Aku membiarkan Muaz berurusan dengan perempuan itu kerana dia sendiri yang cari masalah.
"Terpulang dekat kau lah budak apa kau nak buat dengan dia. Aku sokong kau. Apa-apa kau nak roger saja aku." Aku kembali ke tempat duduk aku.
"Aku dah bagi kau peluang kau tak nak. Bukan senang aku nak bagi peluang pada orang yang sakiti aku." Tangan Muaz di putarkan ke belakang dengan kuat sehingga terdengar bunyi tulang berlaga. Patah agaknya tangan si Muaz tu.
"Weh kau jaga dia sekejap aku nak angkat call takut ada kecemasan." Ewah selamba je minah ni bagi arahan pada aku. Dia pergi menjawab panggilan.
"Eh budak ni tak kenal ke aku siapa? Buat macam tempat ni dia yang punya pula." Aku rasa tidak berpuas hati dengan arahan perempuan itu.
"Aku dengar apa kau cakap tadi. Jangan sampai dia dan kau sekali dengan tempat ni aku bakar berjemaah." Aku rasa gerun dengan amaran gadis itu. Tak pernah aku jumpa perempuan ni. Tapi kenapa dia boleh muncul hari ni?.
"Woo sorry-sorry. Ok teruskan urusan kau dengan dia." Aku melepaskan Muaz dah diserahkan kepada gadis itu semula.
"Kau dah kurang ajar dengan aku. Kau silap sentuh orang bro, aku bukan perempuan bodoh yang senang-senang kau nak seksa aku macam tadi. Kau dan aku ada matlamat yang sama sebab tu aku terpaksa buru kau dan hapuskan kau. Tapi awal sangat kau munculkan diri. Senang sangat aku dapat jumpa kau ni. Lain kali jangan terburu-buru. Tak best game aku bila kena lawan orang-orang lemah macam kau ni. Lepas ni pesan dekat kawan-kawan kau yang lain tu bawa bertenang tak lari budak kecil tu. Eh tak sempat aku rasa kau nak bagi pesanan pada dia orang sebab kau punya ajal hari ni. Hahaha." Gadis itu menoreh dada Muaz. Aku rasa seperti tidak sanggup nak tengok. Kejam!.
"Maksudnya kau bukan budak Farzeeq?" Dalam kesakitan Muaz bertanya.
"Bukan sayang. Selamat tinggal." Mata dikenyitkan apabila menyebut perkataan sayang.
"Ehh jap. Mengucap lu. Pandaikan mengucap? ok tak payah aku nak ajar. Now." Selesai saja Muaz mengucap perempuan itu terus menusuk jantung Muaz dengan pisau.
"Settlekan dia. Bahagian aku dah selesai, Kalau kau tak nak aku terpaksa hapuskan tempat ni dengan kau sekali lenyap dari dunia ni." Aku laju mengangguk kerana takut dengan ugutan gadis itu. Tengku Izreen dan anak buah yang tercedera dihantar ke hospital milik aku.
End Pov
Waktu pejabat sudah habis. Kak NIra pesan bahawa Tengku Farzeeq menyuruh aku menunggunya pulang disini. Tengku tidak membenarkan aku pulang maka aku kena ikut arahannya kerana mungkin dia ingin memberi tugas atau projek baru kepada aku untuk disiapkan.
"Myy jom alik" Ros yang dari tadi bermain dengan anak patungnya mengajak aku pulang kerana dia nampak ramai pekerja lain keluar dari pejabat.
"Sekejap ye sayang, kita tunggu daddy" Aku mendukung Ros supaya duduk diatas riba aku sementara aku mahu menghabiskan kerja aku yang sudah seminggu tidak bersentuh itu.
"Dy gi ane myy" Ros memandang aku menunggu jawapan.
"Daddy ada kerja dekat luar sayang. Nanti daddy sampai kita balik okay." Aku mencium ubun-ubun Ros. Sungguh aku merasakan saat ini Ros adalah nyawa aku.
"Jom balik." Tengku Farzeeq muncul tanpa mengetuk pintu bilik aku.
"Awak pergi mana? Kenapa suruh saya tunggu awak?" Aku terus menyoal Tengku Farzeeq yang masih berada di pintu.
"Aku ada hal tadi. Saja aku nak tengok Ros sebelum kau bawa balik anak aku ni. Kau tu dah lah kedekut nak bagi aku dekat dengan Ros." Ros yang tadi di atas riba aku kini sudah berada dalam pelukan Tengku Farzeeq.
"Dyy. nduu" Ros mencium pipi Tengku Farzeeq.
"Bahasa apa kau ajar anak aku ni?" Tengku Farzeeq tidak memahami pelat anak kecil itu.
"Dia cakap dia benci awak." Saja aku tipu dia. Itulah sakitkan hati aku lagi. Boleh saja dia datang rumah amik Ros kalau nak sangat jumpa budak tu. Ini tidak dia saja nak kenakan aku suruh balik lambat.
"Myy pu." Ros membuat isyarat bahawa aku tipu.
"Daddy tau mummy tipu cakap Ros benci daddy sebab mummy jeles Ros tak cakap yang Ros rindu dia.Haha" Kini giliran pipi Ros menjadi mangsa ciuman Tengku Farzeeq. Aku menjeling Tengku Farzeeq dan membuat isyarat mata sebagai amaran siaplah awak nanti saya kerjakan.
"Haih malas saya nak layan awak. Tak matang macam Ros. Saya dah boleh pulang ke Encik Bos?" Aku kini sudah mengemas untuk pulang.
"Sudah Cik Engineer tapi dengan syarat aku yang hantar. Tak ada bantahan dan sila ke kereta aku. Terima kasih." Tengku Farzeeq seperti memberi arahan untuk pelanggan mengalihkan kenderaan mereka yang menghalang kereta lain di pusat membeli belah.
"Saya benci awak." Serius aku rasa nak bunuh je Tengku sorang ni. Suka hati dia je bagi arahan naik kereta dia. Aku beli kereta mahal-mahal tapi kena menumpang orang.
"Tak apa nanti lama-lama jatuh sayang juga. Hehe." Tengku membawa Ros turun ke keretanya. Aku hanya membututi langkahnya.
Tiba sahaja di rumah aku ternampak kelibat yang sudah lama aku tidak lihat. Aku cuba untuk mengingati namun aku gagal. Melihat daripada bentuk tubuhnya seperti aku biasa lihat. Siapa agaknya manusia di depan rumah aku tu eh?
"Mustahillah dia!" Aku mengomel sendirian sebelum turun daripada kereta Tengku Farzeeq.
"Siapa budak tu?" Tengku Farzeeq bertanya.
"Tak tahu. Okaylah saya turun dulu. Awak baliklah. Esok jangan lupa ambil saya pula. Dahlah kereta saya dekat pejabat tak pasal je kena naik teksi kalau awak lupa ambil saya esok."
"Yela aku taulah nak ambil kau. Ingat aku ni tua sangat sampai tahap nyanyok ke?" Tengku Farzeeq menjeling aku.
"Baguslah awak sedar diri tu dah tua. Terima kasih ye pakcik hantar saya sampai rumah." Aku memberikan senyuman sebelum turun daripada kereta.
"Haa lagi satu comel bila pakcik jeling-jeling macam tadi. Geram saya!" Aku membuat riaksi seperti kucing hendak mencakar orang.
"Dasar minah sewel. Pergilah cepat. Lagi lama aku dengan kau lagi banyak wayar otak aku putus nanti." Tengku Farzeeq menolak aku supaya turun dari keretanya. Haha tau pon takut dengan aku. Padan muka.
"Excuse me, who are you?" Aku menegur seorang lelaki berkemeja biru serta berspek mata hitam setelah Tengku Farzeeq beredar dari rumah aku.
"Laa kau ke? Haa jom masuk." Aku membuka pintu dan membenarkan lelaki itu masuk.
Share this novel