"Good morning kak Nira!" Aku separuh menjerit apabila berjumpa dengan PA Tengku Farzeeq setelah seminggu tidak berjumpa. Ros aku turunkan dari dukungan dan diletakkan di sofa.
"Elys!" Kak Nira juga turut menjerit apabila aku terus memeluknya.
"Lamanya tak jumpa, rindu akak. Lys sihat?" Pelukan dileraikan.
"Sihat kak" Aku tersenyum memandang kearahnya.
"Hello anak daddy, jom ikut masuk bilik daddy." Tengku Farzeeq yang baru sahaja tiba terus mendukung Ros dan membawa anak kecil itu masuk ke biliknya.
"Lys budak tu bukan datang dengan awak ke? kenapa Tengku panggil dia daddy? siapa budak tu?" Kak Nira kebingungan dengan apa yang berlaku didepan matanya.
"Mak ai macam peluru berpandu mulut akak tanya soalan. Nak saya jawab yang mana dulu?" Aku sudah ketawa berdekah.
"Macam mana tak macam peluru. Baru seminggu awak dah dapat anak. Orang lain buat anak pun tak secepat awak." Bahu aku dipukul.
"Akak ni mulut tak ada insurans. Nanti saya suruh Tengku buat insuran untuk mulut akak baru tau. Saya ni budak bawah umur tau, tak baik dengar benda-benda macam tu."
"Kepala otak kau budak bawah umur. Kau tu kalau buat anak dah beranak dah. Dah-dah jangan nak bersembang pergi buat kerja."Tengku Farzeeq sempat mendengar perbualan aku dengan Kak Nira.
"Baik bos" Kak Nira menurut arahan.Takut sangan dengan bosnya.
"Kau Elys buatkan aku air macam biasa. Seminggu kau tak masuk kerja nak curi tulang pula." Tengku Farzeeq mendekati Elys dan memberi arahan kepadanya.
"Ish dah lah curi anak orang lepas tu suruh kita buat air pula. Tumbuk kang" Aku mengacah ingin menumbuknya.
"Berani kau singgahkanlah penumbuk kau yag comel tu dekat aku." Tengku Farzeeq mencabar Elys.
"Okay" Aku meniup buku lima aku dan terus menumbuk perut Tengku Farzeeq.
"Aduh, bapak sakit. Kau gila ke?" Tengku Farzeeq sudah membongkok menahan sakit.
"Sama-sama kasih. Kalau nak lagi panggil saja saya nanti saya boleh buat awak macam punching beg." Aku tersenyum dan terus ke pantri untuk membuat air untuk Tengku Farzeeq. Manakala Tengku sudah beredar ke biliknya.
"Elys kenapa awak buat macam tu dekat bos?! Ya tuhan budak ni." Kak Nira mengekori aku setelah melihat tingkah laku berani aku tadi.
"Dia yang meminta. Kalau saya tak bagi nanti dia kempunan pula. Saya tak nak dia balik air liur meleleh-leleh sebab tak dapat penumbuk saya." Aku selamba membalas soalan Kak Nira sambil membancuh air.
Tengku Farzeeq pov
"Aduh sakit siot budak kecik tu menumbuk. Tak padan dengan kecik tapi padu. Dulu lembut budak ni asal sekarang makin ganas eh?" Aku menyoal diri sendiri.
"Assalamuaaikum Tengku ini air yang Tengku minta tadi." Elys meletakkan air Coklat itu diatas meja bosnya.
"Dari lubang mana kau keluar ni?" Lamunan aku tersentak apabila mendengar suara Elys.
"Lubang kubur bos. Saya bersyukur sangat pakcik gali kubur tu dengar suara saya kalau tak mati lemas saya kena tanam hidup-hidup bos." Elys dengan tak tau malu mengambil tempat di sofa sebelah anaknya. Aku dah melopong dengan jawapan yang keluar dari mulut Elys.
"Jangan lama sangat menganga mulut tu Tengku, nanti syaitan masuk. Awak tu dah lah bos saya. Saya taknak awak jadi macam peragai syaitan sebab" Ayat Elys tergantung kerana sebuah buku sudah melayang kepalanya namun sempat disambut dengan pantas.
"Sambunglah ayat kau tu." Aku agak tercengang juga dengan ketangkasan Elys sejak pulang dari New Zealand.
"Sebab saya rasa saya pun lupa apa sebabnya." Elys saja tidak mahu menyambung ayatnya. Ros diangkat untuk dibawa ke biliknya.
"Kau nak bawa anak aku pergi mana?"
"Budak ni dari air mani awak ke?"
"Ai takkan kau lupa kot macam mana aku buat budak tu dengan kau?" Aku mendekati Elys.
"Bodohnya awak ni. Tak teringin pun ada suami macam awak. Gatal tak tau malu pula tu. Kalau awak melamar monyet pun belum tentu monyet tu terima inikan pula saya." Elys keluar dari bilik aku membawa Ros selepas mengetuk kepala aku dengan kasut tumitnya.
"Aduh dah banyak kali aku kena dengan perempuan ni. Sakitnya tuhan saja yang tau. Sabar sajalah Reez. Nasib perempuan kalau lelaki memang aku bunuh saja dia." Aku membiarkan Elys ke biliknya. Makin lama aku dengan dia makin tak cukup sifat aku nanti. Silap-silap putus organ-organ aku dia jual.
Telefon berbunyi tertera nama Tengku Izreen. Aku sedang sibuk ramai pula yang menganggu. Tak boleh tengok aku senang betul masing-masing. Aku mengangkat panggilan itu.
"Apa kau nak ni?"
"Ada budak serang budak-budak kita" Suara Tengku Izreen jelas seperti sedang cemas.
"Aduh siapa pula?. Aku banyak kerja ni. Kau tak boleh settle sendiri ke?" Aku berhenti membuat kerja aku.
"Tak boleh Zeeq. Aku dah tak larat ni. Dia orang berkeras nak jumpa kau. Budak-budak kita ramai injured" Jelas kemengahan Tengku Izreen penat berlawan.
"Kau sabar kejap lagi aku sampai" Aku terus menutup fail kerja aku dan keluar dari bilik.
"Bos ada meeting jam 2 petang ni." Kak Nira mengingatkan aku apabila nampak aku keluar dari bilik.
"Cancel semua meeting. Saya ada hal penting."
"Baik bos"
"Lagi satu, pesan pada Elys jangan balik selagi saya tak balik pejabat lagi. Faham?" Aku patah semula ingin menyampaikan pesanan.
"Okay Tengku" Kak Nira patuh arahan Tengku.
Aku perhatikan keadaan markas aku dari luar sebelum aku masuk ke dalam. Ketika sedang asyik memerhati aku ternampak sebuah kereta baru sahaja tiba dihadapan markas aku. Aku agak terkejut apabila seorang susuk seperti wanita yang memakai topeng lengkap dengan suit berwarna hitam berserta ikatan kuda pada rambutnya. Jaranng perempuan terlibat dengan aktiviti seperti ini. Perempuan tersebut memberi arahan kepada seorang anak buahnya masuk melalui pintu hadapan namun dia tiba-tiba hilang dari pemerhatian mata aku apabila ada seorang anak buah aku mengetuk cermin kereta aku.
"Bos, abang bos mereka dapat tawan."
"Masuk." Aku memberi arahan kepada John iaitu headhunter kumpulan aku.
"Dia orang paksa kita beri maklumat tentang Ros."
"Kumpulan Blue Arrow ke?"
"Tak pasti bos. Saya duduk luar saja menunggu arahan daripada bos atau Izreen.
"Tak apa biar aku yang uruskan dia. Kau pergi ke kedudukan kau dan bersedia dengan arahan aku atau Izreean." Aku dan John keluar dan pergi ke posisi masing-masing. Aku melangkah masuk ke dalam markas dan melihat Izreen sudah duduk diatas kerusi tetapi bukan sebagai tawanan kepada musuh.
"Hello kawan lama tidak berjumpa. Hebat budak kau ni. Tak sangka kau ada awek hebat macam ni." Belum sempat aku mengenal pasti siapa perempuan yang duduk sebelah Izreen, aku sudah ditegur oleh Muaz.
"Kau nak apa Muaz? Aku tak kacau kau tapi berani kau tempah ajal masuk tempat aku" Aku mengambil tempat disebelah perempuan bertopeng tadi.
"Aku nak Ros. Kau tau dia dekat mana?" Muaz tersenyum senget melihat aku.
"Aku tak tau." Aku bertanggungjawab juga untuk menjaga Ros kerana dia berada dibawah Elys. Aku tak mahu orang apa-apakan perempuan yang baik seperti Elys dan budak kecil yang tidak berdosa seperti Ros.
"Kau tipu!" Muaz mula memberontak dan mendekati wanita bertopeng itu.
"Kau nak apa datang dekat dengan aku ni? Nak tampah nasib macam budak tu ke?" Perempuan bertopeng itu menunding jaro ke arah anak buah Muaz yang sudah terbaring dengan berlumuran darah kerana dia yang memegang Izreen sebagai tawanan tadi.
"Kau mesti tau mana budak kecil tu. Bagitau aku sekarang!" Muaz terus menarik rambut perempuan tadi kerana bengang akan kematian anak buahnya dan masih tidak dapat menjejaki Ros.
"Wow ganasnya permainan kau ni." Aku terus mencengkam tangan Muaz supaya dia melepaskan rambut perempuan itu.
"It's okay bro, aku suka orang tarik rambut aku. Muaz cuba kau tarik lagi sekali." Aku dah rasa macam nak terkojol mendengar jawapan perempuan tu. Muaz juga terkejut namun dia tidak berani untuk menarik kerana kata-kata perempuan itu seperti satu amaran secara halus.
Share this novel