BAB 7

Fantasy Completed 9946

Awal pagi aku dah mengenakan seluar jeans hitam bersama kemeja putih. Saja aku pilih warna putih supaya tidak menyerap haba di tapak projek nanti.

"Zeeq, kita sarapan dulu boleh?"

Oleh kerana dia tidak membenarkan aku memanggil Tengku diluar waktu pejabat jadi aku panggillah nama singkatannya sebegitu. Awalnya agak kekok tapi aku biasakan juga.

"Ye. Kita sarapan dulu baru pergi site"

Aku mengekori langkah Tengku Farzeeq.

"Lepas kau sudah makan kau pergi dekat kereta tu. Aku ada kerja nak buat sekejap"

Aku menoleh kearah sebuah kereta Audi A7 berwarna putih. Wah nak pergi tapak binaan je pun sampai nak sewa Audi. Tak sayang duit betul.

"Awak sewa ke kereta tu?"

"Sewa? Hell no. Tu kerata aku lah. Aku gerak lu. Dah siap tunggu dekat situ."

"Ohh. Okayy bos"

Sebuah topi dihulurkan kepada aku. Aku terus mengambil topi tersebut.

"Pakai ni sebelum kau melangkah masuk dekat sana"

Aku terus memakai topi berwarna putih tersebut dan mengikut langkah Tengku Farzeeq. Kenapa warna putih dan tidak warna lain?. Setiap warna topi yang dipakai ditapak pembinaan mewakili jawatan si pemakai. Topi keselamatan berwarna putih khas untuk engineer, managers, supervisors and foreman. Tidak boleh suka-suka hendak pakai topi warna lain.

Aku terus meneliti bangunan yang baru sahaja di peringkat substuktur iaitu pembinaan asas bagi sesebuah bangunan. Pada peringkat substuktur ini pekerja bawahan ditugaskan membuat pancang tanda, pengorekan lubang asas, buat acuan asas, tetulang asas, konkrit asas dan banyak lagi kerja yang perlu dilakukan sebelum ke peringkat superstruktur.

"Woi, kau sini"

"Ye saya. Ada apa Cik"

"Topi keselamatan kau mana? Asal kau tak pakai? Kalau tercedera atau mati jangan nak claim daripada syarikat."

"Maaf Cik saya terlupa"

"Kepala otak kau terlupa. Kalau kau mati terhempap besi kau nak bagi alasan apa untuk claim dekat syarikat?. Sebelum buat kerja pakai otak. Pergi pakai topi keselamatan kau sekarang."

"Baik Cik"

Tengku Farzeeq menuju kearah aku setelah berbincang dengan ketua tapak projek.

"Asal kau panggil budak tu tadi. Kuat kau menjerit sampai sana aku dengar"

"Saya marah dia tak pakai topi keselamatan. Pekerja cuai macam tu boleh menjatuhkan reputasi syarikat."

"Oh, bagus juga aku bawa kau ke sini. Aku tak perasan ada pekerja cuai sebelum ni."

"Kalau awak nak syarikat awak cepat muflis selalu lah ambil remeh tentang kecuaian pekerja tapak binaan awak."

"Lepas ni aku nak kau selalu ikut aku ke tapak projek. Boleh tahan garang kau ni. Tak takut orang langsung. Main tengking je. Haha"

Aku menjeling dan terus melihat asas yang mereka telah bina itu. Tengku Farzeeq membututi langkah aku.

"Saya rasa kita perlukan lebih pekerja untuk peringkat seterusnya. Pekerja banyak ni tak cukup untuk siapkan sebuah bangunan."

"Soal tu nanti aku uruskan dengan ketua disini"

Memandangkan aku tidak mengendalikan projek ini dari awal so bos sendiri yang kena berurusan dengan ketua disini. Aku hanya sekadar memerhati dan menegur sekiranya ada kesilapan yang berlaku.

Ting. Telefon bergetar. Aku terus mendapatkan telefonku.

*kau balik hari ni kan? *

*Ye. Tapi aku tak pasti pukul berapa aku sampai*

*Okay. Kau nak aku masak apa-apa ke? *

*Tak payahlah syiha. Kau pun penat kerja. Kau rehat je lah. Aku tau jadual doktor pelatih macam mana. Busy. *

*Hehe. Okay*

Aku terus menyelitkan telefon bimbitku kedalam poket belakang seluar.

"Pelik je minah ni mesej aku macam aku ni laki dia pula"

"Kau membebel apa lagi? Cepatlah aku nak balik rehat. Esok kena masuk pejabat banyak kerja"

"Cakap macam dia seorang saja yang berkerja esok. Saya ni duduk rumah goyang kaki ke esok?. Saya pun kerja macam awak Tengku"

"Sedar pun. Kalau dah sedar jom balik packing barang kita gerak balik KL."

"Sebelum tu jom pergi tengok sawah padi nak?"

"Weh makcik. Aku ajak kau datang sini atas urusan kerja bukan nak bercuti dengan kau"

"Kerja kita dah settlekan so tak salah nak melencong ke tempat lain." Aku menjelir lidah ke arah Tengku Farzeeq sambil menghayunkan langkah kearah kereta.

"Dasar budak tak cukup umur"

"Saya dengar Tengku Farzeeq" Aku berkata separuh jerit.

"Baguslah kalau dengar. That's means telinga kau masih boleh berfungsi"

Didalam kereta aku menurunkan seat kereta untuk berbaring. Letih betul berpanas hari ni. Nasib baik aku pakai sunblock. Kerja-kerja juga penampilan kena jaga. Hehe.

"Aku nak tanya sikit boleh?"

"Tanya je lah. Sejak bila Encik Tengku ni pandai mintak izin."

"Kau memang tak tau malu eh. Selamba badak kau je baring dalam kereta aku ni. Kau ingin aku ni suami kau ke suka-suka kau tunjuk perangai tak malu kau tu"

"Haihh awak ni mulut bisa kalah bisa ular. Saya penatlah. Bagilah saya peluang nak rehat sekejap. Ajak pergi sawah padi tak nak. Bising je" Aku membaring menghadap pintu. Malas nak menghadap bos mulut bising tu. Merajuk kerana permintaan untuk ke sawah padi ditolak sebentar tadi.

Aku terlena didalam kereta. Aku terus terjaga bila terasa seperti kereta sudah tidak bergerak. Aku memisat mata seperti tidak percaya terbentang sawah padi dihadapan mata. Dengan gopohnya aku keluar dari kereta.

"Wahhhhh. Cantiknyaa" Aku menjerit melihat keindahan sawah padi.

Aku melihat seorang jejaka yang sedang duduk di bangsal yang terletak ditengah sawah padi itu. Macam kenal. Aku melangkah ke arah gerangan tersebut.

"Kenapa kita dekat sini?"

"Sedap membuta?. Bangun-bangun hilang ingatan terus ke?"

Aku memandang bos yang sedang memandang hamparan sawah padi itu.

"Sedap sangat dapat tidur. Lagi sedap dari mulut awak yang celupar tu. Huh"

"Tak bawa tengok sawah padi kang ada orang kempunan. Merajuk macam budak kecik"

"Mana ada saya merajuk"

"Kalau perangai budak terencat kau tu dah keluar tu tandanya kau merajuk. Aku kenal sangat perangai kau yang satu tu"

Bertambah hairan aku dengan bos aku ni. Aku tak kenal pun dia. Tapi dia kenal aku macam dah lama.

"Kenapa awak selalu cakap awak dah kenal sangat dengan saya?"

"Sebab aku bos kau so aku kenal pekerja aku. Dah kau diam aku nak ambil gambar pemandangan ni" Tengku Farzeeq terus bangun dan mengeluarkan cameranya dari beg camera.

"Farzeeq..."

"Haa cepatlah duduk sana. Aku amikkan gambar kau"

"Hehe. Thank you. Tau-tau je."

"Kalau kau dah menyeru macam sotong lembut macam tu memang sah nak membodek."

"Hehe. Amik gambar tak nak nampak gemuk tau"

"Kau ingat camera aku ni fake macam manusia ke. Kalau dah gemuk tu gemuk je lah nak aku amik macam mana lagi. Unless kau suruh aku amik gambar orang-orang dekat sana tu"

Dia menunjukkan kearah orang yang diperbuat daripada kayu dan baju yang buruk serta bertopi seperti orang sawah.

"Jahatnya awak ni."

"Cepatlah Elys. Aku nak balik lepas ni."

"Yelaa" Pelbagai cara aku posing.

"Nak tengokk"

"Dalam kereta nanti aku bagi. Jom balik"

"Okayy"

Seronoknya dapat pergi sawah padi. Didalam kereta aku membelek setiap gambar yang diambil oleh Tengku Farzeeq. Dari gaya pengambilan gambar itu nampak seperti seorang yang professional yang mangambilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience