Esok paginya Afikah dihantar pulang oleh Cik Amee ke kampung halamannya di Melaka. Semalaman Afikah menumpang dirumah Cik Amee. Nasib baik Cik Amee berbaik hati untuk menumpangkannya tidur semalam kerana semua kepenatan untuk menghantar dia ke Melaka pada hari yang sama. Kami tumpang sedih dengan apa yang kami dengar daripada Afikah. Kononnya ingin prank sahaja tetapi nasibnya malang pada malam itu. Ramai yang menyimpan dendam terhadap sikap sombong dan bongkaknya itu. Oleh kerana muut badan binasa.
"Assalamualaikum. "Cik Amee memberi salam sambil meninjau sekeliling rumah itu.
"Waalaikumsalam. Cik cari siapa?" Encik Jefri yang kebetulan berada di sebalik pokok besar itu datang ke arah Cik Amee.
"Ni Encik Jefri ke?"
"Ye saya. Kenapa?" Encik Jefri meletakkan cangkulnya ditepi.
"Saya Amee. Ada benda penting yang saya nak bincang dengan pakcik. Hmm makcik ada ke?" Amee bertanya ramah.
"Ohh masuklah dulu. Makcik ada didalam." Encik Jefri membuka pintunya dan mengalukan Cik Amee masuk. Afikah tidak dibenarkan keluar sehingga Cik Amee selesai bercakap dengan keluarganya.
"Assalamualaikum makcik." Cik Amee menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Puan Aqma.
"Kamu ni siapa? Kenapa datang sini?" Huluran tangan Cik Amee tidak diendahkan. Cik Amee mengangguk dan menarik semula tangannya.
"Macam ni lah makcik, pakcik. Saya rasa saya tak perlu duduk dan berbincang dengan cara baik memandangkan perangai makcik yang melayan tetamu seperti musuh. Saya datang sini ingin memberi tahu bahaya anak makcik Afikah Inara baru sahaja diperkosa oleh salah seorang bekas teman lelakinya dan yang lagi mengejutkan adalah dia sudah lama diperkosa oleh abangnya sendiri iaitu Ahmad Irjad anak syurga makcik yang pernah direman atas tuduhan merogol anak muridnya."
"Allah, bang. Apa yang dah jadi dengan anak kita." Puan Aqma sudah terduduk manakala Encik Jefri sempat menyambut isterinya.
"Dan semalam saya bawa dia pergi balai untuk membuat laporan tetapi dia telah melarikan diri. Pada awalnya saya agak kasihan atas apa yang berlaku pada Afikah tetapi setelah saya menjejakkan kaki ke sini baru saya terbuka mata yang ini semua kifarah yang makcik perlu terima atas perbuatan makcik pada orang lain. Saya nak pesan satu bendalah dengan makcik. Kalau umur makcik panjang saya harap sangat makcik boleh berubah untuk tidak memandang hina pada orang yang seperti saya. Memang saya tak bertudung dan berpakaian agak tidak sopan bagi makcik tapi makcik bukan tuhan untuk menghukum saya dengan pakaian saya. Terima kasih kerana melayan seorang tetamu yang menghantar anak makcik balik dengan selamat ini seperti musuh. Saya balik dulu." Cik Ame terus keluar dari rumah itu meninggalkan Puan Aqma dan Encik Jefri.
"Keluar. Aku dah habis cakap dengan mak bapak kau tadi. Aku nak balik." Aku membuka pintu kereta aku dah manarik tangan Afikah keluar dari kereta.
"Saya takut." Afikah mengeraskan badannya tidak mahu beranjak dari kerusi kereta.
"Aku kata keluar sekarang. Aku menyampah lama-lama dekat rumah kau ni. Panas. Aku masih cakap dengan elok ni baik kau dengar sebelum bersepai otak kau aku kerjakan." Cik Amee terus menarik Afikah sehingga dia terkeluar dari kereta itu.
"Pergi masuk. Aku takut kau tak sempat jumpa mak bapak kau je." Cik Amee terus meninggalkan Afikah dihalaman rumahnya sesudah berkata demikian.
Di markas.
"Hello Mr. Ahmad Irjad." Aku masuk bilik kurungan yang terdapat Irjad.
"Kau siapa?" Irjad yang sudah terikat menjerit.
"Aku? Malaikat maut kau!" Aku menyepak muka Irjat dengan kuat.
"Sakitlah bodoh! Dasar perempuan jalang." Irjad meludah sisa darah dalam mulutnya ke tepi.
"Ohh jalang? Kalau aku perempuan jalang, kau tu apa? Lelaki budiman?Makan darah daging sendiri. " Aku menarik rambutnya.
"Apa kau cakap ni bodoh!"Irjad menggelengkan kepalanya untuk melepaskan rambutnya daripada genggaman tangan aku.
"Aku sedang bercakap tentang kebodohan dan kejahilan diri kau yang kau sendiri cuba sembunyikan daripada pengetahuan orang lain. Selama ni kau cuba berlagak alim depan semua orang tapi hakikanya kau ni lagi sampah daripada sampah masyarakat. Tergamakkan kau buat macam tu dekat adik kandung kau?" Aku melepaskan tendangan pada perutnya.
"Aku tak buatlah apa yang kau cakap tu." Irjad tertunduk kesakitan.
"Masih tak nak mengaku? Habis anak dara dekat luar sana kau dah kendurikan. Tak cukup dekat luar, adik sendiri pun kau kendurikan ke? Tak berhati perut langsung kau ni. Kalau kau dah sangap sangat pergi jelah pusat pelacuran bodoh!" Kini betul-betul dikemaluannya aku sasarkan. Aku tendang sekuat hati aku. Memang saja aku pakai kasut boot yang tebal itu kerana aku tidak mahu mengotorkan tangan aku untuk sentuh badan jantan tak guna itu.
"Yee aku mengaku aku salah. Kau nak apa lagi dari aku? Apa yang aku buat tak ada kena mengena dengan hidup kau pun lah." Haih dia ni dalam keadaan senak pun masih nak melawan dan kurang ajar dengan aku.
"Tak ada kena mengena? Bongkak sungguh ayat kau kan. Kau permainkan hati ramai perempuan lepas tu kau rampas apa yang mereka ada dan kau tinggalkan dia macam tu je kau kata tak ada kena mengena dengan aku? Kau sedar tak kau sedang bercakap dengan kaum perempuan?" Aku sudah tidak tahan. Aku mengambil sarung tangan aku dan aku pakai. Aku tumbuk muka Irjad.
"Heh perempuan murah macam dia orang semua memang layak. Itu yang dia orang nak, aku bagi je lah." Irjad menundukkan kepalanya. Dia meludah dah terdapat 2 batang giginya tercabut.
"Haha. Ringkas dan padu jawapan kau. Aku suka. Sekejap eh aku ada tayangan khas untuk kau." Aku mengambil remote LCD Projector.
"Suprise...Live aku buat khas untuk kau." Dalam tayangan tersebut terdapat semua ahli keluarganya dan berada ditanah perkuburan.
"Sia...pa meninggal?" Irjad tergamam kerana perkuburan tersebut memang dekat dengan rumahnya.
"Puan Aqma. Kau kenal ke dia? Hurmm kesian dia. Dia mati sebab serangan jantung terkejut dapat tahu yang anak lelaki yang selama ni dia anggap malaikat rupanya iblis yang berselindung disebalik topeng malaikat. HaHa."
"Ibuu!!" Irjad menjerit. Laju air matanya mengalir.
"Ohh ibuuu. Tayangan Live dah tamat." Aku menekan power off projector tersebut.
"Lepaskan aku! Aku nak jumpa ibu aku!" Irjad meronta-ronta ingin dilepaskan.
"Jangan risau aku boleh pastikan kau jumpa ibu kau hari ini juga tapi cara kau mati lebih tragislah aku buat. Nak tau kenapa? Sebab kau ni bukan manusia. Kau binatang!" Aku mengambil pistol milikku dan melepaskan sebutir peluru tepat mengenai kaki Irjad.
"Aku tau aku banyak dosa sebab membunuh tapi aku dah tak sanggup nak tengok kau buat dosa sepanjang hidup kau. Kau mengucap je lah sekarang. Aku doakan semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang yang diampunkan dosa-dosanya. " Aku melepaskan satu lagi peluru disebelah lutut kaki kanannya pula.
"Tolong maafkan aku. Lepaskan aku. Aku janji aku akan berubah. Bagi aku berbakti dan minta maaf pada keluarga aku. Aku merayu." Tersekat nafasnya menahan kesakitan.
"Okay kau dah merayu macam ni aku lepaskan kau kali ni. Tapi aku tak boleh lepaskan hidup sempurna seperti sebelum ni. Aku kena bagi kau pengajaran sikit supaya kau tak bongkak dan suka menghina orang lain selepas ini." Aku mengambil pisau aku dan muka Irjad menjadi sasaran. Aku toreh mukanya sehingga dapat meninggalkan kesan sehingga dia mati.
"Arghhh sakitttt."
"Relaxlah. Kata jantan, baru kena toreh sikit menjerit macam telur tercabut. Menyampah aku." Aku tampar luka pada mukanya yang aku toreh tadi.
"Sakitt." Keadaan Irjad ketika ini sangat lemah. Mungkin terlalu banyak darah yang keluar dari tubuhnya.
"Yela-yela dah selesai. Lepas ni aku dapat tau kau ingkar janji kau, aku akan hantar kau ke NERAKA! faham?!" Aku mencengkam leher Irjad kerana dia sudah tidak larat untuk mengangkat kepalanya.
"Yeye aku janji aku berubah." Haa mengalir air mata jantannya.
Share this novel