"Semua ambil position masing-masing." Mereka terus mengambil tempat mereka setelah aku mengeluarkan arahan.
"Resort kita kena kepung Queen." Khuzay memberi maklumat melalui wakie talkie headseats.
"Aku dah hack semua pintu dan tingkap serta laluah masuk ke dalam resort kita." Akmal sangat mahir dan pakar untuk hack sesuatu jadi aku tidak memerlukan lebih ramai orang dari bahagian hacker untuk dibawa bersama bercuti sebagai keselamatan seperti sekarang. Mereka yang lain akan aku tugaskan apabila ada operasi kecil-kecilan. Jika terdapat operari tergempar atau operasi besar-besaran selalunya Akmal akan mengetuai mereka.
"Ketua kami nak berjumpa dengan Izz Elys. Tolong beri Izz Elys pada kami sebelum kami bertindak lebih kasar." Salah seorang lelaki berjaket hitam yg berada di depan pintu rumah menjerit dengan nada yang sangat halus berbaur amaran.
"Siapa ketua kau?" Iskandar cuba berinteraksi dengan lelaki itu walaupun tidak dapat melihat wajahnya kerana terselindung disebaik pintu kayu.
"Suruh Izz Elys keluar dan dia akan tau siapa ketua kami."
"Kau pikir aku akan serahkan Elys senag-senang je dekat kau ke? aku tak sebodoh yang kau pikirlah!" Iskandar sudah naik baran apabila percutian kami diganggu oleh musuh.
"Okay macam ni lah. Aku orang akan serahkan seorang anak buah dari kumpulan aku dan kau serahkan Elys untuk berjumpa dengan ketua aku. Deal?" Tawar-menawar semakin menjadikan setiap orang dalam rumah kini tidak senang duduk.
"Okay-okay aku ikut kau. Tak payah nak bagi tawaran apa-apa lagi, aku dah bosan nk dengar kau orang berteriak di sebalik pintu ni. Mana ketua kau?" Aku membuka pintu dan bsejumpa dengan lelaki berjaket hitam yang dari tadi memekik suruh aku jumpa dengan ketua dia.
"Ada dalam kereta hitam depan sana. Aku iring kau ke sana."
"Tak payah, aku boleh jalan sendiri. Tapi aku ada pesanan pada kau. Kalau apa-apa jadi pada aku, kau kena ingat muka-muka orang yang ada dalam rumah ni sampai kau mati. Kau faham?" Aku menunjal kepala lelaki bodoh yang mengacau percutian aku minggu ni. HAihhhh rasa nak bunuh orang je rasanya. Aku terus pergi ke kereta hitam yang dikatakan oleh lelaki tadi.
"Kau nak apa jumpa aku? Tak boleh kau tunggu aku balik dari bercuti ke baru kau cari aku?" Aku membuka pintu kereta itu dan terus masuk. Lelaki di dalam kereta itu agak terkejut dengan keberanian aku.
"Aku datang sini untuk beri amaran pada kau supaya awasi dan jaga Ros baik-baik. Musuh dia semakin ramai memburu dia dekat sini sebab dia orang dah tau Ros masih hidup dan membesar dekat sini." Lelaki yang memakai baju kasual dan berkaca mata hitam serta pelitup mulut bersuara tetapi tidak memandang aku.
"Kau siapa nak bagi aku amaran? Kau kenal aku ke?atau aku kenal kau?" Aku cuba memerhati wajah itu disebalik pelitup mulut dan kaca mata hitam.
"Aku dan kau sangat mengenali so jangan banyak bunyi kalau kau tak nak gaji kau kena potong."
"Laaa Tengku Farzeeq rupanya. HAHAHA. Awak mafia ke? Kenapa tak cakap dengan saya awal-awal?" Aku terus menarik kaca mata dan pelitup mulut lelaki itu dan yes itu adalan orang yang sangat aku kenali.
"Kau gelak apa? Nak kena bunuh?" Tengku Farzeeq mengeluarkan pistolnya dan diacukan kepada aku.
"Opss sorry bos, saya bergurau je tadi. Janganlah takutkan saya" Aku berpura-pura seperti gentar akan senjata api yang dipegang oleh Tengku FArzeeq.
"Tau pun kau takut. Dengar arahan aku atau aku akan ambil hak penjagaan Ros daripada kau. Faham?" Sekali lagi amaran diberikan oleh lelaki itu.
"Yela saya akan jaga dia baik-baik."
"Siapa lelaki-lelaki dalam rumah tu?" Tengku Farzeeq memerhati ke dalam rumah.
"Haa?..Oh..dia orang tu kawan saya dan kawan Syiha. Saja ajak dia orang bercuti sekali untuk keselamatan. Hehe!" Hampir tersepit anak tekak aku apabila ditanya soalan maut se[erti itu. Aku tidak mahu identiti kumpulan aku terbongkar walaupun aku tahu bahawa Tengku Farzeeq merupakan seorang lelaki yang baik.
"Cantik sangatlah dua orang perempuan dalam satu rumah macam ni. Kau percaya sangat dekat semua lelaki tu. Bukan kau kenal sangat pun. Sekejap lagi aku datang balik dan duduk dekat sini untuk keselamatan kau. Faham?"Tengku Farzeeq masih tidak mengetahui akan status aku dan juga ahli-ahli Red Rose maka tiada sebab untuk aku halang dia dari datang bersama percutian kami.
"Pembetulan ada tiga orang perempuan termasuk Ros. Hehehe" Aku tersenyum dan mahu membuka pintu kereta kerana aku merasakan urusan aku dan juga Tengku Farzeeq sudah selesai.
"Siapa suruh kau keluar?" Tengku Farzeeq menahan aku daripada keluar dari keretanya.
"Tak boleh keluar lagi ke?" Aku kembali menutup pintu kereta dan berpaling menghadap Tengku Farzeeq.
"Satu lagi aku nak pesan jangan bagitau kawan-kawan kau yang aku mafia. Faham?"
"Okay sayang saya janji tak akan beri tahu sesiapa bahawa suami saya ni mafia yang paling hensem saya pernah jumpa." Suara saja aku lenggokkan supaya dia menyampah dan menyuruh aku keluar dengan segera. Haha.
"Macam ni lah buah hati jantung saya yang sangat saya cintai." Tengku Farzeeq mencubit pipi aku. Aku pula rasa malu dan menyesal akan kata-kata aku tadi.
"Okay bye!" Aku cepat-cepat keluar dari kereta dan terus berlari ke dalam rumah seperti orang ketakutan. Lokonan aku harus menjadi di hadapan budak-budak Tengku Farzeeq supaya mereka nampak aku takut akan ketua mereka.
"Budak sengal ni betul ah. Tercabut pintu kereta aku dia hempas. Mangkuk ayun betul. Dah Jalan pergi resort kita dan suruh budak dekat sana packing baju aku dan siapkan kereta untuk aku." Tengku Farzeeq memberi arahan kepada pemandu keretanya. Setelah kereta Tengku Farzeeq pergi semua anak-anak buahnya juga pergi meninggalkan resort kami.
"Siapa tadi tu Lys." Syiha terus menarik tangan aku dan duduk di sofa ruang tamu.
"Entah tak kenal tapi aku yakin dia antara orang-orang yang kita boleh percaya." Aku mengambil Ros dari Iskandar.
"Tapi Elys takkan awak nak lepaskan dia orang macam tu je. Dia orang datang kepung tempat kita tau tak. Dia orang nak apa sebenarnya." Iskandar yang dari tadi naik berang bertambah berang kerana aku menyelebahi kumpulan yang kepung kamu tadi.
"Dia orang bagi amaran dekat aku supaya jaga Ros sebab ramai dah tau pasal Ros sekarang ni. Aku nak kau orang prepare security untuk Ros lebih ketat. Aku tak nak Ros jatuh pada orang yang salah. Aku akan pastikan Ros ambil semula kuasa dan perniagaan family dia." Aku mengusap rambut Ros lembut. Kasihan dan rasa amanah aku pada Ros tidak akan aku lupakan.
"Baiklah kalau awak dah cakap macam tu kami ikutkan saja. Awak tu Syiha pun sama kena tolong awasi Ros, asyik berkepit dengan Adam je. Rimas saya tengok." Iskandar menjeling Syiha dan terus keluar dari ruang tamu.
"Aikk aku pula yang kena. Kurang ajar punya mamat tak siuman. Kau tunggu ah nanti aku balas." Syiha tenung pemergian Iskandar dengan anak mata yang tajam.
"Haa eloklah tu kau orang gaduh esok lusa kahwin jangan lupa ajak aku. Yang lain kita saksi ye dak?" Aku memandang yang lain yang dari tadi memerhati.
"Betul!" Akmal mengetuai yang lain bersuara setuju dengan kata-kata aku kecuali Adam. Adam agak pendiam so susah untuk dengar suara dia apa ntah lagi bisikan dari dia. Bergema gelak satu ruang tamu itu dengan perangai Iskandar dan juga Syiha yang tidak ubah seperti kanak-kanak yang bercinta tanpa sedar mereka saling mencintai. Adakah benar mereka saling mencintai?
Share this novel