"Hai. Kak Nira" Aku menyapa PA bos yang berada di mejanya sebelum melangkah ke bilikku.
"Hai. Ceria semacam je budak tu hari ni. Nak kahwin ke?"
"Siapa nak kahwin?"
"Tengku. Tak ada siapa Tengku" Nira menunduk malu kerana ditegur oleh bosnya yang baru tiba.
"Ohh. Okay. Nanti suruh Elys buat hot chocolate untuk saya"
"Dia engineer Tengku. Tea ladies kita ada dekat pantri. Nanti saya panggil dia."
"Saya nak Elys."
"Baik Tengku"
Nira hanya memandang kelibat bosnya yang menghilang ke bilik.
"Dua manusia pelik aku jumpa pagi ni." Terus mengambil ganggang telefon dan mendail nombor bilik Elys.
"Yes?"
"Tengku suruh kamu buat hot chocolate"
"What??"
"Akak offer tea ladies punya perkhidmatan tapi bos tak nak. Bos kata nak Elys"
"Serius akak? Saya banyak kerja ni" Aku seperti hendak menangis.
"Iyee. Pergi cepat" Akak Nira mematikan panggilan.
"Dah ada tea ladies gatal nak suruh aku buat. Aku tidak dibayar untuk buat air kau lah gagak tak sedar diri"
Aku mengambil cawan yang tersusun itu dan membuat air yang diminta oleh Tengku.
"Nah air"
"Amboi biadap main terjah masuk bilik orang"
"Menganggu kerja orang tidak biadap ke Tengku?"
"Tak. Aku bos suka hati aku nak suruh siapa pun buat air" Air panas itu diminum lalu mengangguk kepala.
'pahal kepala gagak ni terangguk-angguk ni' aku berbisik dalam hati.
"Whatever. Saya sambung buat kerja dulu."
"Wait. Fail ni amik. Aku dah periksa ada beberapa kesilapan yang kau buat. Aku nak kau betulkan bahagian yang aku tanda."
"Baik Tengku."
"One more thing malam ni ikut aku"
"Pergi mana?"
"Malam nanti kau tau"
"Baik Bos" Aku keluar dari bilik itu.
Aku menyelesaikan tugas aku yang tertangguh itu sehingga tamat waktu berkerja.
"Elys jom balik"
"Sikit lagi ni kak. Esok saya dapat relax sikit."
"No. Jom balik. Kamu tu anak dara tak elok lama-lama dekat pejabat. Lagi pun hanya bos sahaja pulang lewat."
"Haa bos balik lewat kan so saya tidak keseorangan dekat sini." Jari masih di keyboard komputer.
"Kamu tak takut ke dia apa-apa kan kamu? Dia lelaki Lys." Masih setia menunggu di hadapan meja aku.
"Yela-yela. Saya nak kemas kejap" Seram pula mendengar kata-kata wanita yang berumur 30an itu.
"Kenapa masih belum balik?"
"Nak balik lah ni" Sambil menuju ke arah lift.
"Elys ni Tengku degil nak siapkan kerjanya."
"Lepas ni saya tak nak ada orang balik lewat. Nira, saya nak awak bacakan peraturan kepada budak degil tu esok."
"Baik Tengku"
Kami bertiga menaiki lift yang sama. Semua diam seperti malaikat lalu. Mungkin kerana aku lebih menghormati akak Nira dan terus mendiamkan diri. Malah akak Nira lebih menghormati bosnya. Kalau tiada akak Nira mesti aku dah berlawan mulut dengan si gagak tu.
*Malam ni aku amik kau dirumah.Farzeeq."- unknown
*Mana dapat nombor saya?*
*Aku bos aku tau semua benda. Jangan lambat* - Encik gagak
*????*
Alasan 'aku bos' itu menyakitkan hati. Memang kau bos tapi tak semestinya kau boleh sesuka hati menganggu privasi pekerja kau. Geram sunggu dengan sikap bosku itu.
*Pinn pinnn*
Bunyi hon yang bising di hadapam rumah aku menyentakkan aku dari tidur. Eloklah tu kereta siapa yang bagus sangat maghrib-maghrib jadi jam loceng kejutkan aku ni. Aku keluar.
"Woi kau pahal memekak"
"Hehe, sorry sayang." Dia menyahut disebalik tingkap sebelah penumpang.
"Nak apa datang sini?"
"Saya nak jumpa awak. Saya risau. Call tak angkat, mesej tak reply" Irjad sudah memegang kedua-dua tangan aku.
"Saya tak nak jumpa awak. Sekarang awak boleh balik." Aku melepaskan pegangan tadi.
"Tapi kenapa? Awak tak sayang saya?"
"Balik."
"Kau ingat aku nak sangat ke dekat kau. Aku datang ni pun saja nak jenguk dah mati ke belum. Kalau dah mati senang aku nak cari pengganti.'
"So? Sekarang ni saya hidup lagi kan? Awak boleh balik."
"Ok fine. Aku tak hamak nak datang sini pun" Terus kereta honda civic itu pergi.
"Mood period lelaki dia dah sampai sebab tu perangai macam tu. Kalah perempuan. Menyampah aku" Pintu terus ditutup.
Malam itu aku hanya memakai seluar jeans biru bersama baju putih lengan pendek dan jaket hitam. Aku hanya menggayakan rambut dengan gaya cepol. Malas aku nak berdandan keluar malam.
"Kita nak pergi mana?" Tanganku masih membetulkan jaket.
"Jumpa orang" Tengku Farzeeq memandang aku sekilas.
"Okay" Aku terus mendiamkan diri sehingga sampai ke destinasi.
"Jom"
Aku hanya mengikut langkah Tengku Farzeeq ke sebuah meja yang terdapat dua orang jejaka. Aku sudah berjanji ingin berkerja lebih masa sekiranya diperlukan. Aku sedang menepati janji yang telah aku buat dulu.
"Hai, Tengku Izreen" Lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Hai, Elys" Aku tersenyum sambil duduk di sebelah Tengku Farzeeq.
"Ni Syafriq Ahnaf. Dia pekerja kepada abang aku Tengku Izreen. Dan yang ini Izz Elys engineer baru aku." Tengku Fazreeq menepuk bahu abangnya di sebelah. Dan memandang aku sebagai syarat untuk memperkenalkan aku kepada mereka.
Aku hanya mengangguk dan senyum memandang lelaki yang Fazreeq kenalkan tadi. Lelaki itu turut melakukan hal yang sama.
"Pandai kau pilih pekerja. Lama juga kau amik masa nak pilih jawatan tu eh" Tengku Izreen membalas sambil tersenyum sumbing kearah aku kerana tidak menyambut huluran tangannya tadi.
"Kau nak aku berkerjasama dengan kau untuk projek dekat Singapore kan? Bincang sekarang. Aku dah bawak engineer aku so kau boleh bagi design projek kau tu." Tengku Fazreeq menjeling abangnya yang pantang melihat perempuan cantik.
"Syaf bagi dia kertas projek tu" Syafriq menurut arahan dan menghulurkan kertas projek kepada aku.
Kertas projek yang telah bertukar tangan aku buka dan teliti.
"Design ni cantik dan elegan. Bagi saya bawa pulang design ni untuk buat pengiraan lebih lanjut boleh?" Aku memandang mereka silih berganti untuk meminta kebenaran.
"Okay no problem dear" Tengku Izreen sudah memberi kata setuju.
"Kita makan dulu lepas tu aku hantar kau balik." Tengku Farzeeq menghulurkan makanan yang dipesan tadi kepada aku.
"Awal lagi bro. Aku tak borak lagi dengan dia" Tengku Izreen tidak berpuas hati.
"Dia anak dara tak elok pulang lewat."
"Kalau macam tu bagi aku hantar dia" Tengku Izreen mengenyitkan mata ke arah aku. Aku menjeling.
"Tak pe. Saya hanya akan balik dengan Tengku Farzeeq sahaja. Terima kasih menawarkan diri untuk hantar saya pulang." Aku memintas perbualan mereka sebelum Tengku Farzeeq membalas kepada abangnya.
"Dia tak nak balik dengan kau. Next time cuba lagi. Haha." Tengku Farzeeq menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
Suasana yang bising dengan perbalahan tadi senyap seketika. Kami berempat menjamu makanan yang terhidang. Syafriq hanya mendiamkan diri sejak tadi. Dia hanya akan bercakap bila perlu.
Share this novel