BAB 3

Fantasy Completed 9946

"Mana semua orang bonda?"

Pelik dengan keadaan rumah yang tiba-tiba sunyi awal pagi. Aku menemani bonda didapur yang sedang mengemas.

"Ayah macam biasalah hari minggu dia pergi ke kebun dengan anak bongsunya"

Memang tidak dapat dipisahkan Encik Izz Eyman dengan Izz Razim anak bongsunya itu. Sejak dari dalam perut bonda lagi sudah berjanji kalau anak yang bakal keluar itu nanti lelaki dia akan menjadi kawan buat ayah. So memang tak dapat nak menolak takdir dan janji yang telah tercipta antara Encik Izz Eyman dengan isterinya Puan Rossan.

"Abang dengan kakak tak balik ke minggu ni?"

"Minggu lepas abang kamu dah balik so minggu ni dia tak balik lah. Kakak kamu pulak susah nak dapat cuti dekat luar negara susah sikit nk balik. Macam tak biasa pula kamu dengan dia."

"Ohh. Saja tanya. Sebelum bonda yang bertanya banyak soalan seperti tiada hari esok baik Lys yang tanya bonda dulu kan?. Haha"

Betullah apa yang bonda katakan tadi. Bukannya aku tidak biasa dengan aktiviti dan pekerjaan kakak serta abang aku itu. Lagi pun memang aku saja balik minggu ni kerana aku tau minggu ni Izz Radzen iaitu abang aku tidak balik. Malas nak bertembung dengan dia. Nanti ada saja yang aku buat tidak kena dimata dia. Daripada aku terus sakit hati dengan sikap dia lebih baik aku elakkan diri daripada bersemuka dengannya.

Soal Izz Elfy pula susah untuk difahami kerana memang tugasnya sebagai tukang masak di negara orang. Kakak aku memang sukar untuk mendapat cuti. Kalau dapat cuti sekali pun hanya sehari dua. Dia pun memang kuat bekerja. Dan aku sangat suka sikapnya yang suka memberi wang kepada ibubapa dan adik-adiknya yang memerlukan.

"Ayah, dah lama ke pelihara lembu kambing dekat kandang di kebun tu?"

"Laa.. kamu tak tau ke? Lembu dan kambing tu semua idea abang kamu. Adik kamu Razim tu pun suka menternak. Ayah ikutkan saja"

"Oh, Azim tu memang lah suka ayah tapi jangan sampai pelajaran dia terabai. Lys dari dulu tegur tapi semua orang asyik manjakan dia. Lepas ni kalau dia tak berjaya dalam pelajaran jangan sebut depan Lys. Lys tak nak dengar sebab Lys dah penat nak tegur dan amik tahu"

Aku memang tidak setuju bila ayah dan abangku memanjakan Razim dengan benda-benda macam tu. Aku nak tengok adik-beradik aku berjaya bukan setakat duduk dikampung menternak binatang. Tidaklah nak mempertikaikan menternak binatang tak boleh berjaya tapi Razim tu bijak dan boleh berjaya dalam bidang lain.

"Iyaa ayah tau lah. Nanti ayah pantau pembelajaran adik kamu tu. Kamu jangan lah risau."

"Ikut ayah lah. Lys nak pergi tolong bonda di dapur"

Bonda yang sedang menyediakan persiapan untuk memasak aku dekati.

"Bondaaaaa"

Aku sergah bonda dari belakang.

"Ooo mak kau menonggeng'

Melatah bonda bila disergah sebegitu.
Saja aku nak bagi kejutan dekat bonda sebab dari dulu memang suka menganggu dia.

"Hahahaha. Apa lah bonda ni melatah yang bukan-bukan saja"

"Bonda kalau ada sakit jantung dah lama goal dah dengan sergahan kamu tadi Lys"

"Hehe. Sorry bonda"

"Dah-dah mari sini tolong bonda masak"

Aku dan mencebik. Malasnya nak memasak. Sekali sekala balik ni nak juga berehat. Bonda ni tak bagi peluang langsung lah. Jangan disebut semua tu depan bonda. Nanti dia buka muqadimah tentang tugas wanita boleh bernanah telinga.

Dalam terpaksa aku turutkan juga permintaan bonda untuk membantu dia masak.

"Bonda nak masak apa hari ni?"

"Bonda rasa nak masak rendang daging. Kamu suka kan?"

"Wahh, sedapnya. Disebabkam bonda nak masak kegemaran Lys dengan rela hati Lys berkhidmat di dapur ini untuk bonda. Hehe"

Setelah selesai semuanya aku menghidangkan makanan untuk makan tengah hari.

"Lys. Pergi panggil ayah, Razim dan Eyra. Tak elok makanan dihidangkan lama-lama tidak bermakan"

"Eyra dah balik ke? Wahh untung badan berehat kita yang memasak. Kau sabar kejap Eyra"

"Kamu jangan nak bergaduh Lys. Dua-dua bonda marah nanti. Tak kiralah kamu dah besar ke kecik ke. Pergi panggil cepat"

Kau sabar ye Izz Eyra. Pemalas kau je kau buatkan. Memang salah timing kau nak tunjuk malas kau tu. Aku balik dari jauh kau pula beria macam tetamu dalam rumah ni.

Aku melihat Eyra dengan senang lenangnya berbaring bermain telefonnya. Aku sudah melipat lengan baju. Sungguh panas mata dan hati melihat anak dara tak berguna itu.

"Izz Eyraaaaaa."

"Apa kau ni kak terjerit kalah tarzan. Aku tak pekak lah"

Eyra terus terduduk daripada baringnya setelah merasakan gegendang telinganya bagai hendak pecah mendengar jeritan aku.

"Kau buat apa terbaring dekat situ? Dah nazak ke? Nak aku panggil tok imam solatkan kau?"

Aku dah bercekak lengan dipinggang menanti tindakkan adikku itu.

"Kau ni kan mulut tak boleh lagi laser ke?. Dah lah aku nk pergi dekat bonda. Malas nak melayan kau lah"

Eyra menjuling matanya keatas.

"Wah cantik mata kau berguling ye. Serupa bola bowling dah aku tengok. Haa pergi depan sekarang bonda panggil makan."

Ruang makan sudah dipenuhi dengan penghuni dalam rumah ini. Semua orang menjamu selera dengan suasana yang sepi tanpa sebarang bunyi selain bunyi sudu yang berlaga dengan garfu.
______________________________________

Esoknya aku pulang ke bandar. Maklumlah aku ni berkerja makan gaji tak boleh sesuka hati nak cuti lama-lama.

"Lys balik tu hati-hati. Jangan bawak laju-laju."

"Baik bonda. Lys pergi dulu."

Usai menyalam kedua ibubapa aku terus beredar meninggalkan perkarangan rumah. Cuti dua hari di kampung sudah cukup bagi aku. Dapat juga lah melepaskan rindu dengan masakan bonda. Tiada masakan yang paling sedap dekat dunia ni selain masakan air tangan ibu. Betul tak??.

Dalam perjalanan pulang tiba-tiba telefon aku berdering.

"Aduh siapa lah yang call aku time macam ni. Tengah drive kot gak-agak lah"

Aku mengangkat telefon yang tertera nama Irjad di skrin telefon.

"Awak nak apa call saya ni? Saya tengah memandu ni"

"Awak pergi mana? Menghilang macam tu saja. Awak dah lupa saya ke?"

Sungguh malas aku hendak melayan seekor makhluk bernama Ahmad Irjad yang tiba-tiba muncul setelah sebulan menghilang selepas aku menghubunginya dengan talian sibuk tempoh hari.

"Macam ni lah awak. Kalau awak nak saya mati awal sekali pun bagi saya mati dalam iman. Saya tak nak mati dengan tubuh badan terputus dan berderai dekat atas jalan raya ni. Nanti saya call awak semula. Bye."

Dapat aku tangkap bunyi tidak puas hati yang terkeluar dari mulut lelaki itu sebelum aku mematikan talian.Aku sudah tidak mahu ambil peduli tentang hati dia lagi. Aku kena pentingkan keselamatan aku terlebih dahulu.

Aku menguatkan volume radio untuk menghiburkan hati sendiri. Memandu sambil menyanyi dapat menghilangkan rasa mengantuk. Siapa saja yang tidak mengantuk memandu seorang diri tanpa peneman kan?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience