"Afzan kau pergi tengok apa jadi dekat belakang sana" Aku mengarahkan Afzan untuk melihat bilik kurungan kerana bunyi pintu besi itu hanya dari bilik kurungan. Seluruh tempat di dalam markas ini dikelilingi kaca dan nampak seperti istana kaca pun ada. Bagi aku markas kita perlu lain daripada yang lain. Tidak semestinya markas harus diimaginasikan sebagai tempat yang kotor seperti gudang lama.
"Baiklah Queen" Afzan menurut perintah.
"Perhimpunan kita tamat disini dan semua boleh bersurai." Aku menamatkan perbincangan dan mengarahkan semua bersurai supaya aku boleh meneruskan tujuan utama aku untuk ke sini awalnya.
"Kau ketua apa Lys? Ni kumpulan gangster ke weh? Sejak bila kau jadi gangster ni?" Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Syiha sebaik sahaja semua ahli Red Rose bersurai.
"Dah mula dah wayar-wayar otak dia berfungsi. Ni yang malas aku nak menjawab." Aku memandang Iskandar dan Ros yang berada diriba Iskandar.
"Kita ni ahli jemaah masjid awak. Awak tak tau ke? Kawan awak ni imam dekat salah sebuah masjid yang terbesar di Malaysia ni." Iskandar menjawab persoalan Syiha. Syiha melopong memandang Iskandar.
"Tutup mulut ni Cik adik nanti langau masuk terus angau kau nanti." Aku menaikkan dagu Syiha keatas untuk menutup mulutnha yang melopong tadi.
"Betul ke weh?" Syiha memandang aku pula. Muka dia sungguh teruja.
"Esok aku hantar kau ke sekolah agama sekolah rendah tau. Malam ni aku daftarkan kau sebagai murid khas disana supaya kau diberikan lebih perhatian." Aku memegang kedua-dua pipi Syiha.
"Haa? Kenapa aku kena masuk sekolah agama semula? Aku dh tua lah." Syiha bengang.
"Awak ni lembap juga ye. Mana ada imam seorang perempuan. Mazhab mana awak ikut ni? Aduh macam manalah dia ni boleh jadi ahli kumpulan kita ni Elys." Iskandar menolak dahi Syiha. Aku yang berada ditengah-tengah mengelak dan membiarkan mereka bertengkar dahulu.
"Oh kau bodohkan aku eh?" Syiha bangun lalu diambilnya Ros dari Iskandar dan dihulurkan kepada aku. Syiha menendang Iskandar sehingga dia meluncur dengan kerusi berodanya ke hujung dinding sebelah belakang.
"Elyss tolong saya!" Iskandar menjerit meminta pertolongan apabila Syiha semakin menghampirinya.
"Lantak kau lah malas aku nak masuk campur hal rumah tangga orang. Aku cau dulu." Aku terus berlari membawa Ros ke bilik kurungan. Aku sempat mengambil topeng muka aku di dalam pejabat aku yang tersedia di dalam markas itu.
"Elyss!" Gabungan jeritan daripada Iskandar dan Syiha membuatkan aku lagi laju berlari meninggalkan bilik perjumpaan. Aku tau perkataan aku tadi mengundang maut sekiranya aku masih berdiam diri disitu. Haha.
"Sayang duduk dengan Uncle Akmal sekejap ye, mummy ada kerja sikit nak buat." Aku memujuk Ros untuk duduk bersama Akmal yang merupakan hacker Red Rose.
"Nanak miy" Ros tidak mahu ditinggalkan bersama Akmal.
"Uncle ada ni" Akmal menghulurkan sekuntum bunga ros merah kepada Ros.
"Wah! Nak! Miy gi" Ros memegang kedua pipinya teruja melihat bunga ros ditangan Akmal. Dan dia menolak tubuh aku untuk pergi kerana dia hendak duduk bersama Akmal. Dia tahu bahawa aku ada disitu aku tidak akan membenarkan dia memegang mahupun bermain dengan bunga ros tersebut.
"Mal buang duri tu sebelum bagi dia. Aku nampak secalit luka dekat dia siap kau." Aku terpaksa membiarkan dia bermain dengan bunga ros kali ini kerana aku hendak melakukan tugas aku.
"Alright Queen" Akmal mendukung Ros dan dibawa ke bilik yang tersimpan pelbagai warna bunga ros. Ianya seperti taman bunga ros tetapi setiap bunga ros tersebut ditutupi dengan dinding kaca supaya Ros tidak dapat memegang bunga tersebut.
Aku duduk di bilik seksaan dan menelefon Afzan. Aku memakai jaket hitam dan topeng muka lalu rambut aku ikat kuda supaya lebih kemas.
"Kau tunggu dekat luar. Aku boleh uruskan dia seorang diri." Aku mengarahkan Afzan keluar selepas dia meletakkan Hellzira dihadapan aku.
"Baik Queen" Afzan membuka ikatan kain hitam pada mata Hellzira lalu dia keluar dari bilik seksaan tersebut.
"Hai Hellzira Haizard. Lama kita tak berjumpa dan duduk berorak semesra ini kan?" Aku mendekatkan kerusi aku dengan Zira.
"Kau siapa?" Zira cuba memuka matanya yang bengka akibat dielasah oleh aku semalam dan menangis seharian di dalam bilik kurungan.
"Orang panggil aku Queen. Mungkin kau tak kenal aku tapi aku sangat kenal kau. Aku selalu ambil tahu perkembangan semasa kau. Tidak dilupakan juga isu semasa buah hati kau Ahmad Irjad." Aku menyilang kaki dan bertongkat dagu.
"Kau siapa ha? Aku tak kenal kau. Kau nak apa dari aku?" Lemah Zira menjawab.
"Aku nak apa dari kau ye? Eh aku nak apa dari dia ni?" Aku menyoal diri aku sendiri di hadapan Zira.
"Aku nak nyawa kau boleh?" Aku merentap rambut Zira kebelakang.
"Aku tak kacau orang la. Kenapa kau kacau hidup aku?" Zira menangis dalam kesakitan.
"Opss..maaf..sakit ke? Tapikan aku peliklah kenapa buah hati kau tak cari kau? Asal dia tak datang selamatkan kau?" Aku melepaskan rambut Zira dan membetulkan semula rambutnya.
"Dia..Dia..haa dia busy" Tergagap-gagap Zira mencari alasan.
"Busy? Wah anak jutawan ke buah hati kau?" Aku duduk semula di kerusi aku.
"Haah dia anak jutawan. Aku akan pastikan dia tangkap kau dan siksa kau macam mana kau siksa aku." Zira dengan tangan terikat mendabik dada mengaku buah hatinya anak jutawan.
"Haha. Anak jutawan kampung? Bodoh betul kau ni." Aku menunjal kepalanya dengan kuat.
"Kau siapa? Lepaskan aku!" Zira menjerit kerana sudah hilang kata-kata dan idea untuk menipu.
"Aku akan lepaskan kau setelah kau sedar kesalahan kau dan berjanji untuk berubah."
"Apa salah aku? Aku tak ada buat salah" Masih tidak mahu mengalah.
"Salah kau adalah merampas kekasih Izz Elys. Kau kenal nama yang aku sebut tadi? Aku yakin kau kenal. Oleh kerana kau merampas kekasih yang sangat dia sayangi dia jatuh sakit dan hampir ke batu dua,tujuh kaki dalam. Kau tau betapa strugglenya dia untuk terus hidup semasa terlantar di atas katil hospital? Kau tak tau sebab masa tu kau sedang berseronok dengan kekasih orang. Sekarang Izz Elys sudah kembali tetapi bukan sebagai seorang yang akan melepaskan orang yang bersalah tanpa hukuman."
"Takpe aku tau kau tak tau nak cakap apa. Kau memang salah jadi kau tak perlu untuk memberi keterangan kerana ini bukan bilik mahkamah tetapi bilik seksaan. Aku bagi kau kesan sikit je supaya kau ingat aku dan insaf untuk ulangi kesalahan kau yang sama." Aku mengambil pisau kecil dicelah poket seluar aku dan menoreh dahi Zira sedikit.
"Ahh sakit. Aku minta maaf. Aku tak akan ulang lagi kesalahan aku. Bebaskan aku." Zira menangis merayu untuk dibebaskan.
"Okay dah siap. Jadi budak baik tau. Lagi sekali aku tangkap kau tak akan dilepaskan hidup-hidup. Faham?" Aku mengelap pisau tadi dengan kain yang tersidai diampaian yang tersedia. Memang bilik seksaan itu akan tersedia tuala untuk mengelap alatan selepas melakukan aktiviti seksaan kepada musuh.
"Terima kasih. Aku janji aku akan berubah." Zira menunduk kepalanya dan tidak berani untuk berlawan dengan aku lagi.
"Afzan masuk dah selesai!" Aku menjerit memanggil Afzan.
"Bagi dia rawatan dan hantar dia balik ke rumah ibubapa dia. Cuma bekas luka torehan tu biarkan berparut sebagai peringatan untuk dia." Aku menunjukkan luka yang aku toreh tadi.
"Baik Queen. Nak kena panggil ketua ke untuk uruskan dia ni?"
"Tak perlu. Cukup aku yang bagi arahan. Bos kecik kau tu busy berkenalan dengan Is." Aku keluar dan mencari Ros.
"Okay" Afzan membawa Zira ke bilik rawatan.
*RING*RING*RING* Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku melihat nama Tengku Farzeeq tertera dikaca telefon aku. Aku menjawab.
'Nak apa telefon saya?'
'Aku nak cakap dengan Ros bukan kau. Mana Ros?'
'Ros hilang'
'Haa? Ros hilang?' Tengku Farzeeq cemas.
'Taklah saya gurau je. Dia ada tengah main dengan bunga Ros.'
'Haish kau ni main hilang-hilang pula. Aku dapat kau siap kau. Kau yang aku hilangkan dari dunia ni.'
'Sabar bos. Tak baik marah-marah. Haha.' Aku ketawa.
'Esok aku nak bawa anak aku keluar jalan-jalan.'
'Okay. Esok saya siapkan dia untuk awak bawa dia berjalan. Ada apa-apa lagi ke?'
'Tak ada. Tu je aku nak bagitau memandangkan anak aku tu kau dah umpan dia main dengan bunga ros sampai dia tak dengar aku telefon ipad dia.'
'Haa cakap elok-elok sikit. Saya tak bagi awak bawa dia keluar esok baru tau.'
'Kaki ugutlah kau ni. Dah lah malas nak layan kau.' Talian Tengku Farzeeq tutup dengan serta-merta.
"Haha. Tau takut." Aku memandang telefon yang baru sahaja dimatikan talian.
"Amboi Queen senyum-senyum cakap dengan siapa tadi?" Akmal datang bersama Ros.
"Mana ada. Kau banyak bunyi pula eh. Meh sini anak aku tu aku nak check ada luka ke tidak. Kalau ada nahas kau." Aku menarik Ros dan membuat sportcheck disetiap bahagian badannya. Akmal menggaru kepala melihat sikap protective aku terhadap Ros.
"Elys tolong aku!" Suara Syiha menjerit meminta pertolongan mengejutkan aku. Alamak apahal minah ni menjerit kuat sangat. Siapa pula yang buat dia? Takkan ada musuh berjaya lepas masuk ke markas aku ni?
Share this novel