BAB 31

Fantasy Completed 9946

Tiba sahaja di Lost Paradise Resort aku dan anak-anak buah Red Rose yang lain mengambil bilik masing-masing dan berehat sebelum melanjutkan aktiviti lain.

"Kau asal ni muka macam sotong kena candat." Aku memerhati Syiha yang mencuka sejak keluar dari kereta Iskandar.

"Tak ada apa-apa"

"Eleh marah aku lah tu sebab paksa naik Iskandar tadi. Haha" Aku duduk di kerusi sebelah Syiha yang terdapat di balkoni menghadap pemandangan luar.

"Malas aku nak cakap dengan kau." Syiha bangun dan terus baring di atas katil memeluk Ros. Aku hanya memandang Syiha dan tersenyum. Aku masih duduk di balkoni keran ingin mengamati pemandangan yang indah sebelum matahari tenggelam. Bukan senang untuk melihat matahari tenggelam kerana di Kuala Lumpur pulang pada wktu kerja sudh lewat malam.

*Hello kau orang dah siap ke belum?*

*Dah Queen*

*Okayy tunggu aku dekat kereta kejap lagi kita keluar dinner sama-sama.*

*Semua ke Queen?"

*Yee semua sekali Khuzay*

*Baiklah Queen* Panggilan dimatikan.

"Siapa pegang kunci Vellfire hitam dan putih?" Aku bertanya kepada mereka yang menaiki kereta itu tadi.

"Aku dan Akmal" Khuzay menjawab dan memandang Akmal. Dia juga pelik kenapa tiba-tiba aku bertanya.

"Okay macam ni aku nak kita naik dua biji kereta je so aku nak bahagi-bahagikan kau orang semua."

"Kenapa pula?" Syiha yang mendukung Ros merasakan dirinya akan dikenakan lagi sekali dengan aku.

"Aku nak jaga keselamatan semua dan tak nak semua kita berpecah." Kali ini aku lebih serius kerana kami berada di tempat orang lain.

"Kunci Vellfire hitam bagi Iskandar dan Vellfire putih bagi Adam." Khuzay dan Akmal terus menghulurkan kunci kereta tersebut kepada Iskandar dan juga Adam.

"Aku, Ros dan Syiha naik dengan Is, yang lain naik dengan Adam. Dah cepat gerak kang lambat sampai ramai orang." Aku mengarahkan masing-masing seperti itu supaya kami ada backup sekiranya kereta aku dan Iskandar dikepung.

"Aku nak naik dengan Adam. Afzan kita tukar, kau naik dengan Is." Syiha terus berjalan menuju ke kereta Vellfire putih.

"Aduh degillah minah sorang ni. Dah-dah jom. Kau jaga Syiha tu baik-baik paham? Kepala otak dia tu bukannya betul sangat." Aku hanya mampu menggeleng kepala dengan kekerasan hati Syiha. Lama betul dia marahkan Iskandar. Sempat juga aku memberi amaran kepada Adam dengan yang lain untuk menjaga Syiha.

"Apahal Syiha dengan Adam tu?" aku hairan dengan keadaan mereka berdua selepas keluar dari kereta sehinggalah duduk bersebelahan di dalam restaurant . Yang sorang tersengih-sengih, lagi sorang muka selamba.

"Entahlah Queen dia orang tu sejak dalam kereta tadi nampak macam tangkap cintan je gayanya." Akmal yang duduk disebelah aku berbisik.

"Kau jangan panggil aku queen dekat luar nanti identiti aku bocor gila." Aku mengetuk kepala Akmal. Aduh susah betul aku nak kawal mulut manusia ni.

"Sorry Elys." Akmal tersengih dalam kesakitan.

"Kau tengok Is tu mata macam harimau nak baham mangsa je." Aku dan Akmal memandang Iskandar yang duduk di sebelah Ros dan juga Khuzay. Mata Iskandar tidak lepas dari menyaksikan Syiha yang asyik melekat saja dengan Adam.

"HAHAHAHHHAHAHA" Ketawa aku dan Akmal bersatu dan semua memandang kami berdua.

"Kau pahal Lys ketawa macam hantu?" Khuzay yang dari tadi memerhati tindak tanduk aku dan juga Akmal bertanya.

"Haha tak ada apa, Akmal ni haa bangang buat lawak bodoh" Tangan aku naik dan menyekel kepala Akmal.

"Haha aku juga yang kena!" Akmal ikut ketawa tetapi ditekankan ayatnya. Rasa menyesal duduk bersebelahan dengan manusia bernama Izz Elys kerana tangannya yang laju mencari mangsa.

"Opss sorry kak,saya tak sengaja." Seorang gadis pelayan tiba-tiba tertumpahkan air ke arah aku.

"Haa tak apa. Aku pergi tandas sekejap." Aku pergi dengan segera supaya aku dapat mengawal kemarahan aku.

"Kau tak ada mata ke sampai tumpahkan air kat orang lain?" Iskandar naik berang dengan sikap cuai gadis itu.

"Saya minta maaf bang, saya betul-betul tak sengaja." Gadis itu hanya menundukkan kepalanya.

"Kau blah aku tak nak tengok muka kau yang serve untuk meja kami paham?"

"Saya minta maaf." Gadis tersebut terus pergi ke bahagian dapur.

"Bodoh meja dengan orang pun tak tau nak bezakan." Omel Iskandar sendirian.

"Dahlah tu Is benda kecil je. Elys tak apa-apa pun kan?" Khuzay cuba untuk menenangkan Iskandar.

"Asal tak makan lagi? kang sejuk makanan ni tak sedap." Aku pulang dari tandas melihat muka masing-masing tegang dan makanan tidak berusik langsung.

"Masing-masing kejung tengok Is marah tadi" Akmal berbisik pada aku.

"Haa? Dia marah pasal apa pula?"Aku juga turut berbisik bercakap dengan Akmal.

"Dia marah budak tadi tu sebab tumpahkan air dekat kau." Akmal dengan aku sudah biasa bercakap dengan keadaan berbisik. Kami ni seperti ahli kelab bisik. Ada saja gosip. Akmal ni tak padan dengan lelaki tapi mulut tempayan macam perempuan. Hahaha.

"Chill okay semua, Aku masih hidup. Jom makan." Mereka terus menikmati hidangan yang telah terhidang. Setelah makan malam kami terus balik ke resort untuk menyiapkan bahan dan alatan untuk bbq pada malam ini. Tak lengkaplah percutian tanpa bbq kan?

Pulang di resort aku dan Syiha terus pergi ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan untuk BBQ. Manakala lelaki yang lain pergi menyediakan tempat dan alatan untuk bbq. Iskandar aku beri kelonggaran daripada membuat kerja kerana Ros seperti tidak mahu berenggang daripadanya. Aku terpaksa menjadi ketua kerana masing-masing seperti tidak tahu hendak buat apa. Aku memberi Afzan, Akmal dan Adam kerja untuk membakar ayam dan menyediakan tempat untuk BBQ. Khuzay dan Hakimi terpaksa menolong aku kerana Syiha juga kurang mahir dengan kerja-kerja di dapur.

"Kau buat apa ni?" Khuzay mendekati Syiha yang sedang memotong sayur. Aku menyuruh Syiha memotong sayur kobis untuk membuat coleslow.

"Aku potong sayurlah. Kau buta ke?" Syiha dengan yakinnya menjawab sambil meneruskan potongannya.

"Otak kau potong macam tu!" Khuzay separa menjerit di dapur. Hakimi ketawa berdekah melihat kobis yang Syiha sudah potong hampir separuh.

"Potong macam ni" Pisau di tangan Syiha dirampas dan Khuzay meracik Kubis tersebut lebih kecil dan halus.

"Ohh macam tu ke? Hehe. Okay-okay tau dah." Syiha merampas semula pisau tersebut dan menyambung kerjanya.

"Kau pahal menjerit sampai sana dengar?" Aku dari tempat bakar BBQ datang ke arah Khuzay dan Syiha.

"Kawan kau ni potong kobis macam nak bagi kambing lembu makan." Khuzay menjeling Syiha dan kembali memerhati gadis itu memotong kobis.

"Ohh kau ajarlah dia apa yang patut dekat dapur ni aku nak pergi uruskan anak aku. Nanti aku datang semula kita terus masak." Aku tidak pelik kenapa Khuzay menjerit di dapur apabila bersama Syiha kerana aku pernah alami situasi lebih teruk dari ini.

"Is kau tolong gantikan tempat aku di dapur. Ros biar aku tidurkan." Aku mendekati Iskandar yang sedang berbaring bersama Ros melihat kartoon spongebob.

"Ada siapa dekat dapur?"

"Khuzay." Saja aku tak sebut nama Syiha kerana aku yakin dia pasti akan mencari alasan untuk mengelak.

"Okay" Iskandar terus pergi ke dapur manakala aku mendukung Ros dan membawa dia ke bilik bersama botol susunya.

????????....

Aku tersentak dengan bunyi tembakan dari luar. Aku terus mendukung Ros dan berlari ke ruang tamu dimana semua orang berkumpul setelah mendengar bunyi tembakan tersebut. Ros merengek ingin didukung oleh papanya. Aku melepaskan Ros kepada Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience