Hujung minggu ini aku dapat holiday week aku. Kebetulan syiha juga tidak dipanggil oncall oleh hospital. Kami membuat keputusan untuk keluar bersiar-siar.
"Korang nak pergi mana?"
"Aku dengan Elys nak keluar kejap. Dah lama tak keluar sama-sama"
"Aku nak ikut boleh?"
"Tak payah. Aku nak luangkan masa dengan Syiha dan buah hati aku hari ni" Terus aku sampuk berbualan mereka.
"Ala salah ke aku nak ikut. Aku boleh temankan Syiha. Kesian Syiha tak ada kawan nanti bila kau jumpa boyfriend kau"
"Kau tak payah mengada. Aku tak nak kau ikut. Kalau kau nak keluar kau naik kereta kau sendiri dan jangan harap aku nak bagi kau ikut aku."
"Kedekut"Zira terus masuk ke biliknya.
Zira mahu ikut tetapi awal-awal aku mengajak syiha menaiki kereta aku supaya aku dapat membuat alasan tidak membenarkan Zira ikut sama.
"Asal kau tak bagi dia ikut Lys?"
"Aku tak suka dia"
"Kenapa?. Sebab kes kau bergaduh dulu tu ke kau tak suka dia?"
"Dari awal lagi aku nampak muka dia aku memang tak suka dia. Dah jom gerak"
"Yela"
Kami menunggu Irjad di mesin urut berbayar yang disediakan dipusat beli belah.
"Sedapnya dapat urut. Dah lama tak dapat urutan. Mesin urut pun okay daripada tak ada kan Syiha"
"Ye wehh lama aku tak dapat berehat dan manjakan badan macam ni."
"Tula kau kerja teruk sangat. Tak ingt pasal diri sendiri. Nak jadi doktor tapi kesihatan sendiri tak fikir"
"Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."
"Hahaha."
"Mana Ahmad Irjad kau ni?"
"Entah dia selalu lewat. Menyampah aku"
Ting..
"Jap dia mesej aku" Aku melihat isi kandungan mesej itu.
*Sorry sayang saya tak dapat nak join. Saya ada hal. Lain kali kita keluar sama-sama ye. Jaga diri. Bye. Assalamualaikum.*- Irjad
*Okay*
"Dia tak join kita. Dah jom kita pegi makan dulu. Aku nak makan sushi hari ni. Aku belanja."
"Hek eleh mamat ni. Lain kali cakaplah awal-awal. Ingat dia anak raja ke orang nak kena tunggu lama-lama." Syiha membebel sambil membelek rambut blonde merahnya.
"Kau membebel lagi aku cancel belanja." Aku terus bangun mencari kedai sushi.
"Jangan begitu kawan. Aku ni masih belajar. Banyak nak guna duit lebih-lebih lagi dalam tempoh latihan. Hehe"
"Baik kau diam sekarang. Dan tolong jangan jadi lesbian dengan aku. Tak kawin aku kalau kau buat macam ni." Aku melepaskan pegangan tangan Syiha dilengan aku.
"Eleh pegang sikit pun tak boleh. Hahaha."
Aku menyuruh Syiha orderkan sushi untuk dibawa pulang.
"Yang ni kau nak bagi siapa?"
"Kau bagilah kawan kau dekat rumah tu"
"Cehh. Tak suka tapi belanja. Ada makna ke?"
"Aku ni tak suka tapi masih ada hati perut dan belas kasihan pada orang"
"Iyelah Lys. Nanti aku beritahu dia kau yang belanja"
"Tak payah. Kau cakap kau yang beli"
"Kenapa pula?"
"Ikut je cakap aku"
"Orite"
Aku tak nak orang cakap aku buat baik kerana ada motif. Sushi tu saja aku belanja sebab kami serumah. Kalau Syiha memberitahu aku yang belanja nanti Zira fikir aku sudah tidak marahkan dia. Bolehlah dia suka-suka nak masuk campur urusan aku. Jangan harap perkara macam tu berlaku.
"Wehhh aku macam nampak Zira tadi"
"Biar lah dia. Janji dia tak ada dengan kita"
"Tapi aku nampak dia dengan seorang lelaki weh. Kau tak nak tengok ke?"
"Malas. Dia dah besar tak salah nak berkawan atau bercinta." Aku berura-ura untuk masuk ke dalam sebuah kedai pakaian.
" Kau masuk dulu. Aku nak pergi popular sekejap."
Aku membiarkan saja Syiha ke popular. Syiha dan popular seperti isi dengan kuku. Pantang nampak saja popular mula bertanduk-tanduk setan dia keluar nak menghabiskan duit.
Zira pov
"Terima kasih you sudi temankan I hari ni"
"Takde hal lah sayang"
"You sayang I ke biy?"
"Sayanglah. Jom I belanja you shopping hari ni"
"Bertambah sayang I dekat you sudi belanja I"
"Apalah sangat belanja manja I sorang ni"
Aku memeluk lengan kekasihku seperti tidak mahu melepaskannya. Jatuh sayang aku terhadap dia kerana selalu memberi kemewahan kepadaku. Walaupun dia hanya berkerja sebagai guru disekolah elit namun dia masih ada masa bersama aku.
"You nanti hantar I balik ye?"
"Anything for you dear"
Sedang memilih baju, aku ternampak kelibat Elys. Aku menyembunyikan diri disebalik pakaian yang tergantung.
"Hey baby lama lagi ke you nak pilih baju. I penat menunggu dari tadi"
"Shhh, jangan bising." Aku menarik kekasih aku bersembunyi sekali..
"You ni kenapa sayang?. Kenapa you tarik I bersembunyi sebalik baju wanita ni?. I lelaki malu orang tengok."
Setelah nampak kelibat Lys yang membatalkan niatnya untuk masuk ke butik ini terus aku beriak sepeti biasa.
"Hehe. Sweetkan main sorok-sorok sebalik baju ni."
"Gila you ni. Cepat lah kejap lagi I hantar you balik"
"Sampai hati cakap I gila"
"Sorry sayang, I gurau manja dengan you. Lama tak keluar dating macam ni rindu." Tanpa segan dia mencium belakang tangan aku.
"Kali ni I maafkan you. Lain kali janga buat lagi tau. Janji?" Aku menghukurkan jari kelingking.
"Janji sayang." Dia turut melakukan perkara sama sebagak tanda janji.
End pov
"Lys kau pergi mana tadi?"
"Aku pergi beli tealive. Tekak terasa nak minuman sejuk."
"Dah beli baju yang kau nak?"
"Tak. Rasa malas pula nak shopping hari ni. Haha. Berapa novel kau borong hari ni?"
"Hehe. Lima buah je. Tak banyak pun"
"Tak banyak tok hang. Bankrup mak bapak kau dapat anak macam ni"
"Alah Lys tak selalu dapat berbelanja"
"Kau punya tak selalu banyak kali aku dengar sampai aku terpaksa sedekahkan sebuah bilik aku untuk store novel kau."
Aku mengambil bag plastik novel itu dan melihat ada berapa buah yang dibeli oleh hantu sorang ni. Dah agak dah. Sedikit dalam kamus bahasa Syiha tu maksudnya banyak. Kata lima tapi aku kira ada tujuh.
"Hahaha. Tak baik mengungkit. Jom balik"
"Jom"
Aku menggeleng kepala sambil menuju ke kereta. Gembira betul Syiha Hanan dapat membeli novel. Kalau dah minat tak boleh nak halang. Dihalang nanti senyap-senyap dia membelinya. Aku hanya mampu support minatnya.
"Lys aku yakin tadi aku nampak Zira"
"Aii tak habis lagi isu kau nampak Zira?. Biar lah dia Syiha."
Aku tidak mahu syiha memikirkan tentang Zira tu. Aku percaya apa yang Syiha kata tadi. Aku sendiri nampak.
"Weh tu bukan kereta Irjad ke?"
"Bukan. Dah jom masuk kereta cepat. Lambat aku tinggalkan kau. Balik naik teksi biar kering saku kau. Haha"
"Kau kenapa ni Lys. Semua yang aku cakap kau bangkang. Aku cakap benda betul kot"
Aku terus masuk kedalam kereta dan menghidupkan enjin. Syiha masih tidak mahu masuk kerana masih tidak puas hati. Aku menurunkan sedikit tingkap sebelah penumpang.
"Syaiton kau nak balik ke tak nak? Aku jalan kang"
"Nak masuklah ni. Buka kuncinya iblis"
"Haha. Sorry"
Syiha hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Entah apa yang difikirkan aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Sampai sahaja dirumah dia terus turun dan masuk ke bilik. Terlalu marah dengan aku kerana tidak mahu mempercayai kata-katanya.
"Nah ambil ni. Syiha belanja kau"
"Apa tu?" Zira menyambut huluran daripada aku.
"Ada mata tengok sendiri. Jangan gunakan mata kau tu untuk tengok benda yang bukan milik kau." Aku terus menapak ke bilik membiarkan Zira terkulat-kulat disitu memahami maksud kata-kata aku.
Bunyi deringan telefon menganggu aku hendak berehat. Aku melihat nama gerangan yang menghubungi aku di skrin telefon.
*Ahmad Irjad*
Aku mematikan telefon tersebut. Aku tidak mahu diganggu oleh lelaki itu.
Share this novel