BAB 18

Fantasy Completed 9946

"Kau siapa ha? Aku tak kenal kau pun" Danial dah cuak kerana tiada seorang pun anak buahnya yang terselamat.

"Aku tak ada mood nak borak dengan kau buat masa ni tapi aku nak kau lepaskan budak tu. Mana dia?" Elys mencekik leher Danial dan mengacukan pistol ke kepala Danial.

"Ikat dia" Iskandar mengarahkan Jack mengikat Danial yang sedang menahan tangan Elys daripada mencekik lehernya.

"Bawa budak tu keluar" Danial menjerit memberi arahan kepada anak buahnya yang menjaga Ros. Ros diletakkan diatas lantai. Elys melihat Ros terkulai lembik seperti tidak bermaya terus mendakap anaknya.

"Apa kau buat dengan dia ha?!" Elys naik berang dalam tangisan yang ditahan. Anak buah Danial sudah berundur hendak melarikan diri.

"Shoot" Jack terus melepaskan peluru kena kepala anak buah Danial selepas mendapat arahan daripada Iskandar.

"Jawab soalan aku setan!" Elys mencucuk dada kiri Danial dengan pisau.

"Arghhhhh. Aku bagi dia ubat tidur."Danial meronta-ronta kesakitan.

"Kau kejam danial. Kau tak layak hidup dekat dunia ni. Kau punca mak bapak budak tu mati. Kau bunuh dia orang sebab kau nak kuasai kumpulan Red Rose. Sekarang kau cuba nak bunuh anak dia pula?!" Elys menendang pisau yang tercucuk tadi semakin dalam terhingga terbenam di dada Danial.

"Mana kau tau aku bunuh dia orang? Kau siapa perempuan?" Dada Danial penuh dengan darah meleleh. Hanya tinggal pemegang pisau sahaja nampak, selebihnya sudah terbenam ke dalam dada Danial.

"Aku tau semuanya sejak aku kenal budak tu. Sekarang apa kau nak dari dia? Jack bawa Ros keluar dari sini dan hantar ke hospital Red Rose." Elys mengangkat Ros dan diberi kepada Jack. Danial masuk mencari nafas.

"Aku nak dia mati. Aku tak nak dia kenal aku untuk balas dendam dan ketuai kumpulan tu." Danial memandang tajam Ros dalam dukungan Jack yang semakin menghilang dipintu gudang.

"Haha. Tapi kau dah terlambat nak bunuh dia Danial. Sekarang dia bawah tanggungjawab aku. Apa-apa yang berurusan dengan Ros akan berdepan dengan aku. Aku nak kau mengucap sekarang." Elys duduk diatas meja berdepan dengan Danial. Manakala kakinya melunjur letak diatas kepala Danial. Sesekali dia menyepak kepala Danial kerana geram dengan perlakuan lelaki itu kepada Ros serta dirinya.

"Kenapa awak suruh dia mengucap?" Iskandar pelik. Dia memeluk tubuh melihat aksi Elys.

"Haa baguslah kau dah tanya. Kau ajar dia mengucap sebelum aku cabut jantung dan hati dia." Elys menarik Iskandar sehingga terdorong ke Danial.

"The fuck minah ni" Iskandar berbisik sendiri.

"Aku dengar Iskandar. Kau nak aku cabut nyawa kau dulu ke dia?" Elys mengecilkan mata memandang Iskandar.

"Ishh kau mengucap je lah bodoh. Kang aku pulak yang kena. Kau ni islam ke tak? Cepat mengucap." Iskandar mengetuk kepala Danial. Iskandar ni nama je mafia tapi otak lambat. Setelah Danial mengucap Elys terus menumbuk kuat dada kiri yang ditikam guna pisau tadi

"Sabar ye Danial. Sikit je ni. Dulu kau sakitkan hati aku. Dan kau dah sakitkan anak aku. Sekarang aku nak tolong kau bayar hutang kau." Elys menarik pisau tadi kebawah sehingga terkoyak dada kiri Danial. Elys mencengkam hati Danial dan terus mencabut keluar lalu dicampak dan dipijak. Jantung pula jadi sasaran Elys.

"Wehh apa awak buat ni. Seksa jasadlah." Iskandar tidak mahu melihat. Dia memandang kebelakang.

"Kau diam. Aku dah kira baik bagi dia mengucap tadi. Mati ingat tuhan." Selesai tugasnya dia mendekati Iskandar.

"Awak nak apa dekat dengan saya ni?" Iskandar seram dengan muka psiko Elys. Tak sangka Elys ni muka baik tapi psiko habis.

"Nah amik dosa ni sikit. Haha." Elys mengelap tanganya yang oenuh dengan darah pada pipi Iskandar.

"Erghhh bodoh awak ni. Perempuan gila!" Iskandar menjerit dan mengejar Elys yang sudah berlari keluar dari gudang.

"Haha. Letupkan tempat ni." Elys memberi arahan pada semua anak buah Red Rose melalui earpod yang sudah bersedia dari awal di keliling gudang menjaga bom.

"Woii sabar aku tak keluar lagi gila!"
Giliran Iskandar pula mengeluarkan arahan. Geram sungguh dengan sikap Elys gila tu.

Kami melihat gudang lama itu meletop macam bunga api. Setelah semuanga hangus aku menyuruh Anak buah Iskandar pastikan tiada sebarang bukti yang dapat dijejaki oleh polis.

"Jom blah" Elys meneluk bahu Iskandar.

"Pergi mana?" Iskandar bingung.

"Aku nak tanam kau pulaklah apa lagi." Elys memeluk tengkuk Iskandar dibawah ketiaknya.

"Kepala otak awak. Bodoh perempuan gila lepaskan saya!"Iskandar meronta untuk dilepaskan.

"Haha penakut! Pergi hospitallah nak tengok anak aku." Elys melepaskan Iskandar.

"Oh okayy." Iskandar menggosok tengkuknya. Sakit. Perempuan ni memang lain macam.

Di dalam kereta semasa perjalanan ke Hospital Red Rose aku seperti biasa sudah tertidur. Letih sangat rasanya.

"Awak dah sampai" Iskandar mengejutkan aku.

"Ha? Dah sampai ke? Rasanya baru seminit tidur." Elys mengeliat.

"Kepala hotak awaklah seminit." Iskandar menolak kepala aku perlahan.

"Hehe." Aku terus mencari wad yang menempatkan Ros.

"Sayangggg. Anak mummy okay ke?" Aku membuka pintu dan melihat Jack setia menemani Ros ditepi katil.

"Myy. Luk." Ros berdiri diatas katil mendepakan tangannya.

"Alahai baru kena ubat tidur dah pandai anak mummy ni cakap nak peluk" Aku memeluk dan mencium pipi Ros. Sayang aku pada kanak-kanak sama seperti aku sayang orang yang menghargai kehadiran aku dalam hidup mereka.

"Pa." Kini giliran Iskandar pula di peluk.

"Iye sayang. Papa ada ni." Iskandar membalas pelukan gadis kecil itu.

"Doktor mana yang rawat anak aku tadi?" Aku memandang Jack menanti jawapan.

"Doktor Adam" Ringkas jawapan dari Jack.

"Okay. Aku nak jumpa dia kejap." Aku bangun dari katil.

"Awak jangan lama-lama sangat tau." Iskandar menahan lengan aku.

"Apasal pula?" Aku menjeling nipis Iskandar.

"Nanti saya rindu." Mata Iskandar terkenyit sebelah.

"Ni hambekk rindu kau." Aku mengetuk kepala Iskandar kuat. Jack menahan tawa takut dia juga mendapat habuan yang sama. Manakala Iskandar menyeringai sakit.

"Bapak ah perempuan ni tangan besi ke siot" Iskandar menggosok kepalanya.

"Padan muka kau" Aku membiarkan Iskandar dengan muka kelat menahan sakit.

Tok..Tok..Tok..

"Doktor Adam right?" Aku terus masuk tanpa mendapat keizinan.

"Yes. I am. Who are you?" Agak sinis suaranya.

"Kau tak payah nak kerek sangat dengan aku. Kau tu adik-adik aku je. Aku nak tau pasal pesakit nama Ros."
Aku duduk di atas sisi meja.

"Alright. Ros dah okay. Nasib baik ubat tidur yang diberi tu dos yang sedikit. Tidak merosakkan apa-apa organ. Esok dia dah boleh discharge. "

"Okay. Thank you."

"Welcome"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience