Tiba sahaja dirumah aku terus masuk ke bilik. Mood aku hari ini seperti tidak mahu bercakap dan berjumpa dengan sesiapa termasuk rakan serumah denganku. Mungkin kerana penat memandu dengan jalan yang sesak. Mood aku ni senang sangat terusik dengan keadaan yang aku sendiri tidak mampu menduga.
Tok.. Tok.. Tok..
"Elyss. Aku masuk boleh?"
Aku yang baru sahaja tersedar dengan ketukan dipintu tadi terus ke pintu.
"Ye. Kau nak apa ni?"
"Kau bila balik?"
" Petang tadi, kenapa?"
"Ohh. Tak ada apa. Saja melawat kau kat bilik ni. Mana tau kau sakit ke. Kau okay tak ni?"
Tanganku dengan pantas diletakkan di dahi Syiha. Tak panas pun dahi budak ni. Ke demam panas dalam fikir aku sejenak.
"Kau tunggu sini sekejap"
Aku terus bangun dari katil dan mencari termometer untuk memeriksa suhu sahabatku itu.
"Nah amik ni selitkan dekat ketiak"
Syiha dengan muka blur terus mengambil termometer tersebut. Tiba-tiba dia terhenti sebelum meneruskan arahan aku tadi.
"Weh kau agak-agak lah. Aku tanya khabar kau kot. Sampai hati kau cakap aku demam"
"Haha. Laa aku ingatkan kau deman doh. Tak pernah-pernah baik macam ni dengan aku. Perkataan yang keluar dari mulut kau pon baik je hari ni."
Syiha dah memuncung bibirnya kerana dituduh demam oleh sahabat sendiri.
"Sabarlah Iha. Aku bergurau je tadi. Tapi en kenapa kau lambat sangat pickup eh ape yang aku suruh tadi?. Hahaha. Sumpah lawak weh muka kau tadi. Patutnya aku rakam muka kau tadi boleh jadi montage masa majlis perkahwinan kau nanti."
"Wahh kemain sakan kau gelakkan aku. Kau tunggu lah nanti aku balas."
"Do i care?. Hahaha"
"We will wait and see dear"
Syiha dengan wajah bengang keluar dari bilik aku. Walaupun mood aku tidak berapa nak stabil, tetapi apabila berhadapan dengan sahabatku ini amat sukar untuk aku melepaskan rasa yang terbuku itu.
______________________________________
Irjad pov
"Elys kata tadi nak call aku tapi sampai sekarang tak call"
Terlefon mendail nombor Izz Elys.
"Hello. Assalamualaikum sayang dekat mana tu? Dah sampai ke?"
"Waalaikumsalam. Dah sampai siang tadi. Sorry lupa nak call awak tadi. Saya penat."
"Laa kesian sayang saya ni penat. Lain kali bagitau saya kalau nak balik kampung. Saya boleh tolong drive untuk awak. Kampung kita sama boleh saya jumpa keluarga saya sekali"
"Tak bagitau? Awak lupa ke yang awak menghilangkan diri dari saya sudah hampir sebulan Ir. Awak bagai kapal terbang yang hilang dari rada dan tak tau terhempas dekat mana lepas tu awak pertikaikan saya balik tak bagitau awak? Seriusly Ir?"
Aku melepaskan keluh berat. Memang salah aku menghilangkan diri darinya. Silap aku juga tidak ambil peduli tentang hati kekasih aku sendiri.
"Sorry sayang, saya bukan menghilangkan diri. Saya sibuk dengan kerja. Awak tau kerja saya macam mana kan?"
"Yes i really know about your job. You are a teacher. Tapi saya tak tau pula kalau seorang cikgu sibuk sampai ke malam." Jawab Elys senada.
Aku sudah hilang kata untuk membalas. Sangat terasa dengan kata-kata gadis itu.
"Hmm. Awak pergilah rehat. Nanti saya call lagi. Maaf buat awak terasa hati dengan sikap saya. Bye sayang. Good night"
Panggilan terus terputus tanpa sebarang balasan daripada pihak lagi satu. Marah sangat dengan aku agaknya. Biarkan dia sejuk dulu nanti aku pujuk semula. Senang sahaja nak memujuk seorang gadis yang bernama Izz Elys itu. Aku tersenyum apabila membayangkan wajah mencuka kekasih aku apabila sedang marah. Elys kalau marah memang nampak dari raut wajahnya. Dia seorang gadis yang tidak pandai menyembunyikan perasaannya lebih-lebih lagi melalui raut wajahnya yang sangat mudah berubah apabila terasa hati.
End pov
"Urghhhh. Sampai bila kau nak tipu aku"
Jeritan aku mengundang Syiha dan Hellzira ke bilik aku.
"Ya Allah kenapa kau menjerit ni Lys?"
"Entahlah kau ni menjerit serupa orang kena sampuk asal?"
Aku memandang ke arah Syiha yang mulut tak pernah nak sopan bila berkata-kata. Geram saja aku tengok Syiha ni. Aku tengah geram dengan Irjad dia boleh bawak mulut puaka dia masuk bilik aku ni.
Syiha yang melihat memek muka aku yang gerun sepergi ingin menikam orang terus dia menyuruh Hellzira keluar.
"Zira kau keluar dulu. Aku boleh handle minah ni"
Zira terus melangkah keluar setelah syiha membisikkan kearahnya.
Hanya manusia yang bernama Syiha Hanan sahaja yang mampu menenangkan seorang harimau bernama Izz Elys. Syiha mendekati aku.
"Alright. Let we talk about it. Apa dia buat lagi kali ni?"
"You know what babe. Dia call aku tadi. Dia persoalkan aku balik kampung tak inform dia. Then dia seolah nak lari dari pertanyaan aku tentang kehilangan dia yang hampir sebulan hari tu"
"Kau tau ke kenapa dia hilang? Mungkin dia ada masalah family"
"Kau tau kan yang aku tak akan persoalkan seseorang kalau aku tak tau kebenaran. Aku syak dia buat perangai lagi."
"Maksud kau Irjad ada perempuan lain?"
"Yelah. Itu je perangai dia yang aku dah tak boleh nak ubah. Dah lah aku malas nak fikir dah. Tapi kau tunggu saja apa aku akan buat dekat kau Ir."
"Woah Lys kau ni kalau dah keluar sumpah memang akan terkena sumpahan kau dekat orang tu nanti. Bahaya betul kau ni."
"Peduli apa aku. Okay sekarang ni sesi kaunseling dah habis. Kau boleh keluar sekarang."
"Kurang asam jawa kau ni kan. Habis sepah madu dibuang."
Syiha dah menjeling aku sebelum berlalu pergi.
"Wait. By the way thank you sudi dengar masalah aku. And jangan lupa tutup pintu tu ye sayang"
Aku mengenyit mata kearah Syiha.
"Siapa sayang kau. Cau"
Alahai Syiha nampak je sengal tapi hati lembut macam Cadbury. Hahahaha. Sorry Syiha aku berkasar dengan kau sebab aku tak nak lama-lama dengan kau sebab aku mudah sangat melepaskan masalah aku dekat kau. So aku tak nak semua masalah aku sampai pada kau. Aku masih boleh simpan dan selesaikan masalah aku sendiri.
"Zira kau buat apa?"
Aku menegur kawan kepada Syiha di sekolah dulu yang sedang leka denga telefon bimbitnya dari tadi.
"Eh. Haha. Tak buat apa pun. Kau dah okay ke?"
"Hmm. Dah. Syiha mana?"
"Haa? Hurm. Syiha dekat dapur tadi masak katanya"
"Okay"
Menyampah pulak aku dengan betina ni. Gelisah macam orang tengah buat salah je. Aku terus mencari susuk tubuh Syiha didapur.
"Woi minah kau masak apa malam ni?"
"Woi mak minah masak kangkung belakang rumah. Ehh. Mangkuk kau Lys. Kalau tak terkejutkan aku tak boleh agaknya budak ni"
"Hahahahaha. Mak minah masak kangkung ye Iha?."
"Diamlah kau. Bising je. Kau nak apa ni? Aku nak masak lauk telur je. Kau nak tak?"
"Kalau telur kau je lah yang makan. Ajak si bengap kat depan tu makan dengan kau. Aku kalau makan telur malam ni nanti esok bumbung pejabat aku tercabut aku bersin."
Saja je Syiha ni pelawa makanan yang dia sendiri tau aku memang tak boleh makan.
"Siapa si bengap?. Hahaha. Apa sadis sangap budak tu dapat gelaran si bengap"
"Tu kawan kau dekat depan tu lah si bengap. Aku tanya tadi dia ha? Ha?. Menyampah pulak aku. Aku halau dari rumah ni nanti baru tau."
"Hahaha. Nak pulak kau bercakap dengan dia"
"Dia dah macam kerang busuk dekat depan tu tersengih-sengih menghadap telefon apa salahnya aku tegur. Aku tak nak nanti ada orang buat aduan keatas rumah aku kerana membela orang gila."
"Mulut kau ni Lys banyak betul berubah. Hahaha. Aku nak makan kejap. Kau nak makan kau masak sendiri"
"Baik bos"
Sedang asyik makan makanan yang terhidang diatas meja aku terfikir sesuatu. Dengan siapa budak bengap tu tengah angau eh?. Nak selidik ke tak?. Tapi dia bukan ada kena mengena dengan aku pun. Lupakan saja.
Share this novel