BAB 15

Fantasy Completed 9946

Turun saja dari pesawat kami mencari tempat makan untuk isi perut yang lapar. Gila tak lapar sepuluh jam dalam flight. Sembilan jam aku tidur. Haha.

"Awak lepas makan ni kita pergi Sky Tower nak?"

"Tak nak"

"Tak nak sudah. Saya pergi sendiri. Werkk." Menyampah betul. Kira untung aku ajak. Ikut hati memang aku nak bercuti sendirian je.

"Jelir lah lidah tu. Serupa anjing dah. Kalau muka comel tak apa juga."

"Did you want to know something?"

"What?"

"You are such a small an ant that i can't hear anything what you said. And i don't want to know what it is too." Saja aku berkata begitu. Tengku Farzeeq buat tak layan apa yang aku cakap tadi.

"Kita tunggu siapa dekat sini?" Aku hairan.

"Driver"

"Diver siapa? Kenapa tak naik teksi je"

"Driver aku. Pekerja aku ramai dekat sini."

"Ohh. Okay."

Aku mendiamkan diri. Perasaan sedih menerpa dihati. Sepatutnya Ir yang ada dengan aku saat ni menemani aku. Tapi dia lebih memilih untuk pergi daripada bertahan dengan aku. Aku dah okay nanti baru aku selidik siapa perempuan yang rampas kekasih aku itu. Jangan ingat kau orang boleh bahagia. Perasaan dendam mula timbul apabila disakiti dengan cara begitu.

Pada esok hari aku keluar sendirian berjalan disekitar Auckland. Mahu ke Sky Tower semalam tapi tidak kesampaian kerana Tengku tegas suruh check in dan berehat dahulu.

"wahh cantiknya. Tak sabar nak naik" aku sangat teruja melihat tempat itu. Sebelum memilih lokasi ini aku pernah google tempat menarik di New Zealand. Ternyata dekat sini ade aktiviti sky walk dan sky jump. Dari semalam lagi aku sudah menempah dilaman web supaya aku dapat masuk ke sini pada hari ini.

Semasa aku sedang melakukan aktiviti sky walk aku dapat melihat suasana di bandar New Zealand yang sangat sibuk. Lokasi Sky Tower yang terletak ditengah-tengah bandar membolehkan aku dan pelancong lain dapat melihat kesibukan dibandar New Zealand.

"Auchh sorry adik. Akak tak sengaja." Aku terlanggar seorang budak perempuan yang berumur tiga tahun. Nasib baik tak menangis. Aku memegang budak itu.

"Mak ayah adik mana?" Sekeliling tiada orang. Budak itu menghulurkan sekeping kertas.

*Nama dia Diyana Gerose. Umur dia tiga tahun. Tolong jaga dia. Nyawa dia dalam bahaya. Dia tidak selamat tinggal dengan aku. Nanti semuanya sudah selamat aku akan cari kau untuk ambil dia semula. Perbelanjaan dia nanti aku uruskan. Dalam beg dia ada keperluan diri dia. Surat kelahiran pun ada sekali. Terima kasih.*

"Alamak. Kahwin pun belum aku dah kena jaga anak orang pula. Aku ni dah lah baru lepas putus cinta." Aku mengomel sendiri melihat nota tadi.

"Adik ikut akak yee. Panggil akak mummy tau." Aku mengmegang tangan anak kecil itu.

"Mmy.." Ros mendepakan tangannya untuk memeluk aku.

"Haa pandai. Panggil hujung je pun tak apa sayang." Aku mendukung budak tu bawak balik hotel.

"Woi anak siapa kau amik ni?" Tengku Farzeeq disebelah bilik aku dah bercekak pinggang.

"Anak saya lah." Aku menurunkan Ros dari dukungan aku.

"Hello cute. What is your name?" Tengku Farzeeq mendekati budak itu.

"Ros." Aku yang tolong jawab.

"Jom masuk sayang. Mummy nak bersihkan diri lepas tu kita pergi makan ye." Aku sudah membuka pintu bilik.

"Jom"

"Saya panggil anak saya bukan awak." Elys menahan Tengku Farzeeq daripada masuk.

"Kau panggil sayang tadi. Ye aku nak masuk lah ni."

"Awak ni mereng ke? Pergilah main jauh-jauh. Sibuk aje. Saya panggil anak saya sayang bukan awak." Aku memutarkan jari telunjuk ke kepala isyarat seperti orang gila tak ada akal.

"Oh. Hehe. Yela. Sayang pergi rehat dengan mummy dulu nanti kita keluar sama-sama dengan daddy tau" Tengku Farzeeq mencium Ros sebelum melepaskannya.

"Daddy?"

"Yess. Kau mummy aku daddy. Aku pun nak ada anak"

"Awak kahwin lepas tu buatlah anak sendiri."

"Aii kau tak kahwin dah ada anak boleh pula?"

"Err. Saya tak apa."

"So biarlah dia panggil aku daddy ye sayang Elys." Tengku Farzeeq mengenyitkan matanya dan terus masuk ke bilik sebelah.

"Daddy awak gila sayang jangan layan dia tau" Ros seperti memahami apa yang aku katakan tadi terus ketawa. Alahai comel je kau ni budak. Kulit putih, rambut keperangan dan mata kebiruan.

"Aku dengar. Tak baik ajar anak bukan-bukan sayang. " Tengku Farzeeq dimuka pintunya mengeluarkan kepala. Aku terus masuk ke bilik dan menutup pintu. Haha dengar pula orang tua tu. Tua ke?? Entah lupa nak tanya umur dia berapa.

Ketukan dipintu menyentakkan aku daripada terlena. Aku melihat Ros juga turut terlena selepas membersihkan diri tadi.

"Jom makan malam. Kesian anak aku tu lapar." Tengku Farzeeq meninjau ke dalam bilik aku.

"Okay." Aku masuk semula ke bilik. Tengku Farzeeq mengekori aku. Pintu dibiarkan terbuka.

"Anak mummy bangun ye sayang kita dinner." Aku mengejutkan Ros perlahan. Aku mengambil susu dan pampers dan dimasukkan ke dalam beg Ros.

"Daddy dukung ye? Kesian dia penat sangat." Tengku Farzeeq menggendong Ros dan dibawa ke luar. Kami sama-sama ke lobi menunggu kereta. Ros baru terjaga hanya memeluk leher Tengku Farzeeq.

Di sebuah restaurant kami mengambil pesanan yang sama. Tengku Farzeeq memesan kentang goreng untuk Ros.

"Now kau boleh bagi tau aku semua pasal budak ni." Tengku Farzeeq menyuakan kentang ke mulut Ros.

"Saya jumpa dia di Sky Tower semalam. Then saya terlanggar dia. Dia bagi saya satu surat. Dalam surat tu tulis semua tentang Ros ni termasuk dia dalam bahaya. Orang yang tulis surat tu suruh saya tolong jagakan Ros untuk dia. Nanti bila keadaan dah selamat dia akan amik semula Ros dari saya."

"Senang-senang macam tu je kau boleh terima budak ni dalam hidup kau? Kalau orang gunakan budak ni sebagai sindiket penipuan macam mana?"

"Pada mulanya saya nak hantar dia ke balai polis tapi saya pikir semula sekiranya saya menghantar dia ke balai polis mesti orang jahat yang tertulis dalam surat itu dengan mudah dapatkan Ros. Kali pertama saya jumpa dia saya dah sayang dia. Jadi saya amik keputusan untuk menjaga dia." Aku mencubit pipi anak kecil yang sedang ralit dengan kentangnya.

"Kalau kau dah buat keputusan macam tu aku tak boleh nak halang. Terpulanglah dekat kau. "

"Hmm"

"Esok aku kena balik Malaysia. Syarikat dekat sana ada masalah. Kau jaga diri dekat sini."

"Ohh. Okay. Nanti habis cuti saya balik sana dan berkerja seperti biasa." Aku kembali meneruskan makan. Melihat Tengku Farzeeq melayan Ros membuat aku rasa senang dengan kehadiran anak kecil itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience