BAB 50

Fantasy Completed 9946

"Afzan!" Aku memanggil Afzan yang berada diluar bilik kurungan.

"Yee Queen." Berlari Afzan masuk. Nasib tak tersungkur.

"Settelkan bangkai ni. Bawa dia jumpa Adam. Kalau peralatan untuk rawat dia tak cukup bawa dia pergi hospital kita. Aku nak balik. Nanti inform aku record kesihatan dia. Faham?" Aku mencabut sarung tangan dan campak diatas meja yang tersusun pisau dan peralatan seksaan yang lain.

"Baik Queen." Afzan mengambil kerusi roda dan menolak Irjad ke bilik rawatan.

"Jack! Akmal! Hakimi!" Giliran mereka bertiga pula aku seru.

"Iyee Queen. Kami ada je dekat sini. Jerit-jerit tu nak hantar suara sampai mana? London?" Akmal memandang aku dengan muka bosannya.

"Eh kau banyak bunyi pula. Kemas darah-darah ni sampai bersih dan wangi. Kalau Tak bersih dan wangi aku cari kau." Aku menunjukkan ke arah Akmal.

"Pahal aku pulakk?" Akmal tidak puas hati.

"Sebab kau loyar buruk dengan aku tadi. Kemas sekarang. Esok aku sampai ada yang tak kena dengan bilik ni. Ini tempat kau. Faham?" Aku menghentakkan kaki diatas bangku yang tadinya Irjad duduk dan diseksa. Ye bangku itulah yang Akmal bakal duduk jika ada kesilapan yang aku jumpa dalam bilik itu pada hari esok.

"HAHAHAHA PADAN MUKA!" Hakimi dan Jack ketawakan Akmal serentak. Akmal muka sudah mencuka. Aku keluar dan terus balik ke rumah.

Selesai aku membersihkan diri, mengemas rumah dan masak aku mengambil masa untuk berehat seketika. Sementara Iskandar baik hati untuk menjaga Ros ni baik aku rehat. Nanti badan dah rasa lega sikit aku suruhlah dia pulangkan Ros pada aku. Tiba-tiba telefon berdering.

*Haa nak apa?*

*Aku nak jumpa anak aku minggu ni boleh ke tak?* Tengku Farzeeq.

*Jumpalah siapa nak marah.*

*Kau.*

*Ehh suka-suka dia je tuduh kita. Tutup call ni kang baru tau.*

*Halah kau ni kuat sangat sentap. Sejak dah tak jumpa aku ni makin sombong kau ye*

*Mana ada. Awak tu yang bergurau kasar sangat.*

*Yela sorry. Ermm Ros mana? Aku nak cakap dengan dia sekejap.* Terus segar biji mata aku mendengar kata maaf dari Tengku Farzeeq.

*Ros tak ada. Dia dekat rumah papa dia. Sekejap lagi saya suruh papa dia hantar dia balik. Kalau awak nak cakap dengan dia call malam nantilah.*

*Ohh haa okaylah. Tapi hujung minggu ni aku dah cop Ros dulu tau, kau jangan gatal bagi dia keluar dengan Iskandar pula.*

*Yee nanti saya tulis dalam buku yang awak dah booking dia minggu ni. Bagi sesiapa yang nak meminjam sila buat pada hari berikutnya. Okay Tengku Farzeeq?*

*Okay sangat. Itu je aku nak cakap. Bye. Love you.* Talian terus dimatikan.

"Aku salah dengar ke?" Aku telan air liur. Ahh lantaklah.

'Assalamualaikum'

"Waalaikumsalam." Adoi siapalah datang ni. Aku nak berehat pun tak senang. Aku bangun untuk membuka pintu.

"Ehh awalnya, aku baru nak call suruh hantar Ros." Acah je alasan tu. Sebenarnya aku nak rehat lagi!

"Saja hantar awal, boleh lawat awak sekali. Bukalah pintu ni takkan nak biar saya berjemur dengan Ros dekat luar ni. Awak ni pun agak-agaklah Izz Elys." Iskandar seakan menahan marah dengan panas diluar.

"Haha lupalah. Haa masuklah Encik Iskandar." Aku mengambil remote pagar dan membuka pagar.

"Mummy!" Ros melompat dari dukungan Iskandar terus memeluk kaki aku.

"Iyee sayang. Amboi happy sungguh anak mummy ni kenapa? Papa bagi makan ubat happy ke?" Aku mengangkat Ros dan masuk ke rumah.

"papa asyak edap myy." Ros membuat muka yang baru sahaja makanan makanan yang enak.

"Amboii baru sehari dua duduk dengan papa dah puji papa masak sedap eh. Selama ni mummy masak tak sedap ke sayang?" Aku mencubit pipi Ros.

"HAhaha. Papa memang pandai masakkan? Tapi hari tu mummy marah papa dengan aunty Syiha teruk sebab dapur terbakar." Ehh dia pula nak mengadu dekat anak aku ni.

"Itu memang salah kau. Kau dengan dia Syiha sama je. Dua-dua aku marah baru adil." Aku menjeling Iskandar.

"Kau cari apa? Mata keliling kau tengok rumah aku ni." Aku memerhati Iskandar yang dari tadi memerhati sekeliling rumah aku seperti kucing kehilangan anak.

"Ha? Mana ada cari sesiapa." Terus tegak kepala dia pandang aku.

"Elehh cari Syiha ke? Syiha kerjalah. Kalau tak kerja pun dia akan cari kerja iaitu berkepit dengan si budak Adam tu." Saja aku nak panaskan hati mamat tu. Haha.

"Ohh. Saya rasa esok nak buat meeting untuk rombak semua ahli kita semula. Saya nak buat pertukaran budak yang ada dekat sini dengan dekat sana." Tiba-tiba saja nak buat rombakan. Aku memandang Iskandar pelik.

"Tiba-tiba je kenapa ni? Dah tak tahan ke member tu asyik berkepit dengan buah hati kesayangan." Hahaha soalan perangap.

"Mana ada. Ada budak dekat sana merungut nak balik Malaysia." Alasan Iskandar agak tidak memuaskan. Tapi tak apa kita tengok saja apa dia nak buat.

"Ohh okay nanti kau umumkan dekat dalam group wassap suruh semua berkumpul esok. Siapa lambat jumpa aku di bilik hukuman selepas meeting esok."

"Okay nanti saya pin nama Syiha dengan Adam sekali."

"Siapa suruh pin nama dia orang? Aku suruh kau umumkan je." Aku sengeh je pada Iskandar. Saja nak menyakat.

"Saja nak bagi dua-dua tu peringatan jangan lewat macam meeting sebelum ni. Hehehe." Sebaris gigi ditayangkan oleh Iskandar.

"Alah macam-macam alasanlah kau ni. Suka bilang saja suka. Nanti melepas padan muka. Haha."

"Nak makan tak?"

"Masak ke? Kalau dah masak apa salahnya makan sekali. Baru rasa lengkap satu family ada awak dan Ros."

"Nah amik anak ni. Aku nak pi hidang makanan kejap. Dah siap nanti aku panggil." Aku menyerahkan Ros pada Iskandar.

"Okay mummy." Sempat dia kenyit mata pada aku.

Selesai menghidang.

"Iskandar! meh makan bawa Ros sekali." Aku jerit saja dari meja makan memanggil Iskandar yang berada di hadapan. Nak kena pergi ruang tamu tu jauh. Biar suara sajalah yang pergi.

"Mummy awak ni macam tarzanlah jerit-jerit." Iskandar datang mendukung Ros lalu dicuit hidung budak kecik tu. Tergelaklah dia bila orang kata mummy dia macam tu.

"Duduk cepat. Ros tu letak dalam ni." Aku menyuakan kerusi kanak-kanak dan diletakkan di sebelah aku dan Iskandar.

"Huishh sedapnya. Ada ayam masak merah. Favourite saya ni." Iskandar terus duduk dan capai ayam masak merah dan dibau.

"Meh pinggan tu aku nak sendukkan nasi. Nak banyak ke sikit?" Aku menyambut huluran pinggan dari Iskandar.

"Letaklah banyak sikit. Lauk ayam masak merah ni."Eh budak ni bercakap dengan aku tapi mata dekat ayam tu.

"Haa yelaa. Makan perlahan-perlahan jangan gelojoh sangat. Aku kesian dekat Syiha je nanti kena OT jaga kau tercekik tulang ayam pula dekat rumah ni" Aku meletakkan pinggan yang sudah berisi nasi dihadapan Iskandar. Dia pun apa lagi, terus ceduk lauk. Tak sempat Bismillah dah langsai dia telan. Langsung tak endahkan apa yang aku kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience