"Auchh." Syiha mengaduh kerana terlanggar seorang lelaki.
"Sorry Cik. Awak tak apa-apa ke?" Lelaki itu membantu Syiha bangun.
"Excuse me" Iskandar menepis tangan lelaki itu dan dia sendiri yang membantu Syiha bangun.
"Saya okay." Syiha membalas kepada lelaki itu.
"Kita pergi Klinik dulu ye? Lepas tu saya hantar awak balik." Iskandar mengeringi Syiha berjalan.
"Okay." Syiha seperti terkejut setelah melihat lelaki tadi. Raut wajah itu seakan pernah dia lihat sebelum ini. Mereka pergi ke Hospital D'Rose.
"Awak jangan lupa malam ni ada meeting di Teratak D'Rose tau." Iskandar mengingatkan Syiha tentang meeting malam ini.
"Haa okay. Saya masuk dulu. Nak rehat." Syiha masuk rumah. Iskandar beredar setelah tidak melihat kelibat Syiha di halaman rumah.
"Eh kau asal ni? Takkan bergaduh dengan Iskandar sampai tempang pula!" Aku melihat Syiha masuk dengan kaki berbalut terus meluru kearahnya dan pimpin dia ke sofa ruang tamu. Ros sudah tidur diatas. Penat seharian bermain dengan daddynya. Daddy pula suka melayan karenah anak kecil itu.
"Aku rasa aku kenal lelaki tadi tu laa." Syiha termenung.
"Siapa?" Aku bingung.
"Tadi ada sorang mamat ni terlanggar aku. Then aku tengok muka dia macam aku kenal." Syiha cuba berfikir.
"Hmm" Aku juga berpikir padahal aku tak tau nak pikir siapa sebab aku tidak nampak muka lelaki yang langgar Syiha tadi.
"Haaa aku ingatt!!" Tegak badan Syiha menjerit.
"Haa mak kau ingat." Eh aku pula yang melatah. Bertuah punya budak.
"HIlman!" Syiha memandang muka aku.
"What? Hilman anak Pak Maon?" Aku membulat mata.
"Iyee anak Pak Maon jering." Syiha mengagguk.
"Dia kenal kau ke tidak?"
"Tak. Dia ada selitkan number phone dia kat dalam beg aku tadi masa dia nak tolong aku bangun. Jap aku cari." Syiha menggeledah begnya. Mampos habis terabur khazanah wanita semua keluar. Kalau ada lipas dalam beg tu tinggal bangkai aje. Haha. Bersepah resit-resit terkeluar dari beg dia.
"Hee jumpa." Tersengih lebar Syiha. Tercerna sel-sel otak dia nak mengenakan oranglah tu.
"Wahh lebar sengih. Ada plan apa-apa ke bos?" Aku mencuit Syiha ingin tahu.
"Ada lah. Bye aku nak rehat. Malam ni ada meeting." Syiha bangun dan lari ke biliknya. Tak padan dengan kaki bengkak. Aku picit kang baru tau. sabar saja aku dengan budak sorang ni.
Malam. Di Teratak D'Rose.
"Boleh jalan tak? Meh saya tolong." Iskandar brlari mendapatkan Syiha yang baru sahaja membuka pintu kereta.
"Tak apa. Saya boleh." Syiha cuba bangun dibantu oleh Iskandar.
"Eh sejak bila husband and wife ni dah berbaik? Hihi." Saja nak perli. Lepas perli aku cau masuk ke bilik meeting membawa Ros. Sempat aku mencebik ke arah mereka berdua,
"Beri penghormatan kepada bakal pengantin kita." Aku membuka pintu bilik meeting dan menahan pintu tu daripada tertutup.
"Huuuu"
"Wiwittt" Semua yang berada di dalam bilik meeting itu bersorak apabila Iskandar dan Syiha muncul di muka pintu. Paling kuat bersorak tidak lain tidak bukan mestilah Akmal si kaki sakat. Haha.
"Diamlah. Aku hempuk sorang-sorang baru tau." Syiha duduk disebelah Iskandar lalu memandang yang lain. Iskandar membuat isyarat menyuruh semua orang diam.
"Opss diam-diam. Bakal laki dia dah bagi warning tu." Aku menyuruh yang lain diam. Semua senyap.
"Okay bawa bertenang yee semua. Meeting malam ini adalah atas arahan Iskandar. Tujuan meeting hari ni adalah untuk merombak semua ahli kumpulan kita yang berada di sini dan di New Zealand. Beri perhatian okay? Silakan." Syazwina mempersilakan Iskandar untuk memulakan perbincangan.
"Okay seperti yang semua tahu di New Zealand masih terdapat ahli kita yang berasal dari Malaysia. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk merombak tempat bekerja semua orang. Kita beri peluang pada orang di sana untuk pulang ke tanah air. Boleh?" Iskandar meminta persetujuan semua.
"Boleh je." Adam menjawab.
"Eloklah tu kau jawab. Nama kau memang naik untuk dihantar ke New Zealand, Kau amik balik jawatan kau yang Farah pegang sekarang ni. Dia tak boleh buat kerja. Queen dah naik angin tengok report dia." Iskandar memandang Adam yang relax sahaja wajahnya.
"Ehh kenapa nak hantar Adam pula. Kau saja je kan?" Syiha meleenting.
"Siapa berkuasa sekarang ni? saya ke awak?" Iskandar menyoal Syiha.
"Haih nampaknya akan bermula perang dingin yang kedua lepas ni." Akmal menyiku tangan aku.
"Adoii penat aku bagi dua mangkuk ni berbaik. Sekarang dah ada bau-bau asap perang dah." Aku tepuk dahi.
"Aku yang pilih nama-nama rombakan ni bukan Iskandar. Tolong bagi kerjasama. Nanti kita akan rombak lagi. Kau lek ah Syiha. Tak lari Adam ni kalau dia sendiri tak mengejar minah-minah omputeh dekat luar negara sana. Kau ingat dia diam-diam ni baik sangat ke? Diam-diam juga dia boleh blah dari hidup kau. Dah diam bagi Iskandar selesaikan apa yang dia nak cakap." Aku mengecilkan mata memandang Adam.
Muka Syiha mencuka sehingga meeting habis. Adam pula cuak setelah mendengar apa yang aku baru katakan tadi. Heh ingat aku tak ambil port pasal anak-anak buah aku ke? Semua aku tahu cuma saja tak nak mention je. Kalau aku mention sorang-sorang punya perangai ni ada yang mati terkejut je dengan info yang aku dapat. Iskandar sudah pastinya berpuas hati kerana aku menyebelahinya. Aku bukan saja nak backup dia cuma aku malas nak tengok dua manusia ni bergaduh. Dia orang yang bergaduh, aku yang letih tahu tak?! Meeting selesai semua pulang. Bulan depan nama-nama yang Iskandar arahkan untuk bertukar dengan ahli di New Zealand akan berangkat pulang.
"Is esok kau tak payah ambil aku. Aku balik kampung dengan Tengku Farzeeq. Aku dah bincang dengan dia. Dia akan bantu aku. Kau tolonglah aku jaga Syiha ni. Dia bukan sihat sangat. Kau ambil dia dekat rumah aku esok dan bawa dia ke kampung aku tau. Aku akan tempah homestay untuk kumpulan kita nanti." Sebelum pulang aku sempat memberitahu Iskandar agar dia tidak perlu mebantu aku untuk merancang membatalkan perkahwinan aku minggu ini. Tengku Farzeeq sendiri yang menawarkan diri untuk menolong aku.
"Laa saya dah janji nak tolong hari tu." Iskandar berhenti bermain dengan Ros seketika.
"Tak payah. Tu minah cuka tu lagi penting. Kang dia dah merajuk lambattt lagilah kau dapat kahwin. Baik kau pujuk cepat. Haha." Aku memuncungkan mulut menunjukkan ke arah Syiha yang duduk memandang Iskandar dengan aku tidak puas hati.
"Haha. Halah cuka tu pandailah saya handle. Ros awak bawa ke saya?"
"Ros datang dengan kau dan Syiha. Ambil berkat berumah tangga. Mana tau kau orang yang naik pelamin pula lepas ni." Saja aku mengusik. Aku tau Is suka pada Syiha.
"Hehehe" Tersengih malu Iskandar apabila diusik bab perkahwinan.
Share this novel