BAB 5

Fantasy Completed 9946

Pagi yang indah menyembunyikan seribu rasa dihati. Aku melangkah masuk ke pejabat dengan malas sekali.

"Pagi-pagi ni semangat sikit. Lesu je kau ni."

"Eh."

Belum sempat aku membalas Tengku Farzeeq sudah berjaya meboloskan diri ke dalam pejabatnya.

"Aku tak sempat nak balas dah blah mamat ni. Poyo punya gagak. Esok-esok kau jatuh hati dengan aku siap kau aku kerjakan"

Sangat menyakitkan hati bila berhadapan dengan Tengku Farzeeq yang berlagak seperti gagak itu. Pagi-pagi dah buat aku naik angin. Aku masuk ke bilik aku dan terus menghempas semua fail diatas meja. Sungguh malas untuk berkerja hari ini. Tambahan pula dah kena tembak sedas awal-awal pagi dengan bos sendiri.

"Oit. Lys bos panggil"

"Eh akak. Terkejut saya. Sekejap lagi saya pergi"

"Hehe. Sorry tak ketuk pintu tadi"

"It's okayy."

Dengan malas aku membawa fail projek yang telah aku siapkan bahagian aku untuk diserahkan kepada Tengku Farzeeq. Aku memerlukan banyak masa untuk menyiapkan tugas tersebut. Ingat senang ke nak jadi engineer?. Kena mengira dan memikirkan pelbagai aspek bahan dan reka bentuk yang telah direka oleh arkitek.

Knok... Knok... Knok.

"Masuk"

"Tengku. Ni fail projek yang tengku bagi saya beberapa bulan yang lepas. Semua kriteria dalam pembinaan bangunan telah saya periksa dan ubah suai bersama Encik Farhan. Sebelum saya membuat laporan akhir untuk projek ni saya nak Tengku periksa dahulu sekiranya saya ada terlepas pandang"

"Letak je atas meja tu nanti aku periksa. Satu kecuaian kau yang aku dapat siap kau."

Aku menjuling mata keatas. Meluat dengan ugutan Encik gagak ni.

"Aku panggil kau ni ada benda nak cakap"

"Ada apa Tengku? Tengku tak sihat ke? Kalau tak sihat jangan panggil saya sebab saya bukan doktor. Pergi hospital kalau rasa Tengku tak sihat"

"Kau boleh diam tak? Aku tak habis cakap lagi kau dah menyampuk."

"Hehe. Maaf Tengku"

Aku menunduk malu. Alahai Lyss kau ni berapa kali lah kau terkena dengan si gagak ni. Mulut ni suka sangat menjawab. Aku menampar bibir aku perlahan.

"Daripada kau tampar bibir kau tu lebih baik kau bagi aku cium. Sekurangnya dapat elakkan mulut kau daripada menyampuk setiap kata-kata aku"

"Tengku nak cakap apa tadi? Saya ada kerja lain nak buat. Jangan nak buang masa saya"

Saja aku tidak endahkan kata-kata si gagak itu. Terkejut juga aku dengan bos yang tiba-tiba berkata sedemikian.

"Hujung minggu ni aku nak kau ikut aku pergi kedah melawat tapak projek disana. Sebarang bantahan tidak akan diterima, terima kasih. Kau dah boleh keluar buat kerja kau yang kau kata banyak sangat tadi"

Aku terus keluar tanpa sebarang kata untuk membalas arahan yang dikeluarkan oleh Tengku Farzeeq. Terpaksa atau rela aku kena turutkan juga arahan tersebut.

______________________________________

"Hai sayang. Baru sampai ke?"

" Aahh baru je. Kenapa awak lambat sangat?"

"Sorry, tadi saya cari parking tu yang lambat. Susah nak dapat parking dekat sini walaupun hari berkerja macam hari ni"

"Yela. Saya dah orderkan makanan untuk awak."

"Thank you sayang. By the way saya ada hadiah untuk awak"

"Welcome. Hadiah apa?"

Irjad menghulurkan bungkusan tersebut kepada aku. Aku membuka bungkusan tersebut dan sangat terkejut bila ada sekotak telefon bimbit berlogo apple.

"Thank you awak. Tapi kenapa awak beljkan saya telefon baru ni?"

"Saya nampak skrin telefon sayang tu dah pecah. Tak perlu tanya sebabnya saya dah tau. Awakkan suka membaling bila marah. Haha. Amik je lah hadiah tu. Ganti telefon yg dah pecah tu okay"

"Hmm yelaa. Tapi kali ni last saya terima hadiah daripada awak. Saya tak nak terhutang budi dengan sesiapa. Faham?"

"Iyaa sayang. Dah jom makan. Lepas tu kita jalan-jalan okay"

Kami menjamu selera di restaurant yang menyediakan makanan yang bergoreng. Saja aku pilih restaurant seperti itu kerana aku sangat memahami selera Irjad yang suka makanan bergoreng.

Sifat Irjad ni bila aku marah baru nak buat baik. Selalu bila hati aku mula nak jauhkan diri dari dia saat itu lah dia pandai mengambil hati aku. Sangat mudah untuk memadam amarah aku dengan sikap lembutnya itu. Tapi baik si Irjad ni hanyalah sesaat. Selebihnya adalah baran cuma belum tiba masa untuk dia tunjukkan barannya.

"Awak hujung minggu ni saya kena pergi Kedah dengan bos saya. Nak melawat tapak projek"

"Okay"

Sepatah je dia jawab. Aku yang letih dengan kerja seharian hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tersangatlah faham dengan baran Irjad ini. Kalau aku tersilap cakap memang dia tinggal saja aku dekat tengah-tengah mall yang besar ni. Menangis tak berlagu kau Lyss kena tinggal dengan buah hati masa dating.

Tapi aku tidak hairan jika ditinggalkan sekarang sebab aku dah biasa diperlakukan sebegitu sebelum ini. Dulu rasa macam tak tahu nak tutup muka ni dengan apa. Bila dah banyak kali jadi kes kena tinggal tu aku dah jadi tidak kisah.

"Sekejap lagi saya hantar awak balik. Dah malam ni bahaya awak drive seorang diri."

"Saya okay je lah. Awak jangan risau saya pandai jaga diri"

"No. Jangan degil. Saya tau awak ni memang degil but not for this time okay dear"

"Yelaa"

Irjad mengekori kereta aku sehingga dihadapan pintu rumah.

"Dah sampai. Awak balik lah. Hati-hati memandu"

"Okay. Saya balik dulu. Bye"

Pintu terbuka sebelum aku sempat membukanya.

"Boyfriend hantar balik ke?"

"Yang kau sibuk ni kenapa?"

"Aku tanya je. Sweetnya bofriend kau"

"Tepi lah. Jangan sibuk hal aku. Satu lagi aku nak pesan dekat kau. Tak payah lah kau nak buka pintu untuk aku malam-malam ni. Ni rumah aku. Pandailah aku nak bukak sendiri. Tolong eh jangan sibuk urusan aku."

Aku terus masuk membiarkan Zira didepan pintu itu. Aku memang tak suka dengan kau lagi kau dekat dengan aku. Apalah yang kau nak dari aku.

"Eleh aku tak nak pun sambut kau balik lah. Aku nak tengok je siapa yang hantar kau balik"

Sempat aku mendengar apa yang Zira lepaskan walaupun perlahan.

"Bodoh punya betina. Busybody"

Aku terus menerpa ke bilik Syiha.

"Kau pesan dekat kawan kau tu jaga hal masing-masing. Jangan sesekali masuk campur urusan aku. Sebelum aku halau dia dari sini lebih baik dia betulkan perangai dia"

Syiha yang terpinga-pinga tidak memahami apa yang berlaku terus mendapatkan Zira diruang tamu setelah aku masuk ke bilik dan menghempas pintu bilik dengan kuat.

Syiha pov

"Zira kau sini kejap"

"Apa?"

"Kau buat apa dengan Lys?"

"Aku buat apa pula ni?"

"Manalah aku tau kau buat apa. Tapi aku tau Lys marah sangat sekarang ni."

"Aku tak buat apa-apa pun. Lys bergaduh dengan buah hati dia kot. Macam kau tak biasa dengan perangai dia tu"

"Kau jaga sikit mulut kau kalau nak mengata kawan aku. Lys cakap dekat aku tadi dia tak teragak-agak nak halau kau. So kau pikirlah apa kau dh buat dengan dia hari ni"

Aku penat hari ni kena jaga ramai pesakit. Balik je kena marah dengan Lys. Masalahnya aku tak tau apa-apa. Malas nak pikir lagi aku terus masuk ke bilik. Esok aku ada ramai pesakit untuk dipantau. Soal Lys dengan Zira ni aku malas nak amik tahu. Pandai-pandai lah mereka selesaikan. Zira ni teramat susah untuk berkata benar. Ada saja dalihnya untuk menutup kesalahan yang dia lakukan. Tetapi aku lebih percayakan Lys daripada Zira.

End pov

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience