia. Dan aku tak nak dia kembali lagi. Aku hanya melihat sekilas dan terus pergi ke wad ibu mengandung.
"Selamat pagi puan. Sihat?" Aku menghampiri seorang ibu yang kandungannya cecah enam bulan itu.
"Selamat pagi doktor, saya sihat dan baby pon mula beri tindakbalas hari ni. Lepas makan tadi saya dapat rasa baby bergerak walupun hanya seketika" wanita itu tersenyum gembira kerana kandunganya baik-baik saja.
"Saya pelatih je puan. Sekejap lagi doktor datang. Saya saja tanya khabar. Alhamdulillah baby dengan ibunya sihat." Aku mengusap perut wanita tersebut.
"Pelatih pon awak tetap doktor juga lepas habis latihan kan? Saya suka awak ni humble sangat. Kalau pelatih lain mendongak langit. Tidak semesra awak"
"Hehe" Aku menghadiahkan senyuman ikhlas.
"Doktor" Aku bangun dari katil tadi dan berdiri mendapatkan doktor kepada wanita itu yang merupakan pembimbing aku disini.
"Sihat puan?" Doktor Adibah memberi anggukan sahaja kepada aku dan terus bertanya keadaan pesakit itu. Doktor Adiba memeriksa keadaan Puan Fatimah.
"Sihat doktor. Pelatih doktor ni jaga saya dengan baik."
"Saya ada berita baik untuk puan"
"Berita apa doktor?"
"Puan dan suami boleh discharge esok. Mujur kandungan puan tidak mengalami kompilasi teruk terhadap hentakan tersebut"
"Alhamdulillah. Terima kasih doktor."
Aku dan Doktor Adibah beriringan keluar daripada wad Puan Fatimah setelah selesai memeriksa keadaan beliau.
"Syiha lunch nanti saya nak awak hantar laporan awak atas meja saya"
"Baik doktor"
Aku terus ke loker aku dan mengambil buku laporan aku. Lunch apanya kalau lagi lima belas minit je nak masuk waktu lunch. Pandai Doktor Adibah bermain kata dengan masa.
Tok..tok..tok
"Macam tak ada orang je" Aku berbisik sendirian.
"Doktor Adibah pesan masuk je. Dia ada pesakit nak uruskan" Seorang doktor yang kebetulan lalu dikawasan itu menegur aku. Aku senyum dan terus masuk ke bilik Doktor Adibah.
*Afham Azmil* *Fatimah Rizal*
"Afham Azmil" Nama itu meniti dibibirku dengan mata masih tertancap pada nama di hadapan fail perubatan diatas meja Doktor Adibah.
"Dah letak laporan awak?" Dokto Adibah yang baru saja masuk menegurku.
"Ni laporan saya doktor." Terkejut aku dengan ketibaan Doktor Adjbah yang tidak dijangka itu. Hampir terkeluar jantung aku terkejut.
"Letak dekat rak sana. Nanti saya ambil."
Aku meletakkan laporan aku ditempat yang ditunjukkan oleh Doktor Adibah.
"Doktor, pesakit nama Afham Azmil tu sakit apa?" Aku bertanya ingin kepastian sambil menunjukkan rekod perubatan nama lelaki itu.
"Ni? Dia kemalangan dengan isteri dia Puan Fatimah Rizal. Saya yang amik kes dia orang sebab kandungan Puan Fatimah mengalami masalah selepas kejadian tersebut." Doktor Adibah menjelaskan segalanya kerana aku merupakan pelatih yang agak rapat dengannya.
"Ohh. Saya ingatkan Puan Fatimah kemalangan seorang diri. Tak tau pula suami dia kemalangan sekali."
"Kenapa? Awak kenal ke suami dia?" Doktor Adibah bertanya seperti mengesyaki sesuatu.
"Ehh tak kenal pon doktor. Saya rapat dengan Puan Fatimah tu sejak awal dia masuk sini sebab tu berminat nak tanya. Hehe. Saya pergi dulu ye. Assalamualaikum" Aku terus keluar dari bilik itu.
"Waalaikumsalam." Doktor Adibah menggeling kepala dengan sikap ambil berat pelatihnya terhadap pesakit.
End pov
"Woi jauh termenung" Aku menghampiri Syiha yang sedang duduk disofa ruang tamu.
"Kau ni terperanjat aku. Bila balik?" Dia membetulkan duduknya.
"Sampai mana dah kau termenung. Aku balik pun tak perasan. Lepas ni aku nak pasang ekzos yang bunyi bising kat kereta aku tu biar pekak telinga kau ni setiap kali aku balik."
"Hahaha pasanglah suka aku nak tengok jiran-jiran yang lain maki kau lepas tu"
"Hehe. Kau asal ni Syiha. Jarang tau aku tengok kau macam ni. Kau selalunya happy je." Aku mengambil tempat disebelah Syiha.
"Tak ada apa aku okay je. Penat sikit hari ni" Alat kawalan jauh televisyen di letakkan di atas meja.
"Okay bagi aku naik bilik mandi dulu lepas tu kau cerita." Aku terus berlari menuju ke bilik.
"Aku cakap tak ada apa lah" Syiha dah menjerit dari bawah.
"Haihh Elys ni degil betul. Kejap lagi mesti dia paksa aku punya. Tengoklah" Mengomel sendirian sambil menonton televisyen.
"Awal kau balik hari ni" Zira baru masuk terus pelik melihat kawannya itu pulang awal darinya.
"Kau yang balik lambat. Aku balik macam biasa je. Tengok jam tu pukul berapa sekarang? Memang waktu macam ni aku memang dah ada dekat rumah. Kau tu pergi mana? Dating?" Syiha memandang rakannya yang berura hendak masuk ke bilik.
"Err. Aku jumpa kawan tadi." Terus langkahnya menuju ke bilik.
Aku turun mendapatkan Syiha setelah melihat kelibat Zira tiada di situ. Memang dari tadi aku memerhati mereka. Nampak riak wajah Zira seperti tidak senang dengan soalan yang Syiha ajukan kepadanya tadi.
" Now cakap apa jadi?" Aku melompat duduk di sebelah Syiha.
"Cakap apa? Nothing happen." Syiha menolak aku yang terlalu rapat dengannya.
"Kau nak cerita ke tak?"
"Tak"
"Aku call mak kau" Aku dah mengambil telefon dan jari pantas mencari nombor mak kesayangan gadis itu.
"Yelaaa. Aku cerita. Suka main ugut" Telefon aku dirampas dan mendapat pakej jelingan maut daripadnya.
"Haha. Cerita sekarang." Terlepas tawa aku melihat wajah Syiha yang sedang marah. Comel.
"Tadi ada pesakit ni nama dia Afham Azmil"
"So? Mati ke budak tu?"
"Weh apa mulut kau ni. Tak baik cakap macam tu."
"Haha. Okay-okay. Serius. Back to topic."
"Dia kemalangan jalan raya dengan isteri dia yang mengandung enam bulan."
"Oh. Apa kaitan dia dengan kau? Kau jangan kata tu crush kau yang dulu."
"Aku tak sure sebab aku tak pernah jumpa dia lagi. Mungkin nama je sama."
"Harap bukan Afham Azmil yang kecewakan kau dulu tu. Aku tak nak kau orang berjumpa lagi."
"Kenapa kau tak bagi aku berjumpa dengan dia?"
"Sebab belum masanya lagi untuk kau orang berjumpa dan bersemuka selepas kejadian dua tahun lepas."
Aku terus bangun untuk menyediakan makan malam. Ye aku tak akan beri peluang kepada lelaki itu untuk melukakan sahabat aku lagi.
Share this novel