BAB 13

Fantasy Completed 9946

Kertas kerja yang Tengku Izreen minta kerjasama adiknya serta tenaga kerja dalam bidang aku, aku bawa ke pejabat hari ini. Untuk kertas kerja itu aku terpaksa settlekan di rumah kerana projek itu merupakan projek tambahan bagi Zeeq Holdings.

Knok..knok..knok..

"Masuk"

"Ini kertas projek Tengku Izreen." Kertas besar dan fail bersaiz A4 itu sudah bertukar tangan.

"Dah siap?" Dia membuka fail tersebut.

"Sudah. Saya minta diri dulu."

"Ok. Kalau ada apa-apa masalah aku rujuk pada kau semula." Dia meneruskan menyelak helaian seterusnya. Manakala aku sudah membawa langkah keluar dari bilik itu.

"Elys. Kamu kenapa muram je ni." Langkah aku terhenti di hadapan meja Nira Nelly.

"Tak ada apa. Saya penat sikit baru balik dari kampung semalam." Aku berdalih lalu memberi senyuman sumbing kepada wanita itu.

Aku sedang menyambung kerja aku sehingga satu ketukan di pintu mennghentikan fokus aku. Aku membenarkan orang itu masuk tanla melihat siapa gerangan itu. Selalunya akak Nira lah yang akan berhubung dengan aku. Dia merupakan orang tengah antara bos dengan pekerja yabg lain.

"Hai sweety." Lelaki itu terus duduk di kerusi hadapan meja aku.

"Yes. Anything can I help you Tengku?" Aku meletakkan pen di tanganku ke atas meja.

"Wanna date with me?" Dia dah duduk sambil tangan menampung wajahnya di atas meja aku.

"Huh. Pordon?" Aku memandang tepat ke anak mata lelaki itu.

"Hello, I know you heard it sweety. Please don't let me say it again." Suara dia seakan tegas sedikit.

"Nope, kalau tak ada apa-apa urusan lagi tolong keluar. Saya banyak kerja nak buat ni." Aku kembali mengambil pen untuk menyambung kerja terkendala tadi.

"Seriusly sweety you tak nak keluar dengan I. Perempuan dekat luar sana beratur nak date dengan I you know?"

"Saya perempuan dekat dalam sekarang ni so Tengku tolong keluar sekarang." Aku sudah naik berang dengan lelaki yang tak paham bahasa macam Tengku Izreen.

"Orite nanti I tunggu you dekat luar so that you boleh date dengan I. Hehe"

"Apa-apa je lah Tengku. Tolong lab keluar sebelum saya naik angin dekat sini. Mood saya kurang baik hari ni."

"Really sweety? I boleh kembalikan mood you. Nak?" Dia dah berbangun dari duduknya dan mula mendekati aku.

"Aku dah warning tadi jangan kacau aku tapi kau degil. Pergi berambus sekarang." Aku bangun dan terus menarik tangan Tengku Izreen dan menolak lelaki itu keluar dari pejabat aku. Aku menutup pintu dan mengunci tombol pintu dari dalam.

"Garang. Haha" Tengku Izreen menuju ke arah bilik adiknya.

"Mood dia tak berapa sangat hari ni Tengku. Maaf ye." Akak Nira yang menyaksikan adegan tadi turut sama terkejut.

"It's okay. Saya yang ganggu dia tadi. Haha." Dia menggaru belakang tengkungnya. Malu kerana dihalau oleh seorang gadis yang merupakan majikan adiknya sendiri.

"What's up bro." Kepala Tengku Izreen suda tersembul di pintu bilik Tengku Farzeeq.

"Yoo. Nak apa datang pejabat aku ni. Aku tak ada panggil pun kau datang sini." Mata sudah memerhati abangnya yang duduk di sofa biliknya.

"Aku melawat buah hati aku dekat sini tadi. Tapi kena halau pulak." Dia mengadu pada adiknya.

"Awek mana berani halau kau ni. Haha. Dia tak kenal ke kau siapa?" Tengku Farzeeq sudah mula menghentikan jari yang sedang sibuk menaip tadi.

"Izz Elys engineer cute kau tu. Tapi bila marah takut aku. Aura dia tu susah nak nampak dekat perempuan lain." Badan sudah berbaring di sofa berbantalkan lengan.

"Whatt? Kau kacau pekerja aku Iz??" Suara sudah naik seoktaf.

"Ala aku ajak date je. Kedekutlah kau ni."

"Aku tak suka kau kacau pekerja aku. Kau carilah perempuan lain bro. Jangan buat masalah dekat office aku lagi. Aku tak nak pekerja aku lari macam sebelum ni." Abangnya suka menimbulkan masalah di syarikatnya.

"Yela. Tapi aku tak janji tak akan cari Elys lagi. Aku rasa sangat berminat dengan dia. Hahaha." Wajah Tengku Izreen ditenung dalam.

"I warn you bro jangan kacau dia. Dia tak sama macam perempuan lain yang pandang harta dan pangkat. She is so different. I know she better."

Tengku Farzeeq sudah malas untuk melayan abangnya itu. Datang tak di undang lalu membuat onar. Sebelum ini dia menganggu pekerja bawahan sehingga budak itu tidak mahu berkerja di bawah Zeeq Holding. Gara-gara Tengku Izreen yang suka mengganggu pekerja di sini, ramai yang tarik diri selepas ditinggalkan oleh lelaki itu. Buaya yang biasa duduk di laut tiba-tiba naik ke darat begitulah lagaknya.

Lagi menyakitkan hati apabila Tengku Izreen sentiasa menjaga pekerjanya. Seorang pun pekerja di syarikatnya tidak siapa berani usik. Dia sendiri tidak akan menganggu pekerjanya. Sangat tidak adil. Oleh kerana dia menjaga pekerjanya Tengku Izreen menganggu pekerja di syarikat Tengku Farzeeq.

"What do you mean you know she better?" Dia sudah duduk dari baringnya kerana terkejut mendengar ayat itu dari bibir adiknya.

"Kau tak perlu tau. Kalau kau buat hal lagi dekat sini siap kau. Aku bagi tau papa dan mama suruh carikan kau calon isteri. Senang sikit. Tak payah aku nak jaga buaya gatal macam kau ni." Gelak sinis meniti di bibir Tengku Farzeeq.

"How dare you. Main ugut pula. Yela aku tak kacau lagi manusia dekat sini." Mengalah juga akhirnya.

"Good. Aku pegang kata-kata kau tu. But once kau ingkar I swear you will married soon." Senang hati Tengku Farzeeq apabila dapat memancing abangnya dengan kelemahan beliau.

"I got to go"

"Wait. Amik ni kertas projek kau. Elys dah settlekan. Semuanya okay and boleh proceed to the next levels"

"Alright. Thank you. Aku nak Elys tengok tapak dekat Penang tu nanti boleh?"

"Engineer kau mana? Dah mati kena timbus tanah ke?"

"Ala bagi chance lah pekerja aku nak rehat."

"No. Aku dah tolong kau cukup baik. Jangan nak demand lebih-lebih. Pergi balik pejabat kau. Umpan kau tak mengena hari ni." Tengku Farzeeq sudah menghalau abangnya.

"Haha. Cau bro" Tengku Izreen meninggalkan Zeeq Holdings.

Aku membuka aplikasi instagram. Terasa lenguh di tengkuk kerana terlalu asyik membuat kerja. Aku tertarik dengan satu post yang di kirimkan oleh seorang pengguna wanita.

Gambar dia bersama seorang lelaki tetapi wajahnya diselindung oleh stiker. Tapi dari sosok tubuh lelaki itu aku sangat kenal. Aku terus skrin layar gambar itu. Aku menghantar gambar itu kepada Irjad.

*Awak kenal ke?*

Seen

*Kenapa tak jawab?*

*Betullah lelaki tu awak?*

*Awak jawab please*

*Jangan buat saya macam ni*

*Awak tau kan saya sayang awak*

Panggilan aku tidak berjawab. Mesej aku tidak berbalas. Berpuluh kali aku call.

*Kita dah lama putus. Jangan cari aku lagi dan jangan ganggu perempuan tu, dia tak salah*

Terasa ingin gugur jantung aku melihat mesej itu. Hanya tuhan saja yang tau betapa aku terkejut dengan semua yang berlaku. Sebutir demi sebutir air mata aku menitis.

"Akak saya nak balik awal. Nanti bagitau bos ye. Saya rasa tak sihat hari ni" Aku terus berlalu pergi.

"Elyss." Nira Nelly sudah menjerit memanggil aku tapi aku tidak mempedulikan panggilannya. Hati aku hancur. Aku harus mencari Syiha. Mungkin Syiha ada jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience