"Siapa lelaki tadi tu?"
"Masuk dulu, dekat dalam kita borak ye." Aku mempelawa dia masuk.
"Haa duduk situ. Tengokkan anak aku ni aku nak pergi buat air sekejap."
"Ehh tak payah susah-susah. Saya datang ni sebab nak minta maaf sebab saya tinggalkan awak dulu."
"Oh pasal tu ke. Haha. Not a big problem. Aku dah maafkan dah." Tenang saja aku menjawab. Padahal dalam hati sekawah makian aku bagi pada lelaki tak guna itu.
"Betul ke awak dah maafkan? Kalau macam tu boleh lah kita sambung hubungan yang dah terputus dulu?" Masih tidak putus asa.
"Haa sambung? Haha lawaklah. Macam air yang dicincang tak akan putus. Boleh sambung-sambung pula. Hahahaha" Aku cuba sedaya upaya untuk ketawa. Sakit sangat dengan apa yang dia buat pada aku dulu.
"Kalau awak tak nak saya tak paksa Elys. Saya tau saya salah sebab tinggalkan awak dulu. Saya pun tak tau macam mana saya boleh buat macam tu dulu. Saya menyesal sangat. Maafkan saya." Kepalanya sudah tertunduk apabila melihat riaksi aku seperti ingin memarahi dirinya. Tapi dia memang layak untuk dimarah.
"Tak tau macam mana eh kau kata? Wow hebatnya luahan kau. Macam kena sumpahan pun ada. Perempuan tu ada guna-guna ilmu hitam pada kau ke?" Aku menepuk tangan dua tiga kali.
"Tapi mustahil perempuan muka sebaik dia perlu buat benda macam tu untuk dapatkan kau. Haa entah-entah kau buat tak baik pada dia." Aku bermonolog sendirian.
"Ya Allah Elys sampai hati awak tuduh saya macam tu sekali. Buruk sangat ke saya ni? Jahat sangat ke saya ni?"
"Alhamdulillah akhirnya kau dah ingat tuhan,Irjad. Untuk menjawab soalan kau tadi. Yes kau memang buruk so layak sangat kau curang dengan betina seperti dia. Then kau memang jahat pun cuma tak sejahat aku. Hahaha." Aku pergi ke dapur.
"Nah minum air ni dulu lepas tu kau boleh balik. Nampakkan pintu di mana? Haa situ je pintu tak jauh cuma pintu syurga je jauh sikit kalau kau nak pergi. Tapi kalau kau nak ke pintu neraka aku boleh hantarkan kau dengan sekelip mata." Aku menghidangkan Irjad segelas air oren. Aku menunding jari ke arah pintu saja nak beritahu itu pintu. Takut kawan tu tak kenal pintu yang masa satu.
"Awak dah banyak berubah Elys. Saya pergi dulu. Saya minta maaf atas kesilapan saya sebelum ini." Irjad bangun untuk ke pulang.
"Okay. Bye." Aku terus menutup pintu setelah Irjad keluar dari muka pintu. Hanya tuhan saja yang tau betapa sakitnya perpisahan dan penderitaan aku sewaktu dia tinggalkan aku dulu.
"Ros, kita masuk bilik ye sayang." Aku mendukung Ros.
"Wahh lama tak balik sekali muncul bawa anak. Anak siapa ni Elys?" Zira yang baru masuk terus mendekati aku.
"Anak aku. Kenapa? Kau ada masalah ke kalau aku ada anak?"
"Eh tak ada. Anak kau anak aku juga. Hehe" Zira hilang kata apabila sepasang mata aku tajam menikam kearahnya.
"Tiada istilah anak aku anak kau antara aku dengan kau. Tolong lah eh jangan cari masalah dengan aku. Aku sebenarnya dah rimas dengan kau. Serius ini kali terakhir amaran aku pada kau. Jangan sesekali dekati aku serta orang sekeliling aku! Faham?!" Hilang sabar aku apabila berdepan dengan perempuan seperti Hellzira. Baru saja tadi sekor beruk datang. Sekarang sekor lagi beruk menumpang pula cari masalah dengan aku.
"Oh okay. Sorry." Zira jadi takut melihat aku yang naik angin secara tiba-tiba.
"Satu lagi aku nak pesan dekat kau. Aku nak bagi kau masa seminggu je untuk cari rumah lain. Selepas seminggu kau tak keluar dari rumah aku ni, semua barang-barang kau akan aku jual di kedai barangan terpakai. Kau fahamkan apa maksud aku?" Aku yang tadinya ingin naik ke bilik berpusing semula untuk memberi peringatan kepada Zira.
"Tapi kenapa tiba-tiba?" Muka Zira sudah berubah seperti tidak percaya dengan apa yang aku katakan tadi.
"Bukan tiba-tiba ye Cik Hellzira Hizard. Aku sebenarnya dah lama nak halau kau dari rumah aku tapi hari ni cukup baik aku bagi kau notice seminggu untuk cari rumah lain. Kiranya aku tak kejam lagi dengan kau. So, better you take noted." Perkataan tiba-tiba saja aku tekankan supaya dia sedar bahawa rumah itu adalah kepunyaan aku bukan dia!
"Then kenapa baru sekarang nak halau aku?" Zira meninggikan suara.
"Kenapa eh baru sekarang aku halau kau?" Aku meletakkan Ros di atas sofa semula. Ros lena tertido.
"Why?" Aku menyosal diri aku sendiri buat kali kedua. Aku melakonkan seperti orang yang sedang berfikir.
"Sebabnya kau sendiri tau lah Zira. Kau yang bermain dengan api. Dan sekarang api dah menyala, sebelum ianya marak dan menjilat tubuh badan kau ni lebih baik kau undur diri" Aku mendekati Zira dan menarikan jari ke tubuhnya.
"Aku tak faham apa yang kau cakap ni. Bila masa aku main api?" Zira tergagap-gagap dan mengundurkan diri menjauhi aku.
"Dah kantoi Zira kau skandal Irjad time aku couple dengan dia dulu. Kau ingat aku ni bodoh sangat ke?" Aku mendekatkan muka aku dengan muka dia. Sungguh aku rasa geram sangat dengan dia.
"Ma..na..kau..tau..ni? Aku tak rampas dia dari kau. Dia yang datang dekat aku. Bukan salah aku"Dengan rasa tidak bersalahnya kata dia tak salah.
"Haah lah Irjad pun ada pesan dekat aku dulu yang kau tak salah. Betul lah kau memang tak salah Hellzira. Kau baik orangnya." Aku mengusap kepalanya.
"Haa ye betul tu aku tak salah. Serius aku tak salah. Kau jangan marah aku weh." Zira membuat tangan seperti orang ingin meminta maaf.
"Huu hebat lakonan kau perempuan. Kau tau tak kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi? Orang bodoh je bermain tepuk amai-amai dengan angin." Aku menggenggam rambut Zira kemudian aku tarik sehingga dia terduduk di sofa.
"Sakit Elys" Zira memegang tangan aku daripada terus menarik rambutnya.
"Hati aku lagi sakit bila dapat tau musuh aku tumpang rumah aku sendiri. Selama ni musuh aku berteduh bawah payung aku. Mesti kau rasa selamatkan selama ni duduk dengan aku? Haha gila tak selamat sebab orang takut nak buat kacau dekat rumah aku ni kan? Dah tiba masanya kau keluar dari zon selesa ni Zira. Sampai bila nak berteduh bawah ketiak orang yang kau rampas buah hati dia kan?" Aku lempang muka Helzira berkali-kali sehingga berdarah tepi bibirnya.
"Kau rampas kebahagiaan aku. Kau perampas. Kau tak patut hidup perempuan tak guna!" Aku menengking Zira dan terus menumbuk mukanya tanpa henti. Darah yang mengalir dari hidung perempuan perampas itu aku tidak hiraukan. Biar dia rasa betapa sakitnya untuk aku melupakan orang yang aku sangat sayangi.
"Ya Allah Elys. Apa kau buat ni?" Syiha yang baru sahaja balik dari tempat kerjanya terus mendapatkan aku apabila melihat Zira sudah terkulai lemah dengan darah-darah di mukanya.
"Hello, aku nak kau datang ke lokasi yang aku dah share dekat kau sekarang." Aku terus mencapai telefon.
"Zira bangun weh!" Syiha menggoncang badan Zira perlahan supaya dia sedarkan diri.
"Biar dia mampus! Kau pergi kemas barang-barang dia sekarang. Aku tak nak tengok muka dia dan barang-barang dia lagi!" Aku menolak Syiha menjauhi Zira. Syiha terus ke bilik Zira. Dia juga agak takut dengan situasi yang tidak terkawal. Lebih-lebih lagi dia tidak tahu apa yang sudah berlaku sehingga aku hilang kawalan seperti itu.
"Baguslah kau dah sampai. Aku nak kau bawa dia. Jangan bagi dia sebarang khidmat perubatan. Faham?" Aku terus mengarahkan Afzan yang merupakan salah seorang doktor dalam kumpulan Red Rose di Malaysia.
"Faham Queen" Afzan terus membawa Zira pergi. Afzan merupakan salah seorang ahli kumpulan Red Rose yang ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik serta keselamatan markas.
"Mana Zira? Ini barang dia aku dah kemaskan." Syiha keluar dari bilik Zira membawa barang Zira yang sudah dikemasnya.
"Letak je barang dia dekat situ, esok aku uruskan. Kau naiklah ke bilik kau dan berehat tak perlu pikir pasal dia." Aku mengangkat Ros lalu naik ke bilik untuk berehat. Aku beriak seperti biasa seolah tiada apa-apa berlaku.
"Apa yang dah berlaku ni? Kenapa Elys berubah jadi seperti orang lain. Aku sudah tidak mengenali lagi siapa Izz Elys yang lembut dan agak tidak serius dengan aku. Apa yang membuatkan dia bertindak ganas macam tu sekali?" Syiha bermonolog sendirian sambil melihat pemergian Elys ke biliknya.
Share this novel