BAB 1

Fantasy Completed 9946

Aku terpegun melihat bangunan yang tersergam indah dihadapan mata. Tidak aku impikan untuk berada dihadapan bangunan yang semegah ini. Hari ini merupakan hari temu duga aku bagi bidang yang selama ini aku bertungkus lumus di zaman universiti.

" Hello, Miss can i help you?"

" Hai, saya hadir ni untuk temuduga."

Aku terus dibawa ke seorang pekerja ditingkat atas. Aku terus menghulurkan fail yang telah tersedia segala document yang diperlukan. Sementara fail itu disemak aku meminta diri untuk ke tandas kerana terlalu gementar sebelum berjumpa dgn bos.

"Sorry Encik saya tak sengaja"

"It's okayy"

Lelaki itu berlalu selepas memandang aku seperti tidak makan setahun.

Setelah selesai urusan aku ditandas aku pergi menemui pekerja yg ambil fail aku awal tadi. Dia menyuruh aku masuk kedalam sebuah bilik iaitu bilik temuduga.

"Apa jaminan yang aku dapat kalau aku amik kau bekerja dekat syarikat aku?"

"Saya akan perkerja dengan bersungguh-sungguh dan saya akan bekerja lebih masa sekiranya tenaga kerja saya diperlukan encik"

"Baiklah..esok aku nak kau datang tepat pada waktunya dan jangan lewat..kau lewat aku pecat kau"

Berlagak betullah mamat ni. Kau ingt aku nak sangat ke kerja dekat syarikat kau ni. Dah lah pandang aku pun tak. Entah-entah muka dia buruk sebab tu tak nak pandang aku dan tak nak aku nampak... hahahahaha

"kau termenung apa lagi. Keluarlah aku nak buat kerja"

"Ha? Okay baik lah encik. Terima kasih kerana terima saya bekerja. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"

Saja aku tekankan salam aku tu sebab geram dengan sikap berlagak si gagak aka bos itu. Ikutkan hati lebih baik aku jadi penganggur daripada terpaksa berhadapan dengan manusia gagak seperti dia. Tapi oleh kerana mengenangkan usaha belajar separuh nyawa demi cita-cita aku terpaksa terima bekerja dibawah si gagak ni.

______________________________________

"Amacam dapat tak kerja?"

"Dapat.. Tapi kalau tak dapat pun aku tak kisah"

"Kau asal cakap macam tu.. Belum masuk kerja lagi dah bersungut panjang kalah sesungut siput kau ni"

"Weh aku geram betul lah dengan si gagak tu. Bapak berlagak... Dia ingat aku nak sangat ke kerja dekat tempat dia. Hehh kalau awal-awal aku tau syarikat tu dia yang punya sumpah aku tak akan pergi tadi.."

"Jap-jap.... Siapa si gagak? Kau ni aku suruh kau pergi temuduga bukan main dengan gagaklah"

"Kau ni pon boleh tahan bengapkan..takkan lah aku nak main dengan gagak.. Si gagak tu boss dekat syarikat tu lah... Dia temuduga aku langsung tak pandang aku.. Kerusi pun tak toleh kat aku... Muka banyak gunuh berapi agaknya sebab tu tak nak pandang aku"

"HAHAHAHAHAHAA. Memang patut lah kau panggil dia gagak. Silap orang lah dia nak tunjuk lagak.

" Dah lah aku nak naik bilik dulu... Kalau kau nak apa-apa kau cari aku dekat bilik.. Haa lagi satu kalau kau nak makan kau makan je lah aku tak makan malam ni"

"Alahai kau ni macam lah aku baru duduk dengan kau sehari dua nak pesan macam tu... Haa asal kau tak nak makan pulak ni Lys?? Dah kenyang sangat ke makan hati dengan Encik gagak siang tadi??"

"Kau ni kalau tak menyakitkan hati aku tak boleh ke?? Ada saja kau nak jawabkan.. Dah lah malas aku nak layan kau. Bye"

Syiha yang masih dengan sisa tawanya aku biarkan. Malas nak lama-lama dengan gadis itu. Gadis itu bukan boleh dilayan sangat kerana makin dilayan makin menjadi-jadi perangai mengusiknya terhadap aku. Aku berlalu pergi menyegarkan diri setelah melepaskan rasa tidak puas hati dengan sikap Encik gagak siang tadi. Walaupun aku yang terkena juga akhirnya. Nasib kau lah Lys dapat kawan yang suka mengusik kau.

Usai membersihkan diri dan menunaikan kewajipan, aku terus merehatkan badan dan otak yang penat memikirkan sikap encik gagak itu. Tapi seketika aku terfikir kenapa mamat tadi tu tak nak pandang aku langsung?? Aku yang buruk ke dia yang buruk? Haihh serabut je lah pikir pasal mamat tu. Baik aku pikir tentang buah hati aku. Ehekkk. Telefon aku capai dan terus mendail nombor si kekasih hati.

"Tutt... Tuttt... Tuttt"

Aku terus membaling telefon ke lantai setelah mendengar bahawa talian sedang busy....apa lagi malang yang akan aku terima dalam hubungan aku dengan si kekasih hati yang amat aku sayangi itu. Sejujurnya aku dah penat untuk hadapi masalah yang sama dicipta oleh lelaki itu.

Malas aku hendak membuang masa memikirkan masalah yang aku hadapi dan yang bakal aku lalui. Aku terus melelapkan mata.Tanpa aku sedar aku terlena dengan air mata yang bersisa.

Syiha pov

"Mesti buah hati buat hal lagi lah ni"

Aku mengutip sisa telefon yang sudah berderai dibaling oleh Elys tadi namun masih boleh digunakan lagi. Aku duduk disebelah Elys sambil meletakkan telefon tadi diatas meja di sisi katilnya.

"Kesian aku dengan kau ni Lys...dari dulu aku dah suruh kau tinggalkan dia tapi kau berkeras tak nak..tengoklah sekarang kau tidur berteman air mata hampir setiap hari Lys"

Aku masih melihat kearah Elys yang lena tidur dengan sisa air mata masih dipipinya. Kasihan melihat sahabat yang masih mahu perjuangkan cinta dan sayang.

"Aku harap akan ada orang yang sedarkan kau daripada pertahankan cinta dan sayang kau pada orang yang tak pernah hargai kau selama ni Lys..Kau sangat tulus dengan cinta kau sampai kau mampu bertahan dengan apa yang Irjad buat dekat kau selama ni"

Aku turut menangis mengenangkan kisah yang Elys terpaksa lalui sepanjang dia bersama dengan lelaki yang bernama Ahmad Irjad aka buah hati yang sangat disayangi gadis cengeng itu. Ya, Elys sangat cenggeng bila berdepan dengan orang yang sangat dia sayangi dan cintai. Tapi aku tak menyalahkan dia kerana bersikap begitu tetapi aku tidak boleh terima atas apa yang lelaki itu buat keatas sahabat baik aku ini.

End pov

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience